Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kehebatan Atom Tanda Kekuasaan Allah

Udara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitu juga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkan segala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom. Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalah proton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam mata kita. Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu. Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’. Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang paling sempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, s

Wanita Ibarat Rama-Rama

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kene jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama. Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya. Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari kita apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia ti

Rukun Tawaf Haji

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya. Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Waktu afdal melakukannya pula adalah pada 10 Zulhijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting. Syarat-syarat Tawaf Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah: *Bermula dan berakhir dari Rukun Hajarul Aswad *Suci daripada hadas besar dan kecil. *Menutup aurat. *Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf *Suci Badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis. *Tawaf mesti dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan. *Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf. *Tawaf mestilah cukup tujuh pusingan. Sunat-sunat Tawaf Di samping itu di sana terdapat beberapa perkara yang sunat dilakukan semasa tawaf. Di antaranya adalah: *Be

RM50 menjadi RM20,000?

Saya terpanggil untuk mengulas isu skim piramid yang saya kira tidak pernah diambil iktibar oleh orang ramai. Terbaru, Skim Mat Jenin yang hanya memerlukan seseorang melabur RM50 dan kemudian dijanjikan pendapatan lumayan RM20,000 selepas lima bulan. Akibatnya, hampir 4,000 pelabur yang kebanyakannya orang kampung berputih mata apabila 'kepala' skim cabut lari bersama duit mereka. Bukan saya tidak simpati dengan nasib mangsa yang sesetengahnya sanggup meminjam dan bergolok bergadai untuk menceburi skim berangkai ini. (Kadangkala, tahap keterujaan mereka untuk menyertai skim ini begitu meluap-luap sampai membuatkan saya terfikir, mungkinkah ada unsur-unsur 'mandrem'?) Tetapi, geram pun ada. Suka saya bertanya, kalau ikut pemikiran yang waras, logikkah RM50 boleh jadi RM20,000? Patut-patutlah kalau nak percayapun. Petua saya mudah, kalau rasa teragak-agak dan sangsi, baik jangan teruskan. Secara umumnya, skim cepat kaya dan seumpamanya berkonsepkan keuntungan hasil jumlah

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000

Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. ‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya. ‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,2

Negara paling padat di dunia

Negara yang paling padat penduduknya di dunia ialah Monaco. Di Monaco terdapat purata 15,000 orang dalam satu km persegi. Monaco diperintah oleh Putera Rainer dan negara ini berdekatan dengan Peranchis. Selepas Monaco diikuti oleh Singapura yang mempunyai kepadatan penduduk 4,000 orang satu km persegi. Vatican City juga mempunyai penduduk ketiga paling padat di dunia. Untuk pengetahan anda Monaco mempunyai 30,000 penduduk dan keluasan negara ini Cuma 2 km persegi.

Mencapai impian bina bangsa Malaysia bersatu

Persoalan mengenai 'bangsa' dan 'negara-bangsa' Malaysia terus menjadi perbincangan di kalangan generasi muda berpendidikan. Selepas 'tsunami' politik 8 Mac lalu, mereka cuba mencari perspektif dan dimensi baru erti bangsa Malaysia sebenarnya. Ramai terbabas sehingga merentasi semangat Perlembagaan negara. Apakah pengertian bangsa dan apakah pula yang dimaksudkan negara-bangsa itu? Bukankah negara sudah muncul sebagai negara-bangsa yang berdaulat? Dalam memahaminya, sejarah harus dijadikan landasan membahaskan persoalan terbabit. Persoalan mengenai bangsa dan negara-bangsa muncul selepas era imperialisme dan kolonialisme yang mana negara yang merdeka cuba mencari identiti baru dalam kerangka 'negara-bangsa' berasaskan semangat nasionalisme Barat. Dalam konteks negara moden, 'bangsa' bermaksud rakyat tanpa mengambil kira suku bangsa dan ras. Ia berbeza dengan pandangan sosiologi yang mentakrifkan suku bangsa berasaskan kepada kesamaan ciri fizikal

Telekom catat untung lebih rendah

Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang rendah kepada RM100 juta bagi sembilan bulan pertama tahun ini berbanding RM717.7 juta, dalam tempoh yang sama sebelumnya setelah mengalami kos-kos luarbiasa. Keuntungan bersih dalam tempoh yang sama juga merosot kepada RM627.1 juta daripada RM1.96 bilion, selepas mencatat perolehan yang rendah berjumlah RM6.18 bilion daripada RM6.19 bilion sebelumnya. TM dalam kenyataannya di sini berkata, kos-kos luar biasa itu termasuk kerugian tukaran yang belum nyata atas pinjaman wang asing, pernyataan kerugian tukaran asing atas pelupusan Societe Des Telecommunications De Guinee S.A. (Sotelgui) dan caj-caj komitmen kadar trafik dengan pengendali asing pada tahun-tahun terdahulu. Syarikat telekomunikasi tersebut berkata, kos-kos luar biasa itu juga menyebabkan keuntungan bersih merosot kepada RM165.8 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding RM658.5 juta, tempoh sebelumnya. Perolehan bagi s

Bila masanya isteri berahi?

Meskipun bernafsu utk seks ttp tidak ramai wanita yg sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham-faham sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, semak artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks. BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri utk seks. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dgn suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang. WAKTU SUBUR Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke 1