Isnin, April 02, 2012

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Negeri Sarawak - April 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG : Klik sini

JAWATAN KUMPULAN SOKONGAN 2

1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U3

2. PEMANDU KENDERAAN R3

3. PEKERJA AWAM KHAS (OTOKLEB) GRED R3

4. PEKERJA AWAM KHAS (PEMANDU MOTOBOT)
GRED R3

5. PEKERJA AWAM GRED R1

6. PEMANDU AM PEJABAT GRED N1

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan
bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berkenaan di Jabatan Kesihatan Negeri 1
Sarawak.

JAWATAN

Pembantu Perawatan Kesihatan U3

KUMPULAN PERKHIDMATAN

Sokongan

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas pembersihan dan membantu
melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan
peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang
seumpamanya.

GRED DAN JADUAL GAJI

Gred U3

P1T1 RM 709.59 - P1T18 RM 1452.85

P1T1 RM 752.06 - P1T18 RM 1531.25

P1T1 RM 796.16 - P1T18 RM 1611.23

SYARAT LANTIKAN

Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan;

(d) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan

JAWATAN

Pemandu Kenderaan Gred R3

KUMPULAN PERKHIDMATAN

Sokongan

DESKRIPSI TUGAS

Memandu kenderaan jabatan seperti ambulan, bas, lori dan lain-lain dengan
berdisplin serta mematuhi peraturan jalanraya. Memeriksa dan memastikan
keadaan kenderaan seperti tayar, minyak, minyak pelincir, air dan bateri berada
dalam keadaan memuaskan dan melaporkan sebarang kerosakan atau
kemalangan kepada Ketua Jabatan dengan segera.

GRED DAN JADUAL GAJI

Gred R3

P1T1 RM 701.42- P1T17 RM 1354.86

P1T1 RM 743.89- P1T17 RM 1423.41

P1T1 RM 787.99- P1T17 RM 1493.59

SYARAT LANTIKAN

Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki kelayakan Penilaian Rendah Menengah (PMR) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan;

(d) memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen
Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan

(e) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan
bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan

(f) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan

JAWATAN

Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3

KUMPULAN PERKHIDMATAN

Sokongan

DESKRIPSI TUGAS

Mempastikan autoclave berada dalam keadaan baik, mengawasi perjalanan
pensterilan serta memastikan ianya diproses mengikut peraturan yang
ditetapkan dan menjaga kebersihan autoclave dan kawasan sekitarnya serta
tugas-tugas lain yang seumpama dengannya.

GRED DAN JADUAL GAJI

Gred R3

P1T1 RM 701.42- P1T17 RM 1354.86

P1T1 RM 743.89- P1T17 RM 1423.41

P1T1 RM 787.99- P1T17 RM 1493.59

SYARAT LANTIKAN

Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan;

(d) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan

JAWATAN

Pekerja Awam Gred R1

KUMPULAN PERKHIDMATAN

Sokongan

DESKRIPSI TUGAS

Membersihkan kawasan persekitaran pejabat, memotong rumput, mengutip
sampah, menanam dan menjaga pokok-pokok bunga, mengangkat barang-
barang dan lain-lain tugas yang seumpama dengannya.

GRED DAN JADUAL GAJI

Gred R1

P1T1 RM 647.51- P1T14 RM 1178.43

P1T1 RM 689.98 - P1T14 RM 1242.09

P1T1 RM 734.08 - P1T14 RM 1307.38

SYARAT LANTIKAN

Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan;

(d) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan

Permohonan hendaklah dibuat di laman web Sistem Pengurusan Pengambilan
Atas Talian (SPAT), Kementerian Kesihatan Malaysia berikut:
http://jobkkm.moh.gov.my

Tiada borang manual atau penghantaran surat kepada Jabatan Kesihatan Negeri
Sarawak yang akan dilayan. Semua permohonan jawatan harus melalui laman
web di atas. Pemohon bertanggungjawab untuk mengisi maklumat yang lengkap
dan benar ke dalam laman web di atas.

Permohonan perlu dilakukan sebelum pukul 11.59 malam pada 2 April 2012.

Panggilan Temuduga

Hanya calon yang layak selepas asas untuk penapisan Kementerian
Kesihatan Malaysia sahaja yang akan dipanggil temuduga.

Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah di bawah
tanggungan sendiri

Pemilihan Calon Yang Berjaya

Adalah dimaklumkan bahawa pemilihan calon yang berjaya untuk temuduga
adalah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukannya Jabatan
Kesihatan Negeri Sarawak berdasarkan calon-calon yang mengisi laman web
http://jobkkm.moh.gov.my.

Penempatan/Kekosongan

Tertakluk kepada kekosongan jawatan di seluruh Sarawak.

Biasiswa Perguruan Persekutuan KPM (Ijazah Pendidikan Nov 2010 / Semester 1 2011)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon Ijazah Pertama (Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan Nov / Dis 2010 dan Semester 1 2011 untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan di bawah KPM. Permohonan boleh dibuat secara atas talian / online melalui laman web KPM di alamat URL: http://apps.moe.gov.my/ijazah1/

Permohonan secara atas talian / online dibuka mulai 2 April 2012 hingga 30 April 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe.gov.my

Permohonan Pertukaran Guru (eGTukar) Sesi Jun 2012

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dari 1 April hingga 30 April 2012 di : http://apps.moe.gov.my/epgo/

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 akan dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe.gov.my



Hukum Pelaburan ASB & ASN


SOALAN:

HAMPIR 70 peratus umat Islam di Malaysia mempunyai wang simpanan atau pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Apakah hukumnya jika seseorang Muslimin menggunakan duit hasil pelaburan ASB bagi tujuan keperluan hidup seperti membeli rumah atau makanan, malah untuk ibadat juga termasuk mengerjakan haji, zakat, bersedekah serta perbelanjaan pendidikan anak. Adakah ia haram? Bagaimana pula dengan wang faedah pelaburan ASB?

 JAWAPAN:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008, membincangkan Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional, ASB dan seumpamanya. Muzakarah memutuskan bahawa hukum melabur di dalam skim ASN dan ASB serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Dengan ini, segala keuntungan daripadanya halal digunakan. Kita seharusnya bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB adalah salah satu cara untuk menjamin penerusan umat Islam di negara ini dalam usaha memastikan orang Melayu Islam tidak ketinggalan di segi ekonomi.

Sumber : http://www.asnb.com.my/images/Fatwa-keratan.pdf

Amalkan minum dua gelas susu sehari

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Kajian Pemakanan Dewasa Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati penduduk negara ini mengambil tidak sampai suku gelas susu pun sehari. Secara tepatnya mengikut laporan yang disediakan dan diketuai Pengerusi Pusat Kajian Sains Jagaan Kesihatan dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof. Dr. Norimah A. Karim, jumlah yang diambil oleh rakyat Malaysia adalah purata 1/5 gelas susu sehari. "Ini amat kurang jika dibandingkan dengan Saranan Panduan Diet yang memerlukan individu dewasa minum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari. "Malah satu kajian dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan murid sekolah rendah kurang minum susu dan hanya 20 peratus yang meminumnya setiap hari," katanya. Mengapa tidak minum susu? Macam-macam alasan diberikan. Ada yang tidak gemar rasanya, ada pula tidak suka baunya. Paling tidak munasabah, ada yang beranggapan minum susu hanya untuk bayi. "Pokoknya, minum susu bukan budaya masyarakat kita," kata Dr. Norimah. Kebiasaannya seorang ibu menyusukan bayinya sehingga berusia dua tahun dan selepas itu ramai yang tidak memberikan bayi mereka susu lagi. Memang diakui susu ibu adalah pakej makanan lengkap yang bersih, berkhasiat dan selamat selain mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh badan terutama bayi. Namun beliau mengingatkan, tempoh dua tahun pertama usia kanak-kanak menyusu dengan ibu sahaja tidak mencukupi. "Kanak-kanak yang sedang membesar perlu minum susu untuk menjadikan mereka lebih aktif, tulang lebih kuat di samping membantu perkembangan fizikal dan mental," ujarnya. Sepatutnya jelas beliau, selepas bercerai susu ibu, bayi perlu diberikan susu dalam botol atau cawan bergantung kepada umur cerai susu. Jika tidak dibiasakan minum susu pada peringkat kanak-kanak, lebih sukar untuk mereka mempunyai tabiat minum susu apabila dewasa. Kini terdapat banyak jenis susu di pasaran seperti susu segar, susu yang diproses pada suhu tinggi (UHT), susu steril, susu pasteur, susu tepung selain susu yang diperkayakan dengan pelbagai nutrien. "Susu dengan pelbagai tambahan nutrien seperti untuk kecerdasan otak dan kecergasan menjadikan harganya semakin mahal berbanding susu biasa," katanya. Sebenarnya, kata Dr. Norimah, susu biasa sudah mencukupi untuk tumbesaran kanak-kanak kerana khasiat atau nutrien boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan asalkan diambil secara sederhana, seimbang dan pelbagai. Mengenai ramai yang tidak suka susu kerana rasa dan baunya, beliau menggalakkan mereka menambah perisa coklat atau malta mengikut citarasa. "Kebanyakan kanak-kanak sukakan perasa coklat tetapi jangan tambah gula," katanya. Dr. Norimah berkata, susu memang unik kerana ia makanan sempurna sebab itulah ia menjadi makanan awal bagi manusia. "Jadi selepas bercerai susu, kanak-kanak boleh diberikan susu dalam pelbagai bentuk seperti kastard, puding atau susu kocak. "Sebagai ibu, kita patut mempelbagaikan susu mengikut citarasa anak kita seperti menambah pada bijirin sarapan pagi," katanya. Baginya, tidak ada alasan untuk tidak mengambil susu hanya kerana kurang gemarkan rasa atau baunya kerana khasiat susu juga boleh diperoleh daripada yogurt atau aiskrim. Lebih tinggiSeelok-eloknya jelas Dr. Norimah, ibu bapa perlu minum susu bersama anak-anak. "Seperti yang diketahui umum, susu kaya dengan kalsium. Kanak-kanak perlu minum susu kerana kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Protein dan pelbagai vitamin yang terkandung di dalamnya pula membantu pembesaran dan kesihatan. "Justeru susu amat penting dalam proses pertumbuhan kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak yang minum susu lebih tinggi daripada ibu bapa mereka," ujarnya. Menjadi harapan Dr. Norimah, ibu bapa di Malaysia mengetahui kebaikan susu lalu mendidik anak mereka untuk terus minum susu sehingga dewasa. Pengambilan susu bergantung kepada usia. Jika kanak-kanak memerlukan susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari, orang dewasa pula perlu minum sehingga tiga gelas sehari. Bagi wanita, katanya, susu penting untuk mengelakkan kehilangan kepadatan tulang. Nasihatnya kepada wanita yang enggan minum susu kerana kononnya takut gemuk, mereka boleh mengambil susu skim tidak berlemak atau susu rendah lemak dengan separuh lemak. Bagaimanapun, menurutnya, susu kurang lemak bermakna kurang Vitamin A dan D. Bagi mereka yang alahan terhadap laktosa pula, beliau menyarankan mereka mengambil susu kacang soya - namun khasiatnya tidak sama! - MINGGUAN MALAYSIA

Tuanku Abdul Halim ditabalkan Di Istana Negara baru pada 4 April 2012

Buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia, istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan di sebuah istana baru yang tersergam indah di atas bukit. Terletak di Jalan Duta, bangunan putih yang bercirikan 22 kubah kuning itu akan menyaksikan pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam satu majlis penuh istiadat dan gilang-gemilang pada 11 April ini. Istiadat pertabalan tujuh daripada 13 Yang di-Pertuan Agong sebelum ini telah diadakan di Istana Negara lama di Jalan Istana yang merupakan Istana yang diubahsuai daripada sebuah banglo milik jutawan dari China, Chan Wing. Istana Negara baru di Jalan Duta bersandarkan kepada senibina berprestij, Raja berpelembagaan, dan berdiri megah sebagai antara lambang pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia. Penuh Istiadat Istiadat pertabalan yang hanya dapat disaksikan sekali dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang bukan sahaja bakal menjadi tumpuan rakyat jelata malah dunia. Mengulas mengenai Balairong Seri, AR. Datuk (Dr) Nik Mohamed Mahmood Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat yang merekabentuk pelan Istana Negara berkata Balairong Seri bersama Dewan Santapan dan Surau yang terletak di Sayap Rasmi mampu menampung seramai 1,000 hadirin.Selain itu, di luar Balairong Seri dan Dewan Santapan pula terletak bilik Menunggu Diraja di lobi utama dan ruang legar tetamu yang besar akan turut digunakan bagi majlis pertabalan itu. Turut tidak terkecuali, bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bilik Singgahsana. Senibina Menurut Nik Mohamed, rekaan Istana Negara menyaksikan penggabungan antara konsep tradisional Melayu dan senibina Islam. Dibina atas tapak berkeluasan 106 hektar (241.3 ekar), keseluruhan pelan bangunan utama Istana Negara menghadap ke arah Kiblat dan dibahagikan mengikut aras dan sayap mengikut fungsi. "Aras utama dibahagikan kepada Sayap Rasmi dan Sayap Diraja. Aras di bawah terletaknya pula pejabat pentadbiran, dapur, stor dan ruang sokongan lain. Berbanding istana sebelum ini yang hanya mempunyai dua kubah, istana baru mempunyai 22 buah kubah dengan kubah utama mencapai ketinggian 60m seiring dengan kedudukan dan darjat Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong. Mengenai rekaan Pintu Gerbang Utama yang terletak pada jalan masuk dari Jalan Duta, ia direka bentuk khusus supaya mengukuhkan lagi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia. Ia mempunyai ciri-ciri ukiran flora yang melambangkan bunga kebangsaan, Bunga Raya serta ukiran Islam. Tiga Laluan Utama Terdapat tiga laluan utama untuk memasuki Istana Negara Jalan Duta iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta bagi kegunaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan. Pintu Gerbang Masuk Utama ini turut menempatkan Pengawal Istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pintu kedua yang terletak di Jalan Changkat Semantan adalah pintu masuk bagi kegunaan Tetamu Diraja serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara. Manakala pintu ketiga yang terletak di Jalan Sri Hartamas, Mont Kiara adalah pintu masuk bagi rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka serta Pentadbiran Istana Negara serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara. Sukar Sememangnya, tugasan melaksanakan rekaan itu bukanlah satu kerja yang mudah.Nik Mohamed berkata, bagi melaksanakan perancangan Istana Negara yang baru ini, pihak KSSB telah menerima banyak panduan dan nasihat daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang pada masa itu adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12. Biarpun pernah berpengalaman dalam merekabentuk Istana Selangor di Kuala Lumpur, Istana Darul Ehsan di Putrajaya, namun akui Nik Mohamed tugasan kali ini adalah paling mencabar. - BERNAMA

Tip Makan di luar secara bijak

Pernahkah anda mengira berapa kali anda makan di luar bersama dengan keluarga dalam seminggu? Setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat, kanak-kanak makan di kantin sekolah, manakala pelajar-pelajar kolej melepak dan makan di kafeteria. Golongan dewasa yang bekerja pula makan tengah hari di restoran dan kedai kopi. Pada hujung minggu, ramai yang menyertai "fenomena gerai mamak" dengan rakan-rakan dan keluarga. Kadang-kadang mereka akan duduk di gerai mamak untuk menonton perlawanan bola sepak sehingga awal pagi. Sibuk Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong, kebanyakan penduduk di kawasan bandar menjalani rentak kehidupan yang pantas dan sibuk lalu mengalami kekurangan atau tiada masa untuk menyediakan hidangan yang sihat di rumah. Ini menyebabkan semakin ramai keluarga yang makan di luar dan kanak-kanak pula mengambil banyak makanan segera. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan di luar telah meningkat dengan peningkatan pendapatan isi rumah. Umumnya, makanan yang kita pilih apabila makan di luar mengandungi lebih kalori, lemak dan lemak tepu daripada makanan dan snek yang disediakan di rumah. Sementara itu, Presiden Persatuan Dietetik Malaysia (MDA), Indra Balaratnam memberitahu, terdapat banyak bahan yang tersembunyi dalam masakan di luar seperti lemak, gula dan garam. “Kajian juga menunjukkan bahawa makan di luar secara kerap ada kaitan dengan masalah obesiti, lemak badan atau Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang lebih tinggi. “ Pengambilan makanan di luar juga ada kaitan dengan pengambilan minuman tinggi gula secara berlebihan dan kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu,” jelas Indra Balaratnam. Makanan yang sihat "Makan secara sihat di luar bukanlah sesuatu yang sukar. Apa yang perlu anda buat adalah membuat pilihan makanan secara bijak dan mengunjungi tempat-tempat di mana anda boleh minta makanan yang lebih sihat dan rendah lemak. “Cuba minta makanan yang disediakan dengan kandungan gula dan garam yang rendah,” nasihatnya. Beliau menambah, setiap orang mesti mengamalkan tiga prinsip utama makan secara sihat iaitu makan secara seimbang, sederhana dan pelbagai berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Tip makan di luar: 1) Minta hidangan daging, ayam dan ikan yang disediakan dengan cara panggang, bakar dan rebus. 2) Minta lebih buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai hidangan sampingan untuk menggantikan kentang goreng. 3) Minta supaya sos disediakan secara berasingan. 4) Minta hidangan yang bersaiz kecil atau kongsi makanan dengan rakan-rakan anda. - MINGGUAN MALAYSIA

Masalah mengawal air kencing

SOALAN:

APAKAH punca seorang wanita sukar mengawal air kencing? Adakah masalah ini berpunca daripada otot lantai pelvis yang lemah? Saya juga ada mendengar ia berpunca daripada kehamilan, melahirkan bayi, berat badan berlebihan, usia tua dan tabiat merokok. Saya mohon penjelasan lanjut daripada doktor.

JAWAPAN:

Masalah untuk mengawal air kencing ini juga dikenal sebagai inkontinens. Masalah ini kerap dialami wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita terlalu malu untuk berkongsi masalah sebegini dengan sesiapa pun, termasuklah dengan doktor. Mereka beranggapan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebenarnya masalah ini tidak boleh dianggap remeh dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diatasi segera.

Otot lantai pelvis lemah

Memang tepat tanggapan anda yang masalah ini berpunca daripada otot lantai pelvis yang lemah. Keadaan inkontinens terjadi apabila wujud masalah pada otot dan saraf yang mengawal dan membuang air kencing. Ia boleh berlaku kerana otot lantai pelvis menjadi lemah (umumnya disebabkan kehamilan, melahirkan bayi, berat badan yang berlebihan, usia tua dan tabiat merokok) dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar. Kelemahan otot lantai pelvis mungkin juga disebabkan faktor kesihatan, sembelit, kesan sampingan pelbagai ubat-ubatan dan fasa pasca menopaus.

Kesan

Masalah ini boleh menjejaskan kualiti hidup dan membuatkan seseorang itu berasa tertekan. Malah ia menjadi isu penting dalam aspek kebersihan terutama bagi wanita beragama Islam untuk beribadat. Ia juga mampu memberi kesan psikologi lebih besar kepada wanita sehingga ada yang perlu mengubah gaya hidup dan mengelak terbabit dalam kegiatan sosial kerana bimbang dan malu jika masalah mereka diketahui. Aktiviti menjadi terhad dan ke mana saja mereka pergi, mereka perlu tahu di mana kedudukan tandas. Mereka juga keberatan bercampur dengan orang ramai kerana malu masalah itu diketahui dan bimbang jika 'berbau hancing' (berbau air kencing).

Oleh kerana pundi kencing dan faraj terletak berdekatan, masalah ini turut memberi kesan terhadap hubungan seks. Ada wanita mengadu suami tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Malah, ada yang terpaksa merelakan suami mencari isteri lain. Pada masa sama, inkontinens boleh menyebabkan wanita mengalami banyak masalah lain seperti jangkitan, ruam, gatal, tidak selesa dan kadangkala sakit kerana kawasan berkenaan sentiasa lembap.

Rawatan

Meskipun inkontinens bukan penyakit, ia perlu dirawat kerana ia gejala akibat masalah kesihatan lain. Bagaimanapun, hanya satu pertiga penghidap mendapatkan rawatan kerana 50 peratus mendakwa masalah itu tidak menjejaskan kehidupan mereka. Ada juga wanita yang berkata boleh bertahan dengan keadaan tersebut. Hanya sekumpulan kecil sahaja yang mengakui berasa betul-betul terganggu. Ramai yang berpendapat ia adalah masalah kecil dan merasakan tidak perlu mendapatkan rawatan kerana ia bukan penyakit. Ada juga yang menganggapnya sebagai sebahagian daripada proses penuaan atau ada yang tidak tahu di mana hendak mendapatkan rawatan.

Anda boleh belajar untuk melakukan senaman menguatkan lantai pelvis dan otot pada pundi kencing iaitu senaman Kegel atau secara kemutan. Senaman ini dilakukan dengan bernafas seperti biasa ketika anda 'mengecutkan' otot. Tarik nafas dan 'kecutkan' otot faraj ketika anda menghembuskan nafas dan bernafas seperti biasa. Jika anda menahan nafas, ia menekan lantai pelvis ke bawah. Senaman ini sama seperti ketika kita hendak menahan kencing. Ia boleh dilakukan di atas katil (sebaik sahaja bangun daripada tidur), sambil duduk atau ketika anda berdiri. Sebaik-baiknya buat 10 hingga 20 kali bagi satu sesi senaman dan ulang dua kali sehari atau seberapa kerap yang anda mahu. Bagi wanita yang melahirkan anak, sebaik-baiknya buat empat sesi setiap hari. Jika sudah bersenam dan melakukan perubahan gaya hidup tetapi masih berlaku masalah kebocoran, segeralah berjumpa doktor.

- UTUSAN

Ahad, April 01, 2012

110,740 pelajar telah menyertai Kor Kadet Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memiliki barisan pelapis atau sukarelawan remaja di peringkat sekolah menengah yang membanggakan apabila seramai 110,740 pelajar telah menyertai Kor Kadet Polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, jumlah itu hampir menyamai bilangan keseluruhan anggota dan pegawai dalam PDRM yang berjumlah lebih 117,000.

Menurutnya, penglibatan remaja yang ramai dalam Kor Kadet Polis jelas menunjukkan pasukan tersebut popular di kalangan pelajar sekolah menengah.

"Dengan jumlah yang besar itu juga, PDRM berharap anggota Kor Kadet Polis mampu menjadi mata dan telinga kepada polis dalam usaha mencegah jenayah," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh sempena sambutan Ulang Tahun Ke-42 Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol)

- UTUSAN

Cerita sedih di sebalik April Fool - 1 April

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!! Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan ini dari Risalah Fikrah http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/1480/cerita-sedih-di-sebalik-april-fools-day/

Pasaran kerja naik 43 peratus

TINJAUAN pasaran pekerjaan di Malaysia dalam suku pertama tahun ini meningkat berbanding suku sebelumnya dengan syarikat terus mengambil pekerja berbakat di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, kata Pengurus Negara JobStreet.com, Chook Yuh Yng. Beliau berkata, mengikut Indeks Tinjauan Pekerjaan syarikat itu untuk suku pertama lalu, 43 peratus telah mengunjurkan tinjauan pekerjaan akan menjadi bertambah baik sedikit sementara 29 peratus berkata ia akan kekal sama seperti suku pertama tahun lalu. Katanya, walaupun kaji selidik untuk ekonomi negara menunjukkan 31 peratus daripada pekerja menjangkakan ekonomi akan lembap, jumlah iklan pekerjaan di JobStreet.com masih lagi tinggi. “Terdapat 27,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia di JobStreet.com dengan 30,000 syarikat aktif mengambil pekerja," katanya kepada pemberita selepas perasmian pameran Kerjaya dan Latihan JobStreet.com Malaysia 2012 yang ke-13 di Kuala Lumpur semalam. Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Mengenai aktiviti pengambilan pekerja, Chook berkata 44 peratus daripada responden berkata, mereka akan mengambil lebih sedikit pekerja dan menggantikan semula ataupun memenuhi jawatan penting hanya dalam tempoh 12 bulan ini. “Sejumlah 25 peratus lagi akan mengekalkan kadar pengambilan manakala 23 peratus berkata syarikat mereka akan mengembangkan perniagaan, sekali gus mengambil lebih ramai pekerja," katanya. Pada masa ini, sektor paling tinggi mengambil pekerja ialah sektor pembuatan, komunikasi maklumat dan teknologi, pembinaan/hartanah, perbankan dan perkhidmatan kewangan dan borong serta runcit. Kaji selidik itu yang dikendalikan setiap suku, meliputi sejumlah 1,111 pelanggan, pengurus dan pengurus kanan JobStreet.com di keseluruhan pelbagai industri. - BERITA HARIAN

Recent Posts