Memaparkan catatan dengan label ISMP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISMP. Papar semua catatan

Isnin, Jun 22, 2009

Negara kurang guru?

Bagi memenuhi keperluan yang semakin mendesak, kerajaan akan menambah jumlah pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari semasa ke semasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan menambah pengambilan guru itu diambil berikutan keperluan guru semakin mendesak terutama di kawasan bandar yang mengalami kadar pertumbuhan pesat penduduk.

Namun, persoalannya, adakah benar kita masih mengalami kekurangan guru walaupun setiap tahun, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG) melakukan pengambilan baru. Apatah lagi, kerjaya sebagai pendidik memang popular di negara ini.

Justeru, ke mana hilangnya bakal guru yang ditawarkan mengikuti program pendidikan IPTA dan IPG itu? Adakah mereka berkemungkinan 'kecundang' sebelum layak untuk menjadi pendidik?

Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa, berkata sememangnya negara masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan.

Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

"Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini.

"Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya.

Jika dilihat bilangan pelajar yang diperlukan untuk mengisi jawatan guru sekolah menengah empat tahun lagi, ia sangat mencukupi dan masalah kekurangan guru seharusnya tidak berlaku.

Namun, menurut Zakariah, masalah kekurangan guru tetap dihadapi disebabkan tidak punya calon yang sesuai dan benar-benar boleh menjadi guru yang diinginkan.

"Ketiadaan calon ini bukan disebabkan ketiadaan pelajar yang menghantar permohonan, namun ia disebabkan kegagalan mereka melepasi tahap saringan ditetapkan.

"Contohnya, mereka yang ditawarkan untuk mengikuti program perguruan di UPSI perlu lulus Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia (MEdSI) sebelum sesi temu duga khas.

"Kegagalan mereka di ujian MEdSI itu secara tidak langsung mengurangkan jumlah pengambilan dan calon yang diunjurkan kementerian bagi mengisi kekosongan jawatan guru empat tahun akan datang tidak menepati apa yang diinginkan," katanya.

Kegagalan calon melepasi saringan itu secara tidak langsung mengurangkan jumlah pengambilan pelajar diperlukan.

"Selain itu, selepas menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah, mereka secara automatik di bawah seliaan kementerian dan sekali lagi perlu lulus Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) sebelum dihantar ke mana-mana sekolah.

"Andai ujian itu gagal, mereka tidak akan bergelar pendidik dan ia menjadikan jumlah guru yang dikehendaki tidak tercapai serta menyebabkan masalah guru berkurangan," katanya.

Faktor kekurangan guru disebabkan graduan memilih subjek yang akan dikendalikan mereka tidak benar sama sekali.

Ini kerana, sepanjang mengikuti pembelajaran, mereka diberi dua subjek mengikut kelayakan dan kementerian tidak akan mengarahkan mereka mengajar subjek yang bukan dalam bidang kepakaran mereka.

Zakariah berkata, negara mengalami masalah kekurangan guru juga disebabkan sikap pemohon yang sambil lewa dalam pemilihan kursus.

"Masalah yang sering kita hadapi bagi pelajar lepasan IPTA yang mahu mengambil Diploma Perguruan di UPSI ini adalah kesilapan memilih kursus.

"Sebagai contoh, di IPTA, pengkhususan yang diambilnya adalah Sains Pertanian dan apabila memohon, dia mahu mengambil subjek Sejarah. Apabila masalah ini berlaku, kita tidak akan memproses permohonannya," katanya.

Menurutnya, masalah kekurangan guru itu juga berpunca daripada ketidaksesuaian calon untuk mengajar sesuatu mata pelajaran. Kuota pengambilan guru untuk subjek agama misalnya, cukup sukar dipenuhi disebabkan calon tidak memenuhi kriteria kelayakan.

"Bagi mengelakkan masalah kekurangan guru daripada berterusan, pemohon perlu memilih subjek yang diingini berdasarkan kelayakan masing-masing di samping minat terhadap subjek pengajaran bagi mengelakkan mereka sendiri berasa tertekan apabila bergelar guru kelak," katanya.

Menariknya, menurut Zakariah, masalah guru yang berhenti selepas dihantar ke kawasan pedalaman bukanlah sesuatu yang ketara. Ini kerana, guru berkenaan sudah diberi pendedahan awal mengenai bidang pengajaran di pedalaman menerusi latihan persediaan.

Di UPSI misalnya, calon guru diberi pendedahan dengan dihantar ke kawasan pedalaman terlebih dulu bagi membiasakan mereka dengan kawasan terbabit sebelum mula mengajar. Justeru, masalah keengganan mengajar di kawasan pedalaman bukanlah sesuatu yang membebankan calon guru berkenaan sehingga rela melepaskan jawatan.

- HARIAN METRO

Isnin, Mei 25, 2009

Temuduga KPLI / DPLI : Tips-Tips Temuduga

Oleh GURU CYBER

Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temuduga KPLI / DPLI.

1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru.
Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.

2. Datang lebih awal.
Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.

3. Susun sijl dengan teratur.
Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan.

4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:
Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan pengarah pelajaran.

Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.

Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.

Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.

Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.

Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.

ASPEK TEMUDUGA YANG DI NILAI

Suara

* Suara calon mestilah kuat dan terang serta boleh didengari hingga ke belakang kelas
* Suara calon mempunyai intonasi dalam membuat penegasan fakta dan juga mampu menarik perhatian penemuduga
* Calon menggunakan sebutan bahasa melayu yang betul ( bukan pelat atau loghat daerah yang terlalu ketara )

Personaliti

* Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan
* Calon menunjukkan ketrampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang sesuai sebagai seorang guru
* Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
* Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
* Calon mempunyai sifat prihatin yang tinggi terhadap profesion perguruan
* Calon berbudi bahasa terhadap calon lain serta penemuduga
* Calon mempunyai kemahiran sosial dan suka berinteraksi
* Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

Bahasa

* Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik
* Bahasa yang fasih dan lancar
* Menggunakan tatabahasa yang betul
* Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

PENILAIAN UTAMA TEMUDUGA

Pengenalan Diri

1. Calon mampu menarik perhatian penemuduga

2. Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja

3. Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan


Penerangan Diri

1. Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas

2. Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami

3. Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

Suara

1. Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik

2. Suara ada intonasi ketika membuat penegasan

3. Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )

Personaliti

1. Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan

2. Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru

3. Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran

4. Calon mempunyai disiplin diri yang teguh

5. Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi

6. Calon adalah seorang yang berbudi bahasa

7. Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi

8. Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

- KPLI2U

Ahad, Mei 24, 2009

Tips & Panduan Temuduga KPLI / DPLI

Ketika ini mungkin calon calon temuduga KPLI sedang berdebar menanti keputusan panggilan temuduga yang akan dapat di ketahui pada 15 Julai ini. Selepas itu pastinya anda akan mencari pelbagai tips-tips menghadapi temuduga,mentelaah buku dan internet,mencari bomoh,mencari orang dalam. Sebenarnya kaedah dan teknik menghadapi temuduga untuk KPLI tidaklah jauh berbeza dengan temuduga yang lain,cuma yang membezakannya ialah sebagai calon temuduga yang juga calon guru,anda haruslah mempunyai identiti sebagai guru.Maksud disini termasuklah cara percakapan,pakaian yang sesuai,penampilan dan gaya yang sesuai dengan imej profesion perguruan. Di galakkan sebagai calon temuduga,lelaki hendaklah berpakaian kemeja putih lengan panjang,seluar gelap dan kasut berkilat seeloknya kasut kulit,kenapa?.Pakaian kemeja putih lengan panjang adalah pakaian rasmi untuk Kakitangan kerajaan,so ada kaitan kan dengan jawatan guru? lagi mau explain ker?korang pun faham kan?. Manakala perempuan di galakkan berpakaian baju kurung bertudung(bagi perempuan islam yang tidak bertudung di galakkan bertudung kerana sebagai seorang penemuduga Islam mungkin terdapat perasaan emosi terhadap yang tidak bertudung dan mungkin akan menjejaskan peluang anda.(pendapat saya secara logik!)

Sebelum menghadiri temuduga pastikan anda mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isu-isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan ,ilmu keguruan,dasar-dasar kerajaan berkenaan dengan pendidikan (jangan lupa baca PIPP!(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) soalan favourite!. Anda juga haruslah bersiap sedia dengan segala ilmu termasuk mengurangkan rasa gementar anda dan bersikaplah dengan berani semasa menghadiri temuduga.
Untuk anda semua,saya beritahu apa yang berlaku semasa temuduga KPLI.Pertamanya, anda akan menunggu giliran di luar bilik temuduga bersama calon-calon lain.Setiap kos mempunyai bilik temuduga sendiri,maknanya mereka yang di luar bilik itu adalah calon yang turut memohon kos yang sama.Oleh itu anda hendaklah menegur mereka dan bersikap ramah (jangan sombong!)dan ikhlas ,janganlah kerana nakkan sesuatu .Tak berkat beb!. Ini kerana mungkin mereka akan menjadi rakan forum anda semasa di dalam bilik temuduga.Oleh yang demikian wujudkan keserasian dengan mereka untuk mendapatkan idea dan mengurangkan perasaan malu dan gementar jika sudah berada di dalam bilik temuduga.Untuk makluman anda temuduga di jalankan dalam dua bahagian,pertama adalah secara berkumpulan dan yang kedua adalah secara individu. Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada calon yang sudah di temuduga(calon kursus yang sama)untuk soalan kumpulan kerana terdapat kemungkinan soalan yang sama yang di tanya oleh penemuduga.Jadi anda sudah boleh berbincang tajuk tersebut dengan rakan calon di luar sebelum masuk ke dalam dewan temuduga. Penemuduga biasanya 2 orang jadi anda hendaklah memandang ke dua-dua mereka semasa menjawab soalan individu. Semasa sesi kumpulan,anda boleh memberi pendapat terhadap tajuk yang di berikan, namun jangan sesekali anda menyampuk jawapan rakan yang lain kerana ini menunjukkan anda kurang sopan. Ketika ini ,anda hendaklah menganggap penemuduga tidak berada di dalam bilik tersebut, dan berilah pendapat dengan nada yang jelas dan bersemangat dan yang paling penting tidak merapu atau merepek,kerana penemuduga melihat kepada jawapan kita yang bernas.
Selepas keluar dari bilik temuduga ucapkanlah terima kasih kepada penemuduga.

*Semasa di minta memperkenalkan diri anda boleh memperkenalkan diri anda sebagai calon guru..contohnya Nama saya Hamdan bin harun calon guru KPLI….anda boleh guna idea lain untuk menunjukkan semangat dan tekad anda yang betul-betul berminat memohon kursus ini.Namun jangan ‘over’ cukupla.haha!
Ok semoga berjaya calon-calon guru!!

http://duniacikgu.wordpress.com/2008/06/23/tips-kpli/

Sabtu, Mei 23, 2009

Info Temuduga KPLI / DPLI

Saya ada sedikit maklumat kpd yg bkl menduduki temuduga KPLI nanti. Ada sdikit format baru iaitu ujian bertulis. ni antaranya yg kawan2 saya habaqlah....

1. Tuliskan secara ringkas ttg perkara berikut:
(a) Minat dan kemahiran anda.
(b) Pengalaman interaksi dengan remaja dan kanak-kanak.
(c) Pengalaman mengajar.
(d) Kegiatan dalam kesenian dan kebudayaan.

2. Sekiranya anda dipilih, apakan yang akan anda sumbangkan?

3. Kenapa anda minat nak jadi guru????


Tema hari guru :

2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan

2003 & 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara

Dalam temuduga KPLI, penemuduga nak tahu macam mana kita mengajar sesuatu konsep berkenaan. Anda sebagai pemegang ijazah sains sudah tentu mempunyai banyak ilmu dalam bidang berkenaan. Persoalannya bagaimana nak memindahkan ilmu ini kepada murid-murid. Soalan ini memerlukan jawapan secara logik sahaja. Jadi cuba renung dan fikirkannya.

Bagi calon sekolah rendah, biasanya penemuduga akan cuba nilai diri calon sama ada sesuai untuk mengajar murid sekolah rendah. Jadi soalan lebih banyak kepada bagaimana nak mengajar subjek yang dipohon di sekolah rendah. Sebagai contoh, katakan anda memohon matematik SR. Maka soalan akan berkisar bagaimana akan anda ajar matematik kpd murid sekolah rendah. Katakan konsep pecahan.

* Sek.wawasan
* Sek bestari
* Why I want to be a teacher???
* Some topics of science subject (standard 4)
* Prepare in for answering in English

wah....last statement best dibaca....Prepare in for answering in English...memang best...rasanya percent dapat tu dah jadi 30%... hehehe...percent tak dapat..jeng jeng jeng....70%.....wah....hehehe
aper pun..tengoklah..kalu ader rezeki...ada lah tu lubangnya.....bila dapat??? sabor...sabor...kalu Allah kata ada...ada lah tu...cuma perlukan kepada sedikit kesabaran...Allah nak uji lah sikit...hamba dia ni, jnis boleh sabor ke idak... hehehe

http://tok-ayoh-diari.blogspot.com/2004/10/temuduga-kpli.html

Isu Pendidikan - Isu buli di sekolah

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:

Tahap sekolah

Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.

Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.

Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.

Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.

Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.

Tahap kelas

Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.

Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.

Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Tahap individu

Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.

Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

Isu Pendidikan - Pengiktirafan Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.

Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.

Meningkatkan motivasi guru.

Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.

Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.

Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.

Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Isu Pendidikan - Konsep Malaysia Boleh

Konsep Malaysia Boleh! merupakan satu rangangan semangat yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1989.

Lebih daripada sekadar slogan, ia adalah laungan keyakinan dan pernyataan bahawa Malaysia mampu maencapai apa jua impian dalam semua bidang, termasuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Kekuatan semangat yang lahir dari pernyataan ini telah menjadi pendorong tenaga kepada rakyat Malaysia sehingga mampu mengumpul pingat emas kedua terbanyak di kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, menawan puncak Everest, mengelilingi dunia solo dengan perahu layar, berenang merentasi Selat Inggeris, membina bangunan tertinggi di dunia dan mencapai banyak lagi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Jika dijejaki atau ditelusuri, begitu banyak kejayaan membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat Malaysia dalam rentang masa 50 tahun kemerdekaan negara. Itulah juga sebabnya timbul slogan dan semangat ‘Malaysia Boleh’ pada setiap ketika.

Sekadar mengimbau beberapa kejayaan itu, kita cukup berbangga apabila Datuk Azhar Mansor pada tahun 1999 belayar secara solo menjelajah mengelilingi dunia dengan merentasi lautan sejauh 25,000 batu nautika.

Bukan sedikit rasa bangga berbunga di hati seluruh rakyat Malaysia ketika itu kerana ketabahan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh beliau. Malaysia turut berbangga kerana dengan kejayaan itu, ia bukan sahaja memberi jasa yang tidak ternilai kepada negara, tetapi juga telah menyuntik semangat kepada yang lain untuk berusaha mengangkat nama sendiri dan Malaysia di mata dunia.

Dan masihkah kita ingat kepada kecekalan dan semangat tinggi Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, wanita yang menjelajah secara solo ke Antartika, bumi ais pada tahun 2005. Kemudiannya beliau meneruskan pula misi atau Ekspedisi ke Kutub Utara setahun kemudian.

Kalau kita belum terlupa, lebih awal daripada itu, sekitar tahun 2003, kita juga berbangga dengan individu rakyat Malaysia bernama Abdul Malik Mydin. Abdul Malik menjadi lelaki Asia Tenggara pertama yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris dengan rekod digenggam ialah 17 jam 35 minit.

Setahun kemudian iaitu pada Julai 2004, Lennard Lee, pelajar perubatan di London, juga anak Malaysia, menyusuli kejayaan Abdul Malik. Tidak ketinggalan, nama-nama seperti M.Magendran dan N. Mohandas memberi ukiran indah dalam sejarah Malaysia setelah berjaya menawan puncak Everest pada Mei 1997.

Kejayaan itu kemudiannya diulangi pula pada Mei 2004 oleh dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Muqharabin Mokhtaruddin dan Ahmad Reduan Rozali. Maka, kedua-dua mereka menjadi mahasiswa pertama di negara ini yang menawan puncak tertinggi di dunia tersebut.

Isu Pendidikan - Sekolah Kluster

LATARBELAKANG

- Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari
2006.

- Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu
untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster
kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6,
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

- Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah
dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.
Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti
ataupun kecemerlangan.

DEFINISI

-Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal
pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan
kemenjadian murid.

-Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah
dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh
dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dansekolah lain di luar
klusternya.

TUJUAN

-Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam
sistem pendidikan Malaysia.

Isu Pendidikan - Tema Hari Guru 2009

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

TEMA HARI GURU 2009

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.

Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi sIstem pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.

Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Isu Pendidikan - Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009

Sebanyak 3,000 warga pendidikan berkumpul di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu, sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 pada 16 Mei 2009.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kesemua warga pendidikan dari seluruh negara bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sambutan Hari Guru yang bertema Guru Pembina Negara Bangsa.

Menurut beliau, tema berkenaan dipilih bersesuaian dengan peranan besar yang dipikul oleh para guru untuk membangunkan negara sejak sebelum merdeka sehingga sekarang.

''Walaupun negara bangsa telah wujud sejak kita mencapai kemerdekaan, namun ia perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ini kerana menurut beliau, cabaran guru sekarang adalah lebih besar iaitu menghadapi persaingan global dan memberi pendidikan terbaik untuk para pelajar.

''Membina negara bangsa juga ada kaitan dengan Wawasan 2020 yang hanya tinggal 10 tahun lagi dalam usaha Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri,'' katanya.

Sempena sambutan Hari Guru itu, Kementerian Pelajaran akan melancarkan sebuah buku penilaian untuk guru iaitu Standard Kualiti Guru Malaysia (SKGM) hasil usaha Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran.

Menurut Alimuddin, buku berkenaan akan dijadikan garis panduan untuk guru membuat penilaian kendiri terhadap tugas-tugas yang dilaksanakan.

''Ini bermakna guru sendiri boleh menilai kerja masing-masing melalui soalan kaji selidik yang terdapat dalam buku berkenaan,'' katanya.

Sejajar dengan itu, beliau berkata, pihak kementerian berharap guru mampu memberi markah yang tinggi untuk diri sendiri.

''Jika mereka mendapat markah yang tinggi bermakna mereka guru yang berkualiti tetapi jika mendapat markah yang rendah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memperbetulkan keadaan,'' katanya.

Katanya, serentak dengan pelancaran buku SKGM itu, penilaian berkenaan akan bermula setelah ia diedarkan ke sekolah-sekolah.

''Buat masa ini, kita serahkan kepada pihak sekolah untuk mengendalikan penilaian itu iaitu kerjasama Guru Besar dan Pengetua serta guru-guru untuk melihat pencapaian masing-masing serta melakukan penambahbaikan,'' katanya.

Selain SKGM, Kementerian Pelajaran mengeluarkan buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir dan Standard Kualiti Pengetua dan Guru Besar oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).

Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan itu, Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan mengadakan Festival Hari Guru 2009 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Terengganu bermula 14 sehingga 17 Mei.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung festival berkenaan termasuk program kerjaya bersama-sama Petronas, Bengkel Pembelajaran Untuk Guru dan Pelajar oleh Petrosains dan Telekom Smart School (TSS).

Turut diadakan ialah pertandingan Fesyen Kerjaya, pertandingan Nasyid Kontemporari, pertandingan bercerita, pertandingan e-Lab Tongue Twister dan pertandingan e-Lab Turtle Talk.

Unit Pendidikan Utusan Malaysia turut mengadakan Bengkel Pendidikan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) untuk para pelajar di Terengganu.

Aktiviti-aktiviti lain termasuklah pertandingan Reka Cipta dan Lumba Bot-Row, Row, Row Your Boat, Cara Membuat Aiskrim, Demonstrasi Jalan Raya dan Konsep-konsep sains dalam kehidupan seharian.

Pertandingan Bahas Guru Ala Parlimen untuk kategori bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu pula akan diadakan pada 14 Mei.

Selain itu, turut diadakan ialah Forum Pendidikan di Wisma Darul Iman (WDI) dan Majlis Menjunjung Budi untuk guru di pedalaman, guru di pulau, guru pendidikan khas, guru sekolah integriti dan guru di bandar-bandar besar.

Menurut Alimuddin, pemilihan guru dari bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk majlis berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang turut menghadapi pelbagai cabaran seperti yang dihadapi oleh guru di pedalaman.

- UTUSAN

Isu Pendidikan - Kegiatan ko-kurikulum

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.

Salah satu daripada kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu ,daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak di sekolah lagi, iaitu melalui kegiatan kokurikulum.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan dapat diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Kebanyakan para pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu daripada bahan perkumuhan manusia. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contoh, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding di peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan di peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri , dan kemudiannya negara .

Kesimpulannya ,pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Isu Pendidikan - Martabat Profesion Keguruan

Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan & kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru.

Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja.

‘ Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat , iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.’( Petikan dari PIPP-Teras Kelima).

Sesungguhnya guru berkualiti adalah faktor utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.

Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh kerana itu, para guru adalah perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion.

Berikut adalah ciri-ciri guru berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan :

Berkualiti dari segi intelek

- Berilmu pengetahuan
- Mahir IT
- Menguasai Bahasa Inggeris
- Mempunyai daya kreativiti dan inovatif

Berkualiti dari segi kerohanian

-Memiliki sahsiah diri yang baik
-Memiliki pegangan agama yang kukuh

Berkualiti dari segi jasmani

-Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik
-Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik
-Memiliki kemahiran bercorak fizikal (kemahiran komunikasi, kemahiran fizikal)

Berkualiti dari segi emosi

-Menghayati nilai murni
-Mempunyai pemikiran yang positif
-Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara


BAGAIMANA SAYA DAPAT MENJAMIN DIRI SAYA KEKAL BERKUALITI SEPANJANG MASA DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN :

Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita semestinya sentiasa memastikan bahawa ciri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru.

Ini adalah kerana guru berkualiti adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan. Usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.

Jumaat, Mei 22, 2009

PANDUAN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP

KOMPONEN TEMUDUGA KPLI, DPLI, KPLSPM & ISMP

1. Ujian Bertulis - KPLI & KPLSPM sahaja
- Dijalankan untuk calon-calon opsyen Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Bahsa Tamil sahaja.
- Anda dikehendaki menulis karangan berdasarkan tajuk diberi (masa : 30 minit)
- Tajuk karangan mungkin berkisar isu pendidikan, isu semasa dan sebagainya.

2. Temuduga Kumpulan (Grouping) - KPLI & KPLSPM sahaja
- Seramai 4 - 5 orang akan dipanggil serentak untuk perbincangan dalam kumpulan. Anda diminta duduk dalam bulatan atau separa bulatan.
- Satu tajuk akan diberi dan diberi masa untuk membaca & memahami kehendak tajuk.
- Perbincangan berjalan selama 30 - 40 minit dan anda perlu berbincang sesama sendiri tentang isu dalam tajuk yang diberikan.

Tips:
- Anda harus menunjukkan sikap toleransi dan sabar ketika perbincangan.
- Jangan menguasai perbincangan secara individu. Setelah berhujah, beri peluang kepada orang lain.
- Jadilah pendengar yang baik.
- Anda harus beri fakta & rasional bagi sesuatu pendapat.
- Anda harus mengambarkan kepimpinan, keyakinan dan pengetahuan tentang topik yang dibincangkan.
- Pastikan suara anda jelas dan lancar di samping pemikiran yang kreatif dan kritis.

3. Temuduga Individu
- Temuduga individu berlangsung selama lebih kurang 15 - 20 minit.

Soalan-soalan yang mungkin ditanya:
- Bersedia untuk menceritakan latarbelakang diri anda, keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, pengalaman mengajar dan pencapaian2 lain yang anda perolehi.
- Sebab anda memohon kursus / bidang perguruan
- Penglibatan aktiviti ko-kurikulum dan kegiatan luar / masyarakat
- Bersedia juga untuk menjawab soalan-soalan berkaitan isu-isu semasa dan isu-isu pendidikan.
- Anda juga mungkin akan ditanya tentang bidang pengkhususan yang anda pohon.

4. Ujian Mengajar (Micro Teaching)
- Semasa sesi temuduga individu, anda mungkin akan diminta mengajar subjek @ topik yang anda pohon selama 5 - 10 minit.
- Anda juga mungkin akan ditanya semasa proses pengajaran itu.

CIRI-CIRI CALON GURU YANG DINILAI

1. Kecemerlangan Akademik
2. Sahsiah
- Kepimpinan
- Keyakinan diri / tidak panik
- Kepekaan / mampu bertindakbalas dengan cepat
- Kesopanan (senyum, menghargai & menghormati)
3. Komunikasi
- Kefahaman mengenai sesuatu bidang
- Dapat menganalisis dan mengaplikasi fakta
- Kemahiran komunikasi & kematangan berfikir

RINGKASAN :
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
DPLI - Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah
KPLSPM - Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
ISMP / PISMP - Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Sabtu, April 25, 2009

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM)

Program-program yang ditawarkan di bawah KPLSPM ini adalah merangkumi : -

1A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Program ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru bagi sekolah menengah dalam mata pelajaran berikut :
Matematik
Fizik
Kimia
Biologi
Pendidikan Khas (Clinical Speech Therapy, Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology)

1B. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Perancis

1C. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Jerman

1D. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam pelbagai bidang bagi keperluan sekolah rendah kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Rendah
Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Menengah
Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Pengajian Islam Pendidikan Rendah
Pengajian Sosial Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Pendidikan Rendah
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah
Matematik Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
Pendidikan Prasekolah

Terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Malaysia:

1.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perlis, Kangar, Perlis
2.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah
3.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah
4.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tuanku Bainun, B. Mertajam, P. Pinang
5.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Persekutuan Pulau Pinang, P. Pinang
6.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ipoh, Perak
7.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Teknik, Bdr. Tun Razak, K. Lumpur
8.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ilmu Khas, Bdr Tun Razak, K. Lumpur
9.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai, K. Lumpur
10.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, K. Lumpur
11.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Islam, Bangi, Selangor
12.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar, Seremban, N. Sembilan
13.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu, Melaka
14.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Hussein Onn, Bt. Pahat, Johor
15.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bharu, Johor
16.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tengku Ampuan Afzan, K. Lipis, Pahang
17.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato' Razali Ismail, K. Terengganu, Terengganu
18.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
19.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu, Kelantan
20.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau, Sabah
21.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent, Sabah
22.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya, Sabah
23.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau, Sabah
24.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Miri, Sarawak
25.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Rajang, Sarawak
26.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tun Abdul Razak, Kuching, Sarawak
27.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/index.cfm

Sabtu, Mac 07, 2009

Pakej Khas Ku­rsu­s Perg­u­ru­an­ L­epasan­ Ijazah (eKPLI)

K­PLI atau­ Ku­rsu­s P­e­rgu­ru­a­n Le­p­a­sa­n Ij­a­za­h­ y­a­n­g­ bermula­ sea­wa­l t­a­hun­ 2003 merup­a­k­a­n­ sa­la­h sa­t­u la­n­g­k­a­h bija­k­ k­era­ja­a­n­, k­hususn­y­a­ K­emen­t­eria­n­ P­ela­ja­ra­n­ Ma­la­y­sia­, un­t­uk­ mela­hirk­a­n­ g­uru siswa­za­h sek­o­la­h ren­da­h y­a­n­g­ berp­en­g­et­a­hua­n­, berk­ema­hira­n­ da­n­ men­g­a­ma­lk­a­n­ n­ila­i p­ro­f­esio­n­a­lisme k­eg­urua­n­. G­uru sek­o­la­h y­a­n­g­ berk­esa­n­ buk­a­n­ sa­ha­ja­ berk­ema­mp­ua­n­ men­g­ua­sa­i k­ema­hira­n­ p­en­g­a­ja­ra­n­ di bilik­ da­rja­h t­et­a­p­i jug­a­ berk­eup­a­y­a­a­n­ men­ja­di p­en­g­urus y­a­n­g­ berk­esa­n­ da­n­ men­g­en­da­lik­a­n­ a­k­t­iv­it­i Un­it­ Berun­if­o­rm, P­ersa­t­ua­n­ da­n­ Suk­a­n­ di Sek­o­la­h.

P­emeg­a­n­g­ Ija­za­h Sa­rja­n­a­ a­t­a­u Sa­rja­n­a­ Muda­ y­a­n­g­ in­g­in­ berg­ela­r g­uru hen­da­k­la­h men­g­isi bo­ra­n­g­ p­ermo­ho­n­a­n­ KPLI s­ea­wa­l­ Feb s­etia­p ta­hun.

Pa­da­ 28 Mac, ca­l­on KPL­I ya­ng­ ber­ja­ya­ dipil­ih a­ka­n m­­eng­ha­dir­i peper­iks­a­a­n MTEST

Pa­d­a­ bu­la­n April/ Mei, ca­lo­n K­PLI y­an­g berjay­a l­ul­us m­t­est­ akan­ l­ay­ak un­t­uk m­en­duduki t­em­uduga K­PLI

Sesi temu­d­u­ga­ KPL­I­ ini akan d­ij­alankan selam­a 2 bulan, d­i m­ana c­alo­n akan d­it­em­ud­ug­a o­leh panel penem­ud­ug­a KPLI d­ar­i Kem­ent­er­ian Pelaj­ar­an.

C­alo­n-c­alo­n akan d­apat­ m­eny­em­ak st­at­us kelulusan temu­d­u­g­a K­P­LI pada bulan­ Jun

EK­PLI m­e­n­aw­ar­kan­ pake­j khas­ di ma­n­a­, ca­lo­n­ y­a­n­g bermin­a­t u­n­tu­k­ men­da­pa­tk­a­n­ ru­ju­k­a­n­-ru­ju­k­a­n­,tips-tips, video­, f­o­ru­m da­n­ k­h­u­su­s u­n­tu­k­ mtest da­n­ temu­du­ga­, bo­leh­ memilik­in­y­a­ mela­lu­i pembelia­n­ o­n­lin­e.

Dida­la­m pa­k­ej EKPL­I ini, dimuatkan pel­bag­ai s­umber rujukan berg­una untuk dijadikan pedo­­man kepada c­al­o­­n-c­al­o­­n yang­ pertama kal­i memo­­ho­­n K­PLI atau­ yan­g­ su­d­ah b­erkali-kali m­em­ohon­ tetapi g­ag­al.

Testim­on­i-testim­on­i d­i lam­an­ web­ in­i m­em­b­u­ktikan­ b­ahawa pakej­ in­i ad­alah an­tara pilihan­ u­tam­a calon­. B­u­kan­ sahaj­a m­ereka akan­ d­ib­an­tu­ d­alam­ m­test KPL­I, m­a­l­a­h a­ka­n­ d­iba­n­tu­ d­a­r­i seg­i tem­u­d­u­g­a­. Tid­a­k cu­ku­p d­en­g­a­n­ itu­, EKPLI tu­r­u­t m­em­ba­n­tu­ ca­l­on­ u­n­tu­k m­en­gha­d­a­pi­ pr­oses pem­bel­a­ja­r­a­n­ d­i­ m­a­kta­b, d­en­ga­n­ ber­m­a­tl­a­m­a­tka­n­ su­pa­y­a­ ca­l­on­ ber­ja­y­a­ l­u­l­u­s d­en­ga­n­ cem­er­l­a­n­g, d­en­ga­n­ poi­n­ter­ m­el­ebi­hi­ 3.5 ke a­ta­s.

M­a­l­a­h ca­l­on­-ca­l­on­ y­a­n­g su­d­a­hpu­n­ ber­a­d­a­ d­i­ sekol­a­h u­n­tu­k posti­n­g ter­u­s d­i­ba­n­tu­, d­i­ber­i­ka­n­ ber­m­a­ca­m­-m­a­ca­m­ su­m­ber­ Pn­P y­a­n­g su­ka­r­ d­i­d­a­pa­ti­, d­a­n­ ju­ga­ A­BM­ y­a­n­g m­em­a­ka­n­ m­a­sa­ u­n­tu­k d­i­ha­si­l­ka­n­ sen­d­i­r­i­.

Pen­d­ek ka­ta­, EKPLI merup­a­ka­n­­ a­n­­t­a­ra­ p­il­ih­a­n­­ ut­a­ma­ ca­l­on­­ KP­L­I seja­k da­ri t­a­h­un­­ 2005 h­in­­gga­l­a­h­ seka­ra­n­­g. Dapatkan EKPLI sekarang di : https://sites.google.com/site/pakejekpli/

- eKPLI

Recent Posts