Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Guru

Tiada kelas akademik pada minggu pertama persekolahan

Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 10 dan 11 Mac ini. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, minggu berkenaan akan diisi dengan aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah. "Perkara berkenaan akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum terbabit dikekalkan sepanjang tahun. "Pada permulaan sesi persekolahan kali ini, pada hari kedua atau hari ketiga persekolahan yang bermula tahun ini juga merupakan bulan Ramadan. "Oleh itu, kebijaksanaan pentadbir di sekolah sangat dituntut untuk menyesuaikan aktiviti minggu pertama persekolahan dengan datangnya Ramadan ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 di sini, hari ini. Sesi persekolahan 2024/2025 bagi kumpulan A iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dibuka pada 10 Mac ini. Manakala, kumpulan B iaitu

KPM saring lebih 300,000 guru ikut tahap kecekapan digital

Lebih 300,000 guru disaring dan dikategorikan mengikut tahap kecekapan digital sehingga Oktober lalu. Langkah itu selaras usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan membudayakan teknologi pendidikan secara menyeronokkan. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ling, berkata pengesanan saringan tahap kecekapan digital guru itu masih berjalan dan dijangka selesai akhir bulan ini. Sehingga 15 November lalu, katanya, lebih 25,000 aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) berkaitan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilaksanakan berdasarkan statistik dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). "Kementerian turut menyediakan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang mengandungi perkhidmatan, aplikasi dan kandungan ditambah baik secara berterusan, seiring perkembangan teknologi terkini. "Sehingga kini, 5.3 juta pengguna pelbagai peringkat mera

Permohonan untuk isi 19,000 kekosongan guru

  Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2023 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara, bermula 7 April 2023. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata Iklan Permohonan Guru 2023 akan dipaparkan selama dua minggu sahaja, mulai hari ini (7 April) hingga 21 April (Jumaat). Beliau berkata, lantikan adalah secara tetap dan kontrak. Pengambilan terbuka meliputi bagi jawatan guru tetap atau guru sementara khususnya bagi menangani isu kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Islam. Pengambilan kali ini turut dibuka kepada graduan universiti awam tanpa iktisas pendidikan, sekali gus disifatkan sebagai peluang keemasan kepada mereka yang berminat menjadi guru. "Graduan bukan pendidikan juga boleh mengisi kekosongan guru kali ini, jadi graduan universiti awam yang tidak mengambil opsy

Kekurangan 19,431 guru libatkan seluruh negara

  Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti enam subjek teras yang memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Februari lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata mata pelajaran berkenaan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah. "Kita tahu kenyataan ini bahawa terdapat kekurangan guru, seperti saya nyatakan sebelum ini KPM telah laksanakan pengambilan guru sebanyak 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023. "Kekosongan yang berlaku itu adalah disebabkan daripada persaraan wajib, persaraan pilihan kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia. "Langkah-langkah dalam mengatasi kekurangan guru ini semua kita telah huraikan secara lanjut pada sesi Dewan Rakyat dan KPM sedang dalam perancangan untuk mengadakan pengambilan khas untuk gu

KPM kenal pasti enam subjek teras kekurangan guru di sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti enam subjek teras yang memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Februari lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata mata pelajaran berkenaan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah. "Kita tahu kenyataan ini bahawa terdapat kekurangan guru, seperti saya nyatakan sebelum ini KPM telah laksanakan pengambilan guru sebanyak 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023. "Bagaimanapun, kita ada perancangan untuk melakukan pengambilan guru pada April hingga Jun ini, kita akan ambil guru dari universiti luar," katanya menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai kekurangan guru sekolah bagi subjek pendidikan teras dan perancangan KPM bagi meningkatkan pengambilan jumlah guru baharu. Sementara itu, Hui Ying berkata pengam