Sabtu, Mei 23, 2009

Isu Pendidikan - Tema Hari Guru 2009

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

TEMA HARI GURU 2009

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Rasional pemilihan tema tersebut ialah:

Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.

Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi sIstem pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.

Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.