Rabu, April 30, 2014

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan Akauntan dalam masa terdekat. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas. Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Akauntan ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekdar panduan umum calon.

Kita akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Akauntan Gred W41 Jawatan Akauntan W41 adalah jawatan yang diletakkan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM). Mengikut rekod, tahun 2013, tiada peperiksaan ambilan jawatan ini. Kali terakhir sesi peperiksaan adalah pada tahun 2012. Jadi jika anda mendapat panggilan ke sesi peperiksaan ini, jangan lepaskan peluang kerana ini adalah peluang keemasan untuk anda menjawat jawatan Akauntan W41

Format Peperiksaan Akauntan Gred W41

Ujian ini mengadungi empat seksyen iaitu:
  • Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Tip Menjawab Soalan Akauntan W41

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41

Contoh #1 Jualan Syarikat Teras Uji Sdn. Bhd. Bernilai RM871,421, kos barang yang dijual berjumlah RM465,651 dan kos operasi RM233,562. Kirakan untung kasar bagi syarikat ini?  

Contoh #2 Syarikat Infokerjaya Resources Sdn. Bhd. Telah membeli sebuah kenderaan dengan kos perolehan sebanyak RM90,767. Aset ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM5,000 selepas 5 tahun. Kirakan jumlah peruntukan susut nilai selepas tiga tahun asset ini dugunakan dengan kaedah garis lurus?  

Contoh #3 Pada 28 Julai 2013, Khairul Asrol membeli barang niaga berharga RM4,300 secara kredit dengan syarat 10% 5 hari; 5% 10 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar oleh Khairul Asrol pada 3 Ogos 2013?  

Contoh #4 Manakah antara perkara berikut yang tidak diambil kira dalam menghitung susut nilai aset? A. Kos Pembaikan B. Harga Kos Belian C. Nilai Skrap Aset D. Jangka Usia Penggunaan Aset  

Contoh #5 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut? A. 28 B. 49 C. 56 D. 62

Persediaan Penuh Peperiksaan Akauntan W41

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan Untuk peperiksaan Akauntan, anda boleh mendapatkan rujukan penuh beserta contoh soalan di; [+] Rujukan Lengkap Peperiksaan Akauntan W41
 

Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan Akauntan W41 ini menjadi kenyataan


Jumaat, April 25, 2014

Umat Islam tidak digalak ucap 'Rest In Peace' - Jakim

Individu beragama Islam amat tidak digalakkan untuk mengucapkan "Rest in Peace" (RIP) kepada seorang yang bukan Islam apabila berlaku kematian.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha, berkata ucapan berkenaan mempunyai implikasi dari sudut akidah sekiranya tidak difahami secara jelas kerana ia merupakan amalan keagamaan orang bukan Islam yang sepatutnya tidak diikuti oleh orang Islam.

"Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia dalam kalangan masyarakat Kristian.

"Versi penuh ucapan tersebut yang berasal daripada bahasa Latin adalah 'May his soul and the souls of all the departed faithful by God's mercy rest in peace'.

"Ia juga mengandaikan orang bukan Islam berkenaan akan mendapat rahmat daripada Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan Fatwa Malaysia dalam laman Facebooknya 17 April lalu berkenaan isu ucapan tersebut yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Othman berkata penjelasan Fatwa Malaysia dalam laman sosial itu merupakan penjelasan hukum dan nasihat yang diberikan oleh Felo Fatwa berdasarkan kemusykilan dan persoalan yang dikemukakan masyarakat umum, dan ia bukan fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Katanya, Islam melarang umatnya mendoakan untuk keampunan bagi orang bukan Islam seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, Surah Taubah, ayat 113 dan dinyatakan juga oleh Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmu.

Bagaimanapun, dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Islam tidak melarang umatnya mengucapkan rasa simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yng meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti 'saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda', katanya.

"Panduan hukum yang diberikan mengenai 'Rest in Peace' ini bukan merupakan fatwa, tetapi ia perlu dijadikan panduan oleh umat Islam kerana panduan ini berdasarkan nas-nas yang jelas selaras dengan hukum syarak," katanya.

Othman juga menasihatkan semua pihak agar tidak mempolemikkan isu itu kerana pandangan hukum yang dikeluarkan adalah sebagai panduan dan nasihat khusus kepada umat Islam dan sama sekali tiada kaitan dengan unsur-unsur penghinaan atau menidakkan hak kehormatan dan kemanusiaan mana-mana pihak atau individu.

- BERNAMA


Khamis, April 17, 2014

Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan


 Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 12.40 pagi Khamis.

Turut terkorban ialah pembantu peribadi Karpal iaitu Michael Cornelius, 40-an.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata,  pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Katanya, seorang anak pemimpin pembangkang itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C.Selvam, 27, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya.
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ahli Parlimen Gelugor itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo ketika dihubungi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata Karpal maut ditempat kejadian.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Twitternya dari Ankara, Turki mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Karpal atas kematian Pengerusi DAP itu.

Beberapa ahli politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitternya turut menyatakan takziah atas kematian Karpal.

"Kita kehilangan seorang rakan, pejuang yang tidak tahu erti penat serta seorang lagenda keadilan... takziah kepada keluarga," tulis Anwar di Twitternya.

- mSTAR
 








 

Selasa, Mac 25, 2014

Jawatan Pegawai Arkib Gred S41


Pegawai Arkib Gred S41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Arkib Negara
Jadual Gaji

GAJI MINIMUM ; RM1909.00
GAJI MAKSIMUM : RM8644.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN ; RM225.00

Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.
Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 : http://jvsecurepay.com/access/41ch/28?camp_id=726



Khamis, Mac 20, 2014

JPA tawar tajaan program kejuruteraan untuk lepasan SPM 2013


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan untuk program kejuruteraan di Jerman, Perancis, Jepun dan Korea untuk tahun ini kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

JPA, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my mulai 20 Mac sehingga 27 Mac 2014.

"Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada hari bekerja mulai 9 pagi hingga 4.30 petang atau melalui emel penawaranlsp@jpa.gov.my," katanya.

Pemohon digalakkan menyemak status terkini permohonan di laman web www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my

Keputusan SPM 2013 yang diumumkan hari ini menunjukkan seramai 13,970 calon memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 13,720 calon pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.05 peratus.

Seramai 405 calon pula berjaya memperoleh gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

- BERNAMA
 


Khamis, Mac 13, 2014

MAS Henti Guna Kod Penerbangan MH370 dan MH371

Penerbangan Malaysia (MAS) mengumumkan penukaran kod penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur sebagai menghormati penumpang dan anak kapal pesawat MH370 berkuatkuasa 14 Mac 2014 (Jumaat).

Kod laluan MH370 ditukar kepada MH318 bagi laluan Kuala Lumpur-Beijing manakala kod MH371 ditukar kepada MH319 bagi laluan Beijing-Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, tiada perubahan kekerapan terhadap perkhidmatan kami dan akan meneruskan operasi harian iaitu dua kali ke Beijing.

“Ingatan kami dan doa tetap berkekalan untuk rakan kami dan penumpang MH370,” kata MAS dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

- BERNAMA

Proses penamaan calon PRK Kajang

Bangi: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang semalam, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional (BN) dan PKR berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Dianggarkan lebih 5,000 penyokong kedua-dua parti hadir memberi sokongan dalam keadaan cuaca panas terik, memenuhi kawasan sekitar pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) seawal jam 7 pagi.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini, pihak berkuasa memasang kawat berduri di sekitar padang dan pintu masuk tambahan ke kompleks berkenaan yang turut diawasi lebih 500 anggota polis dan Pasukan Tempur Ringan (LSF).

Kesesakan lalu lintas lebih dua kilometer dilaporkan di susur masuk Plaza Tol Bangi dari kedua-dua arah Lebuh Raya Utara-Selatan berikutan penutupan jalan di sekitar kompleks sukan berkenaan. Keadaan sama juga berlaku di beberapa laluan keluar masuk ke bandar Kajang dari Bandar Baru Bangi.

Di kem penyokong BN, slogan ‘Hidup BN’ dilaungkan berterusan dan semakin lantang sebaik Datin Paduka Chew Mei Fun kelihatan menghampiri pusat penamaan kira-kira jam 8.50 pagi. Ketibaan calon BN itu disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin komponen lain.

Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula diiringi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mei Fun menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kajang, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, jam 9.07 pagi, disusuli Dr Wan Azizah tiga minit kemudian. Tepat jam 10.15 pagi, Hasan mengumumkan dua calon berkenaan disahkan bertanding PRK terbabit.

Selesai proses itu, kedua-dua calon bersama pemimpin dan penyokong parti masing-masing tanpa membuang masa terus bergegas memulakan agenda pertama kempen, melancarkan secara rasmi jentera pilihan raya mereka dan bertemu masyarakat untuk menagih undi pada 23 Mac nanti.

- BERITA HARIAN



Khamis, Mac 06, 2014

FORMAT DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29


Format dan Contoh Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
http://jvsecurepay.com/access/36og/28?camp_id=530

Tujuan peperiksaan ini diadakan untuk menguji kematangan pemikiran calon sama ada sesuai atau tidak dengan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ini. Selain itu, peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperoleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.

Perlu kami ingatkan di sini – hanya calon yang LULUS dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assessment Centre’ sahaja yang akan ditemu duga.

Peperiksaan ini mengandungi dua (2) bahagian sahaja iaitu:

    Seksyen A – Pengetahuan Am
    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Calon dinasihatkan tidak memfokuskan kertas tertentu sahaja kerana jika prestasi calon baik pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan serta perkembangan isu-isu semasa. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan dalam bidang ICT yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma di dalam bidang tersebut.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik – Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data – Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik – Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Untuk peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, Team InfoKerjaya menyediakan pakej e-book panduan khas untuk anda. E-book ini disediakan dalam format PDF bagi memudahkan rujukan semua calon.

Pakej Panduan Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 khusus bagi Calon Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat pada 8 Mac 2014 boleh diperolehi di : http://jvsecurepay.com/access/36og/28?camp_id=530

Sila SHARE kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang dipanggil ke peperiksaan ini. Bantu mereka.




http://myadha.blogspot.com/2014/03/exam-penolong-pegawai-teknologi.html



Perniagaan kecil digalak guna IBG

Perniagaan kecil digalakkan menggunakan perbankan dalam talian seperti perkhidmatan Interbank Giro (IBG) untuk mengurangkan kos kendalian, selain dapat melaksanakan urus niaga dengan lebih mudah.

Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Nyat Chuan, berkata IBG, melalui perbankan internet dan perbankan mudah alih, memberikan faedah ketara kepada perniagaan menerusi pengurangan kos pengendalian tunai dan cek.

Katanya, 92 peratus atau 18.4 juta penduduk Malaysia mempunyai akaun bank, dan akaun perbankan internet menyumbang kira-kira 74 peratus.

“Bagaimanapun, hanya 43 peratus atau 5.9 juta pelanggan perbankan internet adalah pengguna e-pembayaran yang aktif,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur dikeluarkan sempena siri jelajah ‘Experience IBG” di Kuching, semalam.

Untuk menggalakkan perpindahan kepada e-pembayaran, BNM mengumumkan strategi penetapan harga baharu bagi perkhidmatan pembayaran tahun lalu.

Bayaran bagi IBG, yang dikendalikan melalui perbankan Internet dan mudah alih, diturunkan kepada 10 sen pada 1 Mei 2013 daripada RM2 sebelumnya manakala bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen akan dikenakan pada bulan April 2014.

- BERITA HARIAN


Rabu, Mac 05, 2014

Planetarium Negara pusat ilmu angkasa


Planetarium Negara pusat ilmu angkasa

Kedatangannya di Planetarium Negara, Sabtu lalu bukan yang pertama kali. Kunjungan pertamanya ketika berumur 12 tahun iaitu kira-kira tiga tahun lalu atas dasar ingin mengetahui tentang selok-belok dunia sains, terutamanya mengenai angkasa lepas.

Minatnya itu terus bercambah sehingga ke hari ini dengan mengikuti setiap perincian perkembangan sains angkasa di dalam atau luar negara. Bagi Musaddiq Azli Mubarak, 15, ruang pameran khusus untuk sains angkasa lepas itu memberikan pengajaran secara teori dan praktikal dalam bidang sains.

“Banyak boleh dipelajari di sini sebagai contoh program angkasawan negara yang melahirkan angkasawan negara pertama kita. Selain itu, terdapat juga informasi-informasi berkaitan sains angkasa yang terdapat di Planetarium Negara,” ujar pelajar Sekolah Tahfiz di Sentul, Kuala Lumpur itu ketika ditemui Infiniti di pusat tersebut baru-baru ini.

Ditemani bapanya, Azli Mubarak Tahir dan ahli keluarga lain, dia turut menzahirkan kekaguman dengan teknologi yang terdapat di Planetarium Negara.

Berukuran 11,148 meter persegi, bangunan berkubah biru itu jelas kelihatan kerana terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Dibuka secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia memberi impak positif kepada perkembangan sains angkasa dalam kalangan masyarakat tempatan.

Sehingga kini, ia telah menarik lebih lima juta pengunjung dari dalam dan luar negara. Ia menjadi tumpuan pelancong asing sehingga menjadi lokasi utama dalam senarai lawatan mereka di Malaysia. Bagi warga tempatan, ia merupakan salah satu aktiviti riadah yang bermanfaat kepada anak-anak muda.

“Anak-anak sangat suka berada di sini kerana selain ruang pameran yang menarik, Planetarium Negara turut menyediakan aktiviti interaktif kepada pengunjung,” ujar Azli.

Kunjungan kali kedua Azli dan keluarga adalah kerana ajakan oleh anak sulungnya, Musaddiq yang menunjukkan minat dalam bidang sains angkasa.

“Sekurang-kurangnya, mereka dapat belajar sesuatu selepas berada seharian di sini,” tambahnya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta.

Bagi Rozila Rafie, seorang guru di Kolej Matrikulasi Selangor, kewujudan Planetarium Negara telah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai isu-isu berkaitan angkasa lepas.

“Jika dibandingkan sebelum penubuhan pusat ini, ramai yang kurang jelas mengenai subjek angkasa. Malah, ramai yang kurang memberikan tumpuan kepada angkasa lepas,” ujarnya yang datang bersama sekumpulan rakan kolejnya.

Tambahnya, pusat pendidikan tersebut membuatkan minat pelajar semakin bertambah dan mula menunjukkan kecenderungan kepada bidang sains angkasa.

“Pembelajaran teori di dalam kelas dapat diselarikan dengan pameran yang terdapat di Planetarium Negara,” ujarnya.

Rozila berkata, Kolej Matrikulasi Selangor yang terletak di Banting, aktif dalam menghadiri dan menyertai program-program yang dijalankan oleh Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa).

“Malah, penubuhan Pusat Angkasa Negara di Banting turut memberikan impak positif bukan sahaja kepada pelajar, malah ekonomi penduduk setempat juga berkembang dengan baik,” ujar Rozila.

Pusat Angkasa Negara di Banting, Selangor siap dibina pada tahun 2005 yang menempatkan Pusat Kawalan Misi (MOC) satelit RazakSAT-1.

Pada masa akan datang, ia akan menempatkan RazakSAT-2 dan Makmal Ujian Optik bagi menjalankan pengujian optikal ke atas satelit RazakSAT-1 atau sebarang komponen optikal satelit pada masa akan datang.

Sejak ditubuhkan, Planetarium Negara berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti kesedaran kepada masyarakat, malah mengadakan jalinan kerjasama dengan beberapa negara dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

Pada tahun 2007, Planetarium Negara dan Jepun menjalankan program-program pendidikan Eksperimen Sains Mikrograviti susulan daripada kejayaan Program Angkasawan Negara.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Try Zero G, Space Seed, Parabolic Flight dan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Asia Pasifik.

Selain itu, pusat tersebut menjadi rujukan program-program pendidikan angkasa kepada negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Bercakap mengenai senarai panjang kejayaan 20 tahun Planetarium Negara, tidak lengkap jika tidak melibatkan sejarah yang dicatatkan oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Menerusi program Angkasawan Negara yang diadakan pada tahun 2007, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama berada di ruang angkasa lepas.

Mengimbas detik bersejarah itu, program bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tersebut telah mendapat penyertaan sebanyak 11,267 orang.

Selepas melalui pelbagai cabaran fizikal dan mental, Dr. Sheikh Musza- phar akhirnya dipilih untuk menyertai misi angkasa itu. Beliau berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia).

Pada masa sama, beliau menjalankan kajian mengenai perkembangan penyakit barah tropika dan mikrob tempatan.

“Tidak dinafikan ia telah mengubah hidup saya kerana berada di ruang angkasa menjadi impian kepada semua orang,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Dia menambah, kejayaan program tersebut telah membuka minda masyarakat, khususnya kanak-kanak untuk mendalami bidang sains.

“Kejayaan program angkasawan negara telah memberi inspirasi kepada generasi muda. Jika mereka mempunyai cita-cita untuk menjadi seperti saya, kejarlah impian tersebut sehingga tercapai. Saya juga seperti mereka, maka tiada halangan untuk mencapai impian tersebut,” katanya.

Sheikh Muszaphar berkata, negara perlu memberi perhatian serius dalam bidang sains dan teknologi kerana ia memberi manfaat dalam jangka masa yang panjang.

“Seluruh dunia berlumba-lumba untuk menguasai sains dan teknologi kerana melalui bidang tersebut, sesebuah negara akan lebih maju,” jelasnya.

Melalui Planetarium Negara juga telah mewujudkan program Mikrosatelit negara TiungSAT pada September 2000. Ia dilancarkan ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan.

Satelit itu membawa tiga misi iaitu pencerapan bumi, uji kaji saintifik Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi. Satelit ketiga negara kini sedang dalam rangka pembinaan yang dinamakan RazakSAT-2.

Dalam usia dua dekad itu, Planetarium Negara terus kukuh sebagai pusat pengumpulan maklumat mengenai angkasa lepas.

Penubuhan Pusat Angkasa Negara di Banting dan Pusat Observatori Langkawi (ONL) di Langkawi, Kedah bakal merancakkan lagi perkembangan bidang sains angkasa dalam negara.

- KOSMO!
 

Soalan Lazim Mengenai Baucer Buku 1Malaysia 2014

SOALAN LAZIM - BAUCER BUKU 1 MALAYSIA 2014

Soalan 1) Saya baru tamat pengajian pada bulan Feb 2014 dan akan berkonvo pada bulan Mei ini, jadi layak tak terima baucer buku?

Jawapan :Ya layak, semua pelajar yang aktif dalam tempoh Jan-Jul 2014 adalah layak menerima baucer buku. (Ini kerana status pelajar masih lagi aktif dalam bulan Jan 2014)

Soalan 2) Saya pelajar Diploma telah berkonvo pada bulan Nov tahun lepas, jadi layak tak terima baucer buku?

Jawapan: Tidak layak, hanya pelajar yang aktif dalam tempoh Jan-Jul 2014 sahaja yang layak menerima baucer buku

Soalan 3) Boleh tak saya wakilkan kawan untuk ambil baucer buku?

Jawapan : Tidak boleh, pelajar perlu hadir sendiri untuk mendapatkan baucer buku ini.

Soalan 4) Saya sedang menjalani praktikal di Sabah dan kampus pengajian di Shah Alam, jadi boleh tak saya ambil di UiTM Sabah?

Jawapan : Ya boleh, pelajar boleh ambil dimana-mana cawangan UiTM yang berdekatan. Hanya perlu bawa kad pelajar dan kad pengenalan.

Soalan 5) Bila tarikh akhir boleh ambil baucer buku?

Jawapan : Tarikh sahlaku baucer adalah pada 31 Jul 2014. Jadi pelajar boleh ambil baucer sebelum/pada tarikh berkenaan.

Soalan 6) Saya berstatus cuti khas/digantung bagi sesi Sept – Jan 2014, jadi layak ke terima baucer buku?

Jawapan : Ya layak, semua pelajar yang aktif dalam tempoh Jan-Jul 2014 adalah layak menerima baucer buku. (Ini kerana status pelajar diaktifkan semula bermula Feb 2014)

Soalan 7) Saya tidak berada di Malaysia dari tempoh Dis – Jul 2013, jadi layak tidak untuk terima baucer buku?

Jawapan : Tidak layak, kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian adalah pelajar harus berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M.

Sekian untuk makluman.

Sumber:
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM
https://www.facebook.com/mppuitm


Recent Posts