Langkau ke kandungan utama

Isu Gaza: Erdogan ‘naik angin’ tinggalkan sidang Davos


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB,

Ban Ki-moon selepas dia ‘dipaksa’ memendekkan ucapannya mengenai isu keganasan Israel itu.

Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk..

Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Erdogan berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Erdogan berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Erdogan mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan "tidak bertamadun."

"Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh," katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

"Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa," kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Erdogan, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Erdogan, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut.

- AFP

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nombor Plat Kenderaan di Malaysia (Mengikut Negeri / Jenis)

    Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri : A = Negeri Perak B = Selangor C = Pahang D = Kelantan E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968) ES: Sandakan ET: Tawau ED: Lahad Datu EU: Keningau EK: Kudat EL: Labuan F = -tiada- G = -G1M–GAGASAN 1 MALAYSIA H = Teksi I = -tiada- J = Johor K = Kedah KV = Langkawi L = Labuan M = Melaka N = Negeri Sembilan O = -tiada- P = Pulau Pinang Q = Sarawak QA dan QK: Kuching QB: Sri Aman QC: Samarahan QL: Limbang QM: Miri QP: Kapit QR: Sarikei QS: Sibu QT: Bintulu R = Perlis S = Sabah, dulu E SA: Kota Kinabalu SB: Beaufort SD: Lahad Datu SK: Kudat SS: Sandakan ST: Tawau SU: Keningau T = Terengganu U = -tiada- V = -tiada- W = Kuala Lumpur X = -tiada- Y = -tiada- Z = Tentera Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia ZA ke ZD: Tentera ZL: Tentera Laut Malaysia ZU: Tentera Udara Malaysia ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor No plate Special.. Proton: I

Prosedur Perkahwinan Rakyat Malaysia dengan Warganegara Asing

  Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia. Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut. Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :- - Salinan pasp

Bahasa Melayu -> Bahasa Tagalog (Filipina)

      Kata Asas : Mga simpleng salita (Bahasa Melayu  = Tagalog)     *       Ya = Oo     *       Tidak = Hindi     *       Terima kasih = Salamat     *       Terima kasih banyak2 = Maraming salamat     *       Sama-sama = Walang anuman     *       Silakan  = Pakisuyo     *       Maafkan saya = Patawad po     *       Hai = Kumusta     *       Selamat tinggal  = Paalam     *       Sungguh lama = Sa muling pagkikita, Sige     *       Selamat pagi = Magandang umaga     *       Selamat tengahari = Magandang tanghali, Magandang hapon     *       Selamat petang = Magandang gabi     *       Selamat malam = Magandang gabi            *       Saya tidak faham = Hindi ko maitindihan     *       Macamana anda sebut ini dalam [B.Melayu]? = Paano mo ito sabihin sa [tagalog]?     *       Adakah anda bercakap ... = Marunong ba kayong magsalita ng ...     *       B.Inggeris  = Ingles     *       Perancis = Pranses     *       Jerman = Aleman     *       Sepanyol = Espanyol     *       Cina = Tsino