Jumaat, Mac 11, 2016

Telefon pintar lama tidak lagi boleh guna WhatsApp



Aplikasi mesej, WhatsApp mengumumkan bahawa pihaknya akan menamatkan perkhidmatan melibatkan beberapa sistem operasi telefon pintar lama menjelang akhir tahun ini.

Langkah itu melibatkan telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi BlackBerry OS termasuk BlackBerry 10, Nokia S40 dan Symbian S60, Android 2.1 (Eclair) serta 2.2 (Froyo) di samping platform Windows 7.1.

Pengguna sistem operasi itu tidak akan dapat menggunakan WhatsApp melainkan mereka bertukar kepada platform lebih baharu menjelang hujung tahun ini.

Bagaimanapun, versi lebih baharu Android termasuk pemprosesan 2.3 (Gingerbread) atau lebih tinggi masih boleh digunakan untuk menghantar dan menerima mesej WhatsApp.

Menurut syarikat berkenaan, sistem operasi lama itu tidak lagi sesuai dengan pembangunan aplikasi WhatsApp yang semakin canggih.

WhatsApp juga mahu memberi tumpuan kepada versi baharu Android, iOS dan Windows yang kini digunakan oleh sebahagian besar pemilik telefon pintar.

Apabila aplikasi mesej itu dilancarkan pada 2009, lebih 70 peratus telefon pintar masih menggunakan sistem operasi BlackBerry dan Nokia.

- Kosmo!

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu - 31 Mac 2016



Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan di Pentadbiran Negeri Terengganu seperti berikut:
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Ja29
4. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27

Maklumat Lanjut: http://spn.terengganu.gov.my/

Permohonan jawatan kosong Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah dilakukan secara online melalui Sistem SPNTRe : http://spn.terengganu.gov.my/eSUPERNET/v2/index.php

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2016


Ahad, Mac 06, 2016

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - 10 Mac 2016


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) seperti berikut: 
1. Pegawai Penyelidik
2. Pegawai Hal Ehwal Islam
3. Penolong Pegawai Laut
4. Jururawat
5. Penolong Juruukur Bahan
6. Penolong Pegawai Sains
7. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
8. Pembantu Laut
9. Pembantu Makmal
10. Pembantu Akauntan
11. Pengawal Keselamatan
12. Pemandu Kenderaan
13. Setiausaha Pejabat
14. Pembantu Hal Ehwal Islam (Imam)
15. Penolong Jurutera

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di UMT 2016 perlu memohon secara online melalui sistem eRecruitUMT : http://job.umt.edu.my/

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Mac 2016



Rabu, Mac 02, 2016

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM) - 13 Mac 2016


Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Utara Malaysia. Jawatan kosong UUM 2016 adalah seperti berikut :
1. Ahli Muzik Gred B41/B43/B47
2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
3. Arkitek Landskap Gred J41
4. Arkitek Gred J41
5. Pegawai Perubatan Gred UD41/UD43/UD47/ UD51/UD53
6. Pegawai Kebudayaan Gred B27
7. Setiausaha Pejabat Gred N27
8. Penolong Perpustakawan Gred S27
9. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
10. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
11. Penolong Juruaudit Gred W27
12. Penjaga Jentera Elektrik Gred J17
13. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17
14. Pembantu Akauntan Gred W17
15. Pengawas Hutan Gred G11
16. Pemandu Kenderaan Gred H11
17. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Permohonan jawatan kosong UUM boleh dibuat secara online di http://www.perjawatan.uum.edu.my/



Tarikh Tutup Permohonan : 13 Mac 2016

Jawatan Kosong Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Mac 2016


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) seperti berikut: 
1. Academic Fellow Kulliyyah of Nursing
2. Assistant Professor Kulliyyah of Nursing
3. Associate Professor Kulliyyah of Nursing
4. Computer Technician (Grade FT17)
5. Library Assistant (Grade S17)

Pemohon yang berminat boleh memehon secara online melalui IIUM Online Recruitment : https://huris.iium.edu.my/recruitment/login



Tarikh Tutup : 7 - 31 Mac 2016

Biasiswa Pendidikan Petronas 2016 (Untuk Lepasan SPM 2015)



Permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) terbuka kepada rakyat Malaysia yang lain untuk meneruskan pengajian ijazah dalam bidang minyak dan gas bidang berkaitan. Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuramah sebelum pemilihan akhir.

KRITERIA

Maklumat lanjut boleh dilihat dengan muat turun : https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Admin/ManagerContent/GetDocument/98?value=Application%20Guideline%20for%20Candidate%20SPM%202015.pdf

BIDANG YANG DIUTAMAKAN

Akaun / Perdagangan / Kewangan
Sains Aktuari
Kejuruteraan Kimia
Ekonomi
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Geologi / Geofizik
Undang-undang
Kejuruteraan Mekanikal
Petroneum Engineering
Petroleum Geosains
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara online: https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login

Soalan Lazim : https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Faq

TARIKH TUTUP : 10 Mac 2016



Jawatan Kosong Institut Kimia Malaysia - 24 Mac 2016


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan di Institut Kimia Malaysia seperti berikut :
- Accounts Executive

Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong Institut Kimia Malaysia 2015 boleh memohon secara online : Klik di sini

Tarikh Tutup permohonan : 24 Mac 2016

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - 11 Mac 2016


Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa calon-calon yang berkebolehan dan bermotivasi tinggi untuk membina kerjaya dengan kami untuk jawatan seperti berikut :
- Penolong Pengurus Gred JA29

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume / curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman kepada :

Bahagian Sumber Manusia & Pengurusan Fasiliti
Tingkat 10, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup permohonan : 11 Mac 2016



Biasiswa JPA - MARA Untuk Lepasan SPM 2015



Program Kerjasama Khas JPA MARA tahun 2016 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas JPA MARA bagi mengikuti pengajian Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama.

Program Khas JPA-MARA adalah program penajaan untuk pelajar Bumiputera dengan keputusan SPM yang sangat baik dan cemerlang bagi melanjutkan pelajaran dalam kursus pilihan seperti berikut:

Program Akademik Jepun (PAJ)

Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke negara-negara lain dalam bidang kejuruteraan dan sains sosial. Pelajar akan menjalani program persediaan khas sebelum mengikuti ijazah pertama ke Jepun. penempatan kolej persediaan untuk Program Akademik Jepun akan diadakan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).

Program Ijazah Pertama di Universiti Berkaitan Kerajaan (Government Linked University – GLU)

Program Ijazah Pertama di Universiti di bawah Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company – GLC) (Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia).

Pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Universiti pilihan sebelum meneruskan Ijazah Pertama di universiti yang sama.

Program Ijazah Ijazah Pertama di IPTS

Program Ijazah Pertama di IPTS akan menyediakan pelajar sebelum ke peringkat Ijazah mereka di Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia dalam bidang perubatan. Program persediaan ini akan dijalankan di Kolej Teknologi Timur (KTT) dan Sekolah Islam Antarabangsa Malaysia (International Islamic School Malaysia – IISM).

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2015 sahaja. Calon-calon juga mesti memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

a) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/ Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan) dan menduduki SPM 2015 pada kali pertama.
c) Mempunyai kesihatan yang baik.
d) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.
e) Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat-syarat Khusus Permohonan

Program: Kejuruteraan
Luar Negara: Jepun
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu
English
Sejarah
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
Matematik tambahan
Fizik
Kimia; dan
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil
Program: Sains
Contoh: Bio Sains, Bio Perubatan, Sains Kesihatan, Fizik, Matematik, Sains Makanan, Sains Aktuari
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu
English
Sejarah
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
Matematik
Matematik Tambahan
Biologi / Fizik / Kimia
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.
Program: Sains Sosial & Kemanusiaan
Contoh: Perundangan, Ekonomi, Komunikasi, Pemasaran, Hubungan Antarabangsa, Hospitaliti, Perbankan, Statistik, Psikologi, Eko Pelancongan
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu
English
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
Perakaunan / Ekonomi / Perdagangan / Kesusasteraan Melayu / Geografi / Sains dan Teknologi
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.
Program: Perubatan
Dalam Negara
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) matapelajaran berikut:

Bahasa Melayu;
Bahasa Inggeris;
Sejarah;
Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
Matematik;
Matematik Tambahan;
Biologi/Fizik/Kimia/; dan
Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara online mulai 4 Mac 2016 hingga 10 Mac 2016 di : http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan_mara/index.php?program=PKJM

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online.

Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.


Selasa, Mac 01, 2016

Harga RON95, RON97 Turun Lagi 1 Mac 2016



Harga petrol RON95 dan RON97 turun mulai 1 Mac 2016. Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak mengesahkan bahawa RON95 menurun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter, RON97 menurun 10 sen kepada RM1.95 seliter.

Beliau berkata, harga diesel tidak berubah pada RM1.35 seliter.

Pada Februari, harga RON95 pada RM1.75 seliter (kurang 10 sen berbanding Januari) dan RON97 pada RM2.05 (kurang 20 sen).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan terurus bermula 1 Disember 2014.

- mSTAR


Subsidi Tepung Gandum 25Kg Ditarik Balik



Subsidi seguni tepung gandum seberat 25 kilogram akan ditarik balik mulai hari ini (Selasa), satu langkah yang mungkin akan membawa kepada kenaikan harga makanan seperti roti canai, mi dan banyak lagi.

Pengilang yang menghadiri mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan minggu lalu berkata, mereka dimaklumkan mengenai penghapusan subsidi tepung gandum.

Pemborong juga dipercayai telah menerima pekeliling mengenai perubahan harga bagi tepung gandum seberat 25kg di Semenanjung Malaysia termasuk jenama Blue Key, yang kini dijual pada harga RM42 tanpa subsidi.

Seorang pengilang tepung yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, beliau adalah antara wakil-wakil industri yang hadir pada mesyuarat 24 Februari lalu yang dihadiri oleh pegawai kanan kementerian.

"Tepung gandum RM25kg yang dibeli oleh peruncit seperti kedai kopi dan restoran mamak, akan meningkat daripada RM33.75 kepada RM42," kata Ng.

Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengekalkan harga RM1.35 subsidi bagi 1kg tepung gandum yang dibeli oleh isi rumah seperti jenama Blue Key dan Bunga Cempaka.

Beliau berkata, sebelum ini mereka menikmati RM600 hingga RM800 subsidi bagi setiap tan metrik tepung yang dihasilkan setiap bulan atau 60 sen hingga 80 sen sekilo bergantung kepada harga gandum di pasaran.

Subsidi ini, katanya telah merosakkan harga pasaran tepung kerana kos memproses gandum menjadi tepung boleh melebihi RM33.75 sekilo.

Harga untuk pengeluaran tepung adalah berbeza-beza berdasarkan harga gandum iaitu yang terkini adalah RM968 (AS$230) satu tan metrik.

"Kami mengalu-alukan keputusan Kerajaan," katanya.

Seorang lagi pengimport tepung berkata, harga makanan seperti roti canai dan kuih tempatan yang menggunakan tepung biasa boleh terjejas akibat penghapusan subsidi ini.

Beliau berkata roti, biskut dan kek yang menggunakan tepung premium yang tidak mendapat subsidi, tidak akan terjejas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Seri Alias ​​Ahmad enggan mengulas mengenainya.

- mSTAR


Recent Posts