Khamis, Februari 01, 2024

Toyota jenama paling laris 3 tahun berturut-turut

 

Toyota Motor menjual 11.2 juta kenderaan pada 2023, tertinggi dalam sejarah, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar kereta paling laris selama empat tahun berturut-turut.

Pengeluar kereta Jepun itu melaporkan peningkatan 7.2 peratus jualan kumpulan global tahun lalu, termasuk unit trak, Hino Motors dan pembuat kereta kecil, Daihatsu, dibantu oleh jualan tertinggi luar negara sebanyak 8.9 juta kenderaan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Pesaing di tempat kedua, Volkswagen Group dari Jerman awal bulan ini melaporkan peningkatan 12 peratus penghantaran pada tahun lalu kepada 9.2 juta kereta, menandakan pemulihan pasca pandemik apabila masalah rantaian bekalan semakin berkurangan.

Jualan kenderaan syarikat induk Toyota sahaja, termasuk jenama Lexus, mencatatkan rekod baharu 10.3 juta unit pada 2023.

Kenderaan hibrid elektrik-petrol merangkumi satu pertiga daripada jualan berkenaan.

Kenderaan elektrik bateri merangkumi kurang daripada satu peratus.


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.