Jawatan Kosong DBKL Mei 2024



Jawatan kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2024. 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagaimana berikut.

1. Juruukur Bahan J41
2. Pegawai Penguatkuasa KP41
3. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
4. Penolong Pegawai Perubatan U29
5. Penolong Jurutera (Elektronik) JA29
6. Penjaga Jentera Elektrik J19
7. Pengawal Keselamatan KP11
8. Pemandu Kenderaan H11
9. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 13 Mei 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : DBKL Kuala Lumpur.

Sektor : Badan Berkanun

Cara Memohon

i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati pada pautan yang diberikan di bawah dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL (sila ke pautan di bawah).

(ii) Manual Penggunaan Sistem Recruiting DBKL boleh dimuat turun di https://www.dbkl.gov.my/manual-penggunaan-sistem-recruiting-dbkl untuk rujukan calon.

(iii) Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

(iv) Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, SKM, Sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

Catatan Am

(i) Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

(iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh tutup iklan jawatan adalah pada 13 Mei 2024 (Isnin).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan di sini

Permohonan jawatan DBKL secara online di sini 

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.