Khamis, Mei 05, 2016

Pengertian Setiap Ayat Surah Yasin


Pengertian Setiap Ayat Surah Yassin

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya – Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua – Hancur
Tiupan ke-tiga – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”

Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 – “Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Sumber : http://www.fuadlatip.com/

10 Cara Untuk Tambah Pendapatan


10 Cara Untuk Tambah Pendapatan

Kenaikan harga barang keperluan harian dan juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini memaksa orang ramai berjimat cermat ketika berbelanja.

Ramai berusaha mencari kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat.

Sahara Noon, Pengurus Pemasaran Avon Malaysia ingin berkongsi sepuluh idea berikut:

1 - Menjadi wakil Avon: Dengan modal RM15 sahaja, Avon memberi peluang kepada anda untuk memulakan bisnes dan jadi bos sendiri. Anda boleh kerja dari rumah pada waktu yang fleksibel.

2 - Menjadikan hobi anda sebagai kerja sampingan: Ubah suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual.

3 - Memaksimum bakat menjahit atau membuat kuih: Mulakan bisnes and bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju atau membeli kuih dan kek anda.

4 - Bakat muzik: Kalau anda pandai bermain peralatan muzik, anda boleh mengajar dengan kadar RM30 sejam.

5 - Jika anda minat mengarang: Anda boleh jadi penulis sambilan atau penulis novel.

6 - Jualan garaj: Jual barang- barang lama yang tidak digunakan lagi.

7 - Tuisyen: Anda boleh memberi kelas tuisyen kepada pelajar sekolah berdekatan rumah anda.

8 - Sewa bilik di rumah: Jika anda ada bilik yang tidak digunakan, apa salahnya disewakan?

9 - Mendandan: Menawarkan perkhidmatan mendandan pengantin atau mereka gubahan hantaran perkahwinan.

10- Mengasuh: Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-sahabat rapat.

http://ummi-mujahid.blogspot.my/

AWAS PENIPU ONLINE : AINAA SAFIAH BINTI NOR AZHAR (SCAMMER)

Suspek penama berikut adalah penipu internet dan penjual online yang telah menipu pelanggan di Mudah.my. Jangan sekali-kali berurusan atau membuat bayaran kepada individu berikut:

Nama Suspek : AINAA SAFIAH BINTI NOR AZHAR
No. Akaun CIMB Bank : 7030448203
No. Telefon : 0168313210
Taktik Penipuan : Menipu dalam penjualan tab di mana mengiklankan item di Mudah.my. Apabila bayaran dibuat, item tidak dihantar. Mesej dan panggilan telefon juga tidak dijawab.
Tarikh Kes : 11 April 2016

Sila sebarkan maklumat ini kepada semua rakan-rakan anda samaada melalui Facebook atau Whatapps agar suspek penipuan ini tidak dapat menipu mangsa lain. Jika anda pernah ditipu atau mengenali suspek tersebut, sila tinggalkan maklumat tentang penipu tersebut di bahagian komen.

Senarai Penipu Online Yang Dilaporkan

Rabu, Mei 04, 2016

Soalan Temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17


Kepada anda yang dipanggil ke temuduga jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17, kami kongsikan soalan-soalan yang pernah ditanya oleh panel penemuduga kepada calon temuduga jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17 sebelum ini.

1. Jabatan Imigresen berada di bawah kementerian apa? Siapakah menterinya?

2. Mengapa PATI ini diisytiharkan tanpa izin & mengapa mereka berlumba-lumba masuk ke negara kita?

3. Jika ditempatkan di depot tahanan atau bahagian penguatkuasaan, awak sanggup berjaga malam dan meninggalkan keluarga di rumah?

4. Sila terangkan apakah fungsi dan objektif Jabatan Imigresen Malaysia?

5. Apa yang anda tahu mengenai pintu masuk yang telah diwartakan?

6. Adakah anda sanggup dihantar bertugas ke Sabah?

7. Sila jawab dalam bahasa Inggeris apakah kepentingan bahasa asing dalam kerjaya Imigresen ini?

Anda disyorkan supaya mendapatkan Pakej RAHSIA LULUS Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK) yang mengandungi 5 modul lengkap untuk persediaan calon menghadapi sesi temuduga jawatan kerja kerajaan.

Klik di sini




Penipuan Pelaburan Rumah Lelong



Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan hartanah membabitkan lelongan rumah yang menyebabkan kerugian kira-kira RM400,000, pada Jumaat lepas dan hari ini, Isnin.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor ACP Mah Khye Beng berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan Jumaat lepas manakala isterinya, 36, yang dibebaskan selepas ditahan pada Rabu lepas, ditahan semula pada Isnin.  

"Pasangan itu ditahan di rumah mereka di Paloh dekat Kluang. Polis kini menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan terhadap pasangan berkenaan sebelum kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah," katanya menerusi kenyataan.

Mah berkata pihaknya telah membuka enam kertas siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan hartanah lelongan rumah itu yang melibatkan perniagaan didaftarkan atas nama Takzim Properties yang berpejabat di bandar raya Johor Bahru.  

Beliau berkata selain pihaknya, tiga kertas siasatan turut dibuka oleh kontinjen polis lain yang melibatkan pendaftaran perniagaan yang sama. 

"Modus operandi penipuan itu adalah memperdayakan mangsa untuk mengeluarkan modal pelaburan dan dijanjikan pulangan keuntungan berserta modal dalam urusan pembelian rumah yang hendak dilelong," katanya.  

Sehubungan itu, Mah menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan dengan kadarsegera.  

Orang ramai katanya, dinasihatkan melakukan semakan dengan teliti sebelum membuat sebarang pelaburan manakala semua mangsa yang terlibat dikehendaki tampil membuat laporan polis di balai berhampiran. 

- Bernama

Jangan Keluarkan Perkataan "Bom" Di Lapangan Terbang - Polis


Polis Sepang mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun sekadar bergurau ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kerana ia merupakan kesalahan serius.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, peningkatan ketara kes yang melibatkan perkataan bom di KLIA dan klia2 pada tahun ini adalah membimbangkan.

"Sepanjang tahun lepas, terdapat tujuh kes yang melibatkan individu yang mengeluarkan perkataan bom iaitu empat di KLIA dan tiga di klia2. Pada tahun ini sahaja bagi tempoh 1 Januari hingga Selasa (3 Mei) sudah ada lapan kes melibatkan perkataan bom dengan dua di KLIA dan enam di klia2.

"Ini merupakan peningkatan membimbangkan jadi saya ingin mengingatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan perkataan bom ketika berada di kedua-dua lapangan terbang ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Mengeluarkan perkataan bom walaupun tiada ancaman tetap dianggap satu kesalahan serius, ia tidak boleh diucapkan sesuka hati, tambah Abdul Aziz.

Tambah beliau, individu yang mengeluarkan perkataan bom ketika di KLIA atau klia2 akan ditahan dan dibawa ke IPD Sepang, menyebabkan mereka terlepas peluang menaiki penerbangan ke destinasi yang dihajati.

"Ini akan menyebabkan mereka menanggung rugi apabila tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa membeli tiket yang baharu," katanya dan menambah kes terbaru dilaporkan di klia2 dua hari lalu.

Jelas Abdul Aziz mengikut Kod 92 Aiport Emergency Plan, mengeluarkan perkataan bom adalah dikategorikan sebagai salah satu unsur ancaman dan ia merupakan satu kesalahan serius walaupun dengan niat bergurau atau menunjukkan rasa tidak puas hati.

Katanya, individu yang ditangkap kerana mengeluarkan perkataan bom di lapangan terbang boleh dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jelas Abdul Aziz, kesemua 15 individu yang ditahan di KLIA dan klia2 hingga Selasa kerana menggunakan perkataan bom ketika di lapangan terbang atau sebelum pesawat berlepas sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.

"Daripada 15 individu yang ditahan itu hanya dua warga asing, selebihnya adalah warganegara Malaysia.

"Kebanyakan mereka ditahan polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad ketika berada di bahagian pemeriksaan bagasi, manakala seorang warga asing ditahan di dalam pesawat sebelum penerbangan berlepas," katanya.

- Bernama

Selasa, Mei 03, 2016

Samsung S7 Di Pasaran Malaysia


Telefon pintar yang dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, berada dalam pasaran Malaysia pada 29 April 2016 bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar mengikuti trend terkini telefon mudah alih.

Telefon itu yang boleh didapati di kedai-kedai Samsung Experience dan kedai Maxis terpilih, berharga RM2,699 dan tampil dengan warna hitam onyx, emas platinum dan perak titanium, kata Samsung Malaysia Electronics dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Unit Mudah Alih dan Perniagaan IT, Lee Jui Siang, berkata syarikat itu menerima banyak pertanyaan mengenai Galaxy S7 susulan pelancaran Galaxy S7 Edge pada bulan lalu. "Ada yang berhajat untuk membelinya, justeru, kami memutuskan sudah sampai masanya untuk melancarkan Galaxy S7," katanya.

Selain paparan Quad HD Super AMOLED 5.1 inci, Galaxy S7 sarat dengan ciri-ciri menarik sama seperti Galaxy S7 Edge, dengan paparan 5.5 inci. Ia juga berkongsi ciri-ciri kaca 3D sepenuhnya dan bingkai logam sama seperti Galaxy S7 Edge.

Gadis mati disyaki didera keluarga


Punca kematian seorang gadis berusia 22 tahun yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram pada 26 April 2016 lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya di Kampung Batu 5, Binjai di Kemaman, Terengganu.

Susulan itu, bapa kandung mangsa yang merupakan seorang mekanik berusia 49 tahun, ibu tirinya, 35, serta kedua-dua adik mangsa telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sebelum ini, bapa gadis malang itu telah memaklumkan anaknya dikenali sebagai Siti Hajar yang dalam keadaan kurus kering telah meninggal dunia akibat demam panas.

Pada mulanya, kematian gadis itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun pemeriksaan terhadap mayat mangsa telah menimbulkan syak.

Sehubungan itu, polis me minta agar bedah siasat dijalankan terhadap mayat mangsa di Unit Forensik Hospital Kemaman, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Menurut Mohd. Said, dua bedah siasat yang dilakukan me nunjukkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami kebuluran dan jangkitan kuman.

Malah katanya, sebahagian besar tubuh gadis malang itu juga mempunyai kesan gigitan manusia selain banyak kece deraan lain termasuk lebam pada mata.

Ujian perubatan gigi juga akan dijalankan terhadap ke semua suspek dengan bantuan pakar pergigian dalam masa terdekat dan kes itu kini dikla sifikasikan sebagai kes bunuh, katanya.

Mohd. Said turut meminta orang awam terutama jiran yang mempunyai maklumat tentang kes melibatkan mangsa tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ins pektor Lokman Nor Hakim menerusi talian 017-2344 542 atau 09-8591222.

- Kosmo!

Malaysia Diramal Akan Kerap Alami El Nino



Malaysia bakal mengalami fenomena El Nino lebih kerap iaitu dua tahun sekali dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan faktor pemanasan global yang semakin serius.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dr Nurul Nadrah Aqilah Tukimat keadaan itu berlaku berikutan peningkatan suhu dunia yang semakin drastik, antaranya disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida ke udara.

"Jika kita lihat pada 1980 sehingga 1988, fenomena ini berlaku empat tahun sekali. Tetapi dalam tempoh 1998 hingga 2015, keadaan ini boleh dikatakan berlaku lebih kerap iaitu tiga tahun sekali tidak kiralah dalam keadaan lemah, sederhana, mahu pun kuat.

"Contohnya pada 2012, kita lihat pembentukan fenomena ini telah ada walaupun ia tidak sampai ke Malaysia, dan pada 2014 ia berada dalam keadaan lemah dan kemudiannya menjadi kuat tahun ini, menyebabkan kita mengalami cuaca panas yang melampau.

"Berdasarkan pola itu, jelas kita lihat pembentukan El Nino dua tahun sekali semakin hampir berlaku," katanya kepada Bernama di sini.

Nurul Nadrah Aqilah berkata fenomena El Nino atau 'the boy' pada masa kini berkait rapat dengan pemanasan global akibat pelbagai faktor seperti pembangunan, pembebasan gas karbon dioksida oleh peningkatan penggunaan kenderaan selain kesan rumah hijau.

"Jika kita lihat suhu global pada Disember tahun lepas, ia mencatatkan kenaikan paling drastik dalam tempoh 120 tahun iaitu satu darjah celcius berbanding hanya 0.2 darjah celcius hingga 0.6 darjah celcius sebelum ini.

"Malah pada Februari lepas, Global Average Temperature (GAT) yang dikeluarkan oleh sebuah badan mengkaji cuaca di Amerika Syarikat iaitu National Oceanic and Atmmospheric Administration (NOAA) turut merekodkan peningkatan suhu dunia +1.2 darjah celcius.

"Sebab itu, Monsun Timur Laut yang sepatutnya membawa kuantiti hujan yang banyak ke negara ini pada Disember dan Januari lepas, menjadi lemah akibat pembentukan El Nino," katanya.

Selain itu, katanya, kajian yang dijalankan oleh GAT juga mendapati suhu normal negara pada akhir abad 21 nanti dijangka boleh mencecah di antara 35 darjah celcius hingga 38 darjah celcius yang menyamai suhu Malaysia ketika mengalami El Nino ketika ini.

Mengikut kelazimannya, katanya fenomena El Nino sebelum ini berlaku empat hingga tujuh tahun sekali dan ia terjadi apabila arus laut panas menggantikan arus laut sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan.

Nurul Nadrah Aqilah berkata penduduk di kawasan-kawasan bandar terutamanya amat terasa dengan bahang El Nino kerana tiupan angin yang terhalang dengan ketidakaturan binaan bangunan selain ketiadaan pokok dan kawasan hijau yang dapat menyerap haba panas.

"Mungkin banyak pihak tertanya-tanya mengapa negara terpaksa berhadapan dengan cuaca panas yang melampau sedangkan Malaysia adalah negara yang terletak di garisan Khaltulistiwa yang sepatutnya mengalami panas dan lembab sepanjang tahun.

"Secara normalnya, negara-negara Asean adalah kawasan bertekanan rendah berbanding Amerika. Namun disebabkan El Nino ini, keadaan telah berubah menyebabkan angin sejuk dari kawasan Papua New Guinea telah pergi ke Amerika dan angin panas pula ke kawasan Asean menyebabkan kita mengalami cuaca panas.

"Keadaan inilah menyebabkan kita mengalami impak kekurangan hujan mengakibatkan masalah kekurangan bekalan air seperti yang dialami negeri-negeri di utara Malaysia," jelas beliau.

Mengenai masalah bekalan air, beliau mencadangkan pihak berkenaan memperkemaskan lagi sistem pengurusan air termasuk dengan membina empangan sekunder bagi menampung lebihan air semasa musim tengkujuh.

Beliau berkata kebiasaannya, air yang berlebihan yang tidak dapat ditampung oleh empangan semasa keadaan hujan lebat berterusan, hanya dilepaskan ke sungai-sungai sedangkan ia sewajarnya disimpan di empangan sekunder untuk menampung keperluan semasa musim kemarau.

Dalam masa yang sama, katanya kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan 'evaloc' yang telah digunakan secara meluas di India untuk mengurangkan kadar pengewapan yang tinggi di empangan-empangan di negara ini.

- Bernama

Isnin, Mei 02, 2016

Gaji Minimum Dinaikkan Julai 2016



Bermula Julai 2016, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung Malaysia manakala RM920 bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2016.

Berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerja (SIP) untuk menambah baik perlindungan sosial pekerja dan memudah cara pihak majikan menjalankan perniagaan.

"Gaji minimum yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini adalah peningkatan sebanyak RM100 (11%) untuk pekerja di Semenanjung Malaysia dan RM120 (15%) bagi Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya pada majlis sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), di sini Ahad.

Dengan gaji minimum baharu untuk meningkatkan produktiviti, Najib berkata kerajaan dijangka melakukan pengagihan pendapatan lebih saksama antara pemilik modal dan pekerja.

Najib berkata pelaksanaan dasar gaji minimum kebangsaaan pada 2013 sudah memberi manfaat kepada 1.9 juta pekerja sektor swasta yang kemudiannya diperluaskan kepada sektor awam melalui tangga gaji baharu seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Mengenai SIP, beliau berkata, ia bertujuan untuk melindungi pekerja dan juga majikan untuk memudahkan mereka menjalankan perniagaan.

Malah, katanya, ia juga dilaksanakan untuk membantu golongan pekerja yang diberhentikan dengan menampung perbelanjaan mereka dalam tempoh mencari pekerjaan selepas diberhentikan, sekaligus mengurangkan kesusahan dan kemiskinan akibat kehilangan pendapatan.

Menurutnya SIP juga menyediakan perkhidmatan kaunseling pekerjaan bagi meningkatkan peluang untuk pekerja yang diberhentikan ini mendapat pekerjaan yang sesuai.

Najib berkata bagi majikan pula, latihan semula yang disediakan melalui SIP dapat meningkatkan kemahiran pekerja serta memudahkan pihak majikan menggaji pekerja yang mempunyai set kemahiran yang sesuai.

"SIP memberi ruang kepada majikan untuk menyesuaikan organisasi mereka dengan sebarang perubahan teknologi dan struktur perniagaan serta mengurangkan tekanan akibat kebankrapan atau pengecilan operasi," katanya.

Menurutnya risiko konflik akibat pemberhentian kerja dapat dikurangkan kerana SIP akan memberi perlindungan kepada pekerja.

Beliau berkata pelaksanaan SIP merupakan antara ciri terpenting dalam mewujudkan dasar pasaran buruh aktif (ALMP) di Malaysia.

"Ketersediaan program perlindungan sosial yang proaktif bagi membantu warga pekerja dan pihak majikan mendepani cabaran ekonomi dunia bukan lagi satu pilihan, tapi satu kemestian," katanya.

- mStar

Ahmad Razif Kekal Menteri Besar Terengganu


Ahmad Razif Abdul Rahman akan terus kekal sebagai Menteri Besar Terengganu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata perkara itu diputuskan selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.

"Isu itu telah diselesaikan," kata Najib pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016.

Najib juga berkata pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Ahmad Razif selepas semua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik berkuatkuasa 22 April lalu.

Sebelum ini, Ahmad Razif mengakui reda dan pasrah anugerah kebesaran negeri yang dikurniakan kepadanya ditarik balik.

Malahan, dengan apa yang berlaku beliau bertekad untuk terus membuktikan taat setia kepada Sultan Mizan.

Beliau juga berkata, kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi masih memegang jawatan.

- Bernama

Recent Posts