Memaparkan catatan dengan label SPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPA. Papar semua catatan

Rabu, Januari 19, 2022

Rahsia Sulit Berjaya Lulus Temuduga

 

lulus temuduga kerja

“Rahsia Sulit” Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

 Sejak Feb 2009, sudah ramai yang telah berjaya dengan menggunakan rahsia ini. Pelbagai jawatan, dari jawatan terendah sehinggalah jawatan pegawai, mereka telah berjaya. Anda bagaimana?

Lebih 1 JUTA permohonan setiap tahun, tapi yang dilantik menjawat jawatan beberapa orang?

Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui borang SPA8i. Masuk ja semester akhir belajar, bakal graduan (ANDA!) dah mula memohon. Berebut-rebut terutama untuk jawatan-jawatan HOT seperti Pegawai Tadbir Diplomatik, Akauntan dan pegawai-pegawai lain.

Kami bukan sehari dua menghasilkan laporan ini buat anda!
Laporan ini dihasilkan tahun 2009 sejak kami bergelar Tim Infokerjaya.

Tahukah anda bahawa sudah begitu ramai yang telah kami bantu untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan dan seterusnya bergelar sebagai penjawat awam. Betapa bertuahnya mereka kerana Tuhan menemukan mereka dengan laman web ini yang seterusnya memberi hidayah dan ilmu pengetahuan yang amat tinggi nilainya yang mana dapat membantu mereka keluar dari masalah mencari kerja.

Rahsia 500 orang lulus kerja kerajaan

Pernah menyingkap rahsia lebih 500 orang yang telah lulus (sebenarnya lebih ramai lagi) temuduga dan kini bekerja di sektor awam di pelbagai kementerian dan juga jabatan kerajaan. Bukan senang untuk mencungkil rahsia – rahsia ini.

Rahsia dari bekas panel penemuduga

Memiliki rahsia yang didedahkan sendiri oleh bekas-bekas panel penemuduga berdasarkan pengalaman mereka sendiri ketika menemuduga calon. Dengan rahsia ini, kami tahu apa yang dimahukan oleh panel penemuduga dari sesi temuduga.

Rahsia penceramah panel penemuduga

Pernah ketahui rahsia yang dibongkarkan sendiri oleh seorang “otai” ataupun pakar yang mana kerjanya adalah sebagai penceramah dalam kursus dan bengkel buat para panel penemuduga kerja kerajaan selama beberapa tahun sehinggalah masa ini.

Pelbagai Kajian

Telah membuat kajian dan juga study pelbagai buku berkenaan temuduga tidak kira dalam negara mahupun luar negara yang objektif utamanya adalah dapat membantu mereka yang benar – benar ingin lulus temuduga kerja kerajaan.

Sejak Februari 2009

Telah mewujudkan kerja-kerajaan.com ini sejak lagi. Sudah beratus ribu orang telah membaca laporan yang kami tulis dalam web ini. Sudah begitu lama kami berusaha untuk membantu mereka – mereka yang benar – benar minat dalam kerja kerajaan.

Blog percuma tips dan rahsia

Dan antara sumbangan terbesar kami, kami telah menyediakan satu blog khas yang memberikan tips – tips/rahsia-rahsia secara percuma berkenaan temuduga kerja kerajaan. Sangat ramai yang mendapat manfaat darinya.

Arif dengan masalah pencari kerja kerajaan

Sejak Feb 09 hingga kini, kami telah menerima beribu – ribu email/sms/call pertanyaan/permasalahan orang ramai berkenaan temuduga kerja kerajaan! Dan sudah pasti kami amat arif dengan apa masalah yang sering dihadapi oleh mereka dalam memburu kerja kerajaan. Kami bukan Kabel Besar, tapi cuma membantu memberikan tips, nasihat, motivasi dan panduan kepada mereka.

 

 

Ahad, Ogos 15, 2021

Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit W29

 

Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN ONLINE JURUAUDIT W29 pada 19 OGOS 2021 ini?

Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan huraian jawapan. Jadi anda lebih faham bagaimana jawapan diberikan

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan JURUAUDIT W29 ini. Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan JURUAUDIT W29 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam latest awal SEPTEMBER 2019 lalu dan ini khusus untuk bantu anda pada sesi exam 19 OGOS 2021 ini!

Jangan buang masa, dapatkan sekarang sebelum terlambat di : https://go.semakan.info/juruaudit-w29-41/28

 

 

Selasa, April 20, 2021

Dakwaan pengambilan 'sekutu' tak berasas - SPA

 

Tuduhan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengamalkan dasar pengambilan 'sekutu' dalam urusan pelantikan ialah tidak berasas.

Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, menyifatkan tohmahan sedemikian berupaya mencetuskan kekeliruan dan bakal menjejaskan reputasi suruhanjaya berkenaan sebagai pihak berkuasa melantik yang bebas serta telus.

Beliau menegaskan bahawa SPA sentiasa mematuhi garis panduan membabitkan pendaftaran dan tapisan melalui peperiksaan secara dalam talian, selain pengendalian ujian fizikal atau penilaian kecekapan serta temu duga.

SPA tidak jelas apa yang dimaksudkan sekutu oleh pegawai berkenaan. Penilaian dibuat secara telus membabitkan panel penilai yang dilantik berdasarkan kriteria tertentu. 

Melalui peperiksaan dalam talian misalnya, calon-calon akan dinilai dari segi kesesuaian dan kebolehan tanpa mengenal sekutu. Sebagai contoh, dalam pengambilan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019 oleh SPA, calon-calon akan melalui tapisan awal dan seterusnya menduduki peperiksaan secara dalam talian dan ujian fizikal.

Seterusnya, calon melalui penilaian kompetensi dikendalikan pegawai-pegawai SPRM yang kemudiannya diperakukan untuk urusan temu duga oleh panel daripada seorang ahli suruhanjaya dan seorang pegawai SPRM.

Berdasarkan proses pelantikan yang dibuat ini, tiada ruang untuk mengambil sekutu kerana membabitkan beberapa peringkat penilaian oleh ahli-ahli panel yang berbeza.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, hari ini dilaporkan berkata 'peristiwa hitam' yang melanda agensi itu pada 2016 lalu perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Dakwanya, isu sedemikian perlu dirungkai menerusi pindaan perlembagaan dalam melantik ketua suruhanjaya menerusi undang-undang supaya pengambilan 'sekutu' yang mudah berlaku dalam SPA dan badan kerajaan lain tidak terus menular.

Zainal berkata, peristiwa yang berlaku pada 2016 lalu tiada kaitan dengan SPA sebagai pihak berkuasa melantik.

Susulan itu, SPA dengan ini memohon Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM supaya menarik balik kenyataan yang tidak benar berkenaan.

Sumber : Berita Harian

 

Sabtu, Oktober 24, 2020

SPA lulus lantikan 1,223 calon baharu KKM

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah meluluskan pelantikan sejumlah 1,223 calon baharu bagi jawatan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelantikan itu membabitkan 624 Jururawat bagi Gred U29; 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29; 213  Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selaras dengan kelulusan tersebut, kementerian akan mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon yang berjaya pada hari Isnin dengan tarikh melapor diri bertugas ditetapkan pada hari Rabu.

Menurutnya, daripada sejumlah 624 pelantikan Jururawat Gred U29 yang diluluskan, sebanyak 317 Jururawat Gred U29 akan ditempatkan di Sabah.

“Sementara itu, 18 lagi akan ditempatkan di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan lantikan tersebut terdiri daripada anak kelahiran tempatan.

“Kementerian berharap dengan pertambahan petugas kesihatan tersebut, akan dapat memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan di negeri-negeri yang berkenaan, khususnya di Sabah dan Labuan,” katanya.  

Sumber : Kosmo!

Jumaat, April 01, 2016

Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 - April 2016



PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Tarikh Peperiksaan : 15 April 2016 (Jumaat)
Masa : 08:00 malam - 10:25 malam
Sila layari laman web :
http://e-semakan.spa.gov.my

Calon boleh menyemak maklumat peperiksaan melalui aplikasi mobile (MySPAv2). Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di www.facebook.com/Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA semasa peperiksaan dijalankan. Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA. Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 10:25 malam.

Format Soalan :

Seksyen A : Ujian Psikometrik - 78 soalan
Seksyen B : Pengetahuan Am - 50 soalanSeksyen C : Daya Menyelesaikan Masalah - 40 soalan


Untuk rujukan Peperiksaan Memasuki Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, anda boleh dapatkan di : http://infotambahan.com/ptm/28


Recent Posts