Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hiburan

Keputusan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2012

Shaheizy Sam sekali lagi dinobat sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) dan membawa pulang hadiah kereta Nissan 370Z Coupe dan barang kemas Habib Jewel bernilai RM150,000. Sam yang pernah bergelar Bintang Paling Popular ABPBH 2010 mendahului senarai pemenang ABPBH2012 iaitu; Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 * Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam * Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam * Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin * Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz * Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda * Artis Baru Lelaki Popular - Aiman Hakim * Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal. * Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz Suip * Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah * Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black dan RJ * Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak * Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias * Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi * Pengacara TV Wanita Popul

Raja Lawak 7 Astro Bermula 12 April 2013

Seramai 11 peserta berkumpulan dan tiga peserta solo berjaya memasuki program realiti popular Astro, Raja Lawak untuk musim ketujuh. Sebelas peserta berkumpulan yang bertanding adalah Bora, Kintan, Pahat, Gamat, Taras, Okay, Sakan, Wala, Tuah, Xtra dan Ganu serta tiga peserta solo iaitu Ali, Emy dan Boy. Menariknya, Raja Lawak musim terbaharu itu juga buat pertama kalinya membuka penyertaan kepada warga Singapura untuk memeriahkan lagi program tersebut. Dua peserta dari Singapura yang berjaya menyertai Raja Lawak 7 ialah kumpulan Bora dan Ali. Ali atau nama sebenarnya Muhammad Ali Abdul Manab dilihat bakal memberi saingan hebat kepada peserta-peserta lain berikutan kepandaiannya meniru gaya ramai artis terkenal termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sharifah Aini. Raja Lawak 7 bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 12 April ini menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Menurut Ketua Kumpulan Premium Astro, Nizam Sani, pemilihan peserta pa

Dazrin & Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia

  Pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen berjaya dinobatkan juara musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu Hefny dan Hafizul. Kemenangan itu melayakkan Dazrin dan Hairul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000. Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di The Square, Publika, di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Sabtu. "Alhamdulillah atas kejayaan ini kerana memang kami sasarkan untuk menang. "Tetapi tak sangka kemenangan ini benar-benar berpihak pada kami," kata Dazrin pada sidang media. Selain Dazrin-Hairul, pasangan selebriti Hefny-Hafizul, Dafi-Zoey dan Elfira-Ajak Shiro turut bersaing pada peringkat akhir namun tersingkir pada cabaran terakhir. Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh pelakon Aaron Aziz mula menemui penonton

Pelakon Puteri Sarah mula bertudung

  Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat. "Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung. "Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun jelas Puteri Sarah, dia berniat untuk bertudung bukan disebabkan kecewa putus cinta dengan pelakon Ammar Alfian akhir tahun lalu. Hubungan pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi ini berakhir selepas lima tahun bercinta akbiat tiada keserasian. "Saya rasa sudah sampai masanya, ayah juga banyak kali tegur agar saya bertudung dan sopan, namun bagi saya biarlah niat itu datang dari diri sendiri bukan paksaan. "A

Astro sasar pertambahan pelanggan berbayar dan percuma NJOI

  Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) meletakkan aspirasi untuk menerokai 100 peratus pasaran isi rumah di Malaysia dengan 70 peratus daripadanya adalah pelanggan berbayar dan selebihnya percuma. Ketika ini dianggarkan jumlah isi rumah di Malaysia adalah 6.6 juta dengan 3.2 juta daripadanya adalah pelanggan berbayar Astro. Jumlah berkenaan akan meningkat kepada 7.7 juta isi rumah dalam tempoh lima tahun lagi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata, walaupun Astro sudah beroperasi lebih 17 tahun, tetapi ia masih kekal sebagai peneraju siaran televisyen berbayar di negara ini. "Sejak dilancarkan lagi, Astro telah mampu menawarkan perkhidmatannya kepada 100 peratus penduduk di Malaysia kerana kami menggunakan sistem penyiaran satelit. "Jadi tidak boleh ada alasan kenapa Astro tidak mampu menerokai 100 peratus pasaran isi rumah. Mereka telah dihubungkan, cuma menjadi cabaran kepada Astro bagaimana untuk menarik mereka menjadi pelanggan," katanya kepada

Peserta Bintang Mencari Bintang TV3

  Seramai 12 peserta bakal bersaing dalam program realiti terbaharu Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3. Ia disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam sejak Ahad lalu. Program yang mengetengahkan bakat sketsa dan nyanyian ini membariskan enam nama besar dalam industri hiburan tanah air sebagai tenaga pengajar atau ‘sifu’ bagi membimbing peserta. Menurut Penerbit Eksekutif BMB, Muhamad Sufian Isa, seramai sepuluh peserta berkumpulan dan dua peserta solo yang telah dipilih merupakan calon terbaik daripada lebih seribu calon yang hadir pada uji bakat. "Kesemua peserta mempunyai keunikan dan kriteria tersendiri. Setiap dua peserta akan dibimbing oleh seorang ‘sifu'. "Mereka akan memulakan sesi latihan dan persiapan bersama ‘sifu’ masing-masing bagi mempamerkan persembahan terbaik," katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan peserta Bintang Mencari Bintang, di Hotel Empire di sini, Selasa. Antara barisan artis yang dipilih menjadi tenaga pen

Hattan bakal nikah bekas isteri

  Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan. Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem. "Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga. "Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya. Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu. Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun. Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkah

Azmil Mustapha ditawar jadi calon PRU13

  Kerajaan  tidak, pembangkang pun tidak. Barisan Nasional bukan pilihan, jauh sekali memilih parti Pakatan Rakyat. Itu pendirian yang dibuat oleh Ali Setan - gelaran yang diterima kerana watak yang dilakonkan dalam filem pecah panggung lebih 20 tahun lalu. Si Ali Setan, atau nama sebenarnya Azmil Mustapha, insan seni yang pernah mewarnai persada perfileman negara dengan lakonan mantap serta keberkesanan aksi. Dalam menyempurnakan apa sahaja watak yang dipertanggungjawabkan, termasuklah watak Ali dalam filem bergandingan dengan Fauziah Ahmad Daud, dia memang pakar. Bapa kepada lima anak ini juga sebati dengan imej ranggi kerana sering mengenakan seluar jeans koyak, jaket kulit, kemeja-T lusuh, rambut diwarnakan beranika warna. Juga selesa menunggang motosikal scrambler pada zaman mudanya, satu gaya hidup lepas bebas dunia lelakinya. Namun begitu, hidupnya kini jauh berubah. Malah, imej juga amat berbeza dengan gelaran Ali Setan yang pernah diterimanya. Dia berhijrah meninggalkan g