Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Internet

Kos sambungan internet Malaysia masih rendah - TM

Penembusan jalur lebar Malaysia sebanyak 67.2 peratus pada suku pertama tahun ini secara relatifnya adalah tinggi manakala kos sambungan internet masih rendah berbanding negara jiran. Oleh itu, kaji selidik dalam talian yang meletakkan Malaysia di tangga ke-126 daripada 192 negara daripada segi purata kelajuan muat turun, adalah tidak tepat dan boleh dipertikai kerana ia mengetepikan faktor penting seperti kadar penembusan jalur lebar, pelan jalur lebar pengguna serta dinamik pasaran. Kaji selidik oleh Ookla, ujian kelajuan jalur lebar berasaskan laman sesawang dan aplikasi diagnostik rangkaian itu turut meletakkan Malaysia di belakang Kemboja dan Vietnam dalam senarai berkenaan. Telekom Malaysia Bhd, dalam satu kenyataan kepada BERNAMA berkata, walaupun Malaysia dilapor mempunyai purata kelajuan 5.4Mbps, penembusan dan liputan jalur lebarnya mengatasi kebanyakan negara jirannya.  Oleh itu, kelajuan purata mungkin lebih rendah jika kita mengambil kira capaian di seluruh neg

Ello laman sosial anti-Facebook semakin popular

  WASHINGTON - Dalam masa beberapa hari sahaja, laman jaringan sosial baharu, Ello yang disifatkan sebagai anti-Facebook kerana mengutamakan privasi dan menolak iklan, menjadi viral di internet. Dicipta sebagai rangkaian sosial "persendirian" pada tahun lalu, Ello (www.ello.co) membuka pintunya kepada umum baru-baru ini menerusi undangan. Permintaan tinggi berbanding bekalan menyebabkan undangan Ello dijual di laman lelongan eBay pada harga mencecah AS$500 (RM1,629). Menurut beberapa laporan, Ello menerima sehingga 35,000 permintaan keahlian pada setiap jam selepas popularitinya melonjak di internet sejak seminggu lalu. Ello popular antara lain kerana ia menolak ciri-ciri yang tidak digemari oleh pengguna Facebook. "Ello tidak menjual iklan. Kami juga tidak menjual data anda kepada pihak ketiga," menurut syarikat berkenaan dalam satu kenyataan. Beribu pejabat di Vermont, Amerika Syarikat, Ello dilancarkan oleh sekumpulan artis dan pengatur cara komputer diketua

Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung 3 September 2013

Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 September ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. Beliau berkata sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya. "Kita akan agih semula baki pada 3 September ini," katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat Kuala Terengganu semalam. Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas. Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu. - BERNAMA

Celcom perkenal Escape

CELCOM Axiata Bhd memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Escape Axiata Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Celcom. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shazalli Ramly berkata, Escape direka khusus untuk pengguna Celcom seperti Xpax dan Celcom First dan rakan usaha sama MVNO (Operator Rangkaian Maya Mudah Alih). “Buat permulaan, kami menyasarkan semua pengguna Celcom dapat menggunakan perisian ini bermula 1 September,” katanya dalam satu kenyataan media. Menurutnya, selain Malaysia, Escape juga akan dilancarkan untuk anak syarikat Axiata Group di Asia, bermula di Sri Lanka pada akhir tahun ini. Katanya, Escape membolehkan pelanggan menikmati pelbagai bentuk kandungan, menerbitkan, menghasilkan dan menyediakan pakej barisan gaya hidup mudah alih digital. Kandungannya meliputi format kandungan jangka panjang dan pendek bagi memenuhi kehendak hiburan pengguna mudah alih moden, dan pengguna boleh menyaksikan dan membeli filem dan kandungan lain menerusi mana-mana peranti yang mempunya

HyppTV di seluruh negara mulai Ogos 2013

  Telekom Malaysia Bhd. (TM) menyasarkan peningkatan pengguna perkhidmatan Streamyx dan UniFi dengan pelancaran perkhidmatan HyppTV yang boleh didapati di seluruh negara bermula 1 Ogos ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, HyppTV yang sebelum ini dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar kelajuan tinggi UniFi kini boleh didapati menerusi Streamyx dan pada skrin pelbagai peranti melalui HyppTV Everywhere. Katanya, perkhidmatan IPTV TM itu boleh kini dinikmati oleh pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps baharu mahupun pelanggan sedia ada. "Dengan adanya perkhidmatan HyppTV di seluruh negara, semua pengguna Streamyx kini memperoleh pengalaman dan menikmati perkhidmatan HyppTV seperti pengguna UniFi yang lain. "Kami merasakan selepas ini lebih ramai pengguna Streamyx dengan kelajuan 1Mbps atau 2Mbps akan menambah kelajuan kepada 4Mbps atau 8Mbps," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan itu di Menara TM, di sini hari ini. Yang