Memaparkan catatan dengan label cuti umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti umum. Papar semua catatan

Isnin, November 14, 2022

PM umum 18 dan 19 November Cuti Am PRU15

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang hadir merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya di sini, petang ini, berkata pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

"Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi," katanya.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Sumber : Berita Harian

Jumaat, Julai 26, 2019

Cuti umum Hari Pertabalan Agong boleh diganti

 

Cuti umum seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, 30 Julai boleh digantikan dengan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja sektor swasta.

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan memberitahu, semua majikan dikehendaki memberitahu pekerja mereka sama ada memilih tarikh 30 Julai ini sebagai hari cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh-tarikh lain.

Jelas kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, maka pekerja yang bekerja pada tarikh-tarikh tersebut layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum.

“Cuti kelepasan am tambahan ini telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala bagi Sabah serta Sarawak, ianya selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.

“Kenyataan ini disiarkan untuk menarik perhatian majikan sektor swasta berkaitan kewajipan mereka memberi cuti umum tambahan tersebut kepada para pekerja selain menggariskan hak pekerja mendapat cuti umum bergaji bagi hari kelepasan berkenaan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan dalam negara,” kata kenyataan itu hari ini.

- UTUSAN

Recent Posts