Sabtu, April 01, 2023

Kekurangan 19,431 guru libatkan seluruh negara

 


Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti enam subjek teras yang memerlukan tambahan bilangan guru di sekolah setakat 28 Februari lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata mata pelajaran berkenaan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah.

"Kita tahu kenyataan ini bahawa terdapat kekurangan guru, seperti saya nyatakan sebelum ini KPM telah laksanakan pengambilan guru sebanyak 22,327 guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023.

"Kekosongan yang berlaku itu adalah disebabkan daripada persaraan wajib, persaraan pilihan kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.

"Langkah-langkah dalam mengatasi kekurangan guru ini semua kita telah huraikan secara lanjut pada sesi Dewan Rakyat dan KPM sedang dalam perancangan untuk mengadakan pengambilan khas untuk guru-guru ini yang akan diumumkan dalam masa mungkin satu atau dua bulan lagi.

Beliau berkata, pameran itu menyediakan platform kepada pelajar sekolah menengah khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mengetahui dengan lebih mendalam peluang yang disediakan kepada mereka di IPTA selain Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, matrikulasi, politeknik dan sebagainya.

Katanya, ia adalah pameran kedua selepas pameran program serupa diadakan di Klang, Selangor dengan pameran seterusnya akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 April dan Batu Pahat, Johor pada 8 April ini dengan KPM turut mengambil maklum terdapat penurunan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan sekolah menengah.

"Kita memang kita tahu sebab itu kita mengadakan pemeran sebegini dan memperbanyakkan program turun ke sekolah untuk menggalakkan murid melanjutkan pelajaran.

"Kalau mereka tidak berminat menjadi guru kita ada banyak pilihan lain meliputi pelbagai bidang seperti rekaan pakaian dan kulinari jadi kita menyeru ibu bapa dan para guru untuk menggalakkan anak-anak meneruskan pelajaran," katanya.

Sumber : Berita Harian

"Secara keseluruhan semua negeri memang ada masalah kekurangan guru tidak kira sekolah bandar atau luar bandar," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shang Wu di sini, hari ini.

Terdahulu, Hui Ying berkata, tujuan pameran itu diadakan selaras dengan iklan pengambilan guru daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah mula dibuka sejak 15 Mac lalu sehingga 14 April ini.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts