Rabu, Mac 05, 2014

Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Mac 2014

Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Mac 2014

Jawatan : Pegawai Khidmad Pelanggan (PSH)

Tarikh Temuduga : 5 dan 6 Mac 2014 (Rabu dan Khamis)

Masa Pendaftaran : 8.30 Pagi - 10.30 Pagi

Tempat temuduga : Dewan Mestika, Institut Latihan DBKL (IDB), Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-26179613 / 9609

IKLAN TEMUDUGA:
http://www.dbkl.gov.my/pdf/recruitment/2014/TEMUDUGA_TERBUKA_PSH_PegKhidmatPelangganN17.pdf


Pil Kunyit Anugerah Bongkar Khasiat Kunyit

Kunyit sering kali menjadi rempah yang digunakan di dalam masakan dan turut dijadikan sebagai jamu. Malah kita biasa mendengar kunyit dengan nama saintifiknya 'curcuma longa' yang digunakan untuk kecantikan wajah dan kulit.

Membongkar rahsia kehebatan kunyit secara meluas, Anugerah International Sdn Bhd memperkenalkan produk Pil Kunyit Anugerah untuk penjagaan kesihatan dan membantu mengekalkan kecantikan kulit.

Menurut pensyarah yang juga pengkaji herba dari Universiti Oxford di United Kingdom, Profesor Gerard Bodoker berkata, kunyit mempunyai bahan aktif utama dengan nama 'curcumin' yang mampu menguatkan sistem imuniasi atau penahanan badan dari serangan penyakit.

"Curcumin merupakan antara bahan penyembuh terbaik di dunia perubatan dalam tradisional dan moden. Dengan sebiji pil dari ekstrak curcumin ini seolah-olah mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur," katanya pada taklimat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas mendapati curcumin mempunyai keupayaan anti-oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi penyakit kanser.

Radikal bebas adalah bahan kimia yang meresap ke dalam darah dan merosakkan sel-sel di dalam badan.

Menurut salah seorang pasukan penyelidik berkenaan, Dr Thomas Evans, curcumin mengandungi komponen bioaktif polyphenol yang membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

"Apa yang lebih menakjubkan tentang curcumin bahawa ia bersifat anti radang dan antioksida yang berkesan untuk mencegah penyakit dan amat baik buat mereka bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum," kata Dr Bodeker.

Selain curcumin yang diekstrak dari kunyit, Pil Kunyit Anugerah turut mempunyai rumusan teh hijau, mengandungi bahan aktif dengan nama 'catechins' yang boleh mencegah kerosakan sel-sel di dalam badan.

Beliau berkata, teh hijau yang merupakan salah satu lagi herba tradisional dipercayai melancarkan peredaran darah dan menurunkan kadar kolestrol.

"Malah ia kini menjadi saranan kepada mereka yang menghidap penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi," katanya.

Pil Kunyit Anugerah didatangkan dalam botol yang mempunyai 30 kapsul dan boleh didapati pada harga RM58 sebotol di semua pengedar dan kedai yang menjual produk Anugerah di seluruh negara.

Dr Bodeker merupakan pakar dalam kesihatan dan perubatan tradisional di Asia termasuk China, India, Thailand, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Beliau merupakan anggota fakulti bagi Projek Asia Tenggara Universiti Oxford.

Menariknya, Dr Bodeker turut menerbitkan sebuah buku mengenai perubatan tradisional di Malaysia yang bertajuk 'Health and Beauty from the Rainforest - Malaysian Traditions of Ramuan' (Kesihatan dan Kecantikan dari Hutan Hujan - Ramuan Tradisional Malaysia).

Beliau kini sedang mengusahakan sebuah buku mengenai ramuan tradisional bagi perubatan Cina.

Rokok penyebab kanser peti suara


Rokok penyebab kanser peti suara

Suara merupakan satu bentuk komunikasi yang amat penting bagi manusia namun, nikmat ini kurang diberi perhatian melainkan setelah seseorang kehilangannya.

Hilang suara boleh disebabkan oleh faktor sementara seperti jangkitan saluran pernafasan atas, bengkak peti suara akibat penggunaannya yang keterlaluan mahupun radang saraf larinks.

Kebiasaannya hilang suara dalam kes-kes sebegini akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari atau minggu tetapi kanser peti suara boleh menjadi punca seseorang hilang suara untuk sementara atau selama-lamanya.

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad, peti suara adalah bahagian terpenting yang mengatur penghasilan bunyi atau suara.

“Kontribusi udara dari dalam paru-paru sewaktu menghembus nafas akan menggetarkan peti suara lalu menghasilkan bunyi.

“Ia seterusnya akan melalui rongga mulut dan hidung yang dikenali sebagai artikulator untuk memodulasi bunyi yang dihasilkan kepada bahasa yang difahami.

“Struktur peti suara terletak pada organ salur pernafasan yang dinamakan sebagai larinks. Larinks ialah bahagian tekak yang menyambungkan rongga mulut dan orofarinks di bahagian atas dengan trakea dan paru-paru di bahagian bawah,” ujarnya.

Terganggu

Tambahnya, larinks merupakan bahagian tersempit yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan manusia. Dalam keadaan normal, ia boleh terbuka serta tertutup selain bergetar untuk mengawal udara yang keluar masuk ke paru-paru serta menghasilkan suara.

“Dalam keadaan abnormal atau berpenyakit, suara mudah terganggu.

“Sama seperti organ badan yang lain, kanser boleh terjadi pada struktur peti suara.

“Kanser ialah suatu keadaan di mana sel-sel tumbuh tanpa kawalan dan dalam struktur larinks, peti suara (glotis) ialah struktur yang paling kerap menjadi kanser berbanding dengan struktur supraglotis (atas peti suara) dan subglotis (bawah peti suara),” jelasnya sambil memberitahu, jenis kanser yang paling kerap terjadi ialah karsinoma sel skuamus.

Beliau berkata, golongan lelaki lebih mudah mendapat penyakit ini disebabkan tabiat merokok yang tinggi berbanding wanita.

“Karsinogen iaitu bahan dalam asap rokok menjadi penyebab utama terjadinya kanser peti suara. Ini kerana asap rokok yang disedut akan melalui struktur peti suara sebelum sampai ke dalam paru-paru.

“Dengan meningkatnya jumlah wanita yang merokok, peratusan kanser peti suara yang dialami oleh golongan wanita juga dilihat makin bertambah.

“Selain itu, jangkitan saluran pernafasan oleh virus papiloma manusia, tabiat meminum alkohol, dan radiasi lampau untuk penyakit kanser lain turut menyumbang kepada risiko kanser peti suara ini,” katanya.

Irfan menjelaskan, tanda awal bagi kanser peti suara ditunjukkan melalui perubahan suara. Pada kebiasaannya pesakit akan mendapati suara mereka menjadi serak yang tidak kembali ke nada asal selepas beberapa minggu.

Perubahan suara selepas jangkitan kuman saluran pernafasan atas adalah perkara biasa namun jika ia tidak pulih selepas dua atau tiga minggu, perhatian perlu diberikan. Ini kerana peti suara juga mengawal gerakan udara keluar masuk ke dalam paru-paru.

“Kewujudan sebarang bentuk ketumbuhan akan menyempitkan peti suara manakala ruang udara keluar masuk semakin kecil.

Malah, geseran permukaan peti suara yang mempunyai ketumbuhan akan mengakibatkan luka dan batuk berdarah.

Endoskopi

“Pesakit juga akan berasa sukar untuk menelan makanan,” jelasnya sambil memberitahu, kanser tersebut boleh merebak ke kelenjar limfa di leher yang menyebabkan struktur tersebut menjadi bengkak.

Kanser peti suara juga boleh merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati sekali gus menunjukkan kanser tersebut telah berada pada tahap yang teruk.

“Dari segi rawatan, peti suara akan diperiksa menggunakan endoskopi untuk melihat ke dalam larinks. Proses ini dikenali laringoskopi. Keadaan sebenar dapat dilihat dan direkodkan apabila pesakit melalui proses ini tetapi jika terdapat keraguan, sampel tisu diperlukan.

“Prosedur ini biasanya dilakukan dalam keadaan pesakit dibius. Selain pemeriksaan larinks dan biopsi sampel tisu, bahagian leher dan kepala serta bahagian badan yang lain turut diperiksa,” tambahnya.

Menurutnya, kanser peti suara dirawat dengan menggunakan kaedah radioterapi sekiranya ia berada pada peringkat awal kerana larinks dan peti suara masih dapat diselamatkan. Suara juga dapat dikekalkan selepas menjalani sesi terapi.

“Bagi kanser tahap tinggi, pembedahan tidak dapat dielakkan dan peti suara terpaksa dikeluarkan sama ada separuh atau semuanya bergantung kepada sejauh mana kanser itu menyerang.

“Jika ini berlaku, pesakit akan diberi pilihan untuk membantu mereka bercakap setelah peti suara dibuang,” ujarnya.

- KOSMO!

 

Isnin, Mac 03, 2014

[Nota Exam SPA] Contoh Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Anda dipanggil ke sesi peperiksaan SPA untuk kemasukan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Jika ada, kami ucapkan salam sukses!

Eh tapi jangan lupa mula buat persediaan rapi bermula SEKARANG!

Sikit fakta untuk anda berkaitan calon yang GAGAL tapisan SPA;

- Tahun 2012, 95.64% GAGAL
- Tahun 2011, 96.72% GAGAL
- Tahun 2010, 97.89% GAGAL

Tahun 2013 masih belum dikeluarkan statistik, tapi untuk tahun 2014..

... jika anda calon, ianya terletak di tangan anda!

Buat persediaan AWAL
Buat persediaan RAPI
Buat persediaan TERSUSUN

Jika anda perlukan rujukan untuk persediaan anda, ini bakal bantu anda;


Ianya daripada Tim Infokerjaya yang dulunya dikenali dengan Team Tipsptd

Mereka telah bantu lebih 60,000 orang graduan dalam peperiksaan SPA sejak tahun 2009

Ambil pengalaman mereka untuk manfaat persediaan anda. 

www.jomlulus.com

Wassap 013 979 0000


Buat persediaan dan tinggalkan mereka yang masih leka tunggu tarikh peperiksaan tanpa persediaan!

Salam sukses untuk anda




Contoh Soalan Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat

 

Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: https://go.semakan.info/ptd-m41/28


Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Tarikh Tutup : 14 Mac 2014


Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Tarikh Tutup : 14 Mac 2014

JAWATAN:
1. Pegawai Penyelidik Q47
2. Pegawai Penyelidik Q41
3. Pegawai Tadbir N41
4. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41
5. Penolong Akauntan W27
6. Penolong Pegawai Penyelidik Q27
7. Penolong Pegawai Tadbir N27
8. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
9. Pembantu Penyelidik Q17
10. Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N17
11. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
12. Penjaga Jentera Elektrik R17
13. Penjaga Jentera Elektrik R17
14. Operator Loji Gred R3
15. Pemandu Kenderaan R3
16. Pembantu Am Pejabat N1

IKLAN JAWATAN:
http://www.lgm.gov.my/whatsnew/Jawatan_Kosong_2014_3_1.pdf

Tarikh Tutup : 14 Mac 2014  




Sabtu, Mac 01, 2014

Bilangan Rakyat Malaysia cecah 30 juta

Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang kelmarin.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, sehingga pukul 5.00 petang semalam (27 Februari 2014), jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang.

"Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit.

- KOSMO!


Jumaat, Februari 28, 2014

Taib Mahmud berundur selepas 33 tahun sebagai Ketua Menteri

Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, secara rasmi meninggalkan pejabatnya di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia di sini, yang menjadi ‘rumah kedua’ beliau sejak 33 tahun lalu, tepat jam 2.15 petang semalam.

Beliau kemudian dilihat memasuki lif untuk turun ke aras bawah bangunan itu bagi merasmikan Sudut Rekreasi Wisma Bapa Malaysia, sekali gus menjadi majlis rasmi terakhir dihadirinya.

Abdul Taib sambil ditemani penggantinya, Tan Sri Adenan Satem, kemudian beramah mesra dengan lebih 300 kakitangan kerajaan negeri yang berbaris seawal jam 12 tengah hari, untuk bersalaman buat kali terakhir dengan beliau.

Ada dalam kalangan kakitangan terbabit teruja bergambar dengan Abdul Taib, yang mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia. Ada di antara mereka membawa pemidang tertera ucapan terima kasih kepada beliau.

Abdul Taib diiringi isteri, Puan Sri Ragad Kurdi, turut bergambar kenangan dengan pegawai kanan kerajaan negeri di pekarangan Wisma Bapa Malaysia.

Sejurus sesi fotografi selesai, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang disifatkan Abdul Taib sebagai ‘orang kanan’ paling setia dan dipercayai beliau, kelihatan tidak dapat mengawal emosi berikutan pengunduran pemimpin itu.

Jabu yang juga Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) lantas memeluk erat Abdul Taib sambil menitiskan air mata sebelum bersama Adenan mengiringi bekas ketuanya itu ke kenderaan peribadi bernombor pendaftaran KR 1963, iaitu simbolik tahun penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Abdul Taib, 78, selepas ini bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7, menggantikan Tun Abang Mohamad Salahuddin Abang Barieng yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.


- BERITA HARIAN






Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bantu 42,000 graduan dapat kerja

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berhasil membantu 42,000 graduan menganggur, mendapat pekerjaan sejak dilancarkan mulai 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata hingga Januari lalu, semua graduan itu mendapat pekerjaan selepas atau ketika menyertai program SL1M.

“Program disertai 40 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta itu, memberi latihan kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian,” katanya di Putrajaya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang menyertai SL1M yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mesyuarat itu dihadiri wakil 40 GLC dan swasta, termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan CEO New Straits Times Press (M) Bhd, Mohammad Azlan Abdullah.

Abdul Wahid berkata, graduan negara ini perlu memantapkan kemahiran insaniah dan tahap penguasaan bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

“Tidak salah jika SL1M dijadikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat di negara ini kerana ia membantu membentuk modal insan yang berguna untuk masa depan negara.

“Kira-kira 100,000 lagi graduan masih menunggu peluang menyertai SL1M,” katanya.

- BERITA HARIAN

14 juta rakyat tiada polisi insurans nyawa

Kira-kira 14 juta atau 44 peratus rakyat negara ini masih tidak memiliki polisi insurans bagi melindungi nyawa dan keluarga mereka.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selepas mereka menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan sejak tahun lalu.

Presiden LIAM, Vincent Kwo, berkata kajian itu menunjukkan hanya 56 peratus rakyat yang mempunyai polisi insurans merangkumi insurans hayat dan perubatan.

Katanya, industri insurans harus bekerjasama untuk memastikan 75 peratus rakyat memiliki polisi insurans di bawah Pelan Transformasi Ekonomi pada 2020.

“Pihak industri perlu menggalakkan orang ramai membeli insurans kerana ia adalah satu keperluan dan harus mewujudkan lebih banyak kesedaran serta membuat promosi mengenai produk mereka.

“Kita juga perlu mencari jalan untuk memasarkan produk insurans ke kawasan pedalaman dan separa bandar yang tidak mempunyai akses untuk mendapatkan insurans hayat.

“Bagaimanapun, saya berpendapat industri ini akan berkembang dalam tempoh tujuh tahun sejajar peningkatan pendapatan perkapita,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Kajian Jurang Perlindungan LIAM-UKM 2012/2013.

- BERITA HARIAN



UUM promosi e-Umrah

Universiti Utara Malaysia (UUM) membuka peluang keusahawanan kepada orang ramai sebagai ejen e-Umrah bagi menguruskan jemaah umrah secara atas talian.

Produk terbaharu anak syarikat UUM, Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB), yang diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu itu mampu memberikan pulangan lumayan kepada usahawan.

Pelanggan khususnya penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh mengerjakan umrah menerusi potongan gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan nilai minimum RM150 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMHSB, Rusli Hasnan, berkata modal yang diperlukan ejen hanya RM1,000 merangkumi kiosk, pakaian seragam dan beberapa siri latihan.

Beliau berkata, skim usahawan terbaharu berkonsepkan Islam itu mudah dan tidak menggunakan modal besar, namun memerlukan kesungguhan.

“Kita sasarkan usahawan perlu mendapat 3,000 pelanggan dalam tempoh tiga bulan dengan hanya membantu mereka melengkapkan borang permohonan atas talian menerusi empat langkah mudah.

“Selain komisen RM60,000, ejen juga bakal diberikan insentif RM60,000 sekiranya berjaya menepati sasaran yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelantikan Ejen e-Umrah, di Kuala Lumpur.


Seramai 40 ejen baharu menerima sijil yang disampaikan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMHSB, Datuk Dr Affifudin Omar.

Rusli berkata setakat ini, seramai 200 penjawat awam dan GLC membuat potongan gaji untuk mengerjakan umrah. Mereka bakal berlepas ke tanah suci pada 2016.

- BERITA HARIAN

Rabu, Februari 26, 2014

Format Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41


Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41
http://jvsecurepay.com/access/28py/28?camp_id=281


Peperiksaan ini merangkumi empat (4) seksyen utama iaitu:

    Seksyen A – Pengetahuan Am
    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
    Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan ditemu duga.

Setiap calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Seksyen ini menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawab Pegawai Penerangan Gred S41 dalam memasarkan maklumat dan program Kerajaan untuk tujuan meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program Kerajaan.

Dalam seksyen ini juga calon dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar awam, perlembagaan, undang-undang, pengurusan maklumat dan amalan komunikasi.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik - Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data - Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik - Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.


Untuk mendapatkan Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, sila ke: http://jvsecurepay.com/access/28py/28?camp_id=281