Memaparkan catatan dengan label Pertahanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertahanan. Papar semua catatan

Ahad, Mac 06, 2011

Sabtu, Januari 29, 2011

Rejimen 509 Askar Wataniah perlu 1,700 sukarelawan

Rejimen 509 Askar Wataniah sedang berusaha untuk menambah bilangan anggota sukarela terutamanya daripada kalangan kaum Cina dan India dalam pasukan itu.

Pegawai Latihan dan Pengambilan negeri Lt Kol L Vasuthevan berkata kini terdapat 1,700 kekosongan bagi sukarelawan dalam rejimen itu untuk diisi yang kini mempunyai 1,300 anggota.

Penyertaan kaum Cina dan India masih rendah iaitu daripada jumlah 1,300 berkenaan, hanya 93 terdiri daripada kaum Cina manakala kaum India hanya 44 orang dan selebihnya Melayu, katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata rejimen itu juga menggalakkan penyertaan daripada peserta program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah tamat latihan yang akan membolehkan mereka memperoleh pendedahan dalam asas ketenteraan yang lebih menyeluruh.

Vasuthevan berkata sukarelawan perlu mengikuti tiga latihan iaitu latihan asas selama 240 jam yang dilakukan setiap Sabtu dan Ahad, latihan lanjutan selama 14 hari serta mengikuti kem tahunan selama 15 hari.

Katanya anggota sukarela askar Wataniah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun hingga 41 tahun dan maklumat lanjut boleh diperoleh di pejabat Rejimen 509 Askar Wataniah, Lebuhraya Peel, Georgetown atau hubungi talian 04-2297001.

- Bernama

Jumaat, Disember 10, 2010

Tentera Iran bina bot laju 'berani mati'


TEHERAN - Tentera Laut Iran membina lebih 9,000 buah bot laju 'berani mati' yang dilengkapi bahan letupan untuk tujuan merempuh kapal-kapal musuh, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya.

Kira-kira 30,000 kapten 'kamikaze' telah dilatih untuk mengemudi bot-bot laju itu yang kini meronda perairan Teluk Parsi manakala pemerintah Iran merancang untuk membina sejumlah 15,000 bot tersebut.

Akhbar The Sun mendedahkan strategi perang kamikaze Iran itu didedahkan baru-baru ini oleh seorang bekas jurutera tentera Iran yang belot dan melarikan diri ke Britain.

"Mereka mahu saya membantu membina armada besar bot berani mati. Ia amat mengejutkan," katanya.

Iran mencetuskan kemarahan Barat kerana meneruskan program nuklearnya yang menurut pemerintah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik negara.

- Agensi

Rabu, Oktober 20, 2010

PDRM bangun unit risikan tangani jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem 'Central Intelligence Unit' (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

"Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai statistik penyelesaian kes bunuh di negara ini dan langkah kerajaan dalam memerangi jenayah berat seperti bunuh dan rompakan.

Abu Seman berkata kes jenayah seperti samun, bunuh, rogol dan mencederakan dikategori sebagai jenayah kekerasan dan bagi memeranginya, PDRM sentiasa meningkatkan rondaan dengan melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Sehingga 20 Sept lepas, seramai 4,725 anggota Rela dan JPAM dilantik khusus untuk menjalankan tugas itu," katanya.

Abu Seman berkata PDRM juga memiliki Pasukan Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) di bawah Makmal Forensik.

Beliau berkata Makmal Forensik yang mula beroperasi sepenuhnya pada 2002 itu ditubuh untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang memerlukan kaedah penyiasatan canggih untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

"Anggota Pasukan CSI juga diwujudkan dalam kontinjen PDRM di seluruh negara selain daripada yang dilantik dan ditempatkan di Makmal Forensik di Cheras," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).

- Bernama

Khamis, Oktober 14, 2010

ATM Sertai Tujuh Misi Pengaman PBB Di Seluruh Dunia Sejak 1960-an

Malaysia memperoleh pelbagai manfaat termasuk disanjung masyarakat antarabangsa manakala anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat pendedahan berguna sepanjang penglibatan dalam tujuh misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia sejaktahun 1960-an. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abd Latiff Ahmad berkata dalam tempoh itu hampir 20,000 anggota tentera terlibat dalam misi itu yang memberi impak positif kepada negara khususnya menguji kesiapsiagaan ATM dan mengaplikasikandoktrin serta prosedur perperangan.

"Anggota-anggota ATM juga mendapat pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi konflik selain mempamerkan Malaysia sebagai negara yang prihatin terhadap keamanan sejagat selaras dengan polisi serta dasar luar negara," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) berhubung jumlah operasi pengaman negara di bawah panji PBB dan impak kepada negara.

Abd Latiff berkata misi pengaman itu juga telah menarik minat ramai pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan membuka ruang pelabur tempatan melabur di negara-negara berkenaan, contohnya di Kemboja.

Antara misi yang telah disertai adalah Operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Congo (UNOC) mulai Oktober 1960 hingga April 1963, Kumpulan Bantuan Peralihan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNTAG) di Namibia (Februari 1989 - April 1990) dan Pihak Berkuasa Peralihan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Kemboja (UNTAC), Mac hingga November 1993.

Operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia II (UOSOM II), Jun 1993 hingga Februari 1995), Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Bosnia Herzegovenia (UNPROFOR) (Disember 1993 - Julai 1998), Operasi Khas TimorLeste (Mei-Ogos 2006) dan Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan (Januari 2007 hingga sekarang).

Dr Abd Latiff berkata sejumlah RM50 juta dibelanjakan bagi setiap misi pengaman yang disertai negara.

"Bagaimanapun, kita menerima pulangan balik daripada PBB ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan dan perkara ini tidak memberi impak yang besar ke atas perbelanjaan negara," katanya.

- BERNAMA

Ahad, September 26, 2010

JPAM Dijangka Miliki 180,000 Anggota Menjelang Akhir Tahun Ini

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dijangka mempunyai 180,000 anggota menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Jumlah anggota JPAM di seluruh negara ketika ini adalah seramai 140,000 orang berikutan pendaftaran seramai 60,000 anggota baru pada enam bulan pertama tahun ini, katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri JPAM Perlis di Kangar, Sabtu.

Berikutan penambahan anggota, katanya, pihaknya sedang menubuhkan pejabat di setiap daerah bagi memudahkan sesi latihan untuk anggota baru.

"Setiap daerah mesti ada sekurang-kurangnya sebuah ambulans bagi memudahkan operasi JPAM," ujarnya.

Mengulas pembinaan Pusat Latihan JPAM bernilai RM18 juta di Perlis, beliau berkata ia dijangka siap November ini dan pusat latihan seumpama itu juga akan dibina di Anak Bukit, Kedah dan Beserah, Pahang, tidak lama lagi.

- BERNAMA

Khamis, September 23, 2010

Buku dedah kehidupan ejen Britain


LONDON - Agensi Perisikan Britain, MI6 menerbitkan biografi pertamanya, MI6 The History of the Secret Intelligence Service 1909-1949 semalam yang melibatkan sejarah awal penubuhan agensi berkenaan.

Buku tersebut turut mendedahkan kehidupan sebenar ejen perisik dan pembelot yang sebelum ini cuma disajikan kepada umum menerusi filem James Bond.

Buku berkenaan ditulis oleh Profesor Keith Jeffrey yang merupakan pakar sejarah Universiti Queen's, di Belfast, Ireland Utara.

Beliau diberi akses untuk memasuki arkib MI6 sejak agensi itu ditubuhkan pada 1909 sehingga permulaan Perang Dingin pada 1949.

Buku tersebut menceritakan bagaimana ejen-ejen MI6 meletupkan beberapa buah kapal dan membolos masuk ke wilayah Eropah yang dikuasai rejim Nazi dan Kesatuan Soviet (USSR) tetapi mereka masih dapat mencari masa untuk berseronok dan menggoda wanita.

Selain itu, ia turut mengesahkan buat kali pertama bahawa tiga penulis terkenal Britain iaitu Graham Greene, W. Somerset Maugham dan Arthur Ransome merupakan ejen MI6.

Menceritakan pengalaman semasa menulis buku tersebut, Jeffrey memberitahu bahawa beliau diberi kebenaran untuk melihat fail-fail lama MI6 yang tidak didedahkan dan tidak akan didedahkan kepada umum.

"Perasaan saya apabila melihat fail-fail sulit MI6 adalah seperti seorang ejen perisik yang membolos masuk ke negara asing," katanya pada sesi pelancaran buku setebal 810 muka surat itu di Pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel di sini.

Seorang ejen MI6 yang diceritakan dalam buku itu, Bill "Biffy" Dunderdale, merupakan sahabat karib penulis novel James Bond, Ian Fleming.

Buku berkenaan mendedahkan bahawa minat Dunderdale terhadap kereta sport dan wanita memberi cetusan idea kepada Fleming berhubung watak ejen 007 itu.

Namun, kata Jeffrey, kepercayaan ramai bahawa ejen MI6 mendapat 'lesen untuk membunuh' yang membolehkan mereka membunuh dengan sewenang-wenangnya adalah mitos semata-mata.

Menurutnya, agensi berkenaan cuma terbabit dalam dua kes pembunuhan haram sepanjang tempoh liputan buku tersebut.

Bagaimanapun, ejen-ejen MI6 pernah mengebom lima buah kapal dalam 'Operasi Malu' yang dilancarkan bagi menghalang lebih ramai pelarian Yahudi daripada belayar ke wilayah Palestin yang ketika itu dikuasai Britain.

MI6 turut mengintip sekutu mereka termasuk Amerika Syarikat (AS) dan wira Perancis semasa perang Dunia Kedua, Charles de Gaulle yang pernah menjadi Presiden Perancis.

Agensi perisikan berkenaan turut memiliki pembelot pada peringkat awal penubuhannya apabila Harold "Kim" Philby yang dinaikkan pangkat sebagai ejen kanan MI6 didapati mengintip untuk USSR dan merupakan anggota rangkaian pengintipan Cambridge.

- AFP

Rabu, September 22, 2010

PDRM lancar Facebook

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Menyedari kepentingan laman sosial popular Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan akaunnya sendiri bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, langkah itu diambil bagi menggalakkan komunikasi antara PDRM dan masyarakat secara interaktif tanpa mengambil kira perbezaan kaum, status, umur dan jantina.

Katanya, laman sosial Facebook itu merupakan usaha terbaru pasukan tersebut menyampaikan perkhidmatan PDRM dengan menggunakan teknologi.

"Secara tradisinya, masyarakat yang memerlukan perkhidmatan polis akan hadir ke balai polis untuk dapatkan perkhidmatan dan sekarang tidak lagi.

"Maka strategi membawa perkhidmatan polis kepada masyarakat (antaranya Facebook) dilihat satu pendekatan memecahkan dinding halangan dan persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap polis," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pusat Media dan Facebook PDRM iaitu www.facebook.com/polisdirajamalaysia oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof.

Ismail berkata, pusat media yang diwujudkan itu pula adalah bertujuan untuk menyalurkan berita tepat, sahih, benar dan cepat kepada masyarakat.

Katanya, peranan dan tanggungjawab itu bukan sahaja terletak pada media masa tetapi turut digalas PDRM selaku agensi utama dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

"PDRM dan media boleh jalinkan kerjasama bagi menyampaikan berita kepada masyarakat dengan telus dan tidak dibelenggu dengan apa-apa masalah antara kedua-dua pihak," katanya.

- UTUSAN

Khamis, September 02, 2010

Ismail Omar ganti Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara


Setelah 41 tahun mencurah bakti dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata sudah tiba masanya beliau bersara daripada perkhidmatan kerana faktor usia.

Seperti pesara yang lain, Musa, 59, yang kontrak perkhidmatannya akan tamat 12 September ini, berkata beliau juga ingin berehat selepas ini.

"Saya tidak pernah merasa kecewa bertugas dalam pasukan polis. Saya telah memberi jiwa raga saya sepenuhnya dan sampai masanya saya berundur oleh kerana dah cukup umur," katanya kepada pemberita selepas pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, cadangan pelantikan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.

Hishammuddin sebelum itu mengumumkan cadangan pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Musa, manakala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, pula dicadangkan bagi menggantikan Ismail sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.

Cadangan itu bagaimanapun tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Musa berkata, beliau juga telah melatih Ismail dalam tugas seharian sebagai Ketua Polis Negara dan berharap Ismail akan meneruskan kesinambungan kepimpinan pasukan polis bagi menambah baik pasukan itu serta meneruskan perancangan penambaikan termasuk penstrukturan semula pasukan itu.

"Saya menasihatkan supaya pasukan polis dijaga dengan betul kerana kita memerlukan pasukan polis untuk menjaga negara. Justeru, pasukan polis itu sendiri kena elok, kena betul, bagi menjalankan tugas dengan baik dan mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat," katanya.

Ditanya mengenai cabaran terbesar dalam menjalankan tugas, beliau berkata memikul amanah sebagai Ketua Polis itu sendiri adalah cabaran yang besar, namun selagi tugas itu dilakukan dengan ikhlas dan mengikut peraturan undang-undang, beliau tak perlu takut pada sesiapa.

Sementara itu, Ismail berkata beliau bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut dan berterima kasih kepada kerajaan di atas kepercayaan untuk beliau menerajui pasukan itu.

Katanya, beliau juga beruntung kerana walaupun hanya menjadi Timbalan Ketua Polis selama tiga tahun, beliau telah bekerja dengan Musa sejak 10 tahun lalu di Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Oleh itu, katanya, pandangan Musa akan terus diambil perhatian bagi membangunkan pasukan polis yang kuat dan dapat menyampaikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

"Jawatan Ketua Polis Negara adalah jawatan, amanah dan tanggungjawab yang cukup berat dan Insya-Allah saya akan laksanakan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara terus terjamin dari segi keselamatan dan keamanan," katanya.

- BERNAMA

Isnin, Ogos 23, 2010

24,000 tentera kawal sempadan sempena raya


Seramai 24,000 anggota tentera daripada tiga batalion Rejimen Sempadan akan bertugas sepanjang musim perayaan bagi menjaga sepanjang 547 kilometer kawasan sempadan di negara ini.

Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud berkata, kawalan sepenuh masa itu membabitkan semua kawasan sempadan Thailand membabitkan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

Menurutnya, kawalan akan diperketatkan bagi mencegah kegiatan penyeludupan yang dijangka meningkat menjelang musim perayaan.

“Di sini (Kelantan) kegiatan penyeludupan lebih tertumpu kepada barang-barang kawalan keperluan harian terutama yang bersubsidi seperti gula, minyak masak dan minyak petrol yang mendapat pasaran tinggi di negara jiran.

“Saya yakin, semua anggota telah bersedia dan saya berharap mereka semua lebih berwaspada semasa menjalankan tugas,” katanya.

Beliau sebelum itu meluangkan masa untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Batalion 1 Rejimen Sempadan di Markas Tok O dekat sini, malam kelmarin.

Mohd. Noor memberitahu, kebiasaannya rakyat dari kedua-dua buah negara akan mengambil kesempatan menyeludup barang-barang sama ada bagi tujuan komersial atau kegunaan semasa perayaan untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda.

Katanya, antara kawasan yang akan diberi tumpuan termasuk Pekan Pangkalan Kubur (Tumpat), Rantau Panjang (Pasir Mas) dan Bukit Bunga (Jeli) di Kelantan serta Bukit Kayu Hitam di Kedah.

“Kebanyakan mereka ini masuk hutan pada waktu malam untuk mengelak daripada dikesan.

“Biasanya mereka menceroboh untuk menangkap monyet dan biawak,” ujarnya.

- KOSMO!

Isnin, Ogos 02, 2010

Mulai 1 September, Hanya Mereka Yang Berijazah Diterima Untuk Jawatan Pegawai ATM

Selaras dengan usaha permodenan Kementerian Pertahanan, mulai 1 September ini, kementerian itu akan hanya menerima permohonan daripada mereka yang mempunyai ijazah bagi jawatan pegawai dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), iaitu darat, laut danudara. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM memerlukan pegawai yang mempunyai latar belakang akademik yang baik, terutama dalam bidang sains dan teknologi untuk mengendalikan peralatan tersebut memandangkan pasukan itu kini memulakan usaha memodenisasikan penggunaan peralatan tentera yang canggih dan berteknologi tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan di sini hari ini, beliau berkata selaras dengan peraturan baru itu, skim jawatan pegawai ATM juga akan disesuaikan berdasarkan dengan kelayakan akademik mereka.

Mereka yang memiliki ijazah itu juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah setelah berkhidmat dengan ATM berdasarkan jika mereka layak setelah menduduki peperiksaan yang ditentukan, tambahnya.

Selain itu, Ahmad Zahid juga berharap lebih ramai bukan Bumiputera memohon untuk berkhidmat dengan ATM kerana berdasarkan statistik penglibatan bukan Bumiputera dalam bidang ketenteraan amat rendah. "Kita harap dengan peningkatan gaji untuk pegawai-pegawai serta peningkatan kelayakan ini, diharapkan lebih ramai bukan Bumiputera akanmenyertai ATM," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTDM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) supaya mengambil 30 peratus daripada jumlah penuntut pada pengambilan akan datang adalah bukan Bumiputera.

- BERNAMA

Isnin, Julai 26, 2010

KD Tunku Abdul Rahman Berjaya Lancar Peluru Berpandu Exocet SM-9

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, membuktikan kehebatannya apabila berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Exocet SM-39 dari versi Blok 2 ke permukaan air di kawasan Laut China Selatan, Isnin.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata peluru berpandu itu mengenai sasaran permukaan 40 meter panjang pada jarak 40 kilometer.

Katanya, peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 10.15 pagi tadi sewaktu kapal selam berkenaan berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.

Penembakan itu dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika, katanya dalam kenyataan di sini.

Abdul Aziz berkata pelancaran peluru berpandu itu telah membuktikan keupayaan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu melancarkan serangan dari bawah permukaan.

Beliau, yang turut hadir menyaksikan ujian itu, berkata penembakan itu juga bertujuan mengesahkan keberkesanan peluru berpandu itu dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika.

Katanya, misil Exocet SM39 Blok 2, yang diperolehi dari Perancis pada 2008, merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan air yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang enam meter dan diameter 35 sentimeter.

KD Tunku Abdul Rahman adalah antara dua kapal selam jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion.

Kapal selam itu dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 3 Sept 2009 manakala kapal selam kedua, KD Tun Razak, tiba pada 2 Julai lalu.

- BERNAMA

Jumaat, Julai 16, 2010

Jet pejuang Taranis buatan Britain


Firma pertahanan Britain, BAE System kelmarin memperkenalkan jet pejuang berteknologi tinggi, Taranis, yang dilengkapi sistem pintar dan tidak mampu dikesan radar.

Jet tanpa pemandu dan mempunyai saiz sama seperti pesawat Hawk ini bukan sahaja mampu mengangkut bom, peluru berpandu dan menembusi jauh ke kawasan musuh tanpa disedari, malah boleh bertindak sebagai pembunuh senyap, walaupun musuh berada di benua lain.

Taranis memiliki sensor untuk melaksanakan risikan dan pengawasan di kawasan musuh dan boleh dikawal dari jauh menggunakan satelit komunikasi dari mana-mana tempat di dunia.

Dengan reka bentuk moden tidak ubah seperti kapal angkasa, Taranis mampu mempertahankan diri sendiri daripada ancaman jet pejuang tanpa pemandu dan dengan pemandu, dijangka dipandu uji tahun depan.

- AP

Ahad, Julai 11, 2010

'Komunikasi' Dekatkan Polis Pada Masyarakat

Memahami kehendak dan keperluan masyarakat stempat merupakan rahsia utama kejayaan polis negeri ini mengurangkan kadar jenayah selain mendekatkan mereka kepada orang awam.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob pelbagai kaedah dilakukan untuk memenangi hati masyarakat setempat termasuk mengadakan kelas bahasa Hokkien bagi anggota polis.

"Setiap tindakan mestilah bijak dan berkesan supaya dapat memenuhi tuntutan masyarakat setempat. Jadi kelas bahasa Hokkien untuk anggota polis adalah satu cara mendekati mereka," katanya kepada Bernama.

(Bahasa Hokkkien ialah bahasa yang digunakan dengan meluas oleh masyarakat Cina di negeri ini).

Kata Ayub dengan adanya kemahiran berbahasa Hokkien dalam kalangan pegawai dan anggota polis, penerimaan masyarakat setempat lebih positif dan secara tidak langsung merupakan satu nilai tambah kepada polis.

"Apabila keyakinan dan penerimaan masyarakat setempat terhadap polis mula bertambah, dengan sendirinya mereka membantu tugas polis dalam menjaga keselamatan", kata beliau.

SUKARELAWAN

"Banyak badan bukan kerajaan dan pasukan sukarelawan yang bekerjasama dengan polis dalam hal berkaitan dengan keselamatan. Mereka menjaga kawasan sekitar kediaman mereka dan pihak polis hanya membantu dengan memantau keadaan.

"Ini membantu tugas polis. Ia adalah kesan daripada komunikasi dua hala yang dapat diterima dan diyakini masyarakat," katanya.

Selain kelas bahasa Hokkien, turut diadakan ialah kelas bahasa Inggeris bagi memudahkan polis berurusan dan berkomunikasi dengan orang asing khususnya pelancong.

"Di Pulau Pinang terdapat ramai pelabur, pelancong dan peniaga asing. Semuanya perlu diambil kira dan pastinya perlukan pendekatan berbeza dalam hal menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya.

DEKATI REMAJA

Ayub berkata beliau juga menggunakan pendekatan khusus untuk merapatkan remaja kepada polis dengan mengadakan pelbagai program yang menjadi 'kegemaran' remaja hari ini.

Antara program yang diadakan termasuk 'konvoi bermotor anti dadah' dan 'belia masjid'.

"Memang sukar sikit bila hendak bawa remaja ke surau atau masjid tetapi kita pujuk dengan buat program yang mereka suka, bila sudah sampai di surau atau masjid mahu atau tidak mereka kena juga solat berjemaah.

"Untuk tawan hati remaja kita juga kena faham tentang mereka, sekarang ini gejala rempit sudah berkurangan kerana penguatkuasaan dan program yang diadakan," katanya.

Beliau menegaskan pendekatan sedemikian penting dalam memastikan golongan remaja tidak terus terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat dan menjadi barah dalam masyarakat.

Katanya hanya remaja sahaja yang boleh mempengaruhi remaja lain sama ada jadi baik atau sebaliknya.

"Jadi dengan adanya program seperti itu sekurang-kurangnya mereka ini boleh pengaruhi satu sama lain untuk turut serta, sedikit sebanyak boleh juga mereka mendengar ceramah demi kebaikan dan masa depan mereka," katanya.

KOMANDAN

Ayub dilahirkan di Batang Kali, Hulu Selangor pada 23 Ogos 1954. Beliau memulakan tugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Okt 1977 di Pulau Pinang, selepas tamat latihan asas inspektor di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Bapa kepada dua anak ini juga pernah menjadi komandan Pulapol. Ayub juga pernah bertugas di Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu sebelum kembali semula ke Pulau Mutiara ini.

"Saya mula bertugas sebagai polis di Pulau Pinang, dan sekarang saya kembali ke negeri yang sama, pengalaman yang ada dulu banyak membantu saya".

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

"Setiap anggota polis juga perlu bijaksana dalam menjalankan tugasnya, perlu ada kemahiran berkomunikasi supaya dapat diterima semua kaum," kata beliau.

Ayub menegaskan sikap saling bekerjasama antara polis dan orang awam ialah antara faktor menyebabkan penurunan kadar jenayah di negeri ini.

Katanya polis Pulau Pinang mensasarkan penurunan kadar jenayah sebanyak lima peratus bagi tahun 2010 dan sehingga akhir Mei lepas, mencatatkan pengurangan sebanyak 15 peratus.

"Jenayah paling banyak berlaku ialah curi motosikal, tetapi ia bukan kerja sindiket hanya curi untuk suka-suka sahaja dalam kalangan remaja.

"Jenayah berat seperti samun bersenjata memang ada penurunan, bagaimanapun anggota polis di sini sentiasa berada dalam keadaan siap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan," katanya.

Katanya konsep pengawaman polis yang diperkenal dalam enam bidang keberhasilan negara (NKRA) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga menjadi faktor penurunan jenayah.

Pengawaman ialah anggota polis yang bertugas di dalam pejabat turut terlibat membuat rondaan, katanya. 'Ops Payung' yang diperkenal juga telah menambah bilangan anggota polis yang berada di kawasan tumpuan awam.

"Kehadiran anggota polis yang ramai ini juga memberikan keyakinan pada orang ramai," kata beliau.

- BERNAMA

Sabtu, Julai 03, 2010

Kapal Selam Kedua Negara KD Tun Razak Tiba Di Lumut

LUMUT: Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada pukul 4.40 petang.

Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa manakala Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menaiki kapal selam itu dari Langkawi, Kedah.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di sini. Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Perancis sejak 30 April lepas dengan dikendalikan sepenuhnya 21 pegawai dan 11 anggota TLDM lain-lain pangkat.

Pelayaran dari Toulon itu mengambil masa 64 hari dan singgah di empat pelabuhan bagi tujuan ulang bekal iaitu di Pelabuhan Iskandariah (Mesir), Jeddah (Arab Saudi), Salalah (Oman) dan Cochin (India) sebelum tiba di sini.

Kemasukan kapal selam dalam inventori aset Armada TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada malah melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.

KD Tun Razak merupakan antara kapal selam yang paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan.

KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara.

Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 Sept, tahun lepas.

- BERNAMA

Ahad, Jun 20, 2010

Hari Terbuka Muzium TUDM


Sempena sambutan Ulang Tahun ke-52 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1 Jun lalu, Muzium TUDM telah mengadakan Hari Terbukanya hari ini bermula 8 pagi hingga 5 petang di Pangkalan Udara Kuala Lumpur secara percuma kepada orang ramai.

Para pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat aset-aset TUDM yang telah digunakan sejak penubuhannya pada tahun 1958.

Antara aset-aset yang dipamerkan termasuklah pesawat-pesawat yang telah menjadi nadi TUDM sepanjang melaksanakan tugas mengawal kedaulatan ruang angkasa negara.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud telah hadir untuk merasmikan Pembangunan Fasa Kedua Muzium TUDM.

Dalam satu sidang media sejurus itu, beliau memberitahu, TUDM sedang giat merangka latihan dengan Amerika Syarikat, negara Asean serta beberapa negara Asia yang lain bagi melahirkan generasi baru pasukan tentera udara.

Rodzali berkata, ini penting kerana TUDM ingin memastikan anggota mereka mampu mengendalikan aset-aset canggih yang akan dibawa masuk kelak.

"Latihan terbaru kita akan meliputi pemakaian doktrin dan strategi-strategi baru dari negara tersebut.

"Kita nak ambil dan menyesuaikan diri dengan doktrin kita," katanya.

Rodzali berkata, latihan bersama negara terbabit akan merangkumi semua aspek iaitu pesawat serta sistem persenjataan.

Sehubungan itu, katanya, staf mesti bersedia dalam aspek ini kerana semua teknologi terkini adalah berlandaskan teknologi.

Dalam pada itu, majlis penyerahan pesawat Eagle oleh Composites Technology Research Malaysia (CTRM) kepada pihak Muzium TUDM turut diadakan.

Rodzali juga melawat ke hangar, khemah pameran, Dataran Wira Angkasa, penyerahan koleksi peribadi oleh Mantan PTU di galeri Panglima Tentera Udara di Muzium TUDM.

Selain kehadiran dif-dif kehormat, Hari Terbuka kali ini turut dihadiri bekas-bekas Panglima TUDM.

Antaranya, Tan Sri Sulaiman Sujak, Datuk Seri Abdullah Ahmad, Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed dan Tan Sri Mohd Yunus Mohd Tasi.

Selain itu, orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai aktiviti lasak dengan pesawat TUDM, pertunjukan Aerobatic Pesawat Pitts Special.

Lain-lain aktiviti termasuk belon panas, flight simulator, pony ride, pameran kerjaya dan demonstrasi memadam kebakaran pesawat.

- MSTAR

Ahad, Mei 30, 2010

Pengambilan & Pemilihan Awal Perajurit Muda (Lelaki) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) - Jun 2010

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai PERAJURIT MUDA TUDM (LELAKI SAHAJA):

KELAYAKAN AKADEMIK:

- Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:

* Tred Juruteknik, Sistem Udara dan Sistem Darat
- Kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/ SPMV

* Lain-lain Tred
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/SPMV

LAIN-LAIN KELAYAKAN:

- Warganegara Malaysia

- Berumur di antara 18 - 23 tahun pada tarikh 1 Jan 2011.

- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

- Penglihatan hendaklah terang.

- Berat badan minima 47.5 kg dengan ketinggian 1.57 meter. Body Mass Index (BMI) antara 18 - 25.

- Ukuran dada biasa 76 sm - 81 sm.

GAJI DAN ELAUN:

Perajurit Muda
Gaji (RM/sebulan) : RM821.98
Elaun Khidmat : RM65.00
Imbuhan Tetap Perumahan : 230.00

KEISTIMEWAAN:

- Pakaian seragam percuma
- Makan dan tempat tinggal
- Rawatan perubatan dan pergigian percuma
- Waren perjalanan tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga
- Elaun Malaysia Timur (Sabah/ Sarawak)
- Kemudahan Pinjaman Kerajaan

KETUKANGAN PERINGKAT RENDAH TUDM:

KEJURUTERAAN
- Juruteknik Rangka Kapalterbang
- Juruteknik Enjin
- Juruteknik Elektrik
- Juruteknik Instrumen
- Juruteknik Elektronik
- Juruteknik Senjata
- Juruteknik Alat Bantuan Udara
- Juruteknik Woksyop
- Juruteknik Alat Keselamatan
- Pembantu Statistik
- Juruteknik Alat Permukaan dan Keselamatan
- Juruteknik Avionik
- Kerani Perangkaan

LOGISTIK
- Sistem Logostik
- Juruteknik Bekalan
- Juruteknik Stor
- Kerani Inventori
- Pemandu
- Pemandu Kenderaan Khas Udara

PEMBANTU TADBIR
- Pembantu Tadbir
- Pembantu Sajian
- Provos
- Pasukan Khas Udara
- Pancaragam
- Jurulatih Jasmani

OPERASI
- Juruteknik Pengurusan Ruang Angkasa dan Bomba

SISTEM UDARA
- Kuartermaster Udara
- Pramugari


SIJIL & DOKUMEN:

Sila bawa salinan ASAL dan satu salinan FOTOSTAT dokumen berikut:
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil PMR/ SRP/ SPM/ SPMV
- SKM Tahap 2 ke atas
- Lain-lain sijil kemahiran (jika ada)
- Sijil berhenti sekolah
- Sijil akademik
- Sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan sampul surat berukuran 5” x 9” bersetem RM1.00 beralamat sendiri.

JADUAL & PUSAT PEMILIHAN SELURUH MALAYSIA

Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka dari jam 0830 pagi hingga 0900 pagi.

Permohonan tidak akan diterima selepas waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar panjang sukan (trek), berkasut sukan dan berstokin.


ZON UTARA

1 JUN 2010 (SELASA)
- SMK DATO’ SHEIKH AHMAD, ARAU, PERLIS

2 JUN 2010 (RABU)
- DEWAN KOLEJ TENTERA UDARA, ALOR SETAR, KEDAH

3 JUN 2010 (KHAMIS)
- SMK BALING, KEDAH

5 JUN 2010 (SABTU)
- DEWAN SERI BAYU, TUDM BUTTERWORTH, P.PINANG


ZON TIMUR

13 JULAI 2010 (SELASA)
- SMK TENGKU INDRA PETRA 1, GUA MUSANG, KELANTAN

15 JULAI 2010 (KHAMIS)
- SMK DATO’ AHMAD MAHER, KOTA BHARU, KELANTAN

17 JULAI 2010 (SABTU)
- SMK PANJI ALAM, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

19 JULAI 2010 (ISNIN)
- SMK PAYA BESAR, KUANTAN, PAHANG


ZON TENGAH

28 JULAI 2010 (RABU)
- DEWAN DESA ANGKASARAYA, PANGKALAN UDARA, TUDM KL


ZON SELATAN

7 OKTOBER 2010 (KHAMIS)
- MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR

9 OKTOBER 2010 (SABTU)
- SMK DATO' SYED ISA, BATU PAHAT, JOHOR

13 OKTOBER 2010 (RABU)
- SMK DATUK MANSOR, BAHAU, NEGERI SEMBILAN

14 OKTOBER 2010 (KHAMIS)
- SMK DATO’ HJ REDZA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN



MAKLUMAT LANJUT:

Markas Tentera Udara,
Bahagian Sumber Manusia,
Tingkat 7, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR
(U.P.: Sel Kerjaya dan Pengambilan)
03-26873026

Jumaat, Mei 28, 2010

Laju 6 kali bunyi


WASHINGTON – Sebuah pesawat ujian milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-51A Waverider mencatat rekod dunia penerbangan supersonik selepas ia terbang selama enam minit pada kelajuan Mach 6 atau enam kali kelajuan bunyi iaitu kira-kira 7,416 kilometer sejam.

Tentera Udara AS melaporkan di laman webnya bahawa X-51A berlepas dari sebuah pesawat pengebom berat, B-52 Stratofortress di pesisir pantai selatan California kelmarin dan ia memecut hingga Mach 6 selama 200 saat sebelum hilang momentum menyebabkan ujian itu ditamatkan.

“Kami benar-benar teruja kerana ujian tersebut mencapai kejayaan dengan perubahan daripada penggunaan pesawat enjin kipas selepas Perang Dunia Kedua kepada enjin jet,” kata Pengurus Eksperimen Program X-51A, Charlie Brink.

Rekod sebelum ini cuma 12 saat.

– AP

Isnin, Mei 24, 2010

8,000 Warga TUDM Catat Rekod Derma Darah


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menganjurkan program derma darah dengan menyasarkan lebih 8,000 penderma daripada kalangan pegawai dan anggotanya sekaligus bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.

Program selama sembilan jam itu yang bermula 8 pagi diadakan serentak di 11 pangkalan TUDM seluruh negara sempena menyambut ulang tahun TUDM ke-52 pada 1 Jun ini.

Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata program itu bertujuan membantu Tabung Darah Negara bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan stok darah di seluruh negara.

"Menyedari masalah kekurangan Tabung Darah serta rasa prihatin dan percaya bahawa kebajikan masyarakat adalah tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama, TUDM merasakan program ini merupakan satu platform untuk kami berbakti kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Rodzali berkata program derma darah itu merupakan amalan tradisi dalam sambutan ulang tahun TUDM yang diadakan setiap tahun, namun program kali ini merupakan yang terbesar dan julung kali dianjurkan kerana melibatkan semua pangkalan utama TUDM.

"Jumlah warga TUDM yang telah mendaftar untuk menderma darah adalah 8,000 orang dan ia merupakan jumlah penderma terbanyak bagi sesebuah organisasi setakat ini. Antara pangkalan utama yang terlibat adalah merangkumi pangkalan Udara Kuala Lumpur, Butterworth, Kuching dan Labuan," katanya.

Laskar Udara Kanan Ahmad Hazani Roslam, yang sudah tujuh kali menderma darah darah sejak mula bekhidmat dengan TUDM tujuh tahun lepas, berkata ia adalah tanggungjawab sosial beliau kepada masyarakat.

- BERNAMA

Sabtu, Mei 22, 2010

TLDM bakal miliki 13 kapal baru

21 Mei 2010 - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal memperoleh tiga kapal sokongan pelbagai guna (MRSS) dan 10 kapal latihan apabila kerajaan pada dasarnya telah meluluskan pemilikan 13 kapal tersebut yang kesemuanya bernilai RM2.2 bilion.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah kapal MRSS itu akan dibina di luar negara, manakala dua buah lagi akan dibina oleh syarikat tempatan, NGV Tech Sdn. Bhd. (NGV Tech) di limbungan baru yang akan dibina di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, sebuah kapal MRSS itu dibina di luar negara supaya membolehkan pemindahan teknologi dilakukan kepada jurutera dan juruteknik tempatan yang akan turut terlibat dalam pembuatan kapal berkenaan.

''Pemilikan tiga buah kapal MRSS sudah mendapat kelulusan dan akan ditambah dengan 10 buah kapal lagi untuk latihan.

''Kapal-kapal ini akan diperoleh dalam tempoh 48 bulan dari tarikh penawaran dan dengan pemilikan ini, ia akan memperkuatkan pasukan armada laut negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keow Min dan Ahli Jawatankuasa Tokong Cina Bagan Hutan Melintang di sini hari ini.

Usaha pemilikan tiga buah kapal MRSS itu dibuat untuk menggantikan Kapal KD Sri Inderapura milik TLDM yang terpaksa dilucutkan tauliah selepas rosak teruk dalam kebakaran pada 8 Oktober 2009.

Kehilangan kapal KD Sri Inderapura itu menyebabkan TLDM hanya memiliki sebuah kapal pengangkut iaitu KD Sri Indera Sakti sehingga menjejaskan keupayaan pasukan armada negara itu.

Mengulas mengenai pembinaan limbungan itu, Ahmad Zahid berkata, ia akan dibina di sebuah kawasan seluas 202 hektar milik Sime Darby Berhad (Sime Darby) di sini dan upacara pecah tanah akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada bulan depan.

Katanya, Lembaga Pengarah Sime Darby pada dasarnya sudah bersetuju untuk menjual tanah miliknya kepada NGV Tech bagi tujuan pembinaan limbungan berkenaan.

''Saya sudah persembahkan perkara ini kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Menteri Besar Perak.

''Mereka menyokong usaha ini yang bukan sahaja akan memperkuatkan TLDM, malah pada masa sama, Bagan Datoh akan muncul sebagai kawasan pembinaan kapal dan bakal menyediakan 5,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan," katanya.

Ditanya mengenai kemampuan syarikat NGV Tech, beliau berkata, syarikat tersebut mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal dan sudah membuat sebanyak 200 pelbagai jenis kapal yang kebanyakannya dibeli oleh negara-negara Asia Barat.

''NGV Tech merupakan syarikat milik bumiputera dan kerajaan membantu syarikat ini sebagai bukti sokongan kerajaan kepada syarikat tempatan," katanya.

Sebelum ini, NGV Tech dilaporkan yakin mampu membina kapal pengangkut pelbagai guna untuk TLDM telah memeterai perjanjian pembelian ekuiti syarikat perkapalan Korea Selatan, TKS Co. Ltd. sebanyak 66 peratus.

Terdahulu, pada majlis perjumpaan tersebut, Ahmad Zahid mengumumkan sumbangan RM150,000 daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada lapan buah kampung nelayan di sini bagi tujuan pembinaan jambatan konkrit untuk menggantikan titi yang sudah usang.

Beliau turut mengumumkan sumbangan RM30,000 untuk pembinaan bangunan baru SJKC Keow Min yang melibatkan kos RM2 juta.

- UTUSAN

Recent Posts