Selasa, November 23, 2021

Menara Merdeka 118 kebanggaan rakyat Malaysia

 

Menara Merdeka 118 yang dijangka siap dibina Oktober 2022 akan menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Ahmad Zulqarnain Onn, berkata dengan rekaan sofistikated, Merdeka 118 dibangunkan berhampiran dengan stadium bersejarah di Malaysia, Stadium Merdeka yang memulakan proses pemuliharaan sejak 2006.

Katanya, selepas beroperasi sepenuhnya nanti, Menara Merdeka 118 dijangka akan menjadi tumpuan baharu serta dilengkapi dengan pelbagai komponen.

"Bangunan ini turut mempunyai pusat beli-belah, dek pemerhati (tertinggi di Asia Tenggara), muzium tekstil, taman dan pelbagai lagi yang dilihat dapat meningkatkan aktiviti di sekitarnya dan memperkasa komuniti sekeliling.

"Kita mahu pupuk dan kekalkan semangat pusat bandar lama Kuala Lumpur melalui pelbagai perancangan dan inisiatif yang kami sedang laksanakan sekarang," katanya dalam sesi Jumpa di 118, secara maya, sempena Minggu Saham Digital (MSD) 2021.

Dengan 644 meter, mercu tanda baharu milik PNB ini berada di tangga kedua sebagai bangunan tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Merdeka 118 merangkumi tiga juta kaki persegi ruang luas lantai, terdiri daripada 1.66 juta kaki persegi luas sewaan bersih ruang pejabat Gred-A dan ruang niaga (sejuta juta kaki persegi, ).

Ahmad Zulqarnain berkata, seiring dengan pembinaan menara Merdeka 118, PNB sudah melaksanakan kerja pemuliharaan untuk mengembalikan Stadium Merdeka kepada keadaan asalnya seperti 1957.

"Untuk Stadium Negara pula, satu kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) sudah dilakukan bagi mengenal pasti cara terbaik untuk menjadikannya aset komersial dan pada masa yang sama mengekalkan seni bina asal stadium," katanya.

Beliau berkata, PNB juga sedang bekerjasama dengan Think City, sebuah organisasi komuniti yang berpengalaman dalam pembangunan semula kawasan bandar.

"PNB teruja dengan inisiatif Think City dalam memperkasa komuniti dan menghidupkan semula kawasan bersejarah seperti Georgetown di Pulau Pinang, dan kami harap Merdeka 118 juga dapat berkembang maju dengan usaha serupa," katanya.

Menurutnya, beberapa ciri yang mengkagumkan dibangunkan di menara ini termasuklah dek pemerhatian The View at 118, yang akan menjadi dek tertinggi di Asia Tenggara, serta Hotel Park Hyatt di Malaysia yang terletak di 17 tingkat teratas menara.

Dihubungkan secara terus dari menara adalah 118 Mall, pusat beli-belah dengan pelbagai peluang perniagaan menarik yang dikelilingi kehijauan serta taman terbuka Merdeka Boulevard at 118 seluas 1.62 hektar di samping tiga menara kediaman eksklusif.

Presint Merdeka 118 juga akan menampilkan sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan tekstil dunia Melayu, pusat jagaan kanak-kanak, serta Masjid Merdeka dengan kapasiti 3,000 orang.

Pembangunan Merdeka 118 terletak di kawasan bersejarah Kuala Lumpur dan berdiri teguh di samping dua warisan negara iaitu Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Terletak berhadapan Stadium Merdeka, lokasi yang mencatat sejarah terpenting dalam pengisytiharan kemerdekaan negara pada 1957, nama Merdeka dipilih bagi menara ikonik ini sebagai penghormatan sempena peranan signifikan lokasi itu.

Sumber : Harian Metro

 

 

Ahad, November 21, 2021

Keputusan Penuh Pilihanraya Negeri Melaka 2021

 



KEPUTUSAN RASMI

 KERUSI PARTI YANG MENANG
 N1 Kuala Linggi BN-UMNO ROSLI ABDULLAH
 N2 Tanjung Bidara BN-UMNO DATUK SERI AB RAUF
 N3 Ayer Limau BN-UMNO DATUK HAMEED BASHEER
 N4 Lendu BN-UMNO DATUK SERI SULAIMAN MD ALI
 N5 Taboh Naning BN-UMNO ZULKIFLEE MOHD ZIN
 N6 Rembia BN-UMNO DATUK MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
 N7 Gadek BN-MIC P SHANMUGAM
 N8 Machap Jaya BN-MCA NGWE HEE SEM
 N9 Durian Tunggal BN-UMNO ZAHARI ABD KALIL
 N10 Asahan BN-UMNO FAIRUL NIZAM ROSLAN
 N11 Sungai Udang PN-BERSATU DR MOHD ALEEF YUSOF
 N12 Pantai Kundor BN-UMNO TUMINAH KADI @ MOHD HASHIM
 N13 Paya Rumput BN-UMNO DATUK RAIS YASIN
 N14 Kelebang BN-MCA DATUK LIM BAN HONG
 N15 Pengkalan Batu BN-UMNO DATUK KALSOM NOORDIN
 N16 Ayer Keroh PH-DAP KERK CHEE YEE
 N17 Bukit Katil PH-AMANAH ADLY ZAHARI
 N18 Ayer Molek BN-UMNO DATUK RAHMAD MARIMAN
 N19 Kesidang PH-DAP SEAH SHOO CHIN
 N20 Kota Laksamana PH-DAP LOW CHEE LEONG
 N21 Duyong BN-UMNO MOHD NOOR HELMY ABDUL HALEM
 N22 Bandar Hilir PH-DAP LENG CHAU YEN
 N23 Telok Mas BN-UMNO DATUK ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
 N24 Bemban PN-BERSATU DR MOHD YADZIL YAAKUB
 N25 Rim BN-UMNO DATUK KHAIDHIRAH ABU ZAHAR
 N26 Serkam BN-UMNO DATUK ZAIDI ATTAN
 N27 Merlimau BN-UMNO DR MUHAMAD AKMAL SALEH
 N28 Sungai Rambai BN-UMNO SITI FAIZAH ABDUL AZIS

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA:

  • Barisan Nasional (BN) - 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) - 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) - 2 kerusi

Sumber : Berita Harian

 

 

Khamis, November 18, 2021

Contoh Soalan Pembantu Penerangan S19

 

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan PEMBANTU PENERANGAN S19 sesi 23 NOVEMBER 2021 : https://go.semakan.info/pembantu-penerangan-s19/28

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEMBANTU PENERANGAN S19 ini.

Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2021 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEMBANTU PENERANGAN ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST pada OKTOBER lalu

 Untuk tempahan, terus ke : https://go.semakan.info/pembantu-penerangan-s19/28

 

 

Pembantu Penerangan S19


Ahad, November 14, 2021

Contoh Soalan Penolong Penguasa Kastam WK29

 

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan PENGUASA KASTAM WK29 sesi 18 NOVEMBER 2021 : https://go.semakan.info/penguasa-kastam-wk41/28

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PENOLONG PENGUASA KASTAM WK29 ini.

Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2021 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PENOLONG PENGUASA KASTAM ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST pada OKTOBER lalu

Dapatkan segera di :  https://go.semakan.info/penguasa-kastam-wk41/28






Sabtu, November 13, 2021

Janna Nick diisytihar Bintang Paling Popular 34

 

Janna Nick diisytihar Bintang Paling Popular 34

Dengan 86,374,777 undi, trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, milik artis serba boleh, Janna Nick.

Janna yang mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak sembilan tahun lalu, mengumpul undian tertinggi dalam sejarah penganjuran ABPBH, menewaskan calon 'favourite' lain seperti Haqiem Rusli, Siti Nordiana, Khai Bahar, Siti Saleha dan Ben Amir.

Selain trofi utama, pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun ini membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan empat calon lain iaitu Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.

Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner turut memenangi trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse.

Kemenangan Janna diumumkan pada Malam Kemuncak ABPBH 34 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Pusat Konvensyen Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, malam tadi.

Selain trofi, Janna menerima sebuah kereta dan telefon pintar Xiaomi 11T Pro (8GB + 256GB) bernilai RM2,099 sumbangan penaja utama ABPBH 34, Xiaomi.

Keputusan ABPBH 34

Bintang Paling Popular: Janna Nick

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Habsah Hassan

Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular: Dinie Rashid

Artis Baharu Wanita Popular: Dolla

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi: Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi: Siti Nordiana

Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular: Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha

Penyampai Radio Popular: DJ Lin

Pengacara TV Popular: Janna Nick

Artis Versatil Popular: Siti Nordiana

Artis Komedi Popular: Asif Suhaimi

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Aina Abdul dan Khai Bahar (lagu Nafas Cinta)

Watak Animasi Popular: Ejen Ali

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Kamal Adli dan Uqasha Senrose (drama Perempuan Tanpa Dosa)

Gandingan Serasi Filem Popular: PU Riz dan Wanna Ali (filem Ada Apa Dengan Dosa)

Watak Antagonis Popular: Liza Abdullah

YouTuber Popular: Aqil Zulkiflee

Artis TikTok Popular: Khai Bahar

Anugerah FANtastik Popular: Siti Nordiana FC

Sumber : Berita Harian

 

 

 

Selasa, November 09, 2021

Senarai penuh calon PRN Melaka


 

Seramai 112 calon layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berikut adalah senarai calon mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

N01: KUALA LINGGI: MELAKA: 10,928

1. Rosli Abdullah(BN-UMNO)
2. Julasapiyah Kassim(PH-Amanah)
3. Kamisan Palil(Bebas/IND)
4. Aziah Mohd Sa'ad(PN-PAS)
(2018: Datuk Ismail Othman: BN-UMNO: Maj: 1,372)

 N02: TANJUNG BIDARA: MELAKA: 10,133

1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin(PN-Bersatu)
2. Zainal Hassan(PH-PKR)
3. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh(BN-UMNO)
(2018: Datuk Md Rawi Mahmud: BN-UMNO: Maj: 2,864)

 N03: AYER LIMAU: MELAKA: 11,227

1.Hameed Mytheen Kunju Basheer(BN-UMNO)
2. Mazenah Baharuddin(PH-Amanah)
3. Dr. Nordina Abd Latif(PN-Bersatu)
(2018: Datuk Amirudin Yusof: BN-UMNO: Maj: 1,479)

N04: LENDU: MELAKA: 10,561

1. Abdullah Mahadi(PN-Bersatu)
2. Mohamad Asri Ibrahim(PH-PKR)
3. Datuk Seri Sulaiman Md Ali(BN-UMNO)
(2018: Datuk Seri Sulaiman Md Ali: BN-UMNO: Maj: 627)

N05: TABOH NANING: MELAKA: 8,661

1. Abu Hashim Abdul Samad(PN-PAS)
2. Zulkiflee Mohd Zin(BN-UMNO)
3. Zairi Suboh(PH-Amanah)
(2018: Datuk Latipah Omar: BN-UMNO: Maj: 740)

N06: REMBIA: MELAKA: 15,756

1. K.Murali(Bebas/IND)
2. Zamri Pakiri(PH-PKR)
3. Sabarudin Kudus(Bebas/IND)
4. Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN-UMNO)
5. Zamzuri Arifin(PN-Bersatu)
(2018: Datuk Muhammad Jailani Khamis: PH-PKR: Maj: 1,814)
(2021: Menyertai/Joined BN-UMNO)

N07: GADEK: MELAKA: 12,641

1. P. Shanmugam(BN-MIC)
2. Azafen Amin(Bebas/IND)
3. Laila Norinda Maon(Putra)
4. Mohan Singh(Bebas/IND)
5. Mohd Amir Fitri Muharam(PN-Bersatu)
6. G. Saminathan(PH-DAP)
(2018: G. Saminathan: PH-DAP: Maj: 307)

N08: MACHAP JAYA: MELAKA: 12,487

1. Ngwe Hee Sem(BN-MCA)
2. Law Bing Haw(PH-PKR)
3. Abdul Aziz Osani Kasim(IMAN)
4. Azlan Daud(Bebas/IND)
5. Tai Siong Jiul(PN-Bersatu)
(2018: Datuk Ginie Lim Siew Lin: PH-PKR: Maj: 1,336)

N09: DURIAN TUNGGAL: MELAKA: 13,312

1. Mohd Erfan Mahrilar(Bebas/IND)
2. Zahari Abd. Kalil (BN-UMNO)
3. Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab(PH-Amanah)
4. Ja'afar Othman(PN-PAS)
(2018: Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab: PH-Amanah: Maj: 763)

 N10: ASAHAN: MELAKA: 15,745

1. Mohd Noor Salleh(Bebas/IND)
2. Fairul Nizam Roslan(BN-UMNO)
3. Azmar Ab Hamid @ Sha'aim(Bebas/IND)
4. B.Dhanesh(PN-Gerakan)
5. Datuk Seri Idris Haron(PH-PKR)
6. Mohd Akhir Ayob(Bebas/IND)
(2018: Datuk Seri Abdul Ghafar Atan: BN-UMNO: Maj: 275)

N11: SUNGAI UDANG: MELAKA: 22,793

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad(BN-UMNO)
2. Dr Mohd Aleef Yusof(PN-Bersatu)
3. Hasmorni Tamby(PH-PKR)
4. Mohd Zahar Hashim(Bebas/IND)
(2018: Datuk Seri Idris Haron: BN-UMNO: Maj: 2,229)
(2021: Menjadi Bebas/Became IND)

N12: PANTAI KUNDOR: MELAKA:15,469

1. Mohamad Ridzwan Mustafa(PN-Bersatu)
2. Datuk Nor Azman Hassan(PH-Amanah)
3. Tuminah Kadi @ Mohd Hashim(BN-UMNO)
(2018: Datuk Nor Azman Hassan: BN-UMNO: Maj: 772)
(2021: Menjadi Bebas/Became IND)

N13: PAYA RUMPUT: MELAKA: 26,455

1. Datuk Rais Yasin(BN-UMNO)
2. Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin(PH-PKR)|
3. Muhammad Faris Izwan Mazlan(PN-Bersatu)
4. Mohamad Hashidi Mohd Zain(Putra)
5. Mohd Jaini Dimon(Bebas/IND)
(2018: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen: PH-Bersatu: Maj: 4,259)
(2020: Menjadi PN-Bersatu/Became PN-Bersatu)

N14: KELEBANG: MELAKA: 19,976

1. Bakri Jamaluddin(PN-PAS)
2. Datuk Lim Ban Hong(BN-MCA)
3. Datuk Gue Teck(PH-PKR)
(2018: Datuk Gue Teck: PKR: Maj: 789)

N15: PENGKALAN BATU: MELAKA: 20,821

1. Muhamad Danish Zainudin(PH-DAP)
2. Mohd Azrudin Md Idris(PN-Bersatu)
3. Datuk Norhizam Hassan Baktee(Bebas/IND)
4. Dr Mohd Aluwi Sari(Putra)
5. Datuk Kalsom Nordin(BN-UMNO)
(2018: Datuk Norhizam Hassan Baktee: PH-DAP: Maj: 2,756)
(2020: Menjadi Bebas/Became IND)

N16: AYER KEROH: MELAKA: 25,945

1. Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam(PN-Gerakan)
2. Kerk Chee Yee(PH-DAP)
3. Yong Fun Juan(BN-MCA)
(2018: Kerk Chee Yee: PH-DAP: Maj: 9,261)

Ahmad

N17: BUKIT KATIL : MELAKA: 25,410

1. Datuk Hasnoor Sdg Husin(BN-UMNO)
2. Abdul Hamid Mustapah(Bebas/IND)
3. Adly Zahari(PH-Amanah)
4. Muhammad Al Afiz Yahya(PN-PAS)
(2018: Adly Zahari: PH-Amanah: Maj: 3,159)

N18: AYER MOLEK: MELAKA: 17,863

1. Datuk Rahmad Mariman(BN-UMNO)
2. Ahmad Muaz Idris(Bebas/IND)
3. Mohd Fadly Samin(PN-Bersatu)
4. Mohd Rafee Ibrahim(PH-PKR)
(2018: Datuk Rahmad Mariman: BN-UMNO: Maj: 1,805)

N19: KESIDANG: MELAKA: 37,304

1. Seah Shoo Chin(PH-DAP)
2. Patrick Ng Chin Kae(PN-Gerakan)
3. Leong Hui Ying(BN-MCA)
(2018: Seah Shoo Chin (Allex Seah): PH-DAP: Maj: 14,612)

N20: KOTA LAKSAMANA: MELAKA: 28,777

1. Fong Khai Ling (PN-Gerakan)
2. Low Chin Hong(BN-MCA)
3. Low Chee Leong(PH-DAP)
(2018: Low Chee Leong: PH-DAP: Maj: 16,173)

N21: DUYONG: MELAKA: 18,237

1. Gan Tian Soh(Bebas/IND)
2. Mohd Faizal Amzah(Putra)
3. Mohd Noor Helmy Abdul Halem(BN-UMNO)
4. Damian Yeo Shen Li(PH-DAP)
5. Datuk Kamarudin Sidek(PN-PAS)
6. Muhamad Hafiz Ishak(Bebas/IND)
(2018: Damian Yeo Shen Li: PH-DAP: Maj: 2,895)

N22: BANDAR HILIR: MELAKA: 19,909

1. Mak Chee Kin(Bebas/IND)
2. Leng Chau Yen(PH-DAP)
3. Lee Kah Sean(BN-MCA)
4. Clarice Chan Ming Wang(PN-Gerakan)
(2018: Tey Kok Kiew: PH-DAP: Maj: 11,313)

N23: TELOK MAS: MELAKA: 20,712

1. Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen(PN-Bersatu)
2. Muhammad Ariff Adly Mohammad(Bebas/IND)
3. Datuk Ashraf Mukhlis Minghat(PH-Amanah)
4. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman(BN-UMNO)
(2018: Datuk Noor Effandi Ahmad: PH-Bersatu: Maj: 1,288)
(2021: Menjadi Bebas/Became IND)

N24: BEMBAN: MELAKA: 18,573

1. Dr Mohd Yadzil Yaakub(PN-Bersatu)
2. Azmi Kamis(Bebas/IND)
3. Ng Choon Koon(Bebas/IND)
4. Tey Kok Kiew(PH-DAP)
5. Datuk Koh Chin Han(BN-MCA)
(2018: Datuk Dr Wong Fort Pin: PH-DAP: Maj: 1,345)

N25: RIM: MELAKA: 13,672

1. Azalina Abdul Rahman(PN-Bersatu)
2. B. Prasanth Kumar(PH-PKR)
3. Datuk Khaidhirah Abu Zahar(BN-UMNO)
(2018: Datuk Ghazale Muhamad: BN-UMNO: Maj: 536)

N26: SERKAM: MELAKA: 15,977

1. Norazlanshah Hazali(Bebas/IND)
2. Ahmad Bilal Rahudin(PN - PAS)
3. Muhammad Khomeini Kamal(PH - Amanah)
4. Datuk Zaidi Attan(BN - UMNO)
(2018: Datuk Zaidi Attan: BN-UMNO: Maj: 2,737)

N27: MERLIMAU: MELAKA: 14,014

1. Azrin Ab Majid(PH-Amanah)
2. Dr Muhamad Akmal Saleh(BN-UMNO)
3. Abd Alim Shapie(PN-PAS)
(2018: Datuk Roslan Ahmad: BN-UMNO: Maj: 130)

N28: SUNGAI RAMBAI: MELAKA: 11,837

1. Muhammad Jefri Safry(PN-Bersatu)
2. Farzana Hayani Mohd Nasir(PH-PKR)
3. Nazatul Asyraf Md Dom(Putra)
4. Siti Faizah Abdul Azis(BN-UMNO)
(2018: Datuk Hasan Abd Rahman: BN-UMNO: Maj: 1,669)

Sumber : Berita Harian

 

Selasa, November 02, 2021

Kes bunuh Zulfarhan: 6 bekas penuntut kena 18 tahun penjara

 

 
 
 Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung apabila dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Semua tertuduh kecuali Mohamad Shobirin juga bersama 12 lagi turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Dua belas bekas penuntut berkenaan adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri dan Muhammad Sufi Mohd Mustapha.
 

Selain itu, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Hukuman penjara Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Abdoul Hakeem diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 1 Jun 2017. Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara terhadap kelima-lima tertuduh sementara menunggu rayuan.

Terdahulu, kelima-lima mereka bersama Mohamad Shobirin dihadapkan atas tuduhan membunuh serta bersubahat membunuh Zulfarhan dan didakwa mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati mereka bersalah atas tuduhan Seksyen 304(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Pada 30 September lalu, mahkamah selesai mendengar kesemua hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Sepanjang perbicaraan bermula 29 Januari 2018, seramai 31 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, termasuk rebuttal (saksi untuk menyanggah), antaranya bekas Pegawai Perubatan UPNM, Dr Harniza Kosnan dan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr Salmah Arshad.

Pada prosiding bela diri yang bermula 2 Oktober 2019, pembelaan mengemukakan 20 saksi, iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan bersama penuntut UPNM, Muhammad Alif Farhan Aerosni serta semua 18 tertuduh.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan penuntut UPNM terbabit membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Empat tertuduh, iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin berdepan tuduhan membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara jam 4.45 dan 5.45 pagi pada 22 Mei 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abdoul Hakeem pula berdepan pertuduhan bersubahat mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mereka bersama dengan 12 lagi turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Pendakwaan bagi tuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik 03-05, Blok Penginapan Asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Pendakwaan diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi.

Pasukan peguam terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Datuk Seri M Ramachelam, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim dan Datuk Hazizah Kassim.

Sumber : Berita Harian

 

 

Sindiket tipu tawaran kerja

 

Pasukan khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa kepada penahanan 168 individu yang disyaki terbabit sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian menerusi 19 operasi dari awal tahun ini hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata mereka membabitkan 38 wanita dan 118 lelaki tempatan, selain 11 warga China termasuk empat wanita dan seorang wanita Thailand ditahan di ibu negara, Johor, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan.

Pada masa sama, katanya, polis menerima 255 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM4.6 juta dari awal 2021 hingga Ogos lalu berkaitan kes sama.

"Sindiket itu menyasarkan mangsa dari negara jiran dengan gaji lumayan antara RM200 hingga RM300 sehari.

"Siasatan awal mendapati mereka menggunakan aplikasi WhatsApp dan laman sosial seperti Instagram dan Facebook bagi menawarkan kerja dengan mendakwa menjadi ejen syarikat membeli barangan di platform e-dagang.

"Mangsa diberi beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh diberi dengan menghantar gambar produk dipilih kepada suspek sebelum diarah membuat pembayaran ke akaun diberikan.

"Bagi meyakinkan mangsa ia adalah pekerjaan sah, sindiket akan membayar semula harga barangan dibeli dengan tambahan komisen antara lima hingga lapan peratus," katanya pada sidang media di ibu pejabat JSJK Bukit Aman di sini, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, proses pembelian dan bayaran semula itu akan berulang, daripada produk murah sehingga barangan mahal.

Katanya, tugasan perlu diselesaikan mengikut masa diberi dan penalti dikenakan jika mangsa gagal manakala bayaran mereka tidak dipulangkan.

"Apabila mangsa enggan meneruskan tugasan dan menuntut wang kembali, suspek memberi alasan lain seperti dalam proses pemindahan dan memerlukan mereka membuat bayaran sebelum mereka menyedari ditipu," katanya.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 selain tindakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan tawaran kerja secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan.

"Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang nampak menarik tanpa memerlukan usaha keras kerana itu bukan caranya," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

Jumaat, Oktober 29, 2021

Syarikat induk Facebook kini dikenali Meta

 

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan nama syarikat induk ditukar kepada Meta untuk melambangkan masa depan yang melangkaui rangkaian media sosial itu.

"Kami mempelajari banyak daripada kesukaran dengan isu sosial dan hidup di bawah platform tertutup, maka inilah masanya untuk membawakan segala-gala yang sudah dipelajarai dan membantu membina babak seterusnya," kata Zuckerberg pada persidangan pembangunan tahunan.

"Saya ingin mengumumkan bahawa bermula hari ini, syarikat kami adalah Meta. Misi kami kekal sama.

"Aplikasi kami dan jenama masing-masing, tidak berubah," tambahnya.

Ia bermakna bahawa Facebook, Instagram dan WhatsApp mengekalkan nama masing-masing di bawah penjenamaan semula itu. 

Sumber : AFP

Rabu, Oktober 27, 2021

Contoh Soalan Pembantu Tadbir Undang Undang L19

 


 

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L19 sesi NOVEMBER 2021 : https://go.semakan.info/pembantu-tadbir-l19/28

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L19 ini.

Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2021 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L19 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST pada SEPTEMBER lalu

 Terus ke : https://go.semakan.info/pembantu-tadbir-l19/28

 


Pembantu Tadbir Undang-Undang L19


Contoh Soalan Online Penolong Jurutera JA29

https://go.semakan.info/jurutera-ja29-j41/28

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan JURUTERA JA29 sesi NOVEMBER 2021

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PENOLONG JURUTERA JA29 ini.

Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2021 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PENOLONG JURUTERA JA29 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST pada SEPTEMBER lalu

Dapatkan di : https://go.semakan.info/jurutera-ja29-j41/28

 

 

 

 

Recent Posts