Khamis, Oktober 05, 2017

Mahkamah Beri Peluang Ibu Jatuh Hukuman Anak


Mahkamah Majistret Kota Bharu memberi peluang kepada seorang ibu untuk menjatuhkan hukuman terhadap anaknya pada Selasa.

Majistret, Nik Habri Muhamad memberi peluang itu kepada Rahimah Abdul Rahman, 52, sebagai pengajaran kepada anaknya, Adam Abdullah, 28, selepas tertuduh bertindak melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya dengan mengacukan sebilah gunting bermaksud hendak menakutkan mangsa.

Adam dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Terap Banggu di sini, pada pukul 9.30 pagi,19 Jun lepas dan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Nik Habri memberi peluang kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan terhadapnya.

Adam dalam rayuannya memohon maaf kepada ibunya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan.

Nik Habri kemudian memanggil Rahimah ke sebelah kandang tertuduh bagi memberi penghormatan kepada mangsa untuk menjatuhkan hukuman kepada tertuduh.

"Saya beri penghormatan kepada mak kamu untuk hukum kamu. Makcik jangan takut kepada anak. Makcik boleh mohon nak hukuman berat atau ringan dan saya akan pertimbangkan," katanya.

Rahimah bagaimanapun memaafkan kesalahan anaknya dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anaknya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.

Dalam hujahnya, Nik Habri berkata, kes berkenaan diharap dapat dijadikan pengajaran kepada tertuduh serta orang lain agar menghormati ibu masing-masing.

"Saya serius dengan kes begini. Kamu bernasib baik kerana mak kamu minta hukuman ringan. Ada kes lain saya bagi hukuman penjara maksimum lima tahun.

"Kalau kamu ulangi kesalahan sama saya akan kenakan hukuman berat. Kerana menghargai permintaan mak kamu, saya hukum kamu dengan penjara 12 bulan," katanya.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Hamidah Mahmood. 

- Bernama

Rabu, Oktober 04, 2017

'Iron Lady' Meninggal Dunia



Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Dr Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Rabu.

Perkara itu disahkan oleh anak sulung Allahyarhamah Maznah, Datin Nur Sharmila Shaheen.
"Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6 petang tadi di IJN.

"Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke kediaman di Ukay Heights, Ampang pada pukul 10 malam ini," katanya Nur Shamila dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Menurut Nur Shamila, solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar pada Khamis di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (TAR), Ampang.

Beliau menambah, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih di Kuala Lumpur selepas solat Asar.

"Besar harapan kami sekeluarga supaya kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada ibunda kami dan minta diampunkan dosa-dosa Almarhumah.

"Jika ibunda kami ada berhutang dengan sesiapa, mohon berjumpa dengan ahli keluarga secepat mungkin," ujar Nur Shamila.

Terdahulu Maznah, 62, yang juga Exco Wanita Umno dan lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady' dilaporkan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas menjalani pembedahan jantung pada minggu lalu.

Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lalu. 

Khamis lalu, beliau dilaporkan menjalani pembedahan jantung terbuka yang pertama pada pukul 9 pagi selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Maznah dipindahkan ke ICU selepas pembedahan tamat pada pukul 2 petang sebelum pihak IJN terpaksa menjadikan ICU tersebut sebagai bilik bedah untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka yang kedua, selepas beliau mengalami pendarahan dalaman yang teruk.


Nissan Panggil Semula 1.2 Juta Kenderaan



YOKOHAMA, JEPUN: Nissan Motor akan memanggil semula kira-kira 1.2 juta kenderaan keluaran syarikat itu yang dijual dalam tempoh tiga tahun lepas (Oktober 2014-September 2017), susulan pendedahan kenderaan berkenaan melalui proses pemeriksaan akhir oleh juruteknik tidak berkelayakan.

Presiden Nissan Motor Co Hiroto Saikawa berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan Jepun pada minggu ini, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

"Sejujurnya saya memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat syarikat di Yokohama, Tokyo pada Isnin.

Nissan pada Jumaat mendedahkan beberapa pemeriksaan kenderaan yang telah siap di semua kilang tempatannya dijalankan pekerja tidak bertauliah.

Menurut sumber, terdapat keraguan kemungkinan syarikat berkenaan memalsukan dokumen yang dilihat seolah-olah pemeriksaan akhir dijalankan juruteknik bertauliah.

Beliau berkata, Nissan akan menjalankan siasatan yang mungkin memakan masa selama sebulan untuk mengetahui sejak bila amalan seperti itu dilakukan.

Katanya, syarikat juga akan menyusun langkah untuk memastikan pemeriksaan kenderaan akhir hanya dijalankan pekerja berkelayakan.

Mengulas mengenai tanggungjawab dan tindakan kepada pihak terlibat, Saikawa merangkap pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun berkata, perkara itu akan dipertimbangkan selepas siasatan mencapai tahap memuaskan.

Pemeriksaan kenderaan oleh juruteknik tidak bertauliah mula menjadi isu apabila Kementerian Pengangkutan mengadakan lawatan mengejut ke kilang pengeluaran kereta Nissan.

Hasil tinjauan mendapati juruteknik tidak bertauliah didapati melakukan pemeriksaan akhir pada 21 model kenderaan Nissan yang dikeluarkan pada 18 Sept atau sebelum.

Langkah memangil semula kenderaan itu membabitkan kos lebih 25 bilion yen.

Di bawah arahan Kementerian Pengangkutan, pembuat kenderaan dikehendaki memastikan pemeriksaan akhir hanya dijalankan pekerja yang layak di bawah peraturan dalaman masing-masing.

Di Nissan, didapati terdapat pembantu juruteknik yang tidak layak turut mengambil bahagian dalam beberapa pemeriksaan.

- Bernama


Selasa, Oktober 03, 2017

Shopee Malaysia Lancar Shopee Mall


Shopee, pasaran mudah alih di Asia Tenggara dan Taiwan, melancarkan Shopee Mall serba baharu yang mempunyai lebih 100,000 produk untuk memenuhi permintaan pembeli Malaysia.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Malaysia, Ian Ho berkata Shopee membentuk platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah produk dan jenama kegemaran mereka, dalam talian, secara langsung daripada pemilik jenama itu sendiri.

“Kami turut menawarkan jaminan ketulenan dan pulangan percuma buat kali pertama,” katanya selepas melancarkan Shopee Mall.

Ho berkata Shopee Mall menawarkan peluang kepada jenama untuk memperluaskan capaian mereka selain pengguna tradisional dengan memanfaatkan asas pengguna sedia ada kira-kira empat juta muat turun di negara ini.

Beliau berkata Shopee Mall akan menyediakan akses langsung kepada lebih 300 jenama terkenal dan peruncit besar bagi pengalaman membeli-belah dalam talian premium.

Antara jenama yang terdapat di Shopee Mall termasuklah Nestle, Petronas, Watsons, Senheng, Digi, Coca-Cola, Huawei, L'Oreal dan Xixili, katanya.

Ho berkata pembeli boleh menikmati beberapa faedah termasuk jaminan 100 peratus, 15 hari dasar pemulangan, percuma penghantaran di seluruh negara dan jaminan harga terendah Shopee.

Sempena dengan pelancaran tersebut, Shopee Mall mengadakan jualan pembukaan sehingga 90 peratus diskaun, termasuk baucar diskaun dan pemberian hadiah mulai hari ini hingga 8 Oktober, 2017.

- Bernama 

Program persediaan untuk graduan perubatan



Graduan dalam bidang perubatan diberi peluang mengikuti program pemerhati (tagging) yang akan diperkenalkan tahun depan sementara menunggu penempatan latihan perubatan (houseman).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, dalam program itu, graduan akan mengikuti doktor perubatan dan memerhati atau melihat sendiri tugas yang dilakukan.

"Kebiasaannya, graduan perubatan perlu menunggu antara enam bulan hingga setahun sebelum mendapat penempatan houseman yang dijalankan selama dua tahun, jadi tidak salah jika mereka mengikuti program tagging ini sebagai persiapan diri dan menambah pengalaman.

"Selain itu, bagi yang mengikuti program berkenaan, saya yakin mereka akan mengetahui segala perjalanan dalam bidang perubatan dengan lebih jelas serta membantu mereka untuk lebih cekap dalam kerja," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Latihan Penjagaan Kesihatan Bersepadu (IHICD) di Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur.

Program sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar perubatan berkenaan industri penjagaan kesihatan.

Dr Hilmi berkata, pihaknya kini masih menyediakan garis panduan dalam program tagging sebelum ia dilaksanakan.

"Program ini juga sebagai langkah mengatasi masalah yang berlaku ketika houseman, di mana 30 peratus tidak lulus atau sangkut dalam latihan.

"Keadaan yang berlaku turut memberi masalah kepada graduan baru yang mahu mengikuti houseman apabila tempat latihan khususnya di hospital awam sudah penuh dengan mereka yang perlu menambah jangka masa houseman," katanya.

Menurutnya, program tagging itu dapat dijalankan di hospital atau klinik kesihatan yang tidak menyediakan houseman.

"Namun, program ini bukanlah wajib diikuti dan mereka juga tidak dibayar sebarang gaji.

"Ia lebih kepada program persediaan supaya graduan tidak membuang masa begitu saja sebelum mendapat tempat houseman," katanya.

- Harian Metro

Wajib ambil insurans, syarat baru Umrah



Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) mewajibkan insurans takaful bagi setiap jemaah dan insurans indemniti ke atas syarikat pengendali umrah sebagai penambahbaikan dalam syarat khusus Lesen Khas Umrah (LKU).

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia bagi melindungi daripada segala bentuk kecemasan dan perkara tidak diingini termasuk jemaah terkandas akibat masalah kewangan serta penghantaran balik disebabkan masalah kesihatan.

Menurutnya, sebelum ini jemaah tidak sedar bahawa insurans perlindungan individu atau pukal yang dibeli tidak melindungi perkara seperti terkandas dan sebagainya sehingga musibah terbabit terjadi ke atas mereka.

Katanya, LKU yang diperkenalkan mulai 1 Oktober lalu turut menetapkan empat lagi syarat lebih khusus.

"Pertama, pemegang LKU perlulah 100 peratus warganegara Malaysia dan beragama Islam, kedua menghadiri Kursus Pengukuhan Pemantapan Umrah (KPPU) di peringkat tertinggi berstatus pengarah atau pemegang saham.

"Ketiga, mempunyai perjanjian muasassah terkini atau perjanjian kerjasama dengan syarikat berstatus muasassah terkini.

"Keempat menjadi ahli Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) serta Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang masih sah laku sekurang-kurangnya enam bulan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan LKU di Kompleks Kraf Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPK Datuk Ab Ghaffar A Tambi dan Pengerusi Eksekutif Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS).

Mas Ermieyati yang juga Pengerusi Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) berkata, pihaknya turut melaksanakan penggunaan Sistem Pemantauan Bersepadu dikenali sebagai IMAMS bagi melaksana dan memantau pelbagai aspek kawalan oleh kerajaan dalam pelbagai urusan berkaitan pengendalian umrah.

Menurutnya, KPK juga memperkenalkan beberapa inisiatif sokongan ke arah kelancaran perjalanan LKU seperti dokumentasi garis panduan, syarat dan senarai semak berkaitan serta contoh Sijil LKU, kad pengenalan Pegawai Pemasaran Umrah dan Kelulusan Pengiklanan di bawah satu payung iaitu Buku Panduan LKU.

"Kementerian menerima 80 permohonan tambah bidang bagi LKU setakat 27 September lalu dan daripada jumlah itu, 25 syarikat yang memenuhi syarat serta dokumentasi sokongan menjadi kumpulan sulung penerima LKU hari ini.

"Dengan mengambil kira bahawa pengenalan LKU ini masih baru dan akan melalui tempoh peralihan, maka kerajaan seterusnya bersetuju untuk memberikan pengecualian yuran proses dan yuran LKU sehingga 31 Disember ini," katanya.

- Harian Metro

Apa Itu Pegawai Kawalan Trafik Udara ?



Tugas mereka 'bermain' dengan nyawa. Sekiranya berlaku kecuaian di pihak pegawai kawalan trafik udara maka beratus-ratus nyawa akan melayang begitu sahaja.

Walaupun ramai yang menjangkakan tugasnya seperti polis trafik yang menjaga lalu lintas di jalan raya namun di udara tiada lampu trafik yang boleh membenarkan sesuatu pesawat berhenti sekiranya terdapat pesawat yang menuju ke arahnya.

Oleh kerana tanggungjawab besar yang harus digalas, hanya individu yang komited, berani, teliti dan membuat keputusan cepat sahaja yang boleh mengharungi kerjaya ini.

Pengarah Pusat Kawalan Trafik Udara FIR Kuala Lumpur, Balasubramaniam Muttaya berkata, seseorang yang ingin menjadi pegawai kawalan trafik udara harus menjalani tiga kali ujian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Penerbangan Awam.

Ujian tersebut ialah IQ dan matematik, ujian suara dan temuduga di mana jika lulus barulah boleh memasuki Kolej Penerbangan Awam, Subang untuk menjalani kursus hampir tiga tahun.

Semasa di kolej, pelatih harus menamatkan pengajian dengan jayanya dalam bidang aerodrome control dan memperoleh Aerodrome Control Rating, Approach Control (Approach Control Rating) dan Area Control (Area Control Rating).

Setelah tamat pengajian, pelatih perlu menjalani latihan amali di beberapa lapangan terbang selama tiga bulan, kemudian barulah ditempatkan di sektor penerbangan bagi mengendalikan tugas-tugas sebenar di menara kawalan atau bilik radar.

"Cabarannya cukup banyak kerana setiap sektor mempunyai tanggungjawab yang berlainan kerana perjalanan pesawat bukan mengikut paten yang sama begitu juga jenis pesawat yang sama tidak mendarat setiap hari.

"Satu lagi kewajipan bagi seorang pegawai kawalan trafik udara ialah mempunyai lesen yang membolehkannya bekerja di sesuatu posisi.

"Setiap seorang petugas perlu mempunyai lima lesen dalam tempoh yang ditetapkan. Lesen yang perlu dimiliki ialah dalam sektor aerodrome, approach control, area procedural, area radar dan approach radar.

"Bagi mendapat sesuatu lesen, seseorang pegawai itu juga harus lulus pemeriksaan perubatan. Bagi yang berumur 40 tahun ke bawah harus menjalani pemeriksaan dua tahun sekali manakala 40 tahun ke atas, setahun sekali. Jika berlaku kehilangan lesen itu, maka petugas tidak boleh bertugas,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Balasubramaniam, kefasihan berbahasa Inggeris adalah diwajibkan kepada semua petugas kerana pegawai berinteraksi dengan juruterbang dan pusat kawalan asing.

Sekiranya keputusan peperiksaan mereka berada di tahap enam, maka tidak perlu mengambil peperiksaan itu seumur hidup, jika tahap lima, maka petugas perlu mengambil enam tahun sekali dan tahap empat, tiga tahun sekali manakala jika mendapat tahap 1, 2 dan 3 iaitu tidak lulus maka pegawai itu tidak dibenarkan mengendali tugas, tidak diberi lesen, tidak menunjukkan prestasi dan tidak akan ada elaun insentif.

"Justeru itu, mereka perlu menjalani peperiksaan semula bagi mendapatkan hak yang telah digantung atau ditarik balik

"Jadual kerja juga unik iaitu dua hari bekerja dengan dua hari cuti. Syifnya dari 1 petang hingga 7 malam, kemudian 7 pagi hingga 1 petang dan disambung ke 7 petang hingga 7 pagi. Inilah cabarannya yang bekerja 24 jam.

"Mereka turut dibenarkan berehat selama 30 minit hingga 45 minit. Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan dan harus dalam mood senyap kerana bakal mengganggu frekuensi,'' jelasnya yang telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kawalan trafik udara ini.

Menurutnya, risiko semasa menjalankan tugasan ini cukup banyak, jika berlaku kecuaian, maka kemalangan boleh berlaku. Namun begitu bukan semua kemalangan disebabkan oleh arahan pegawai kawalan trafik udara, ada juga disebabkan oleh kecuaian juruterbang, peralatan dan prosedur tidak diikuti.

"Oleh itu, bagi pegawai kawalan trafik udara sama ada wanita atau lelaki, ketelitian, kecekapan dan kepantasan dalam membuat keputusan amat dititikberatkan demi memastikan pesawat berada dalam keadaan selamat sama ada mendarat atau berlepas,'' katanya yang mengalu-alukan lebih ramai wanita menceburi bidang ini.

Sumber : Utusan

Isnin, Oktober 02, 2017

PANDUAN SOALAN EXAM ONLINE PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk
Peperiksaan ONLINE 
TRAFIK KAWALAN UDARA
3 OKTOBER ini?

USAH RISAU! Anda berada di tempat yang betul! Anda bakal mengenepikan RIBUAN CALON yang lain yang tidak menemui laman web ini. TAHNIAH!

Tim Infokerjaya bantu anda;
Huraian format TERKINI 2017! Jangan guna rujukan tahun lepas. Lapuk!
Nota ringkas untuk bantu persediaan pantas anda. Anda jimat 36 jam!
Contoh soalan peperiksaan yang biasa ditanya sebelum ini..
Soalan Seksyen A diberikan contoh untuk pelbagai skop. Jadi anda jelas bagaimana soalan ditanya.
Seksyen B diberikan contoh + cara penyelesaian!

Cari rujukan Kawalan Trafik Udara tapi tak jumpa?
Memang tak jumpa. Sebab rujukan ini memang tak ada. Tapi ramai yang request juga dari Tim Infokerjaya. Tak ada pula contoh soalan diberikan kepada calon. Apa yang ada hanya panggilan exam, tapi tak ada langsung panduan untuk persediaan kan?

Sejak tahun 2008, pakej rujukan daripada Tim Infokerjaya telah membantu lebih 80,000 orang graduan seluruh negara dalam kerjaya terutamanya peperiksaan kemasukan kerajaan. Tak percaya? Anda boleh lihat di ruangan testimoni antara mereka yang telah berjaya sebelum anda.

Sebenarnya kami tak bercadang nak buka jualan untuk rujukan KAWALAN TRAFIK UDARA 2017 ini. Tapi atas permintaan dan desakan calon, kami buka jualan ini tetapi HANYA UNTUK 3 HARI SAHAJA! Anda harus ucapkan terima kasih untuk mereka yang menghantar email desakan kepada kami;

Persoalannya, kenapa CALON REQUEST daripada TIM INFOKERJAYA? Kami tinggalkan soalan ini untuk anda jawab dengan Mata Hati anda...

Ok, ini sebabnya.. calon-calon exam Online sebelum ini BERJAYA dan mereka guna rujukan Tim Infokerjaya!





... ini antara mereka yang lulus sesi Exam online yang lalu dan awal tahun ini. SesiTahun 2017 ini tahun anda pula

Impian anda untuk bergelar PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA semakin hampir!

Anda dan boleh mula berangan. Tak salah! Ianya akan membawa anda ke satu 'feel' yang akan menyemarakkan semangat kita! Tapi AWAS! Jangan jadi Mat Jenin. Berangan tanpa tindakan selanjutnya.
Berangan sampai jadi! Biar sampai anda berjaya jadi PEGAWAI TRAFIK UDARA

Anda kena sedar yang anda sedang bersaing dengan RIBUAN CALON yang lain. Jika tanpa persediaan, peluang anda kekal sama dengan calon yang lain. Apa yang anda kena buat adalah, tingkatkan peluang kejayaan anda. Buat sesuatu yang calon lain tak buat.

Anda boleh lihat testimoni di atas. Itu semua perkongsian tanpa edit. Kami snapshot dan bagi anda baca. Tujuannya hanya satu, kami nak anda tahu yang peluang untuk anda lulus sebenarnya ada..

... dengan syarat anda buat apa yang mereka buat! Sebab apa yang mereka buat dah bawa kejayaan kepada mereka tempoh hari
Hadir dengan persediaan bukan dengan angan-angan!

Kami tahu, anda ada impian dan anda juga tahu keluarga anda ada impian. Mak, ayah dan pasangan anda nak lihat anda berjaya. Anda juga nak lihat mereka senyum dan bangga dengan kejayaan anda. Peluang dah ada di depan anda. Gunakan sepenuhnya. Buat persediaan semaksimum mungkin, melebihi calon-calon lain
Ada lagi

Rujukan Khas TRAFIK UDARA A41 + A29
Yang lulus itu semua mereka yang ambil tindakan tepat dan betul sebelum sesi peperiksaan. Mereka berusaha keras, studi nota yang betul dan positif untuk lulus. Jadi itu bahagian mereka. Bagaimana pula dengan anda untuk sesi 3 OKTOBER ini? Ini yang anda perlukan:





Bagaimana Rujukan Ini akan bantu anda?
Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu tahap sekolah/universiti. Tinggalkan zaman tu. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan era ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jadi PEGAWAI!

Menjimatkan masa anda! Kami bantu anda dengan penyediaan Nota-Nota ringkas untuk persediaan pantas anda. Anda bakal jimat 72 JAM!

Jelas format 2017! Jika anda menggunakan rujukan 2013 - 2016, anda akan mengalami kerugian besar. Format telah diubah! Kami bantu anda faham format terkini!

Bagaimana soalan ditanya! Kami bantu anda untuk buang gugup + 'blur' peperiksaan online nanti. Contoh-contoh soalan dibina untuk memberikan gambaran jelas kepada anda bagaiman soalan ditanya.

... dan semua ini disusun rapi untuk bantu anda sukses sesi peperiksaan KAWALAN TRAFIK UDARA pada 3 Oktober 2017 ini. Selain pihak SPA, tiada yang lebih faham perjalanan tapisan peperiksaan exam ini setanding Tim Infokerjaya kerana kami telah bersama calon sejak tahun 2008/09 dan menyaksikan sendiri transformasi tapisan ambilan oleh pihak SPA ini.

Siapa sangka format berubah lagi untuk sesi OKTOBER ini. Exam terakhir adalah pada bulan SEPTEMBER yang menyaksikan perubahan format. Tetapi mengejutkan, untuk sesi OKTOBER ada lagi perubahan. Jadi format SEPTEMBER dan OKTOBER ini tak sama! Dalam masa tak sampai 1 bulan pun format dah berubah :) Tetapi anda tak perlu risau sebab kami tahu perubahan itu.

Ini yang bakal anda dapat;

Huraian Format Terkini 2017!
Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2017 yang berbeza dengan 2013-2016. Format terkini seakan tahun 2012 tapi ada beberapa komponen dibuang. Kami tahu!

40++ Nota Ringkas
Kalau anda nak studi sendiri semua memang berterabur lah. Jadi kami susunkan untuk anda NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, maklumat asas Kawalan Udara, DTC, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi! Anda perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!

Pecahan Seksyen
Tahukah anda dalam setiap 'Seksyen' terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana 'pecahan dalam pecahan' tersebut!

60++ Contoh Soalan Seksyen A
Ini bukan soalan ramalan tetapi soalan yang bakal membuatkan anda lebih yakin untuk sesi peperiksaan nanti. Ianya dibina khas untuk memudahkan anda ulangkaji. Soalan melibatkan pengetahuan am termasuk berkaitan DTC dan kawalan udara

40++ Contoh Soalan Seksyen B
Seksyen B ni mencabar sikit sebab anda perlu fikir dan kira. Ada soalan terus matematik mudah, ada soalan matematik aplikasi dan ada juga soalan berbentuk penyelesaian masalah. Macam soalan IQ lebih kurang. Jadi bahagian ini akan jadi seperti latihan intensif untuk anda!

Tempah pakej ini sekarang di : http://semakan.info/dca/28/extra

LULUS KALI PERTAMA? TAK MUSTAHIL!
Peperiksaan Online ini adalah medan untuk tapisan calon yang ramai. Maknanya memang exam ini tujuan utama untuk kurangkan calon ke temuduga. Maka ramailah yang akan terkorban dalam exam ini. Terutamanya mereka yang hadir exam tanpa persediaan yang rapi. Biasanya untuk calon yang baru kali pertama ambil exam.

Tetapi dalam rekod kita, ada pembeli yang lulus exam pada percubaan yang pertama. Mereka pun tak percaya boleh lepas. Cuba tengok perkongsian-perkongsian ini;



Kami di Tim Infokerjaya cuba sebaik mungkin untuk bantu anda. Selebihnya terletak pada keputusan dan usaha anda untuk berjaya. Doa kami untuk anda berjaya kali ini dan kami nak jumpa anda di puncak kejayaan!

Tak Percaya? Ini PREVIEW COPY
Muatturun PREVIEW COPY. Anda boleh lihat sendiri bagaimana ebook ini disusun.

Download di sini : https://www.scribd.com/document/360401278/Preview-Copy-Exam-Pegawai-Kawalan-Trafik-Udara-A41

Tempah pakej ini sekarang di : http://semakan.info/dca/28/extra

Soalan Lazim

Adakah ini soalan bocor dari SPA?
TIDAK! Soalan SPA adalah sulit dan ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Soalan yang diberikan adalah umum untuk memberikan gambaran jelas bagaimana soalan ditanya dalam sesi peperiksaan ini

Soalan ramalan ini pasti naik ke masa exam nanti?
Tidak, tiada soalan bocor atau 'sumber dalaman'. Ianya adalah hasil penelitian dan kajian Tim Infokerjaya sendiri. Soalan-soalan tidak boleh didedahkan kerana tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) tetapi kami sebolehnya memberikan soalan-soalan yang seakan soalan sebenar bagi memberi gambaran jelas kepada calon

Pasti lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Kita tak janjikan anda lulus. Apa yang kami sediakan adalah rujukan termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan anda. Jika anda rujuk 'snapshot gambar' di atas, RAMAI yang telah lulus dengan rujukan ini. Mungkin giliran anda tahun ini?

Berapa lama buku ini akan sampai ke rumah saya?
Ianya BUKAN buku tetapi eBook jadi tidak melibatkan POS. Anda akan diberikan akses ke laman download untuk muatturun semua komponen selepas bayaran disahkan. Ianya dalam format PDF dan memerlukan perisian Acrobat Reader untuk bacaan. Jika tiada software ini, boleh muatturun PERCUMA. KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD : https://get.adobe.com/reader/

Tempah pakej ini sekarang di : http://semakan.info/dca/28/extra


PENAFIAN

Tim Infokerjaya tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA . Apa yang Tim Infokerjaya sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan

Bidang Kerjaya Kawalan Trafik Udara (ATC)



Apakah Kawalan Trafik Udara (ATC)?
ATC merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk menggalakkan aliran trafik udara yang selamat, teratur serta cepat dan efisien. Keselamatan terutamanya bermakna menghalang pesawat daripada berlanggar dengan pesawat lain dan halangan, dan terhempas; membantu pesawat mengelakkan cuaca buruk; memastikan pesawat tidak terbang dalam ruang udara di mana penerbangan dilarang; serta membantu pesawat dalam kecemasan. Aliran trafik udara yang teratur serta cepat dan efisien memastikan kecekapan operasi pesawat di sepanjang laluan yang dipilih oleh operator. Ia dilaksanakan menerusi peruntukan sumber sistem yang saksama kepada setiap penerbangan.

Siapakah ‘Pengawal Trafik Udara’?
Pengawal trafik udara merupakan kakitangan terpilih dan terlatih yang memastikan trafik udara selamat dan efisien. Mereka membantu juruterbang berlepas dan mendarat dengan selamat, serta memastikan pesawat berada dalam jarak yang selamat antara satu sama lain.

Pengawal trafik udara bertanggungjawab terhadap bahagian ruang udara tertentu yang termasuk berhubung secara kerap melalui radio dengan juruterbang yang melalui bahagian itu. Tanggungjawab tersebut melibatkan pemberian arahan, nasihat dan maklumat kepada juruterbang. Tugas pengawal trafik udara berbeza mengikut tempat mereka ditugaskan.

Di manakah ‘Pengawal Trafik Udara ’ bertugas?
Pengawal trafik udara ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang atau pusat kawalan yang terletak di Subang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Apakah skop tugas pengawal trafik udara?
berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual.
Terdapat berapa jenis ‘Pengawal Trafik Udara’?
Terdapat tiga jenis Pengawal Trafik Udara:

Pengawal kawasan – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka memandu arah pesawat semasa penerbangan dan memberikan laluan yang paling efisien ke destinasi. Dengan menggunakan radar dan teknologi komputer, mereka boleh mengesan kedudukan sebenar setiap pesawat. Mereka juga menggunakan radar untuk memisahkan trafik di udara.
Pengawal sua – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka mengambil alih tugas komunikasi daripada pengawal kawasan sebaik sahaja pesawat menghampiri lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab menentukan bila dan di mana setiap pesawat harus mendarat, dan memandu pesawat dengan cara yang paling efisien.
Pengawal aerodrom – mereka ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab terhadap pendaratan dan pelepasan pesawat, serta mengurus pergerakan pesawat di darat.
Bagaimanakah waktu bekerja dan persekitaran kerjanya?
Kawalan trafik udara merupakan operasi 24 jam, yang termasuk hujung minggu dan juga cuti am. Pengawal trafik udara bekerja mengikut syif. Satu syif terdiri daripada dua hari bekerja, satu hari rehat dan cuti satu hari. Hari bekerja dibahagikan kepada syif tengah hari pada hari pertama, diikuti dengan syif pagi dan syif malam pada hari kedua. Tugas Pengawal Trafik Udara adalah mengendalikan stesen kerja, mengumpul dan mentafsirkan data menggunakan komputer dan paparan radar, serta berkomunikasi dengan juruterbang menggunakan peralatan radio.

Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?
Memiliki kemahiran komunikasi yang cemerlang
Boleh bekerja di bawah tekanan
Boleh membuat keputusan muktamad dengan cepat dan mestilah berfokuskan matlamat
Boleh mengendalikan haluan berasaskan teori dan kemudian mengaplikasikannya dalam situasi amali
Boleh membayangkan objek bergerak dalam tiga dimensi
Mestilah boleh bekerja sebagai satu pasukan
Dapat memenuhi syarat yang diberikan oleh Civil Aviation Authority berhubung pemeriksaan perubatan kelas tiga
Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?
Ijazah – Pengawai Kawalan Trafik Udara
Diploma – Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
SPM – Penolong Pengawal Trafik Udara
Apakah proses yang terlibat untuk menjadi pengawal trafik udara?
Mereka yang berminat memohon pekerjaan ini boleh berbuat demikian seperti yang berikut:

Memohon menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan menggunakan borang dalam talian.
Calon SPA yang berjaya akan menduduki ujian berikut sebelum disenarai pendek untuk ditemu duga:
Ujian IQ
Ujian Suara
Ujian Bahasa Inggeris
Ujian Psikologi
Selepas ditemu duga, calon yang berjaya dilantik akan melalui proses berikut:
Menjalani kursus latihan selama maksimum 66 minggu di Akademi Penerbangan Awam Malaysia.
Mengikuti Latihan Semasa Kerja (OJT) bagi mendapatkan lesen live rating.
Apakah yang akan saya pelajari sepanjang kursus 66 minggu itu?
Modul induksi meliputi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat bantu navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan terbitan tentang penerbangan. Modul tersebut meliputi asas amali kawalan trafik udara di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan. Pelatih diajar cara memisahkan pesawat tanpa menggunakan radar.

Apakah “Latihan Semasa Kerja”?
Keseronokan sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi Penerbangan Awam. Latihan semasa kerja dijalankan di menara kawalan trafik udara wilayah atau pusat radar di bawah penyeliaan pengawal trafik udara berpengalaman. Pada peringkat ini, anda akan berubah daripada ‘pelajar’ menjadi ‘pelatih’ dan akan berlatih dalam persekitaran operasi, menangani trafik sebenar.

Pada mulanya, Pengajar akan bersama anda setiap masa. Selepas itu, pengajar akan berundur secara beransur-ansur, membenarkan anda membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik seolah-olah anda bersendirian.

Apabila anda telah memperoleh pengalaman secukupnya dan menunjukkan bahawa anda boleh menangani semua situasi trafik dan kesukaran secara konsisten, anda akan disyorkan untuk menjalani penilaian kemahiran akhir. Jika anda berjaya menyempurnakannya, anda akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Rating anda.

Apakah “Live Rating”?
“Live Rating” ialah lesen antarabangsa yang memberikan anda pengiktirafan untuk menjalankan tugas kawalan trafik udara. Lesen Pengawal Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan yang boleh digunakan di banyak negara.

Gaji bulanan yang dijangka?
Pegawai Kawalan Trafik Udara
Gaji Asas : RM 1815.52 – RM 5301.27
Elaun : RM 810.00
Insentif : RM 600.00
Elaun Rating (Rujuk Jadual di Bawah)
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
Gaji Asas : RM 1490.41 – RM 3435.45
Elaun : RM 640.00
Insentif : RM 250.00
Elaun Rating (Rujuk Jadual di Bawah)


Penolong Pengawal Trafik Udara

– Gaji Asas : RM 829.45 – RM 2178.66
– Elaun : RM 595.00

Jadual Elaun Rating

TEMPAT BAYARAN
KAWALAN SUA (RADAR) RM 750.00
KAWALAN KAWASAN (RADAR), PERGERAKAN PERMUKAAN (RADAR) RM 600.00
KAWALAN KAWASAN RM 450.00
SUA (PROSEDUR) RM 350.00
SMC, KAWALAN AERODROM, PENYELARAS AERODROM, PEMBERIAN KELULUSAN, KAWASAN MENARA/DATA PENERBANGAN SUA RM 200.00


Adakah terdapat laman web yang menawarkan sampel audio komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara?
Terdapat beberapa laman web/blog yang membolehkan anda mendengar komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara. Jika anda berminat, anda boleh membuat carian web dengan “live ATC” sebagai kriteria.

Untuk maklumat lanjut tentang kerjaya sebagai Pengawal Trafik Udara, sila hubungi:
Sektor Pengurusan Trafik Udara
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
Aras 4, Blok Podium B
No. 27, Persiaran Perdana
Presint 4, 62618
Putrajaya

Tel. : 03-88714000

Sumber : http://www.dca.gov.my

Permohonan Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD 2018


Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2018 sudah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017. Pengambilan Putera MTD hanya untuk pengajian ke Tingkatan 4 tidak ada lagi pengambilan dari Tingkatan 1.
Syarat Am

Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2017.
Berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018.
Warganegara Malaysia.
Syarat Fizikal

Jantina – Lelaki.
Tinggi minimum – 152 sm.
Berat minimum – 40.5 kg.
Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan PT3 2017 nanti.
Pelajar yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
Kelayakan Memohon

Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan percubaan PT3 2017 layak untuk membuat permohonan pengambilan Putera MTD Tingkatan 4 2018.
Pemohon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum akan diberi keutamaan untuk menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal Putera MTD.
Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal Putera MTD

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadari Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal MTD.
Senarai calon yang dipanggil boleh disemak di laman Facebook MTD dan laman web MTD 7 hari selepas tarikh tutup permohonan.
Tambang dan kos perjalanan untuk menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal ini adalah tanggungan calon-calon.
Pihak MTD akan menyediakan keperluan penginapan dan sajian sepanjang tempoh ujian dan temuduga tersebut.
Permohonan

Permohonan kemasukan ke MTD 2018 adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian di Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 Putera MTD 2018.
Tarikh Tutup

Permohonan pengambilan Putera MTD Tingkatan 4 2018 ditutup pada 20 September 2017.
Permohonan yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Tawaran Kemasukan Putera MTD

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 Putera MTD 2018 hanya akan diberi kepada calon yang memenuhi syarat berikut:
Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal, dan
Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2017, dan
Lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.
Surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada calon yang berjaya dan semakan boleh juga dibuat di laman Facebook MTD dan laman web MTD pada penghujung bulan Disember 2017.
Pembiayaan Pengajian dan Elaun Putera

Kos pengajian MTD yang meliputi penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alatulis akan diberi secara percuma atas pembiayaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Putera MTD hanya perlu membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan.
Elaun Putera sebanyak RM100 sebulan akan dibayar kepada Putera MTD sepanjang tempoh pengajian.
Maklumat

Sila rujuk laman Facebook MTD, laman web Maktab Tentera DiRaja dan iklan kemasukan MTD 2018 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2011, 2012, 2013, 2014, 2015 sebagai panduan.
Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Promosi dan Pemilihan MTD di talian telefon 03 8946 5555/ 03 8946 5565/ 03 8965 5562.



Recent Posts