Sabtu, Mei 23, 2009

Isu Pendidikan - Martabat Profesion Keguruan

Martabat Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan & kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru.

Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja.

‘ Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat , iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.’( Petikan dari PIPP-Teras Kelima).

Sesungguhnya guru berkualiti adalah faktor utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.

Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh kerana itu, para guru adalah perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion.

Berikut adalah ciri-ciri guru berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profesion keguruan :

Berkualiti dari segi intelek

- Berilmu pengetahuan
- Mahir IT
- Menguasai Bahasa Inggeris
- Mempunyai daya kreativiti dan inovatif

Berkualiti dari segi kerohanian

-Memiliki sahsiah diri yang baik
-Memiliki pegangan agama yang kukuh

Berkualiti dari segi jasmani

-Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik
-Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik
-Memiliki kemahiran bercorak fizikal (kemahiran komunikasi, kemahiran fizikal)

Berkualiti dari segi emosi

-Menghayati nilai murni
-Mempunyai pemikiran yang positif
-Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara


BAGAIMANA SAYA DAPAT MENJAMIN DIRI SAYA KEKAL BERKUALITI SEPANJANG MASA DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN :

Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita semestinya sentiasa memastikan bahawa ciri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru.

Ini adalah kerana guru berkualiti adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan. Usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.