Memaparkan catatan dengan label nur diana petra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nur diana petra. Papar semua catatan

Khamis, September 15, 2022

Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra

 


Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah semalam membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian di sini apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan (PKDK).

Majlis menerima menghadap itu adalah yang pertama Nur Diana Petra membuat kemunculan awam selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam hantaran di Facebook memaklumkan rombongan beberapa ahli pertubuhan PKDK itu diketuai oleh presidennya Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Tengku Sri Kelantan D' Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan pada majlis itu. 


Rabu, Ogos 03, 2022

Sultan Kelantan isytihar Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan

 


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Sultanah Kelantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa hari ini.

Ahmad ketika membacakan teks itu berkata, pengisytiharan dilakukan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Sultan dan Yang dipertuan bagi negeri Kelantan sudah mengadakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan.

Sultan juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan kehadapan isteri baginda dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Semua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa hari ini.

Sumber : Berita Harian