Rabu, Mei 14, 2014

Anwar dan Azizah Terlibat Kemalangan


Anwar dan Azizah Terlibat Kemalangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira pukul 10 malam Selasa.

Anwar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan mengenai insiden tersebut.

"Datuk Seri Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan," katanya di Petaling Jaya, Selasa malam.

Tambah beliau, Wan Azizah yang juga Presiden PKR turut disahkan selamat.

Kedua-dua mereka kini dibenarkan pulang ke rumah.

- mSTAR
 

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor - 20 Mei 2014

Selasa, Mei 13, 2014

Ahmad Said Keluar UMNO


Selepas dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar petang Isnin, terbaharu beliau mengumumkan keluar daripada Umno beberapa jam selepas penggantinya mengangkat sumpah jawatan.

Berikutan tindakannya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal ini menjadi calon Bebas.

"Saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi Dewan Undangan Negeri Kijal," katanya dalam sepucuk surat yang ditandatangani olehnya.

Bagaimanapun, Ahmad Said tidak keseorangan apabila Adun Ajil, Ghazali Taib turut mengisytiharkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta-merta.

Surat berkenaan turut ditandatangani oleh Ghazali.

Sumber terdekat dengan Ahmad Said mengesahkan mengenai peletakkan jawatannya dan beliau akan mengadakan satu sidang media mengenainya pada Selasa.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR)  pula satu kerusi.

Jika benar Ahmad dan Ghazali keluar meninggalkan Umno ini bermakna kedudukan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) boleh tumbang seandainya mereka memilih untuk menyokong pakatan sebagai wakil Bebas.

Dan jika ini berlaku, Ahmad Razif hanya sempat menyandang jawatan menteri besar untuk beberapa jam sahaja iaitu yang tersingkat dalam sejarah negeri itu.

Terdahulu, pada pukul 9.25 malam Isnin, Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan Ahmad Said dihadapan Sultan Terengganu, sultan Mizan Zainal Abdin di Istana Syarqiyyah di Cendering dekat Kuala Terengganu.

Spekulasi memuncak kebelakangan ini  bahawa Ahmad akan digantikan berikutan adanya perjanjian tidak rasmi beliau bersetuju mengekalkan jawatan menteri besar untuk selama setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Ahmad dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu pada 9 Mei 2013.

Beliau pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008.

- mSTAR


 

Isnin, Mei 12, 2014

MB Terengganu : Ahmad Said Letak Jawatan, Ahmad Razif Angkat Sumpah Malam Isnin



Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam Isnin.

Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Majlis angkat sumpah dijangka berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah di Bukit Cendering, Kuala Terengganu

Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.

BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.

- mSTAR




Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM) - 21 Mei 2014

Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia (LKM) - 21 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada waragenagara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagai:

- Setiausaha Pejabat

Iklan Jawatan:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=4255

Borang Permohonan:
http://www.koko.gov.my/lkm/getfile.asp?id=3089













Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 16 Mei 2014


Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 16 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor atau lima (5) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong sebagai:

1. Eksekutif (Audit)
2. Pemandu
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
4. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Iklan Jawatan:
http://www.mais.gov.my/documents/10180/272075/Iklan+Jawatan+MAIS+Bil+1+2014+-+WEB+MAIS+0252014.pdf/6747818f-f20a-44fb-a85d-c4088a5adc2f

Borang Permohonan:
http://www.mais.gov.my/documents/10180/272075/bjk514.pdf/d714ed16-2200-4ded-b5c3-208de380dba5

 




 

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) - 22 Mei 2014

Ahad, Mei 11, 2014

Hukum sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam - Mufti Kelantan

Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?

"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.

"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.

Mohamad Shukri berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.

"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.

Mohamad Shukri berkata, walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu".

- BERNAMA

Sabtu, Mei 10, 2014

Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) - 21 Mei 2014


Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) - 21 Mei 2014

1. Pegawai Tadbir
2. Pegawai Teknologi Maklumat
3. Penolong Pegawai Tadbir
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

Iklan Jawatan Kosong
http://www.mtib.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=15&download=836&lang=bm

Borang Permohonan
http://www.mtib.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=15&download=709&lang=bm









Khamis, Mei 08, 2014

PRK Teluk Intan: Hari Mengundi 31 Mei, Penamaan Calon 19 Mei 2014

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei 2014 ini manakala 19 Mei akan berlangsung hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian awal akan diadakan pada 27 Mei.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat khas PRK Parlimen Teluk Intan di Ibu Pejabat SPR di sini, Khamis.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan ekoran kematian penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP.

Seah, 48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Sumber : mSTAR

Selasa, Mei 06, 2014

Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia


Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Terdahulu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.

Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100.

Sumber : mSTAR
 


Recent Posts