Jumaat, Februari 13, 2015

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) – 23 Februari 2015

 Permohonan adalah dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai:
- Ahli Muzik (Pengarah Muzik)

Maklumat Lanjut:
http://www.dbkl.gov.my/images/articles/hubungi_kami/perjawatan/IKLAN_PEMANDU_H11_BERTULIS.pdf

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Satu Ujian Bertulis Terbuka akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:-

TARIKH : 17 DISEMBER 2014 (RABU)
UJIAN BERTULIS MASA PENDAFTARAN : 8.30 PAGI – 10.00 PAGI
TEMPAT : INSTITUT LATIHAN
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (IDB) NO. 19, JALAN YAACOB LATIF (JALAN TENTERAM) BANDAR TUN RAZAK CHERAS, 
56000 KUALA LUMPUR.
No. Telefon : 03-26179613/9612/9609

 

Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) – 17 Februari 2015


Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) – 17 Februari 2015

Permohonan adalah dibuka untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di PERHEBAT sebagai:
- Pengajar (Elektrik) Gred 19p – (1 Kekosongan)
- Pengajar (Elektronik Industri) Gred 19p – (2 Kekosongan)
- Pengajar (Juruteknik Automotif) Gred 19p – (1 Kekosongan)
- Pengajar (Pengurusan Hotel) Gred 19p – (2 Kekosongan)
- Pegawai Kerani Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Tukang Kadar (Pelancongan & Perhotelan) Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Tukang Kadar (Jahitan Pakaian) Gred 12 – (1 Kekosongan)
- Pegawai Kerani (Pekerja Khidmat Sangkut) – (3 Kekosongan)

Maklumat Lanjut:
http://www.perhebat.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=574%3Aiklan-jawatan-kosong-di-perhebat&catid=43%3Apeluang-kerjaya&Itemid=88&lang=bm

Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran passport kepada:

Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAR, Kem Sungai Buloh
Peri Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor
(U.P: Pengarah Sumber Manusia & Pentadbiran)
 


Selasa, Februari 10, 2015

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat – 15 Februari 2015



Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat – 15 Februari 2015

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup ilkan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat seperti berikut:

- Pembantu Operasi Gred N11
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Awam Gred H11

Calon yang berminat mengisi jawatan kosong Majlis Daerah Kuala Langat perlu menghantar permohonan kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor

Iklan Jawatan Kosong:
http://www.mdkl.gov.my/documents/10124/da873945-411a-4d8e-ae95-22e7401c29e3

Borang Permohonan:
http://www.mdkl.gov.my/documents/10124/58c4fe53-4c1e-4afe-b630-fd4ab6cd03c4

Tarikh tutup permohonan adalah pada : 15 Februari 2015
 

Khamis, Februari 05, 2015

Jawatan Kosong Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) - 12 Feb 2015


Jawatan Kosong Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) - 12 Feb 2015

Jawatan:
- Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan beserta salinan kad pengenalan, sijil berkaitan dan resume lengkap bertanda PSH 2015 di sebelah kiri atas sampul surat kepada:

Bahagian Pentadbiran,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
Km 08, Jalan Paka,
23000 Dungun.

Tarikh Tutup : 12 Feb 2015




Selasa, Februari 03, 2015

LPT 2 Kuala Terengganu – Jabor dibuka sepenuhnya


Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) menghubungkan Jabor-Gemuroh, membabitkan kos RM4.1 bilion, dibuka sepenuhnya kepada orang ramai, demikian diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, dengan siapnya lebuh raya sepanjang 184 kilometer dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh, Kuala Nerus itu, maka perjalanan antara Kuala Terengganu dan Kemaman akan hanya mengambil masa 90 minit sahaja.

“LPT2 ini mempunyai 10 persimpangan bertingkat, 10 buah plaza tol, tiga kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dua hentian sebelah dan 90 jambatan,” katanya kepada pemberita di R&R Perasing selepas melakukan lawatan di LPT2, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Shafii Mohamad.

Projek LPT2 adalah susulan projek LPT Fasa I dari Karak ke Kuantan di Pahang, sepanjang 169 kilometer. Ia merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang sedia ada.

Ahmad Razif berkata, pembukaan LPT2 itu akan dapat membantu merancakkan pembangunan ekonomi negeri dengan sasaran pendapatan per kapita RM8,000 menjelang 2020.

Beliau berkata, kawasan R&R Perasing itu menggunakan konsep ‘Kawasan Rehat Sehenti’ membabitkan pengguna dari arah utara (Kuala Terengganu), dari arah selatan (Kuala Lumpur/Kuantan) dan penduduk tempatan.

“Kawasan R&R Perasing ini juga menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan kawasan Felda Neram,” katanya.

– Bernama
 


Jumaat, Januari 23, 2015

Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia (MPB) - 26 Januari 2015


Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia (MPB) - 26 Januari 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Lada Malaysia (MPB) sebagai:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - N17
2. Pembantu Penyelidik - Q17

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan Online:

Tarikh tutup permohonan pada 26 Januari 2015
Lokasi: Sarawak



Khamis, Januari 01, 2015

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Malaysia 2015


Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan Malaysia 2015 (Mengikut Bulan)

22 Januari 2015 (Khamis)
12 Februari 2015 (Khamis) Tahun Baru Cina 19, 20 Februari
25 Mac 2015 (Rabu)
23 April 2015 (Khamis)
21 Mei 2015 (Khamis) Pesta Keamatan 30, 31 Mei
25 Jun 2015 (Khamis) Hari Gawai 1, 2 Jun
9 Julai 2015 (Khamis) Hari Raya Aidilfitri 17, 18 Julai
25 Ogos 2015 (Selasa)
17 September 2015 (Khamis) Hari Raya Aidiladha 24 September
22 Oktober 2015 (Khamis)
25 November 2015 (Rabu) Hari Deepavali 10 November
17 Disember 2015 (Khamis)



Sabtu, Disember 27, 2014

Banjir 2014 : Mangsa banjir cecah 119,000, Kota Bharu kritikal


Banjir 2014 : Mangsa banjir cecah 119,000, Kota Bharu kritikal

 Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,087 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang setakat petang 26 Disember 2014.

Di KELANTAN, limpahan air Sungai Kelantan menyebabkan jumlah mangsa di Kota Bharu naik mendadak iaitu seramai 13,388 orang kepada 14,586  orang petang ini berbanding 1,198 orang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,  Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, limpahan air sungai itu telah merebak ke beberapa kampung  berhampiran termasuk Kampung Lembah Sireh, Kampung Pintu Geng, Kampung Kedai Buloh, Kampung Banggol, dan kawasan sekitar Pengkalan Chepa.

Kesemua mangsa kini dipindahkan ke 40 pusat pemindahan berbanding hanya tujuh pagi tadi, katanya.

Kecuali di Pasir Mas yang menunjukkan sedikit penurunan dengan jumlah mangsa kini mencecah 6,319 orang, beberapa kawasan lain  kebanyakannya tidak berubah termasuk di Tanah Merah (3,546 orang), Gua Musang (5,150 orang), Tumpat (5,005 orang), Machang (4,039 orang), Jeli (1,430 orang), Kuala Krai (5,200 orang) dan Pasir Puteh (192 orang).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 34,884 petang ini berbanding 31,001 pada tengah hari.

Daerah Kemaman mencatat tambahan mangsa kepada 25,090 orang daripada 21,381 yang ditempatkan di 46 pusat penempatan, demikian  menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu.

Daerah Dungun turut menunjukkan peningkatan menjadikan jumlah mangsa 8,197 orang manakala Kuala Terengganu masih bertahan dengan 1,369 orang dan Hulu Terengganu (228 orang).

Bagaimanapun menurut portal itu,  bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan  alternatif walaupun beberapa jalan utama masih dinaiki air dan hanya dibuka kepada kenderaan berat.

"Bagi pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan pesisir, mereka disaran melalui persimpangan  alan  Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Tol Dungun.

"Dari LPT2 Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung Nyior di Dungun dinaiki air," menurut laporan itu.

MKN berkata pengguna jalan raya akan menggunakan kembali sebahagian laluan pantai di Kemaman sebelum sekali lagi masuk ke LPT2 susur  keluar Tol Kijal untuk dihubungkan ke LPT1 ataupun Kuantan, manakala petang ini LPT Bukit Besi-Ajil telah dibuka semua kepada semua  kenderaan.

Keadaan di PAHANG pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 orang pada tengah hari. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang).

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari.  Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata sehingga pukul 5 petang, daerah yang terjejas melibatkan Kluang, Batu  ahat, Kulaijaya Segamat dan Muar.

Katanya enam pusat pemindahan di buka di Kluang dan masing-masing satu di Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.   

Di KEDAH, jumlah  angsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berbanding 96 orang tengah hari tadi.

Di PERLIS, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang setelah 54 orang dibenarkan pulang sehingga pukul 5 petang ini.

Di PERAK, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut  jurucakap MKN Negeri Perak.

Sumber : BERNAMA



Ahad, Disember 14, 2014

BR1M 4.0 akan dibayar Januari 2015



BR1M 4.0 akan dibayar Januari 2015

Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan bermula hujung Januari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pemohon baharu bantuan itu diminta membuat permohonan segera manakala penerima sedia ada perlu mengemas kini semula maklumat peribadi sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2014 ini.

"Pemohon baharu (BR1M) perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup pada 31 Dis, kemudian kita akan proses untuk melihat mereka yang layak sebelum pembayaran dibuat hujung Januari 2015.

"Bagi penerima sedia ada mereka perlu mengemas kini maklumat kerana sukar untuk kita beri pampasan kepada waris penerima yang meninggal dunia kerana mereka tidak letak nama pewaris pada borang," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Kelulusan Membina Surau Baharu Perumahan Awam Jalan Padang Tembak di Teluk Intan, Perak.

Ahmad Husni berkata penerima digalakkan membuka akaun bank supaya proses pembayaran dapat dilakukan secara efisien memandangkan pembayaran BR1M adalah sebanyak tiga kali setahun.

Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April 2015 dan kemampuan fiskal, kerajaan mengumumkan BR1M dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kadar BR1M dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

BR1M akan dibayar pada Januari, Mei dan September 2015.

Khamis, Disember 11, 2014

Tips Temuduga - Baiki ‘Attitude’ Untuk Lulus Temuduga

Ini adalah tiket untuk gagal dalam temuduga. Tiada sesiapa yang akan dapat bekerjasama dengan anda. Segala potensi, bakat dan kelebihan diri anda akan terbiar begitu sahaja.


Sungguh pun begitu, sikap negatif masih boleh diubati dengan :

>> Melatih diri menjawab soalan sendiri sehingga yakin.

>> Menyemak resume untuk menghargai pencapaian, kebolehan dan pengalaman anda.

>> Senaman ringan seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.

>> Berdoa untuk ditenangkan hati dan fikiran


Panduan yang lebih khusus untuk persediaan temuduga anda;


Tips Temuduga -> http://jvsecurepay.com/access/233po/28?camp_id=2663

 



Isnin, Disember 01, 2014

Recent Posts