Langkau ke kandungan utama

Catatan

Remaja Panjat IPOH Mohon Maaf

Sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda `IPOH’ baru-baru ini tampil memohon maaf di atas tindakan mereka. Menurut salah seorang remaja tersebut, Norfarihan Baharudin, 24,  mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua. "Kami ingin tampil memohon maaf lebih awal sebaik mengetahui gambar dan video mereka tersebar luas, namun tidak berpeluang berbuat demikian apabila dikecam hebat oleh netizen. “Saya mahu beritahu di sini saya dan rakan-rakan yang lain mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Bangunan Perak Darul Ridzuan petang Rabu. Norfarihan ditemani empat rakannya iaitu Azlina Azmin, 21; Nor Farina Baharudin, 22 serta Muhammad Zaki Nasarruddin dan Muhammad Faiz Roslee, yang masing-masing berusia 23 tahun. Menurut Nurfarihan, dia dan rakan-rakannya berpengalaman dalam melakukan aktiviti lasa

Wanita Kongsi Diet Sihat Makan Pasir

Seorang wanita di India memakan dua kilogram pasir setiap hari sejak enam dekad lalu sebagai diet untuk kekal sihat. Kusma Vati, 78, meluangkan masa beberapa jam sehari untuk menguyah pasir dalam kuantiti yang banyak. "Saya telah menguyah pasir dan batu sejak 63 tahun lalu.  Saya suka makan pasir dan ia tidak memberi kesan yang memudaratkan. "Saya tidak pernah mengalami sebarang kesakitan pada perut dan mulut termasuk gigi. Saya juga boleh makan batu yang keras tanpa sebarang masalah," katanya. Wanita itu juga memberitahu, dia tidak pernah menemui doktor untuk mendapatkan sebarang nasihat mengenai dietnya. "Saya tidak berjumpa doktor kerana sentiasa berada dalam keadaan sihat. "Saya fikir pasir juga sama seperti mineral lain dan ia memberi saya tenaga untuk terus bekerja seharian. Cucu Kusma bagaimanapun sentiasa meminta neneknya menghentikan tabiat buruk itu, namun gagal.

Tinggalan Rangka Manusia Gergasi Ditemui

Seorang ahli sejarah mendakwa telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai bersaiz gergasi di dalam sebuah gua di Pulau Upeh yang terletak di pesisir pantai di Melaka. Mohd Fuad Khusari M. Said yang dilantik kerajaan Melaka untuk mencari tapak warisan bersejarah yang baharu berkata, beliau menjumpai beberapa tulang dengan sebahagian daripadanya terdedah di atas permukaan tanah di Pulau Upeh. Beliau juga menjumpai dua kubur bersaiz luar biasa kira-kira 1.2 kilometer di luar gua tersebut. Kubur berukuran kira-kira 5 meter (m) panjang dan 0.5m lebar itu terletak 15m dan 20m antara satu sama lain. "Saya telah melaporkan penemuan ini kepada pihak berkuasa kerana kami tiada hak untuk menggali tapak tersebut tanpa kebenaran," katanya kepada The Star pada Sabtu. Beliau berkata penemuan itu boleh membuktikan dakwaan penduduk awal di Melaka termasuk semasa zaman Kesultanan Melayu mempunyai struktur badan bersaiz gergasi. Ahli sejarah yang berp

Tiada Caj Pembaharuan Kad ATM - BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) menyangkal laporan baru-baru ini yang mendakwa pemegang kad ATM dikenakan caj pembaharuan selain tidak boleh menggunakan kad sedia ada untuk pengeluaran tunai jika tidak digantikan dengan kad berasaskan PIN. Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata orang ramai boleh menukar kad ATM secara percuma. "Kad ATM di Malaysia yang juga merupakan kad debit, membolehkan pemegang membuat belian di terminal semasa jualan (POS). "Mereka yang belum menukar kad masing-masing boleh terus menggunakannya untuk pengeluaran tunai di ATM," katanya. Bagi penggunaan kad ATM sebagai kad debit untuk transaksi belian di terminal POS, bank dikehendaki memberikan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah untuk penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada. BNM berkata bank-bank kini giat menggantikan kad pembayaran berasaskan tandatangan pelanggan kepada kad bersaskan PIN dan menyasarkan proses itu selesai menjelang 1 Januari, 2017. B

Pembukaan MARA Digital di Melaka, Terengganu, Johor, Pahang dan Kelantan

Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (IT), MARA Digital Mall mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata jumlah jualan itu sekali gus menangkis pandangan sinis pihak tertentu yang kononnya MARA Digital Mall tidak akan bertahan lama. "Ia satu jumlah yang memberangsangkan. Kami juga dapati penyewa yang mendapat sewa percuma selama enam bulan meneruskan perniagaan mereka menandakan pasaran mereka di sini (MARA Digital Mall) adalah baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di MARA Digital Mall di Bangunan MARA di sini, pada Ahad. Beliau berkata jumlah berkenaan termasuk jualan berjumlah RM1.02 juta di Anggerik Mall, Shah Alam yang dibuka sejak enam bulan lepas. MARA Digital Mall Kuala Lumpur dilancarkan 8 Dis tahun lepas dan kini mempunyai 38 lot perniagaan dengan 27 usahawan IT. Sementara itu, bagi tahun 2017 lima lokasi lagi di

Fasa Pertama MRT Dibuka Percuma Sebulan Mulai 16 Dis 2016

Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh-Kajang yang akan dilancar pada Jumaat ini dijangka tidak banyak digunakan. Bagaimanapun apabila perkhidmatan itu beroperasi sepenuhnya ia akan memudahkan seramai 400,000 penumpang. Pelancaran itu bakal menyaksikan 12 stesen MRT dibuka dan antaranya ialah Sg Buloh, Kampung Selamat, Damansara, Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan. Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan pembukaan fasa satu tidak banyak digunakan oleh orang awam. “Ini kerana, perkhidmatan komuter di Sungai Buloh merupakan satu-satunya penghubung dengan MRT. “Aliran ini tidak bersambungan dengan perkhidmatan berasaskan rel yang lain dan ia tidak ke pusat bandar,” katanya. Jajaran sepanjang 23 kilometer itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Se

Biodata Sultan Muhammad V

Nama Panggilan Baru : Sultan Muhammad V Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15 Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969 Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan Umur : 47 tahun (2016) Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai) Senarai Adinda : Tengku Muhammad Faiz Petra Tengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Amalin A’ishah Putri Agama : Islam Bangsa : Melayu Warganegara : Malaysia Sekolah Rendah : Sekolah Sultan Ismail I Sekolah Menengah : Sekolah antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur Pengajian Tinggi : - Oakham School Rutland, England - St. Cross College, Oxford (Kajian Diplomatik) - Oxford Centre (pengajian Islam) Hobi : - ekspedisi kenderaan pacuan empat roda - kejohanan kuda lasak - sukan memanah - boling - memelihara haiwan kesayangan seperti kuda,

Sultan Muhammad V Angkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong 15

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kedua-dua baginda dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, pada 14 Oktober lalu, bagi tempoh 5 tahun bermula 13 Disember 2016. Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, 12 Disember 2016. Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua baginda. Mesyuarat Khas itu dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Memulakan istiadat, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil

Tiada Cuti 13 Disember 2016 Sempena Pertabalan Agong Baru - KSN

Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari pelepasan am. Pejabat KSN dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN, Tan Sri Dr Ali Hamsa seperti yang diviralkan. "Adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan KSN, dan 13 Disember 2016 bukanlah hari kelepasan am," kata kenyataan itu. Pada Selasa, tersebar satu mesej di media sosial mengatakan kononnya Ali Hamsa mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada hari berkenaan. Mesej itu turut menyatakan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu kononnya dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindaka

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 & Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Dapatkan sekarang di : http://infotambahan.com/ehwal/28 Pakej terbaik dari Infokerjaya ini telah banyak membantu ramai calon SPA sejak tahun 2010 lagi. Anda tidak perlu risau kerana ada jaminan wang dipulangkan jika tidak berpuashati. Tidak perlu susah payah google sana sini. Tempah sekarang sebelum terlambat di: http://infotambahan.com/ehwal/28 Whatsapp 0139790000 jika ada masalah untuk membuat tempahan.

Pakej Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Pakej Lengkap Nota dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 Rujukan Pantas Nota dan Soalan Exam Online Penolong Pegawai Tadbir N29 . Dapatkan sekarang di :  http://bit.ly/examn29 Pakej terbaik dari Infokerjaya ini telah banyak membantu ramai calon SPA sejak tahun 2010 lagi. Anda tidak perlu risau kerana ada jaminan wang dipulangkan jika tidak berpuashati. Tidak perlu susah payah google sana sini. Tempah sekarang sebelum terlambat di:  http://bit.ly/examn29 Whatsapp 0139790000 jika ada masalah untuk membuat tempahan.