Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 16, 2009

Damai: Tiga syarat Hamas

Ketua kerajaan Hamas di Genting Gaza, Ismail Haniyeh hari ini membuat seruan langsung kepada pembaca di Barat untuk meminta mereka mendesak Israel menghentikan serangan di wilayah Palestin itu.

Ismail yang menulis dalam akhbar Britain, Independent berkata, Hamas akan mempersetujui gencatan senjata dengan syarat yang ‘jelas lagi mudah’ iaitu sekatan ke atas Gaza ditarik balik, pembukaan semula pintu sempadan dan pengunduran penuh tentera Israel.

“Hanya ada satu jalan ke hadapan, tidak ada jalan lain. Syarat kami untuk mengadakan gencatan senjata baru adalah jelas dan mudah.

“Israel mesti menghentikan perang dan penyembelihan rakyat kami, menarik balik sepenuhnya sekatan haram ke atas Genting Gaza dan tanpa syarat, membuka semua pintu sempadan dan berundur sepenuhnya dari Gaza.

“Selepas itu barulah kami akan menimbangkan langkah seterusnya,” kata Ismail.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa Hamas patut dipersalahkan sebagai punca konflik itu kerana enggan memperbaharui gencatan senjata selama enam bulan pada Disember lalu.

Sebaliknya Ismail menegaskan, Israel telah menjadikan kehidupan di Genting Gaza umpama “neraka dunia” menerusi sekatan ekonomi.

Beliau berkata, rakyat Palestin sangat kesal kerana anggota Kesatuan Eropah (EU) tidak melihat sekatan itu sebagai satu bentuk serangan.

Perdana Menteri Hamas itu berikrar, serangan Israel tidak akan berjaya mencapai objektifnya.

“Rakyat Palestin memperjuangkan kebebasan daripada pendudukan, penubuhan sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara dan kepulangan penduduk yang diusir ke kampung asal mereka.

“Walau apa pun berlaku, tindakan Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai tidak akan mematahkan semangat kami dan tidak akan memadamkan cita-cita kami untuk mencapai kebebasan dan kemerdekaan,” ujar Ismail.

– AFP

Ummah dituntut berjihad perangi kezaliman Yahudi

JIHAD diambil daripada kata jahdu yang bererti mengeluarkan seluruh potensi dan kemampuan. Ulama Syai'i menyatakan jihad adalah memerangi orang kafir untuk kemenangan Islam. Jihad menurut ulama Hanafi adalah seruan kepada agama yang hak (benar) serta memerangi orang yang tidak mahu menerimanya baik dengan harta atau jiwa.

Definisi jihad mengikut terminologi syariah adalah mengeluarkan seluruh potensi dan kemampuan dalam memerangi orang kafir dan membela diri terhadap mereka dengan jiwa, harta dan lisan.

Firman Allah bermaksud, “Berangkatlah kamu dalam keadaan berasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah, yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (Surah at-Taubah:41).

Banyak dalil di dalam al-Quran mahupun sunnah yang menyebutkan mengenai pelbagai keutamaan dan jihad di jalan Allah.

Firman-Nya bermaksud, “Sesungguhnya Allah membeli dari orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu menjadi janji) yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran, dan siapakah yang lebih baik menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbeli (yang seperti itu), ialah kemenangan yang besar" (Surah at-Taubah : 111).

Di dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Nabi SAW bersabda maksudnya, “Demi yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, sesungguhnya aku ingin berperang di jalan Allah kemudian aku dibunuh kemudian aku berperang kemudian aku dibunuh kemudian aku berperang kemudian aku dibunuh” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

Kini pelbagai kekejaman dan kebiadaban terus dilakukan musuh Allah rejim Zionis di bumi Gaza, Palestin terhadap kaum Muslimin dengan korban meninggal dunia (syahid) mencecah seribu jiwa.

Kota Gaza terus dikepung tentera Zionis dan pengeboman dengan pelbagai persenjataan canggih dari darat mahupun udara dan laut sepanjang siang dan malam. Pengepungan itu juga mengakibatkan penduduk Gaza menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka.

Mereka kesulitan mendapatkan air bersih, makanan, bahan bakar, ubat-ubatan dan pengangkutan serta kenderaan.

Penderitaan kaum Muslim Gaza semakin susah dengan ditutup seluruh pintu masuk bandar yang di bawah kekuasaan Zionis ataupun berada di bawah penguasaan negara Arab sekitarnya. Mereka seperti berada di sebuah penjara besar yang menanti dari musuh Allah.

Ketika ini Allah menjadikan bumi Gaza, Palestin sebagai bumi jihad kaum Muslimin yang tersimbah dengan darah syuhada umat ini, seperti yang pernah terjadi oleh leluhur pejuang Islam sebelum mereka pada zaman dulu.

Untuk itu, menjadi kewajipan bagi setiap Muslim mempertahankan diri dan mengangkat maruah Islam dan kaum Muslimin dengan berjihad di jalan Allah melawan tentera Zionis, bahkan ulama fiqih menegaskan, apabila musuh menguasai kota dan bandar sepenuhnya maka berkewajipan jihad juga diperlukan terhadap wanita dan kanak-kanak walaupun tanpa terlebih dulu meminta izin dari suami atau ayah mereka.

Imam al-Qurtubi mengatakan jihad menjadi fardu ain apabila musuh Allah berhasil menguasai suatu daerah atau kawasan. Apabila keadaan seperti itu, maka wajib bagi seluruh penduduk daerah itu untuk berangkat jihad dan keluar menghadapi mereka dengan perasaan ringan mahupun berat, sama ada dia seorang pemuda, setiap orang yang memiliki kemampuan, seorang kanak-kanak tanpa perlu izin dari ayahnya atau seorang kanak-kanak yang memang tidak mempunyai ayahnya lagi, dan tidak boleh seorangpun yang mempunyai kesanggupan berangkat kemudian menghindari dari jihad.

Apabila penduduk kota itu tidak mempunyai kesanggupan untuk menghadapi musuh Allah, maka kewajipan itu dibebankan pula kepada orang berada di daerah berjiran dengannya untuk berangkat jihad membantu penduduk kota sedang diserang itu sehingga mereka mengetahui bahawa di tengah mereka masih ada kekuatan yang siap membantu dan mempertahankan diri mereka terhadap musuh Allah.

Setiap orang yang mengetahui mereka adalah orang yang tidak berdaya menghadapi musuh dan mengetahui bahawa dirinya mempunyai kesanggupan menghadiri dan menolong mereka, wajib atasnya untuk berangkat jihad. Seluruh kaum Muslimin adalah tangan bagi yang lainnya sehingga jika ada orang di suatu daerah menegakkan jihad untuk mengusir musuh yang menduduki daerah itu, kewajipan itu gugur bagi orang Muslim yang lainnya.

Seandainya musuh datang mendekati negeri Islam dan belum sempat memasukinya, wajib bagi penduduk negeri itu keluar mengusirnya untuk memenangkan agama Allah, menjaga generasi, melindungi daerah, menghinakan musuh dan tidak ada perbezaan dalam hal ini. (Al-Jami'il li Ahkamil Quran, juzuk VIII, halaman 487).

Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat di Doha, awal Januari lalu, mengatakan umat Islam wajib menghadapi tentera Israel. Kewajipan pertama dibebankan kepada penduduk setempat iaitu orang Palestin waktu ini, kemudian orang di sekitarnya, kemudian orang selepasnya sehingga kewajipan jihad ini akan mencakupi seluruh dunia Islam.

Al-Qardhawi menambahkan, “Sesungguhnya orang Palestin tidaklah memiliki kesanggupan untuk melawan orang Israel dengan persenjataan dan kekuatan mereka yang dibantu oleh Amerika. Mereka orang Palestin, adalah orang lemah yang tidak mampu melawan persatuan mereka. Untuk itu umat Islam mesti berdiri melawan mereka dengan memberikan bantuan, berupa tentera, persenjataan, harta hingga pemulauan.

Seterusnya beliau menegaskan, “Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang saling senasib dalam setiap keadaan, baik senang mahupun susah, perang mahupun damai. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak mengkhianati, tidak menghinakan dan tidak merendahkan. Wajib bagi kaum Muslimin untuk sebahagian mereka mengukuhkan sebahagian yang lainnya seperti satu tubuh. Islam tidak membolehkan kita hidup dalam keadaan kenyang dan melupakan saudara kita.”

Dia juga menambahkan, ‘Di dalam fiqih Islam disebutkan, apabila seorang wanita Muslim ditawan di sebelah timur, maka wajib bagi orang yang di sebelah barat untuk membantu membebaskan.’

Suatu hal yang wajar diambil perhatian berat, adalah dengan munculnya solidariti kaum Muslimin sedunia termasuk Malaysia menyertai terhadap permasalahan yang sedang berlaku di bumi Gaza dan Palestin. Mereka mengecam kekejaman dan biadab yang dilakukan tentera Zionis terhadap penderitaan kaum Muslimin di sana.

Umat Islam menunjukkan bahawa Islam tidaklah dibatasi oleh wilayah, sempadan, warna kulit, suku bangsa atau bahasa, kerana Islam adalah agama Allah yang mengikat seluruh umatnya dengan kalimah syahadah.

Pelbagai aksi mendukung perjuangan rakyat Palestin dilakukan mulai doa bersama, solat hajat, solat ghaib, pengumpulan dana bantuan, pengiriman ubat-ubatan dan pengiriman doktor hingga sukarelawan bersiap untuk berjihad di bumi Palestin. Suatu penyatuan yang mesti kita syukuri bersama.

- Berita Harian

Hulurkan derma, bantu pulih semangat Palestin

Penderitaan rakyat Palestin di Gaza semakin mencengkam jiwa kita. Hari demi hari kawasan penempatan mereka dibedil dengan bom dan tembakan senjata tentera Zionis Israel.

Setiap hari ada sahaja rakyat Palestin yang terkorban. Angka rakyat Palestin yang terkorban kini mencapai 1,000 orang.

Apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza mengundang simpati mendalam kepada seluruh rakyat negara ini untuk membantu meringankan keperitan dan kesengsaraan hidup mereka.

Selain kempen memboikot produk Amerika Syarikat dan Israel, kita juga perlu mempertingkatkan usaha mengumpul wang derma untuk membantu rakyat Palestin.

Beberapa syarikat, media, badan bukan kerajaan telah menubuhkan tabung derma kemanusiaan untuk Gaza. Ia bertujuan untuk meringankan beban penderitaan rakyat Palestin yang kini menghadapi tindakan ganas dan tanpa perikemanusiaan oleh rejim Israel.

Kita telah lihat beratus penduduk Gaza baik kanak-kanak, wanita dan warga tua yang cedera parah. Banyak penduduk sudah tiada tempat berteduh setelah diranapkan oleh bedilan bom Zionis.

Dalam tempoh dua minggu sahaja begitu banyak kemusnahan dialami oleh penduduk Gaza. Kemudahan-kemudahan awam seperti masjid, sekolah serta bekalan air dan elektrik yang musnah perlu dibina dan dibaik pulih semula.

Kesan selepas pencerobohan tentera Zionis itu perlu kita fikirkan. Sudah tentu penduduk Palestintiada keupayaan dan kemampuan kewangan untuk memulihkan Gaza seperti sebelum ini.

Di sinilah kita patut memainkan peranan dengan menghulur derma bagi memulihkan semangat mereka untuk terus hidup dan berjuang.

Kita bersyukur, apabila sesuatu tabung derma untuk membantu mangsa peperangan atau bencana alam, rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap pemurah akan menghulurkan bantuan.

Setiap hari, ada sahaja penderma yang menghulurkan wang ke dalam tabung-tabung derma. Bagi yang kaya, mereka menghulur dalam jumlah yang besar, manakala yang miskin sekadar wang kecil. Namun, nilainya tetap sama di hadapan Allah.

Kepada rakyat Malaysia, berilah apa yang termampu, bantulah saudara-saudara kita yang sangat menderita di sana.

Di samping niat untuk membantu rakyat Palestin, kita juga perlu membuka mata bagi mengawasi individu atau kumpulan tertentu yang menyamar sebagai pengutip derma.

Bagi mengurus tabung bantuan Palestin yang diwujudkan pihak yang prihatin di seluruh negara, kita minta ia hendaklah diselaraskan.

Ada baiknya kutipan derma diserahkan kepada Wisma Putra supaya ia diselaraskan dengan sebaik-baiknya dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan di Palestin.

Penyelarasan hasil kutipan itu akan mempermudahkan pembelian barangan bantuan termasuk ubat-ubatan dan keperluan lain. Penyelarasan wang tabung kemanusiaan itu perlu supaya tidak timbul rungutan dan persoalan bagaimana wang derma itu digunakan.

Khamis, Januari 15, 2009

PBB panggil sidang tergempar

Usaha Malaysia yang mahukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Sesi Tergempar Khas membincangkan isu keganasan berterusan Israel ke atas penduduk Palestin berhasil apabila badan dunia itu memutuskan memanggil sidang itu di New York, hari ini 15 Januari 2009

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau sebenarnya telah dua kali menulis surat kepada Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Miguel Brockman masing-masing pada 7 Januari dan 10 Januari menggesa diadakan sesi tergempar tersebut.

Pada awalnya, Brockman telah mengeluarkan notis kepada semua anggota PBB untuk mengadakan sesi tersebut pada 8 Januari lalu tetapi menangguhkannya apabila Majlis Keselamatan bersidang dan meluluskan Resolusi No. 1860 yang kemudiannya tidak dipedulikan oleh Israel.

“Bagaimanapun saya rasa lega hari ini apabila menerima sepucuk surat daripada Brockman yang mengakui menerima kedua-dua surat saya dan memberitahu bahawa selaku Presiden UNGA, beliau memutuskan untuk memanggil semula Sesi Tergempar Khas itu pada Khamis di New York.

“Ini bermakna sesi itu akan berlaku waktu malam esok di Malaysia kerana perbezaan waktu 12 jam antara New York dan Kuala Lumpur.

“Saya berpuas hati bahawa segala usaha Malaysia setakat ini tidaklah sia-sia. Matlamat pertama agar sesi tergempar itu diadakan. Insya-Allah,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Abdullah berkata, dalam surat Brockman kepadanya bertarikh 12 Januari lalu, Presiden UNGA itu memberitahu, pihaknya mengambil berat terhadap keadaan yang sangat kritikal di Gaza.

Kata Perdana Menteri: “Beliau (Brockman) sangat menghargai pendirian tegas yang telah diambil Malaysia.

“Sebenarnya beliau mengharapkan banyak lagi negara lain bersedia seperti Malaysia tampil mengutuk kekejaman dan kezaliman serta menuntut secara nyata dan tegas bahawa pihak PBB mesti bertindak tegas agar matlamat yang dikehendaki tercapai.”

Menurut beliau, matlamat yang dikehendaki PBB di Gaza adalah seperti berikut:

- Gencatan senjata mesti dipatuhi oleh semua pihak di Gaza.

- Tentera Israel mesti berundur dari bumi Gaza.

- Kepungan yang dikenakan oleh Israel terhadap Gaza mesti dihapuskan.

- Sekiranya semua ini masih tidak dilakukan oleh pihak Israel, maka Majlis Keselamatan PBB mesti meluluskan penubuhan Pasukan Pengaman PBB untuk menguatkuasakan matlamat PBB itu.

Isnin lalu, Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar dan mengambil ketetapan antara lain menggesa UNGA mengadakan Sesi Tergempar Khas di bawah Resolusi 377A(V) Tahun 1950.

Rabu, Januari 14, 2009

Di sebalik tembok Gaza

Ketika Israel terus menerus melakukan jenayah kemanusiaan di Gaza, kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin semakin mendapat perhatian dunia dan diikuti dengan penuh simpati oleh seluruh masyarakat antarabangsa, termasuk rakyat Malaysia.

Namun, apa yang disajikan kepada seluruh dunia tentang hakikat pencerobohan Israel di Gaza sebenarnya masih jauh daripada nyata.

Kebanyakan laporan mengenai serangan itu bersumberkan agensi berita yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang juga merupakan pelobi Yahudi.

Pastinya setiap laporan itu ditapis supaya tidak begitu memperlihatkan kekejaman tentera Zionis dan paling penting menyebarkan agenda bahawa pencerobohan Israel adalah tindakan mempertahankan diri daripada roket dan peluru Hamas.

Apa yang lebih mendukacitakan, wartawan dari seluruh dunia juga tidak dibenarkan untuk membuat liputan secara langsung mengenai keadaan sebenar di Gaza sebaliknya hanya berkumpul di sebuah pusat media di Kaherah, Mesir dan mendapatkan berita daripada sumber-sumber Israel.

Lokasi paling dekat yang boleh dilaporkan oleh wartawan asing ialah di perbatasan Palestin-Mesir iaitu di Rafah, itu pun diberikan ruang bersama-sama pasukan keselamatan antarabangsa yang menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin. Keadaan yang serupa juga berlaku kepada wartawan yang berpangkalan di Baitulmaqdis, Israel, apabila tidak dibenarkan memasuki Gaza dan hanya menerima berita daripada tentera-tentera Israel.

Apa yang benar-benar terjadi di balik tembok yang memisahkan Gaza dengan Mesir dan Israel kekal misteri kepada masyarakat dunia, melainkan apa yang diperoleh menerusi laporan berita daripada kroni-kroni Israel yang melancarkan serangan.

Namun, meskipun dalam sumber berita yang terhad, ia bukanlah penghalang kepada masyarakat dunia untuk menyaksikan dan memahami kekejaman Israel menerusi pelbagai sumber berita yang melaporkannya dari sudut permasalahan yang sebenar.

Laporan dan artikel yang lebih adil dan tepat itu kebanyakannya disiarkan oleh rangkaian berita online dan dikupas oleh wartawan serta wakil organisasi keamanan antarabangsa dari seluruh dunia yang pernah bertugas di Gaza dan Tebing Barat.

Laporan dan artikel oleh kumpulan penulis ini sekurang-kurangnya dapat menimbal balas laporan yang disogokkan oleh agensi berita pro Israel dengan gambaran sebenar permasalahan di Asia Barat serta situasi terkini penduduk Gaza yang terus dibedil tentera Zionis.

International Herald Tribune yang berpangkalan di Paris misalnya, menerusi wartawannya Rashid Khalidi menulis mengenai situasi sebenar di Gaza yang mungkin tidak diketahui oleh banyak pihak.

Antaranya hakikat bahawa penduduk Gaza seramai 1.5 juta orang sebahagian besarnya tidak berasal dari Gaza sendiri, sebaliknya dari luar wilayah itu seperti Ashkelon dan Beersheba.

Mereka dipaksa berpindah ke Gaza oleh tentera Israel pada 1948 iaitu ketika terbinanya sebuah negara Israel yang tidak sah di Palestin.

Lebih lanjut, Rashid juga menjelaskan bahawa penduduk di Gaza sebenarnya sudah berada di bawah pendudukan Israel terutamanya selepas Perang Enam Hari pada 1967, meskipun negara Yahudi itu sudah memindahkan tentera dan penempatan Yahudi sejak 2005.

Israel juga masih mengawal kemasukan pergerakan keluar masuk serta eksport dan import ke Gaza selain menakluk ruang udara dan laut wilayah itu.

Sebagai kuasa penjajah, Israel di bawah Konvensyen Keempat Geneva, bertanggungjawab menjaga kebajikan penduduk awam di wilayah berkenaan.

Rashid dalam tulisannya lagi turut menyentuh mengenai sekatan ke atas Gaza oleh Israel yang disokong oleh AS dan Kesatuan Eropah (EU), semakin ketat terutamanya selepas Hamas memenangi pilihan raya pada 2006.

Sekatan itu secara perlahan-lahan menekan rakyat Gaza yang terputus sumber asas termasuk bahan api elektrik dan minyak, import dan eksport. Keadaan itu menjurus rakyat Gaza kepada krisis kemanusiaan yang terputus bekalan perubatan, sanitasi, sumber air bersih dan pengangkutan.

Berhubung gencatan senjata yang dicapai pula, Rashid menjelaskan antara intipati kesepakatan yang dicapai pada Jun lalu ialah membuka semua sekatan ke atas Gaza selain kedua-dua pihak menghentikan serangan roket.

Gencatan senjata itu menyaksikan serangan roket dari Gaza ke Israel yang berjumlah ratusan antara Mei dan Jun, berkurangan kepada hanya kira-kira 20 dalam tempoh empat bulan selepas gencatan senjata.

Bagaimanapun gencatan senjata itu berakhir apabila Israel melancarkan serangan udara dan darat besar-besaran pada awal November yang membunuh kira-kira enam orang pejuang Hamas.

Rashid juga menyimpulkan apa yang berlaku di Asia Barat ketika ini adalah satu jenayah perang apabila orang awam menjadi sasaran.

Hanya perundingan merupakan jalan terbaik dalam menyelesaikan konflik ketika ini dan ia sudah dibuktikan ketika Israel mematuhi gencatan senjata pada Jun lalu dan membuka sekatan ke atas Gaza.

Fakta-fakta yang disebutkan Rashid itu tidak banyak disentuh dalam membincangkan permasalahan di Asia Barat termasuk dalam analisis ketika Israel menyerang Palestin kini.

Penderitaan

Sementara itu, CommonDreams.org, sebuah laman sesawang berita pada 9 Januari lalu mengeluarkan satu kenyataan media mengenai serangan ke atas Gaza yang disorot daripada kaca mata beberapa individu yang sangat dekat dengan penderitaan rakyat Palestin.

Antaranya kenyataan Richard Falk, iaitu seorang Professor Emeritus dalam bidang undang-undang antarabangsa di Universiti Princeton.

Falk yang juga pemantau khas hak asasi manusia bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza dan Tebing Barat antara lain membuat kenyataan yang berbunyi: ''Adalah tidak bertanggungjawab untuk mengetepikan Hamas sebagai badan antarabangsa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perbincangan diplomatik lain yang menjurus berkenaan dengan gencatan senjata. Ini kerana permintaan tidak bersyarat Hamas terhadap pengunduran Israel, persetujuan gencatan senjata segera dan pembukaan semua sekatan adalah berasas, patut diluluskan dan bertepatan dengan undang-undang antarabangsa.

"Dalam mencari relevan bagi melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas, ia sangat tidak membantu dalam perspektif penyelesaian konflik, sebaliknya Israel yang seharusnya digelar negara pengganas,".

Kenyataan Falk itu disampaikan semasa Persidangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB di Geneva pada 9 Januari lalu.

CoomonDream.org dalam kenyataan akhbar yang sama juga turut memetik kenyataan pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Laureate Maguire yang menyaksikan sendiri kesengsaraan penduduk Gaza yang menjadi tawanan Israel sejak kira-kira dua tahun lalu.

Justeru, Maguire telah menulis surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, sejajar dengan suara kebanyakan badan dan pertubuhan hak asasi di seluruh dunia supaya menghadapkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa selaras dengan perkara 22 PBB.

Turut dimuatkan dalam kenyataan akhbar itu ialah pengalaman aktivis dan sukarelawan, Philip Rizk yang sudah dua tahun menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Gaza.

Menurut Rizk, dua buah bas termasuk yang dinaiki beliau yang membawa doktor, sukarelawan dan wartawan telah dihalang memasuki Gaza dan diarah berpatah balik ke Kaherah oleh kira-kira 300 askar Mesir.

Menurut Rizk, selain bekalan ubat-ubatan dan keperluan asas lain yang gagal disalurkan kepada penduduk Gaza, wilayah itu juga terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar.

Bagaimanapun Rizk bernasib baik apabila berjaya menghubungi seorang pakar bedah di Hospital Al-Shifaa, Gaza, Dr. Attalah Tarazi yang memberitahu kebanyakan yang cedera dan terbunuh ialah kanak-kanak dan wanita dan angka mangsa kekejaman Israel itu sebenarnya lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Dr. Attalah juga sempat menyebut mengenai kecederaan rakyat Gaza yang disebabkan oleh bahan kimia yang mirip kepada fosforus putih, namun beliau sendiri tidak dapat mengesahkannya.

Apa yang paling dikesalkan Rizk ialah sikap Mesir yang enggan membuka laluan bagi kemasukan bantuan ke Gaza yang memperlihatkan Mesir juga bersekongkol dengan Israel dalam menindas rakyat Palestin. Kecaman ke atas Mesir turut disuarakan oleh dua wartawan Inter Press Service New Agency, iaitu Adam Morrow dan Khaled Moussa al- Omrani.

Menerusi artikel mereka yang disiarkan secara online, Morrow dan Khaled Mousa melaporkan limpahan bantuan mula tiba di bandar Al-Aris, 40 kilometer dari perbatasan Mesir dan Gaza, namun menurut sumber tempatan, bantuan itu dihalang masuk ke wilayah yang terkepung di Gaza oleh pihak berkuasa Mesir.

Sempadan itu juga dibuka kira-kira lima hingga enam kali untuk membawa bantuan yang sangat terhad dengan hanya 1,000 tan makanan berjaya disalurkan, sedangkan penduduk Gaza memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 tan makanan sehari untuk meneruskan kehidupan.

Sementara itu, wartawan Middle East Report , Mouin Rabbani dalam laporannya yang disiarkan secara online pada 7 Januari lalu, secara panjang lebar memperincikan mengenai konflik Asia Barat sehingga membawa kepada aksi kekejaman Israel ketika ini.

Kritikal

Mouin, yang berpangkalan di Amman, Jordan dan merupakan editor penyumbang kepada majalah analisis Asia Barat paling berpengaruh di AS itu melaporkan, serangan hari pertama Israel dilancarkan ketika kebanyakan kanak-kanak Palestin baru menghabiskan sesi persekolahan pagi dan sedang bergerak untuk pulang ke rumah.

Ketika itu menurut Mouin, kira-kira 90 pesawat Israel mensasarkan lebih 100 tan bahan letupan ke 100 sasaran di seluruh Gaza. Serangan pada hari itu sahaja membunuh seramai 225 orang rakyat Palestin dan mencederakan kira-kira 700 orang yang lain dengan lebih 200 orang dilaporkan kritikal.

Jumlah kematian dan kecederaan penduduk Palestin pada serangan hari pertama Israel itu juga lebih ramai daripada mana-mana serangan sama ada di Gaza atau Tebing Barat sejak Israel menduduki Palestin pada Jun 1967.

Dalam laporan berasingan Mouin menulis lagi bahawa 15 anggota Majlis Keselamatan PBB sepatutnya malu pada diri sendiri dan perlu bersiap sedia untuk kehilangan kredibiliti masing-masing.

Ini kerana 15 anggota terbabit masih ghairah mempersiapkan bukti-bukti terhadap program nuklear Iran sedangkan tidak mampu meluluskan resolusi terhadap Israel yang secara terang-terangan melakukan penindasan dan kezaliman ke atas penduduk Palestin.

Namun persoalan yang jauh lebih besar menurut Rabbani, adakah layak untuk Majlis Keselamatan PBB memiliki kredibiliti setelah beberapa kali gagal menjamin perdamaian dan menutup mata terhadap pelbagai ancaman yang merenggut hak-hak asasi jutaan manusia.

''Dan konflik ini (Israel-Palestin) adalah konflik yang mereka (Majlis Keselamatan PBB) ciptakan sendiri pada 1947,", demikian disimpulkan oleh Mouin dalam menyatakan kekecewaannya kepada PBB.

Selasa, Januari 13, 2009

Negara Islam perlu bersatu - Ahmadinejad

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyeru negara-negara Islam supaya bersatu bagi menamatkan pembunuhan kaum yang giat dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Genting Gaza.

Beliau membuat seruan itu selepas rundingan dengan Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika, di sini semalam.

Mahmoud memberi amaran, jika langkah-langkah global tidak diambil segera oleh negara-negara bebas dan merdeka untuk menghentikan pengeboman Israel ke atas Gaza, "rantau ini, dunia Islam dan umat manusia seluruhnya akan berdepan dengan malapetaka kemanusiaan terbesar dalam sejarah."

Beliau menggesa sekatan politik dan ekonomi dikenakan secara bersepadu ke atas Israel.

Menurut Presiden itu, Iran akan memberikan "segala bentuk sokongan" untuk memerangi keganasan Israel dan mencegah "peringkat genosid baru" dalam kempen rejim Zionis itu ke atas rakyat Palestin.

Sambil memberi amaran dunia Islam serta para pemimpinnya memikul "tanggungjawab terbesar dalam sejarah" untuk bertindak, Mahmoud berkata, rakyat dan kerajaan negara Islam "mampu memarakkan intifada Palestin."

Beliau merujuk kepada dua pemberontakan Palestin menentang pendudukan Israel pada 1987 dan 2000.

Israel mula mengerahkan askar simpanannya memasuki Genting Gaza semalam ketika pertempuran sengit terus meletus sekalipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan di wilayah Palestin itu.

- AFP

Teks Usul Parlimen - Malaysia kutuk keangkuhan Israel

Teks usul mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas wilayah Gaza oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 12 Januari 2009.

Saya mengucapkan terima kasih juga kepada semua ahli Yang Berhormat yang hadir walaupun notis yang dikeluarkan mengenai sidang hari ini adalah secara tergempar. Saya berterima kasih atas keprihatinan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, tidak mengira agama, bangsa atau haluan politik, yang bersedia membahaskan bersama satu isu yang sangat rapat di hati rakyat Malaysia iaitu penderitaan semasa yang dialami rakyat Palestin dan masa depan keamanan dan keselamatan bagi negara Palestin. Semuanya telah menjadi terancam akibat serangan berterusan ke atas wilayah Palestin oleh rejim Zionis di Israel.

Sesungguhnya, tindak-tanduk tentera Israel, khususnya pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda, tanpa sebarang timbang rasa, yang sedang dilakukan oleh mereka di wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh dunia.

Saya juga berharap agar perbahasan kita hari ini tidak akan dipolitikkan oleh ahli-ahli dewan yang mulia ini kerana usul yang hendak dibawa oleh kerajaan pada hari bukan bertujuan meraih sokongan politik daripada mana-mana golongan rakyat kita. Perkara ini melibatkan isu pencabulan undang-undang antarabangsa, pencerobohan dan kezaliman ke atas manusia yang dilakukan oleh manusia juga.

Demi mempertahankan kredibiliti negara, kita harus bersepakat menjelaskan kepada seluruh dunia akan pendirian Malaysia terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, khususnya mereka yang berada di wilayah Gaza.

Bahawa mengikut peruntukan peraturan mesyuarat 27(3) dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:

- Bahawa, Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan operasi 'Cast Lead' pada 27 Disember 2008 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dari udara dan diikuti dengan serangan oleh pasukan tentera darat bermula pada 3 Januari 2009;

- Bahawa, serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 perlindungan orang-orang awam dalam masa perang;

- Bahawa, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza; dan

- Bahawa, rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghentikan serta-merta keganasan negara Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza.

Dengan ini, dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut:

(1) Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak- kanak, termasuk bayi dan warga tua, dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;

(2) Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

(3) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengadakan sesi tergempar khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Uniting for Peace - di bawah Resolusi 377a(v) sekiranya pelaksanaan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal menguatkuasakan ketetapannya yang diputuskan pada 8 Januari 2009.

(4) Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;

(5) Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang;

(6) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

(7) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

(8) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta-merta;

(9) Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan

(10) Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua dewan perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana membenarkan dewan yang mulia ini membahaskan isu serangan Israel ke atas wilayah Gaza pada petang ini.

Israel melancarkan serangan yang diberi nama Cast Lead, dengan izin, pada 27 Disember 2008. Menggunakan kelengkapan perang yang serba canggih, termasuk jet pengebom F-16, tentera udara Israel telah membunuh lebih 200 orang rakyat Palestin pada hari pertama itu sahaja.

Lapan hari kemudian, pada tanggal 3 Januari 2009, serangan ke atas Gaza telah diperhebat oleh Israel dengan mengguna tentera darat, termasuk serangan dan bedilan oleh beratus kereta-kebal besar.

Pada hari ini, sekurang-kurangnya 800 orang telah mati di Gaza. Lebih 3,000 orang cedera. Hampir 15,000 orang telah menjadi pelarian dalam negeri kerana hendak lari dari kawasan pertempuran.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC), dalam satu laporannya pada tarikh 5 Januari 2008 menyatakan bahawa keadaan kehidupan manusia di Gaza sangat membimbangkan kerana makanan, bahan bakar, ubatan dan keperluan-keperluan asas yang lain terlalu kurang bagi penduduk setempat.

Pada 8 Januari 2009, atas permintaan dari Malaysia dan Brazil, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNGA, dengan izin, telah mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang tergempar UNGA untuk bersidang dan mengambil sesuatu keputusan yang sesuai, khususnya untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Security Council, dengan izin, supaya bertindak untuk mengisytiharkan gencatan senjata tanpa syarat dan memaksa pihak Israel berundur dari bumi Gaza.

Seolah-olah bertujuan menghalang berlakunya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - hasil permintaan dari Malaysia dan Brazil itu - Majlis Keselamatan berjaya bersidang dan meluluskan satu ketetapan atau resolusi pada 9 Januari 2009. Harap ahli Yang Berhormat sekalian ambil perhatian bahawa Majlis Keselamatan hanya bertindak setelah mereka membiarkan serangan Israel berlaku selama dua minggu tanpa sebarang keredaan.

Dan kita semua tahu mengapa Majlis Keselamatan tiada maya untuk bertindak. Israel tidak mahu Majlis Keselamatan bertindak. Dan dia ada penyokong kuat dalam Majlis Keselamatan yang menghalang Majlis Keselamatan mengambil tindakan. Sebenarnya, mengenai isu Palestin, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 28 kali dalam tempoh 36 tahun sejak 1973, iaitu menyekat Majlis Keselamatan supaya tidak dapat bertindak.

Pembaharuan

Marilah kita bersama-sama menyeru bakal Presiden Barack Obama melakukan sesuatu yang benar-benar membawa pembaharuan. Amerika Syarikat mengaku negara demokrasi yang terulung di dunia. Mengapa ia menolak keputusan pilihan raya umum di Palestin dalam tahun 2006 yang telah memberi kemenangan kepada parti Hamas. Amerika Syarikat mengaku dirinya jaguh mempertahankan hak asasi manusia. Mengapa ia membiarkan Israel membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita biasa serta orang-orang awam lain, semuanya tidak berdosa.

Benar, pada 9 Januari 2009, Majlis Keselamatan telah meluluskan Resolusi No. 1860 (2009) yang mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza, mendesak supaya semua pihak mematuhi gencatan senjata dan tentera Israel diarah undur keluar dari wilayah Palestin. tetapi resolusi ini senyap sahaja tentang kepungan atau blockade yang dikenakan oleh pihak Israel ke atas Palestin.

Tetapi, ada dua perkara yang sangat tidak memuaskan bersabit resolusi ini. Pertama, semua 14 negara anggota Majlis Keselamatan telah mengundi menyokong resolusi tersebut melainkan Amerika Syarikat yang telah mengambil keputusan mengundi berkecuali.

Kedua, resolusi itu tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk mengadakan satu pasukan antarabangsa, sama ada satu kumpulan pengawasan atau satu pasukan tentera peace-keeping, dengan izin, untuk menyelia gencatan senjata dan menentukan segala arahan dipatuhi.

Oleh kerana tiadanya kumpulan atau pasukan antarabangsa, maka tiada siapa untuk menentukan supaya tentera Israel berundur keluar dari wilayah Gaza. Tiada siapa untuk menentukan bahawa gencatan senjata benar-benar berlaku. Inilah kelemahan Resolusi No. 9567 itu.

Akibatnya, pada ketika ini - iaitu sudah empat hari sejak gencatan senjata diisytiharkan - iaitu pada masa dewan yang mulia ini sedang bersidang, serangan hebat Israel ke atas Gaza masih berlaku dan berterusan. Orang-orang di Gaza terus mati dan cedera. Bilangan yang mati bertambah hari demi hari. Bilangan yang cedera dan kehilangan rumah tangga serta harta benda bertambah hari demi hari. Bekalan makanan, bahan bakar, ubatan dan keperluan-keperluan asas terus berkurangan hari demi hari.

Bekalan bantuan dari dunia luar tidak dapat sampai kepada mangsa-mangsa peperangan yang memerlukannya kerana jalan-jalan ditutup dan tidak selamat bagi pembantu-pembantu untuk bergerak bebas. Barang bantuan juga tidak dapat sampai menerusi pantai Gaza kerana lautan sekeliling gaza di kepung atau, dengan izin, di blockade oleh Israel

Serangan ke atas wilayah Gaza kali ini adalah yang terburuk pernah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Palestin sejak penaklukan wilayah itu dalam tahun 1967. Kanak-kanak Palestin ada yang mati terbunuh kena tembak, dengan izin, sniper fire.

Pengeboman dan bedilan kereta kebal Israel secara rambang telah kena tiga buah sekolah yang ditadbir oleh United Nations Relief and Works Agency dan serangan ini mengorbankan berpuluh anak sekolah. Kekejaman tentera Israel terhadap orang Palestin tiada tolok bandingnya.

Malaysia berasa amat sedih dan kesal dengan situasi yang berlaku di Gaza akibat serangan dan tindakan kejam tentera Israel. Beratus orang rakyat Palestin yang tidak berdosa telah menjadi mangsa. Serangan ini telah melumpuhkan sebuah wilayah kecil yang tidak berupaya mempertahankan dirinya daripada serangan kejam yang bertubi-tubi.

Sekatan atau dengan izin, blockade yang dilakukan oleh tentera laut Israel menyekat bantuan tiba melalui laut wilayah Gaza. Malaysia hampa dengan kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan menghentikan serangan ini, terutama kegagalan Majlis Keselamatan PBB.

Seperti yang sering dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di dewan yang mulia ini, Israel telah sering kali dan secara berterusan bersikap angkuh melakukan tindakan-tindakan yang agresif dan kejam ke atas rakyat Palestin sejak sekian lama.

Pelbagai resolusi telah dilulus oleh Majlis Keselamatan tetapi tidak dihiraukan oleh Israel. Namun, Israel lebih memilih untuk tidak mengendahkan dan membelakangi undang-undang antarabangsa. Sebaliknya, Israel mengambil langkah yang lebih biadab dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Malaysia pernah menaruh harapan akan usaha pihak Amerika Syarikat untuk membuka jalan penyelesaian melalui Proses Damai Annapolis yang diadakan pada 27 November 2007. Semasa persidangan Annapolis tersebut, persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak, Palestin dan Israel bagi mengadakan rundingan berterusan agar dapat mewujudkan negara Palestin yang bebas dan berdaulat pada akhir tahun 2008. Persetujuan semasa persidangan tersebut disaksikan oleh masyarakat antarabangsa, termasuk oleh Malaysia yang turut dijemput menyertai. Kita merasa amat kecewa apabila Proses Damai Annapolis menemui jalan buntu.

Masyarakat antarabangsa merata-rata mengutuk tindakan rejim Israel menyerang Gaza. Demonstrasi dan protes bagi mengecam tindakan Israel itu diadakan di beberapa negara. malangnya, ada juga pihak yang bersikap serong dan meletakkan tanggungjawab bulat-bulat ke atas pejuang-pejuang Hamas di Gaza yang melancar roket-roket ke arah Israel. Tetapi, ahli Yang Berhormat sekalian haruslah sedar bahawa ini adalah tindakan orang-orang yang terkepung, tidak boleh bebas dan merentas sempadan wilayah mereka sendiri.

Pada 27 Disember 2008, Profesor Richard Falk, pelapor khas hak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai asasi manusia di wilayah yang diduduki, telah menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai pencabulan besar terhadap perundangan kemanusiaan antarabangsa (international humanitarian law) seperti yang ditetapkan oleh Konvensyen Geneva.

Walau bagaimana pun, Malaysia tetap tidak berputus asa.

Kerajaan, melalui kementerian luar negeri telah mengarahkan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York supaya terus berusaha demi keamanan dan keselamatan bumi Palestin. Khususnya, beliau telah diarah bekerjasama dan berurusan rapat dengan wakil negara-negara anggota Organization of the Islamic Conference (OIC) dan Non Aligned Movement (NAM).

Sekiranya, gencatan senjata terus tidak berkuat kuasa dan keadaan buruk di Gaza tidak berubah, maka negara-negara yang sependapat dengan Malaysia mestilah berusaha semula untuk meminta Presiden Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar perhimpunan agung berlandaskan Resolusi No.377 a(v) tahun 1950 - Uniting for Peace.

Saya sendiri telah juga mengutus kepada Setiausaha Agung PBB, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ketua-ketua kerajaan negara-negara anggota Majlis Keselamatan, negara-negara OIC, negara-negara NAM serta beberapa tokoh seperti Pope Bendict XVI, Barack Obama dan Jimmy Carter, untuk membantu dalam usaha mencari kedamaian di Timur Tengah amnya, dan di Gaza khasnya.

Kementerian Luar Negeri juga telah secara rasminya mengaktifkan "Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin" bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Kerajaan telah menyumbang AS$1 juta kepada penduduk Gaza melalui Mercy Malaysia.

Mengambil kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada ahli-ahli dewan yang mulia ini untuk turut membantu usaha murni ini dengan menggalakkan semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk membantu rakyat Palestin yang kini berada dalam keadaan yang amat daif akibat serangan tentera rejim Zionis.

Selaku masyarakat Malaysia yang sentiasa prihatin dan simpati kepada kesengsaraan golongan yang tertindas, marilah kita sama-sama menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu rakyat Palestin di Gaza. Bersama-samalah kita memanjatkan doa kepada yang maha esa agar bencana kemanusiaan ini dapat dihentikan serta-merta.

Malaysia akan terus memantau perkembangan krisis di wilayah Palestin di Gaza.

Isnin, Januari 12, 2009

Elak episod sedih di palestin berlaku di Malaysia

Dunia amat mengetahui kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin akibat tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis. Namun keprihatinan dunia langsung tidak diendahkan oleh Israel jauh sekali mengundang ketakutan dalang di sebalik kekejaman itu iaitu Amerika Syarikat (AS).

Dengan angkuh juga resolusi Perhimpunan Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar gencatan senjata di Genting Gaza dikuatkuasakan telah ditolak mentah-mentah.

Malaysia sendiri amat prihatin terhadap nasib yang menimpa penduduk Palestin. Didorong oleh keprihatinan itu juga negara mendesak supaya perhimpunan agung khas itu diadakan.

Dan hari ini satu lagi lambang keprihatinan terhadap tragedi di Genting Gaza diangkat. Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang berkumpul di Dewan Rakyat untuk membahaskan keganasan rejim Zionis atas nama kemanusiaan.

Belum ada negara-negara lain terutama di Asia Barat yang menunjukkan keprihatinan sedemikian rupa, justeru apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini semestinya menjadi satu lagi simbol kemanusiaan yang menolak tepi fahaman politik.

Semestinya sesi perbahasan akan berlangsung dengan matang lantaran tiada apa yang perlu dibangkang dalam isu Palestin.

Usul yang diluluskan kelak menggambarkan kesepakatan antara penyokong kerajaan dan pembangkang apabila berhadapan dengan isu-isu sejagat.

Hakikatnya, banyak yang mesti diteladani daripada episod sedih yang berlaku di bumi Palestin - biarpun jaraknya beribu batu dari Malaysia tetapi keadaan yang sama boleh saja menimpa negara ini jika kita tidak berhati-hati.

Semangat perpaduan dan sayangkan negara terutama di kalangan generasi muda mesti dipupuk untuk mengelak misi 'penjajahan' melarat ke tanah air kita.

Bahawa keadaan dunia yang semakin gawat baik dari segi politik, sosial dan ekonomi menuntut rakyat berfikir panjang supaya apa yang terjadi di negara-negara luar tidak berlaku di sini.

Perpaduan di kalangan rakyat yang lemah akan membentuk negara yang juga lemah. Keadaan itu akan membuka ruang kepada mana-mana kuasa untuk campur tangan dalam menentukan hala tuju negara yang semestinya bertentangan dengan nilai masyarakat setempat.

Dan jika berlaku keadaan itu tiada siapa yang boleh menghulurkan bantuan untuk mengembalikan negara kepada bentuk asal.

Justeru adalah menjadi harapan kita semua agar sidang khas Dewan Rakyat hari ini yang pasti menyaksikan kesepakatan di kalangan penyokong kerajaan dan pembangkang menyedarkan semua pihak tentang masa depan kita.

Bahawa tragedi di Palestin bukan sesuatu yang mustahil untuk berlaku di negara ini, oleh itu setiap daripada kita mesti bersatu hati dan mengetepikan perbezaaan politik untuk memastikan keharmonian di bumi yang bernama Malaysia terus terpelihara.

Palestin diserang kerana tanah

JENAYAH perang oleh rejim Zionis Israel terhadap 1.5 juta penduduk di wilayah Tebing Gaza yang masuk minggu ketiga begitu meruntun jiwa rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khasnya.

Umumnya, masyarakat Melayu begitu sensitif terhadap isu Palestin sedangkan pada masa yang sama lebih 300 juta jiwa di 23 buah negara Arab sendiri tidak peduli bangsanya 'diratah' di depan mata. Majoriti rejim dan kuasa Arab termasuk Arab Saudi bacul untuk bertindak mematahkan kebiadapan Zionis. Mengapa sehingga kini mereka tidak berpakat menghantar beramai-ramai tentera dan rakyat masing-masing menentang Israel?

Apa yang berlaku, kerajaan Emiriah Arab Bersatu tetap selesa 'bertapa' di Burj al-Arab. Mesir dan Syria pula belum bersedia membuka pintu untuk pelarian Palestin bagi tujuan perlindungan. Malah, Jordan dan Turki masih mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Zionis. Ironinya, Hugo Chavez pula bertindak sebagai pemimpin 'jantan' sebenar apabila menghalau Duta Israel ke Venezuela, Shlomo Cohen dan kakitangan kedutaan itu pada 6 Januari lalu.

Kita perlu benar-benar memahami situasi hujanan puluhan bedilan peluru dan mortar tentera Israel sejak 27 Disember itu secara lebih menyeluruh. Ini kerana 'banjir' darah di Semenanjung Gaza bukan sekadar tindakan kebinatangan Zionis untuk memerangi Islam.

Malah, Gaza yang luasnya hanya 360 km persegi itu juga tidak memiliki kepentingan ekonomi yang signifikan kepada Israel. Israel sebenarnya laparkan tanah atas agenda mahu meluaskan lagi wilayah Israel Raya yang mula terbina secara haram pada 1948. Walaupun keturunan bangsa Palestin telah lama menetap di tanah itu sejak 1500 tahun sebelum bani Israel datang tetapi tanah Palestin tetap didakwa hak nenek moyang mereka.

Sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah rakyat tanah Palestin yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa hidup aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Oleh sebab itu, apa yang berlaku di Tebing Gaza mesti dijadikan iktibar betapa pentingnya kedaulatan tanah milik keluarga, bangsa dan negara dipertahankan.

Persoalannya, adakah kita mengambil iktibar daripada serangan Israel dengan memelihara hak milik dan kelangsungan tanah milik kita? Baik budi yang tidak kena pada tempatnya mesti dielak sebelum hak milik tanah yang masih berbaki di tangan kita tidak tergadai begitu sahaja.

Tindakan kerajaan negeri Perak misalnya yang begitu mudah memberikan tanah kepada bukan Melayu amat berisiko menjerumuskan bangsa Melayu ke kancah yang sama seperti yang ditempuhi oleh bangsa Palestin hari ini. Begitu juga 'kemaraan' mudah para pelabur dari Singapura yang disokong kuat di belakangnya Israel melalui wilayah pembangunan di selatan tanah air.

Hakikatnya, generasi cucu cicit kita pada masa akan datang juga tidak mustahil akan dianiaya, dihalau dan dibunuh seperti mereka di Palestin jika pemimpin dan bangsa kita gagal memahami apa yang tersirat di sebalik episod pilu tangisan dan teriakan Gaza hari ini.

Hanya 'hukuman' Tuhan selamatkan Palestin?

SUDAH 16 hari rakyat Palestin dilanyak oleh rejim Zionis. Tidak ada tanda-tanda rejim itu akan berundur walaupun Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza. Begitulah apabila sifat kebinatangan menguasai manusia.

Rejim Yahudi dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) tidak peka sebaliknya pekak dengan tangisan rakyat Palestin. Mereka sengaja memekakkan telinga dengan tidak mempedulikan desakan masyarakat antarabangsa supaya berundur dan menghentikan serangan. Mata mereka buta. Mereka tidak buka mata melihat paparan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Palestin terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua.

AS pula berdiam diri. Adakah AS mahu membiarkan Zionis menguji senjata mereka di laman Palestin sebelum mendapatkan senjata baru yang lebih canggih? Kenapa AS harus menunggu sehingga Barack Obama menjadi Presiden? Sikap berat sebelah AS amat jelas. AS mampu menghantar kapal perang, pesawat pejuang, kereta kebal, anggota tentera untuk menghapuskan seorang manusia bernama Saddam Hussein tetapi tidak berupaya mengambil tindakan yang sama terhadap kerakusan seorang pemimpin yang seolah-olah mahu melenyapkan rakyat dan bumi Palestin dari muka bumi ini.

Nampaknya tidak ada apa yang boleh dilakukan. Jika diselak kembali lembaran sejarah pada 1982 ternyata, Ehud Olmert sama seperti tindakan Ariel Sharon pada 1982.

Ketika itu, pada 16 September 1982 kem Sabra dan Shatila, yang menjadi khemah pelarian rakyat Palestin di Lebanon digempur oleh rejim Zionis. Ketika itu Sharon bertindak sebagai Menteri Pertahanan. Akibat tindakan ganas itu yang hanya berpunca mahu menghapuskan pejuang PLO, kira-kira 3,000 maut di khemah pelarian itu. Sharon bebas malah 'kegemilangan' itu meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri. Apakah tindakan ke atas Sharon? Sharon masih hidup walaupun menerima 'hukuman' menderita strok sehingga hilang jawatan Perdana Menteri. Dan impian Sharon yang pernah berkata: ''Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing Barat ke Jordan'' (New York Times 17 Mei 1982).

Itu impian Sharon sekalipun dia 'menderita'. Tetapi berakhirkah penderitaan rakyat Palestin? Apakah masih ada harapan bagi rakyat Palestin hidup di negara mereka?

Kata seorang ibu di Palestin kelmarin: ''Kami akan mati!''.

Jika rejim Yahudi sanggup membelakangkan desakan PBB, apakah lagi harapan yang ada bagi penduduk Palestin?

Masyarakat Islam dunia hanya mampu berdoa dan menunaikan solat hajat supaya penduduk Palestin diberikan kekuatan dan dilindungi. Mereka bersama masyarakat pel bagai anutan agama yang lain juga hanya mampu mengutuk dan menganjurkan demonstrasi bantahan - membakar bendera Israel dan AS. Dan mereka juga hanya mampu menangis dan meraung mengenangkan bencana ciptaan manusia yang melanda kehidupan masyarakat Palestin.

Disebabkan tidak ada harapan lagi, ada yang mengharapkan agar peristiwa kemusnahan tentera bergajah yang mahu menghancurkan Kaabah berulang kembali. Ketika itu Allah mengirimkan sekumpulan burung yang menjatuhkan batu dari tanah yang terbakar ke atas tentera bergajah pimpinan Abrahah. Maknanya dalam keadaan seperti di Gaza sekarang, hanya kuasa Tuhan yang dapat menghapuskan kekejaman rejim Zionis itu. Hukuman Tuhan sahaja dapat mengajar keangkuhan rejim Zionis ini.

Namun manusia tidak boleh berputus asa. Selagi mereka masih hidup, ikhtiar dan usaha perlu dilakukan sekali pun sekalipun sekadar menadah tangan berdoa.

Dan salah satu daripada usaha yang giat dilakukan sekarang ialah memboikot produk keluaran AS dan Israel. Tetapi sejauh mana umat Islam berupaya melakukannya? Bukan mudah untuk memboikot barangan yang sudah menjadi satu keperluan atau kemestian seisi keluarga termasuk anak-anak kita. Melihat senarai produk yang dikeluarkan ternyata umat Islam tidak mampu membantu rakyat Palestin melalui kaedah itu.

Jelaslah betapa lemahnya umat Islam dunia dalam bidang ekonomi. Mereka terus bergantung kepada produk berjenama AS. Cuba selak dan belek jenama yang disenaraikan - kebanyakannya adalah satu keperluan kepada umat Islam sama ada diperlukan untuk kegunaan harian walaupun ada pilihan lain atau diperlukan juga untuk mencari rezeki serta meningkatkan ekonomi umat. Maka bagaimana hendak memboikot seratus peratus? Tepuk dada tanya selera!

Memboikot memang mudah. Utusan Malaysia pun ada pihak yang mengajak supaya diboikot dan yang memboikot juga bukannya orang lain, Melayu juga! Hasrat mereka hanya mahu menjahanamkan jenama itu dan pada masa yang sama mahu orang lain mendengar suara mereka sahaja. Tetapi akhirnya manusia tidak boleh disekat untuk mendapat maklumat melalui media.

Berbalik kepada usaha memboikot, umat Islam mulai sekarang perlu berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan jalinan perdagangan mereka. Mungkin syarikat-syarikat berjenama besar yang sudah sebati dengan jiwa umat Islam di serata dunia boleh dikuasai oleh orang Islam melalui negara-negara Arab yang kaya raya. Banyak negara Arab yang menguasai minyak tetapi emas hitam itu tidak dimanfaatkan untuk kekuatan ekonomi umat Islam. Maka sesuatu perlu dilakukan oleh negara-negara minyak ini untuk menguasai empayar perniagaan yang akan didokong sepenuhnya oleh umat Islam dan tidak lagi bergantung kepada Yahudi.

Pada masa yang sama Hamas dan Fatah perlu bersatu. Siapa yang akan menghormati mereka jika di kalangan kaum sebangsa dan seagama pun sanggup berpecah belah? Kuasa dan politik menyebabkan Hamas dan Fatah tidak mampu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka benar-benar bersatu demi Palestin. Ini satu lagi pengajaran bahawa apabila kita tidak mempunyai kekuatan yang jitu, orang luar akan mudah mempermain dan memperdayakan kita.

Bukan setakat ekonomi dan perpaduan sebaliknya bidang ketenteraan juga perlu diberi perhatian. Dunia Islam tidak mempunyai kekuatan ketenteraan. Jika ada pun, di kalangan negara Islam sendiri tidak mahu menyokong sebaliknya terpengaruh dengan dunia barat yang akan menuduh negara itu sebagai paksikan kejahatan.

Maka sampai bila umat Islam terpaksa tunduk kepada jenama AS, tentera AS dan telunjuk AS? Jika ini berterusan, maka tidak ada pilihan lain selain kita mengucapkan selamat jalan kepada anak-anak Palestin. Hanya Tuhan mampu menyelamatkan mereka.

Israel guna peluru kimia

Tiga rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara dan tembakan meriam kereta kebal Israel di Genting Gaza awal hari ini, sesetengah dipercayai terkena peluru meriam mengandungi fosforus putih yang diharamkan di bawah undang-undang antarabangsa.

Doktor Yusef Abu Rish di hospital Nasser di sini berkata, seorang wanita terbunuh dan sekurang-kurangnya 60 lagi cedera akibat tembakan meriam kereta kebal di kampung Khuzaa, timur Khan Younis.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 55 orang cedera terkena peluru mengandungi fosforus putih, bahan yang diharamkan untuk kegunaan terhadap orang awam tetapi dibenarkan untuk tujuan mewujudkan adang asap.

"Tubuh mereka mengalami kebakaran yang hanya boleh disebabkan oleh fosforus putih," kata Yusef.

Dakwaan beliau disokong oleh ketua perkhidmatan kecemasan di Gaza, Dr. Muawiya Hassanein yang berkata, senjata sedemikian digunakan oleh tentera Israel dalam kempennya di Gaza.

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) yang beribu pejabat di New York juga menuduh Israel menggunakan peluru mengandungi fosforus putih dan memberi amaran kepada rejim Yahudi itu mengenai kesengsaraan yang dialami oleh orang awam Palestin kerana kebakaran teruk disebabkan bahan mudah terbakar itu.

Fosforus putih biasanya digunakan sebagai adang asap atau bahan pembakar tetapi boleh juga digunakan sebagai senjata yang boleh menyebabkan kebakaran yang membawa maut.

Dalam kejadian berasingan, dua rakyat Palestin terkorban apabila jip yang mereka naiki dibedil oleh pesawat perang Israel di barat bandar ini, kata pasukan perubatan.

- AFP

Sabtu, Januari 10, 2009

Yahudi bangsa paling angkuh & dikutuk Allah SWT

Melihat gambar mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala yang ditemui di bawah runtuhan rumahnya akibat serangan tentera Zionis di Gaza sungguh menyayat hati sesiapa sahaja. Malah seluruh umat Islam di mana mereka berada pasti turut berduka di atas apa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita di Palestin.

Dunia mengetahui bahawa tiada bangsa yang lebih jahat dan kejam melainkan Yahudi yang dilaknati Allah SWT itu. Berdasarkan ajaran dan ideologi Zionisme bahawa mereka mempercayai membunuh bangsa lain itu akan beroleh pahala dan ganjaran daripada Tuhan mereka. Ia dilakukan sesuai dengan slogan yang masyhur, "tujuan menghalalkan cara".

Dalam hal menggambarkan sikap dan perilaku penganut agama Yahudi, ungkapan al-Quran lebih banyak bernada negatif daripada positif. Sejarah membuktikan seperti mana yang dirakamkan di dalam al-Quran, bagaimana penganut agama Yahudi mengalami banyak perubahan dan penyimpangan khususnya dari segi akidah.

Betapa banyak Nabi dan Rasul yang diutus kepada golongan Bani Israel sehingga merasakan merekalah bangsa yang disayangi Tuhan.

Bangsa Yahudi satu-satunya bangsa yang digambarkan di dalam al-Quran yang paling sukar untuk dibentuk, bersifat eksklusif dan suka membangkang. Di samping itu, Yahudi juga terkenal sebagai bangsa yang sombong dan zalim sehingga mereka sewenang-wenangnya membunuh para Nabi daripada golongan mereka sendiri.

Lebih daripada itu mereka menolak mempercayai ayat-ayat Allah dan melanggar perjanjian dengan-Nya. Justeru, kecaman yang terdapat di dalam al-Quran lebih banyak tertuju kepada orang Yahudi.

Bahkan Allah SWT berkali-kali mengingatkan kaum Muslimin untuk tidak mengangkat mereka sebagai pemimpin atau teman-teman akrab (tempat menyimpan rahsia). Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada penganut agama Yahudi sudah tidak asli lagi dan telah mengalami banyak perubahan kerana mengikut hawa nafsu mereka yang jahat.

Implikasi paling utama dalam perubahan kehidupan keagamaan penganut agama Yahudi ialah penyelewengan akidah tauhid kerana pengakuan penganut Yahudi yang menganggap bahawa Uzair adalah anak Allah.

Kedegilan terus menerus kaum Bani Israel dirakamkan di dalam al-Quran tentang pelanggarannya terhadap hukum-hukum Allah SWT yang berkaitan dengan ibadah pada hari Sabtu. Hari yang dianggap hari kelepasan kepada kaumnya seperti disebut di dalam kitab Taurat. Allah SWT kemudian ingin menguji iman mereka dengan mengadakan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu dan telah menjadikan mereka lupa dan menjadi tamak, serta mengikut hawa nafsu dengan menangkap ikan pada hari Sabtu yang dilarang itu. Akibat perbuatan itu akhirnya golongan yang derhaka ini disumpah oleh Allah menjadi kera. (maksud surah al-Baqarah ayat 65).

Demikian juga keengganan ahli al-kitab khususnya Yahudi menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW walaupun sebelumnya mereka menunggu kedatangannya, tetapi disebabkan oleh sifat dengki dan rasa superior yang begitu mendalam menguasai diri, mereka mudah berubah.

Di sebalik bangsa yang paling banyak mendapat bimbingan para Nabi dan Rasul, mereka juga banyak memperoleh nikmat yang tidak pernah dirasai oleh umat lain seperti Allah SWT menurunkan makanan dari syurga iaitu manna (manisan lazat dari syurga) dan salwa (daging burung kecil yang enak). Di samping itu mereka juga diselamatkan daripada ancaman Firaun. Namun mereka tetap tidak berubah dan bersyukur.

Selain daripada itu kaum Bani Israel mempunyai sikap mengutamakan kehidupan materialistik dan menganggap ia adalah segala-segalanya yang boleh menyelamatkan mereka daripada ancaman yang berbahaya.

Sejarah juga mencatat perdebatan, dialog dan polemik keagamaan sering terjadi antara umat Islam dan Yahudi. Sebagaimana berlangsung antara Islam dan Kristian, dialog dan polemik keagamaan antara Islam dan Yahudi juga berlangsung pada abad ke-8 dan ke-9 di Istana Kekhalifahan Abbasiyah (Bani Abbas) di Baghdad.

Sejak akhir abad ke-19, di pelbagai belahan dunia Islam mulai berkembang perasaan dan sikap anti-Yahudi yang amat mempengaruhi hubungan umat Islam dan Yahudi selanjutnya.

Hal ini pada awalnya bersumber daripada kekhuatiran kaum Muslim akan implikasi Zionisme, sebuah ideologi politik yang didirikan oleh para pemuka Yahudi sekular sebagai reaksi atas sikap anti-Semitisme (sikap anti-Yahudi) di Eropah.

Sebagai reaksi terhadap anti-Semitisme itu, para pemimpin Yahudi sekular mendirikan gerakan Zionisme. Theodore Herzl yang disebut sebagai pengasas Zionisme, menulis bukunya, Der Judenstaat (Negara Yahudi) pada tahun 1896. Muktamar Zionis pertama diadakan di Bassel, Switzerland pada tahun 1897. Para perintis gerakan ini terdiri daripada orang Yahudi sekular dari Jerman dan Austria.

Bagi mereka, keyahudian merupakan identiti nasional, bukan agama dan Zionisme adalah nasionalisme daripada suatu bangsa yang belum mempunyai negara. Cita-cita mereka ialah mendirikan sebuah negara nasional sekular bagi umat Yahudi.

Kelahiran gerakan Zionisme tidak ada sangkut-pautnya dengan Yahudi sebagai agama. Faktor pendorong utamanya adalah keberadaan umat Yahudi yang hanya dianggap sebagai paria di Eropah. Tujuan Zionisme hendak dicapai melalui dua cara utama.

Pertama, membebaskan orang Yahudi daripada pemaksaan agama dengan memberi mereka sebuah tanah air, tempat mereka dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan keamanan politik. Kedua, membangun sebuah kebudayaan yang murni Yahudi, tempat umat Yahudi dapat mengekspresikan semangat keyahudian mereka.

Namun pilihan Zionisme akan Palestin sebagai rumah nasional bagi bangsa Yahudi telah mengaitkan cita-cita mereka dengan sejarah sakral (suci) Yahudi yang tercantum dalam kitab suci Taurat. Inilah yang menyebabkan gerakan Zionisme semakin diwarnai simbol keagamaan.

Dengan perisytiharan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1948, perasaan anti-Yahudi di kalangan kaum Muslim mulai kuat. Sejak tarik itu terusirlah warga asli Palestin yang sebahagian besarnya adalah Muslim.

Perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah air mereka yang diduduki Israel berlangsung hingga sekarang.

Palestin mangsa perpecahan Arab

Pembunuhan dan serangan Zionis terhadap masyarakat Palestin merupakan satu ujian yang paling bermakna kepada Isreal untuk melihat sejauh manakah kekuatan masyarakat Islam di negara-negara Arab mempertahankan maruah dan kewibawaan negara.

Para pemimpin Zionis di Israel begitu angkuh menunjukkan kekuatan mereka dengan membunuh dan memusnahkan masjid dan kawasan kediaman awam dan lain-lain dengan menggunakan senjata yang canggih dan begitu tersusun strategi untuk menakluk dan menakutkan masyarakat Islam di negara Arab.

Peristiwa pembunuhan masyarakat Palestin oleh kumpulan Zionis berterusan sejak penubuhan Israel pada 1948. Paling menghairankan para pemimpin negara Arab yang merupakan saudara sesama bangsa dan agama tidak pernah menyedari bahawa penaklukan terhadap Gaza dan bumi Palestin merupakan satu lambang kekuatan kepada Israel. Penaklukan ini merupakan satu ancaman yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial di seluruh negara Arab.

Fenomena yang wujud dalam negara-negara Arab masa kini memberi peluang yang paling baik untuk Zionis menunjukkan taring mereka yang tajam dan kejam. Masyarakat Arab bermusuhan sesama sendiri. Pihak militan begitu sibuk dengan strategi mengebom tempat awam dengan meletupkan diri sebagai satu cara untuk mengusir tentera asing dari negara mereka.

Strategi begitu tidak mungkin dapat menyelesaikan permasalahan dalam negara, malah ia boleh menjatuhkan kewibawaan umat Islam sebagai pejuang yang handal untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kewiraan dan kehebatan umat Islam dalam mempertahankan agama dan bangsa perlu dilihat dalam perspektif perjuangan Islam yang diredai oleh Allah SWT. Jika tindakan dan strategi yang dilakukan untuk menghalau penjajah dilakukan secara emosi tanpa menggunakan akal yang rasional dan berdasarkan kepada hukum-hakam Allah maka setiap perjuangan yang dilakukan walaupun berjuta orang berkorban secara membunuh diri maka perjuangan demikian akan menghadapi kegagalan kerana tindakan demikian tidak direstui oleh Allah.

Strategi dalam perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara yang wujud dalam negara-negara Arab masa kini sukar untuk mencapai kejayaan. Ini kerana wujud pelbagai kumpulan yang memperjuangkan kepentingan masing-masing.

Terdapat para pejuang yang begitu gigih mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara tetapi mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalaman sehingga usaha mereka untuk membentuk sebuah negara Palestin dan Arab yang bermaruah terbantut.

Sikap mementingkan diri dan kedudukan kuasa di antara para pemimpin negara Arab masa kini terlalu jelas dan amat ketara. Jika negara mereka boleh dijadikan sebagai tapak untuk tentera asing menyerang negara sesama bangsa dan agama mereka maka ini memberi satu gambaran bahawa masyarakat Arab yang beragama Islam sudah luput konsep persaudaraan yang dipupuk oleh Rasulullah SAW dalam pemikiran dan sanubari mereka.

Jika pemikiran dan jiwa para pemimpin negara-negara Arab sudah dikuasai oleh kerakusan kuas, kedudukan dan kekayaan maka tidak mungkin masyarakat Palestin akan terbela jika setiap individu di negara itu dibunuh secara kejam oleh Zionis.

Setiap persidangan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak dapat memberi sebarang kesan kerana kebanyakan individu yang menganggotai persidangan tersebut terdiri daripada orang yang kurang peka terhadap nyawa dan maruah agama dan bangsa.

Peristiwa para pemimpin Arab menggunakan kuasa asing untuk mempertahankan kedudukan dan kuasa mereka sehingga sanggup membunuh rakyat secara kejam merupakan satu fenomena yang wujud dalam negara Arab sejak negara-negara Arab mendapat kemerdekaan daripada penjajah Barat. Malah terdapat para pemimpin mereka bertindak terhadap rakyat seperti mana tentera Zionis membunuh rakyat Palestin.

Rakyat dan masyarakat Arab cukup memahami fenomena yang wujud dalam negara mereka. Bagi golongan cendekiawan dan sarjana Arab, dunia Barat dijadikan sebagai tempat untuk mereka bernaung dan menghasilkan penulisan secara kritikal dan memperkembangkan karier mereka dalam pelbagai bidang profesional.

Apabila berlaku penghijrahan golongan bijak pandai atau brain drain ke negara luar maka negara-negara Arab menghadapi ketandusan golongan profesional. Masyarakat yang bermastautin di negara-negara Arab terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan kekurangan dalam kehidupan kerana para pemimpin negara Arab sibuk dengan strategi menentang dan menghapuskan rakyat yang menentang ideologi kepimpinan mereka.

Kuasa Barat dijadikan sebagai pelindung keselamatan peribadi para pemimpin Arab. Pemikiran dan jiwa mereka kurang ditumpukan kepada pembangunan dan projek ekonomi yang boleh meredakan dan melembutkan jiwa rakyat. Rakyat yang miskin dan lapar akan tidur nyenyak apabila perut mereka diisi dengan makanan dan minuman.

Kegiatan begini kurang dijadikan sebagai agenda utama dalam sistem pemerintahan mereka. Jika askar Zionis membunuh secara rakus beratus rakyat Palestin maka seluruh dunia Islam bangun menunjukkan penentangan kerana kekejaman demikian tersiar dalam media antarabangsa.

Berdasarkan kepada fenomena begini apakah yang boleh diharapkan dalam persidangan OIC? Jika mereka menunjukkan sikap terlalu prihatin dalam persidangan OIC, ini mungkin disebabkan oleh ketakutan dan kebimbangan negara mereka akan ditakluk oleh Isreal apabila Palestin menjadi jajahan Israel.

Perjuangan untuk mempertahankan tanah air daripada penjajahan hanya tersemat dalam jiwa rakyat kerana masih ramai masyarakat Arab yang mempunyai keimanan dan ketakwaan yang tinggi dan sanggup berjuang mempertahankan tanah air mereka.

Jika rakyat mempunyai jiwa yang kental mereka akan bertarung sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Jika pemimpin mempunyai jiwa yang kental dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa mereka tidak akan menjadi rakus malah mereka sanggup kehilangan kuasa dan kedudukan.

Pemimpin begini tidak wujud dalam dunia Islam masa kini. Oleh itu Zionis dan kuncu-kuncunya tidak mempunyai sebarang perasaan hormat atau segan kepada para pemimpin dunia Islam masa kini.

Para pemimpin Islam berada dalam ambang ketandusan jiwa agama dan kerohanian. Demi kedudukan, kuasa dan kekayaan mereka sanggup melihat mayat masyarakat Islam bergelimpangan akibat dentuman bom dan senjata canggih kuasa asing bermaharaja lela dalam negara Islam.

Berapa lamakah penderitaan masyarakat Islam terutamanya di Palestin akan berakhir? Peristiwa begini tidak akan berkahir selama mana para pemimpin Islam tidak disematkan dengan jiwa yang berunsurkan ketakwaan dan kasih sayang sesama umat Islam.

Negara Islam masih dibendung oleh semangat nasionalisme yang terlalu tinggi dan dikekang oleh batasan sempadan walaupun setiap hari saudara mereka semakin ramai tersungkur akibat bedilan tentera Zionis.

Peristiwa begini wujud disebabkan kuncu-kuncu Zionis merupakan penaung kepada kekuatan dan kekuasaan mereka. Setiap aspek keselamatan dan kekuatan mereka dirancang oleh kuncu-kuncu Zionis.

Jika Israel merupakan sebuah negara yang mendapat perlindungan kuasa Barat maka para pemimpin Arab juga merupakan orang yang sentiasa menagih belas kasihan dari Barat untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan mereka.

Berdasarkan kepada fenomena begini maka amat sukar untuk rakyat Palestin bertindak menentang Israel dengan menggunakan senjata. Perundingan dan strategi yang kukuh sahaja dapat menyelamatkan nyawa beribu rakyat Palestin.

Dalam suasana begini, masyarakat Islam seluruh dunia perlu memainkan peranan untuk membantu mereka dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam era globalisasi masyarakat dunia sama ada Islam atau bukan Islam secara umumnya benci kepada pembunuhan.

Jumaat, Januari 09, 2009

Amerika & Israel perlu 'diajar'

Melihat kepada konflik di Palestin dan Israel, jutaan penduduk dunia begitu simpati dengan apa yang berlaku ke atas rakyat Islam di Palestin. Beratus-ratus terbunuh sementara ribuan tercedera akibat serangan tidak berperikemanusiaan Yahudi. Penduduk dunia tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya mampu menghantar memorandum bantahan, mengutuk dan menggesa supaya menghentikan kekejaman Israel.

Namun, sehingga kini, sejak 60 tahun lalu, Zionis tidak mahu berbuat apa-apa untuk menghentikan penyeksaan ke atas penduduk Islam di Palestin. Seperti yang kita tahu, Amerika Syarikat (AS) yang bersikap berat sebelah dan proksi mengukuhkan lagi kekuatan Israel daripada segi teknologi persenjataan, politik dan ekonomi.

Inilah pengajaran yang benar-benar segar untuk ditatapi. Justeru, untuk jangka masa panjang, negara-negara ASEAN, negara-negara Islam perlu menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, teknologi dan sosial. Sekiranya negara-negara ini mempunyai keupayaan dan mampu mengeluarkan produk sendiri yang menyamai negara-negara Barat, kita tidak lagi akan bergantung kepada AS semata-mata.

Negara-negara Islam perlu bersatu. Jika tidak mampu bersatu dari segi fahaman politik, setidak-tidaknya demi menjaga Islam, negara-negara Islam perlu bertindak lebih berani agar musuh-musuh Islam tidak akan menggugat mereka. Negara-negara Islam hendaklah mampu mengenal pasti punca negara Barat lebih kuat.

Adakah kerana perpecahan fahaman negara Islam atau bantuan sumber-sumber seperti minyak dan sokongan politik kepada negara Barat. OIC, ASEAN dan negara Eropah yang lain perlu ada perancangan strategik yang realistik, berani dan konsisten.

Kita tidak perlu takut dengan AS. Negara ini sebenarnya lemah. Keberaniannya hanyalah terletak pada kemahirannya mengugut negara-negara lain melalui pencapaian-pencapaian teknologi dan ekonomi yang diada-adakan selain bijak menampilkan dirinya sebagai negara penguasa.

Realitinya, AS sebenarnya sentiasa berada dalam ketakutan. Namun ketakutan inilah membuatkan negara ini sentiasa mencari jalan untuk mempertahankan dirinya daripada sebarang ancaman berbahaya.

Malang bagi negara-negara Islam, keberanian orang Islam membuatkan mereka ego untuk mempertahankan kebenaran dan keberanian masing-masing akhirnya terarah kepada perpecahan. Keadaan umat Islam pada hari ini adalah disebabkan perkara ini.

Untuk mengubahnya mungkin akan mengambil masa yang lama sedang negara-negara Barat seperti AS khususnya, mengambil peluang menindas umat Islam. AS dan Israel akan sedar, keupayaan mereka melalui kekayaan yang dimiliki akan dilumpuhkan dengan senjata ekonomi. Orang yang muflis dan papa kedana tidak akan mampu berbuat apa-apa dan adakalanya membunuh diri jika benar-benar tertekan.

Merusuh

Jika AS muflis, sudah tentu rakyat kapitalis yang dilahirkan olehnya akan merusuh dan bertelagah sesama sendiri. Kita tidak perlu menyerang AS dengan senjata. Kerana senjata-senjata yang dicipta oleh AS akhirnya pasti akan membunuh sesama mereka sendiri sekiranya negara kuasa besar ini muflis.

Kita jangan menganggap orang Eropah itu terlalu pandai. Keburukan yang mereka pamer dengan melancarkan keganasan kepada umat manusia merupakan kelemahan paling besar yang boleh kita ambil peluang untuk menjatuhkan negara-negara Barat.

Tidak ada negara di dunia pun selain dari Israel yang menyokong keganasan. Oleh itu, pada masa kini AS yang sedang beralih kepimpinan sudah tentu berubah dari segi landskap politik dan demografi rakyatnya. Masalah ekonomi yang dialami, selain peralihan kepimpinan yang samar-samar penerimaannya merupakan kesempatan untuk negara-negara lain mengajar AS.

Tahun 2009 yang merupakan cabaran terbesar kepada ekonomi dunia di mana AS adalah 'garis mula' perlu dijadikan sebagai satu peluang menekan ketidakstabilan negara ini. Jika dapat, jangan sekali-kali memberi kesempatan negara Barbarian ini pulih kerana kekuatan itu pasti akan digunakan semula untuk menindas negara-negara lain.

Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kita memboikot barangan AS dan melakukan percubaan untuk tidak menggunakan dolar AS adalah disokong. Kita yakin, langkah ini adalah satu langkah yang paling konkrit. Saranan Perdana Menteri untuk menggesa PBB mengadakan sidang tergempar adalah bertepatan kerana ia membolehkan cadangan memboikot barangan dan dolar AS dikemukakan.

Untuk itu, kerajaan serta pihak-pihak NGO seperti Persatuan Pengguna perlu menyenaraikan secara spesifik barangan AS dan Israel yang dijual di pasaran supaya pengguna boleh bertindak memulaukan barangan tersebut. Senarai barangan juga perlu dipaparkan dalam media-media tempatan seperti televesyen dan surat khabar.

Kerajaan juga digesa mengadakan perbincangan dengan Bank Negara atau bank-bank tempatan serta industri-industri yang menggunakan dolar AS bagi mencari strategi bagaimana cara untuk tidak menggunakan mata wang itu pada masa akan datang terutama dalam industri perdagangan berskala kecil.

Ini boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan mesti bersifat jangka panjang supaya ekonomi negara tidak akan terjejas. Usaha memboikot barangan Israel dan AS perlu dilakukan di segenap peringkat. Pemborong, pengimport, peniaga runcit, pasar raya dan rakyat selaku pengguna perlu dilibatkan dalam usaha ini.

Persidangan, seminar, dialog bersama pengusaha-pengusaha atau pengimport hendaklah disaran untuk tidak meneruskan penjualan dan pengimportan barangan-barangan yang mana keperluan barangan tersebut boleh diganti dengan barangan lain sama ada produk tempatan atau dari negara lain.

Kerajaan perlu mewartakan akta atau notis mengharamkan import terhadap barangan AS. Selain itu, Malaysia perlu mengetuai kempen memulaukan dolar AS sekurang-kurangnya di negara-negara ASEAN. Kita yakin, ada sektor-sektor perdagangan yang mungkin tidak memerlukan atau terlalu bergantung kepada dolar yang mana tidak akan merugikan kita sekiranya kita memboikotnya.

Industri pelancongan ke AS juga perlu dibatalkan. Ini bukan sahaja dilakukan oleh Malaysia tetapi mengajak negara-negara lain agar memulaukan apa juga kepentingan-kepentingan AS yang selama ini memberi keuntungan serta keangkuhan mereka.

Malaysia yang tidak mahu menjadikan keganasan sebagai jalan mendapatkan kuasa dan pengaruh, perlu mencadangkan kepada PBB supaya menggubal akta persenjataan baru atau terus mengharamkan penggunaan senjata secara lebih meluas di dunia.

Negara-negara ASEAN perlu mencadangkan supaya PBB dirombak atau dijenamakan semula dengan digantikan dengan satu pertubuhan dunia yang baru. Malaysia dan negara-negara ASEAN perlu mengajak negara-negara dunia yang lain termasuk negara Eropah yang tidak bersetuju dengan AS supaya membentuk pasukan pengaman walaupun ia bukan atas tajaan PBB.

Malaysia mungkin perlu memberanikan diri untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Hamas, Fatah dan negara-negara Islam lain yang mempunyai sumber kekuatan atau kekayaan masing-masing untuk menyusun strategi tentang bagaimana mengajar AS dan Israel.

Kita berharap, kemarahan dan kebencian kita terhadap Israel dan AS akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang benar-benar berkesan. Walaupun bukan pada masa terdekat ini namun tindakan kita menyahut seruan memboikot apa sahaja yang datang dari AS merupakan tindakan jangka panjang supaya kita dapat memelihara keamanan dunia untuk masa depan terutama di Palestin.

Kita tidak lagi mahu bertindak dengan hanya membakar bendera, memorandum bantahan dan sebagainya. Surat-surat bantahan atau memorandum hanya akan menjadi kertas-kertas sampah kerana PBB, AS dan Israel mungkin tidak mahu menyimpan surat bantahan dan memorandum yang terlalu banyak dihantar.

Utusan-Islamic Relief tubuh Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP)

Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini menubuhkan Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan penderitaan penduduk negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, Kumpulan Utusan berasa terpanggil untuk bersama-sama IRM membantu meringankan kesengsaraan rakyat Palestin akibat kedurjanaan Israel.

''Ramai kanak-kanak yang tidak berdosa turut terbunuh dan ramai lagi yang cedera parah," katanya sambil menambah kehidupan berkeluarga terjejas teruk manakala tempat tinggal dimusnahkan oleh tentera Israel.

Berikutan itu, dana tersebut kelak diharap dapat membantu mengurangkan keperitan dan penderitaan rakyat Palestin untuk membina kembali kehidupan mereka, katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamed Hashim yakin rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sama ada bertindak secara individu mahupun menerusi badan-badan korporat akan bersama-sama menyumbang untuk menjayakan dana tersebut.

Sementara itu Pengurus Negara IRM, Zawahir Abdullah juga berkata, penubuhan dana berkenaan diharap dapat membantu rakyat Palestin terutamanya di Genting Gaza yang kini hidup dalam keadaan tertekan akibat serangan tentera rejim Zionis.

Katanya, mereka bukan sahaja kekurangan makanan tetapi terpaksa bergelap tanpa bekalan elektrik sejak 11 hari lalu apabila Israel melancarkan serangan bom dan kini menggempur melalui jalan darat.

''IRM mempunyai dua pejabat di Palestin iaitu satu di Semenanjung Gaza dan sebuah lagi di Tebing Barat.

''Mengikut laporan petugas-petugas kami di sana, keadaan amat getir sekali bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Zawahir memberitahu, IRM mengadakan kerjasama menubuhkan Dakap dengan Kumpulan Utusan setelah mengambil kira pengalaman syarikat akhbar ini mengendalikan Tabung Kemanusiaan Aceh Utusan-Maybank.

IRM merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terbesar di dunia yang mempunyai pejabat di negara-negara Islam seperti Afghanistan, Iraq dan Palestin.

Menurutnya, hasil kutipan Dakap akan disalurkan kepada penduduk Palestin menggunakan sumber kepakaran IRM.

Zawahir juga berkata, IRM telah memilih Yayasan Belia Malaysia sebagai rakan yang akan menggerakkan ahli-ahlinya di seluruh negara untuk membantu menjayakan kutipan bagi Dakap.

Orang ramai yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin boleh menyalurkan sumbangan kepada Dakap iaitu:

Secara online dengan melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia di www.irm.org.my.

Mendepositkan wang ke dalam akaun Islamic Relief Malaysia Berhad sama ada akaun Maybank: 5621-4270- 8704 atau akaun CIMB: 1259-0000-8040-58.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Farouq Zauji di talian 03-89486334 atau 019-3973558

- Utusan

Khamis, Januari 08, 2009

Maybank dan NSTP tubuh Tabung untuk Palestin

Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mendapat perhatian Maybank yang menawarkan rangkaian dan sistem penyampaian elektroniknya bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan.

Maybank bekerjasama dengan menawarkan rangkaian perbankan untuk memudahkan penderma sama ada menerusi cawangan bank itu di seluruh negara, www.maybank2u.com, perbankan telefon KawanKu, mesin deposit cek/tunai atau di lebih 2,700 mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata usaha NSTP membantu rakyat Palestin yang teraniaya akibat pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza sangat bermakna dan diharap kemudahan yang disediakan akan menambah jumlah kutipan.

"Sebagai syarikat korporat, ini tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat yang memerlukan dengan mempermudahkan sistem penyampaian untuk menggalakkan orang ramai menghulurkan sumbangan mereka," katanya semalam.

Sementara itu, RM34,323 lagi berjaya dikumpul menjadikan kutipan keseluruhan Tabung NSTP Untuk Gaza kepada RM318,643 setakat jam 5 petang semalam.

Eksekutif Kanan, Unit Kebajikan NSTP, Aidah Nordin, berkata sejak dilancarkan Isnin lalu, kutipan bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin turut diterima daripada sektor korporat, individu dan badan kebajikan.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh disampaikan terus kepada Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau akaun Maybank 514105-320501, atas nama NSTP Fund For Gaza.

Sumbangan juga boleh diserahkan kepada pejabat NSTP seluruh negara serta syarikat bersekutu NSTP iaitu TV3, 8tv, ntv7 dan TV9 selain rangkaian radio miliknya. Tabung NSTP Untuk Gaza dibuka sehingga 7 Februari ini.

- Berita Harian