Jumaat, November 14, 2008

How to win people in to your way of thinking?

Fundamental technique in handling people

1. Don't criticize, condemn or complain

2. Give honest and sincere appreciation

3. Arouse in other person an eager want


Six ways to make people like you

1. Become genuinely interested in other people

2. Smile

3. Remember that a person's name is to that person the sweetest and most important sound in any language

4. Be a good listener. Encourage others to talk about themselves

5. Talk in terms of other person's interests

6. Make the other person feel important - and do it sincerely


How to win people in to your way of thinking

1. The only way to get the best of an argument is to avoid it

2. Show respect for the other person's opinions. Never say, you're wrong'

3.If you are wrong, admit it quickly and emphatically

4.Begin in a friendly way

5.Get the other person saying "yes, yes' immediately

6.Let the other person do a great deal of the talking

7.Let the other person feel that the idea is his or hers

8.Try honestly to see things from the other person's point of view

9.Be sympathetic with the other person's ideas and desires

10. Appeal to the nobler motives

11. Dramatize your idea

12.Throw down a challange

Cheers!!

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... "

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Subhanallah... Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Novel Keliru (Bhg 10)

“Ah, peningnya. Taubat. Lain kali aku tak mahu pura-pura pengsan,” keluhnya sambil melompat duduk di atas meja tulisnya bersebelahan dengan Syazwan berdiri. Dia mengurut-urut tengkoknya yang masih lagi terasa sakit. “Dan, lain kali cakaplah awal-awal kau belum makan ubat lagi… huh, menakutkan aku saja.”

“Kalau aku tak buat macam tu, tak dapatlah aku selamatkan keadaan,” kata Syazwan. “Kau tahu tak, mama dah dapat kesan rancangan kita nak melarikan diri dari disoal siasat, dengan apa cara sekali pun kita takkan menang punya.”

“Jadi, kau berpura-pura jatuh sakit…,” sambung Syafiq dan kembarnya itu hanya mengangguk mengiakannya. “Ah… tak sangka kau lagi licik dari aku.”

“Hey, kalau nak jadi Syafiq mesti berfikir macam Syafiq,” balas Syazwan spontan. Dengan spontan juga Syafiq ketawa kelucuan.

“Tak sia-sia aku dermakan hati aku pada kau dulu, mungkin sebab tu… kita boleh jadi pasangan kembar serasi,” ujur Syafiq. “So, bila kita nak start?”

“Start apa?”

“Start permainan kitalah.”

“Sampai kau lulus jadi ‘aku’. Tapi ada satu masalah lagi,” ujur Syazwan.

“Aku tahu, kalau kita nak buat idea gila ni mesti kena minta pertolongan dari Lia,” Syafiq mengurut tengkoknya sambil berfikir bagaimana hendak membuatkan adik perempuannya itu bersekutu dengan mereka. “So, apa pendapat kau?”

“Tiada cara lain lagi. Kita kena beritahu dia sebelum dia buat keputusan beritahu semua orang,” ujur Syazwan lagi.

“So, terpaksa juga cara ini saja.”

Syazliana menjeling memandang kedua abangnya dengan penuh kemusykilan. Pelik betul. Mana tak peliknya. Kedua abangnya tidak pernah keluar bersama tiba-tiba keluar bersama malah mengajaknya pula. Lagi pelik adalah kedua-duanya beriya-iya hendak membelanjanya makan pizza, makanan kegemarannya.

“Ini memang pelik,” ujur Syazliana meletak semula sudu dan garfunya kembali. Kedua-dua abangnya ditetapinya. “Okey, kalau Abang Wan nak belanja Lia makan tak mengapalah. Lia faham sebab Abang Wan selalu bawa Lia pergi shopping hujung minggu. Dan kalau Abang Fiq nak belanja Lia makan, okey, boleh diterima juga sebab Abang Fiq kebosanan tiada perempuan dia nak pergi dating tapi yang peliknya… Abang Wan dengan Abang Fiq belanja Lia makan pizza serentak. Bukankah itu pelik namanya?” ujur Syazliana yang sudah dapat agak mesti ada udang di sebalik pizza yang dia makan itu.

“Mana ada…,” pantas Syafiq menjawab. Syazwan di sebelah sudah menjeling tajam. “Okey, memang ada,” akhirnya dia menjawab.

“Oh, Lia faham. Abang Wan dengan Abang Fiq memang ada satu pakatan rahsia yang besar dan sekarang pakatan rahsia tu perlukan sokongan dari Lia, betul tak?” teka Syazliana lagipun dia memang sudah dapat agak dari awal lagi.

“Okey Lia, tolong jangan beritahu sesiapa pasal ni okey?”

“Okey tapi selagi abang berdua tak beritahu pasal pakatan rahsia ni, Lia akan report pada semua orang.”

Syazwan dan Syafiq berpandangan.

“Okey, macam ni Lia…,” Syafiq mula berbicara memberitahu segala-galanya tentang idea gila mereka kepada adik perempuannya itu.

“Gila!” pantas Syazliana memberi reaksi setelah mendengar pakatan rahsia abang-abangnya itu. “Abang-abangku, korang dah gila ke atau saja nak buat kerja supaya jadi gila? Bertukar tempat?! Kalau orang lain tahu mampus korang berdua!”

“Sebab tula kitorang perlukan Lia untuk cover line,” ujur Syazwan.

“Abang Wan, Lia tak sangka Abang Wan boleh terpengaruh dengan Abang Fiq,” keluh Syazliana. Ah, kedua-duanya sama saja. Walaupun mempunyai perwatakan yang berbeza tapi hakikatnya perangai mereka sama saja.

“Wait the minutes… kalau Abang Wan nak bertukar tempat dengan Abang Fiq... ,” kata-katanya berputus apabila teringatkan boyfriendnya, Hanif yang juga adalah kawan Abang Wan. “Abang Wan…,” rungut Syazliana.

“Ah, tak payahlah nak sorok-sorok dengan abang tentang boyfriend kau tu,” ujur Syafiq selamba. “Siapa namanya? Hanif?”

“Abang Wan!”

“Bukan abang yang beritahulah. Abang tak beritahu apa-apa pun,” kata Syazwan pula. Pening betul kalau dia tersepit ditengah-tengah ni.

“Habis tu kalau Abang Wan tak beritahu macam mana Abang Fiq tahu pasal Hanif?!” Syazliana sudah bermasam muka.

“Lia, Lia ingat Abang Fiq ni tak tahu apa-apa ke pasal adik abang ni? Pasal Hanif tu dah lama dah abang tahu cuma malas nak cakap saja. Yelah, selagi si Hanif tu tak buat hal dengan Lia, selagi tulah abang diamkan diri saja. Lagipun dia tukan kawan kembar abang sendiri, so, abang percayakan dia,” terang Syafiq.

“Betulkah?” tanya Syazliana yang mula tersenyum apabila Syafiq memberi jawapan yang sukar dijangkanya. Yelah, Abang Fiq begitu tegas sikit dalam hal kawan-kawannya sehinggakan dia tidak boleh berkawan dengan orang sebarangan termasuklah kawan-kawan perempuan.

“Ya. So, nak tolong kami tak?” tanya Syafiq lagi.

“Ah, Abang Fiq memang nak ambil hati Lia tapi Lia masih tak berpuas hati lagi. Yelah, kalau Lia ambil bahagian dalam pakatan rahsia ni, apa yang Lia dapat.”

“Ah, bijak betullah adik kau ni, partner,” keluh Syafiq memandang Syazwan. Syazliana hanya tersenyum kelucuan.

“Siapa yang selalu ajar dia?” sindir Syazwan pula menjeling Syafiq.

“Okeylah, bagaimana dengan pizza setiap minggu?” Syafiq mula tawar menawar.

“Emm… tak best sebab makan pizza boleh jadi muak.”

“Okey, Lia boleh pergi dating dengan Hanif tanpa bantahan dari kami pun,” Syazwan pula mula tawar menawar.

“Emm… cadangan yang baik tapi selama ni Lia ada juga dating dengan Hanif dan kalau dating selalu Lia akan muak, so, cari idea lain.”

Syafiq dan Syazwan mula kekeringan idea. Masing-masing memandang sesama sendiri sambil cuba mencari idea lain.

“Okey, apa yang Lia mahu?” tanya Syafiq yang kebuntuan.

“Hah! Soalan tu lah yang Lia tunggu-tunggu. Apa yang Lia mahu… emm… apa yang Lia mahu adalah seperti sekarang,” jawabnya. Syafiq dan Syazwan masing-masing mengedut dahi. Masing-masing kurang faham kemahuan adik perempuanya itu. “Maksud Lia, seperti sekarang… kita bertiga keluar makan bersama, berbual bersama dan pergi shopping bersama. Bagaimana? Boleh ke?”

“Bagaimana?” tanya Syazwan kepada kembarnya itu.

“Okey, kalau ini saja yang dia mahu,” jawab Syafiq terpaksa bersetuju dengan permintaan adik perempuannya itu. Walauapapun, Syazliana adalah satu-satunya adiknya. “Tapi hanya kita bertiga, no boyfriend or girlfriend, okey?”

“Okey,” jawab Syazliana pantas. Syazwan di sebelahnya hanya mengangguk.

Novel Keliru (Bhg 9)

“Hey partner, kenapa kau jalan laju sangat?” tanya Syafiq di belakangnya tapi Syazwan langsung tidak mengendahkan kembarnya itu. Langkahnya semakin laju berjalan di hadapan. Kalau boleh dia hendak saja lari dari kembarnya itu. “Hey,” panggil Syafiq. “Apa salah aku?”

“Jangan cakap dengan aku!” ujur Syazwan masih lagi berjalan. Dia sempat menjeling kiri dan kanannya, orang ramai yang lalu lalang di sebelah mereka, semuanya memandang semacam. Bukannya sebab mereka semua tidak pernah melihat pasangan kembar tapi… Syazwan menjeling ke arah Syafiq.

“Boleh tak kau tanggalkan topeng ultraman tu?” tanya Syazwan sedikit meradang. Orang lain serius, dia boleh lagi main-main.

“Oh, benda ni ke yang buat kau marah?” tanya Syafiq menunjukkan topeng yang masih lagi dipakainya. “Aku terpegun melihat topeng yang cantik ni, macam mana? Handsome tak kalau aku pakai topeng ni?” tanya Syafiq lagi.

Syazwan hanya mengeluh lemah. Dia kembali menyambung perjalanannya dengan mengelilingi shopping complex KLCC yang terkenal dengan gahnya oleh rakyat Malaysia. Syafiq yang masih lagi memakai topeng ultraman itu mengikori kembarnya itu dari belakang.

Dan tiba-tiba Syazwan berhenti.

“Boleh tak kau tanggalkannya?!” ujurnya lagi.

“Kenapa? Kau malu ke? Tak pe, aku tolong cover line.”

“Bukan sebab malu tapi orang lain fikir yang kau ni macam perompak, nak rompak bank,” ujur Syazwan.

“Oh, cool.”

“Ah, lantaklah kau. Kalau kau kena, tanggung sendiri.”

“Okey, okey,” akhirnya dia mengalah dengan Syazwan. “Kau ni takkan tak faham-faham lagi maksud aku pakai topeng ni, kalau ada kenalan-kenalan kita nampak kita berdua, macam mana nak jalankan Mission Impossible kita,” keluh Syafiq sambil berlalu berjalan seiringan dengan kembarnya itu.

“ Ada kembar pun hidup macam pelarian,” keluh Syazwan tapi baru saja dia hendak melangkah, Syafiq menarik tangannya. “Kenapa?!”

“Kau ni, macam perempuanlah, sekejap sejuk, sekejap panas,” keluh Syafiq. “Ni, kau nampak tak sekumpulan budak perempuan yang duduk kat KFC tu?” tanya Syafiq sambil menunjuk ke arah sekumpulan anak-anak gadis sedang berbual rancak.

“Kenapa? Kau nak mengorat ke? Kalau kau nak mengorat kau pergi la, aku nak pergi makan pizza,” dia mula mengorak langkah dan sekali lagi Syafiq menarik koler bajunya.

“Kenapa?!”

“Bukan aku yang akan mengorat mereka tapi kau.”

“Aku?! Kau dah gila ke?!”

“Sebagai praktis je, pergilah.”

“Aku tak mahu.”

“Kalau kau tak mahu, kau kena berkorban balik nanti.”

“Kenapa pula?”

“Takkan kau tak tahu mulut adik kita sorang tu? Dia mesti beritahu semua orang pasal pakatan sulit kita ni, jadi, untuk mengelakkan kita berdua dari disoal siasat, salah seorang mesti berkorban dan kalau kau ikut cakap aku, aku sanggup berkorban demi kau, wahai partner ku,” ujur Syafiq lembut seperti sedang memikat kembarnya itu.

Syazwan sekali lagi mengeluh lemah.

“Diam tu tanda setuju. Okey, pakai earphone kau, sekarang.”

“Nak buat apa?”

“Ikut je la cakap aku, aku tak boleh nak ikut kau dan ajar kau sekali gus. Dengan benda ni, aku akan ajar kau dari jauh,” ujur Syafiq lagi.

“Ah, kenapalah aku mesti ikut cakap kau?”

“Pakai jelah, jangan banyak cakap lagi.”

Syazwan memandang di sekelilingnya. Kebanyakkan dari penonton-penonton wayang filem Hindustan yang sedang dipertontonkan di dalam panggung itu, semuanya menangis teresak-esak. Entahlah. Babak apa yang membuatkan semua penonton menangis teresak-esak dia juga tidak pasti. Apa yang pasti dia langsung tidak berminat menonton wayang itu sejak mula ditayangkan lagi.

Dia kemudiannya menjeling ke arah kembarnya, Syafiq di sebelah. Lain pula keadaan Syafiq. Orang lain penuh dengan air mata dia mula penuh dengan gelak tawa yang cuba di tahan- tahannya itu.

Ni tak de kerja lain la selain gelakkan kejadian dia belajar memikat perempuan. Hampeh! Teruk di kenakan dengan Syafiq.

“Sekali kau gelak, aku bunuh kau kat sini jugak,” ujur Syazwan lagi.

“Janganlah marah, aku cuma tak tahan dengan babak dalam cerita tu,” ujur Syafiq cuba menahan-nahan gelak.

“Yelah, aku tahu, aku ni tak pandai pikat perempuan macam kau tapi itu tak bermakna aku ni takut dengan perempuan.”

“Siapa kata kau takut dengan perempuan? Dan cara kau pikat budak-budak tu, not bad apa. Dapat no telefon sekali.”

“Habis tu, kenapa kau gelak?”

“Aku cuma tak tahan dengan salah seorang budak yang cun tu… aku tak tahan bila dengar dia terkentut. Kuat pulak tu, boleh dengar satu KLCC ni,” Syafiq sekali lagi tergelak. Syazwan yang duduk di sebelahnya juga tidak dapat menahan gelak mengingati peristiwa tadi.

“Sudahlah,” ujur Syazwan sambil menyiku perut Syafiq apabila terdapat mata memandang mereka kerana buat bising. Yelah, orang sibuk layan perasaan tapi mereka berdua sedang bergelak ketawa pula.

“Wei, kau nak tahu tak?” tanya Syafiq setelah dia dapat menahan gelak.

“Apa dia?” tanya Syazwan perlahan.

“Kita ni macam pergi dating saja,” ujur Syafiq. Dan sekali lagi mereka berdua tergelak besar.

“Ah, selesanya dapat keluar dari bilik beku tu,” ujur Syazwan sambil mengeliat malas. “Kenapa kau tak beritahu yang panggung wayang tu sejuk macam kat kutub utara?” tanyanya lagi apabila melihat Syafiq dengan selambanya keluar dengan memakai jeket tebal.

“Tulah kau, ini pengetahuan am. Itu pun tak tahu!”

“Manalah aku tahu sebab aku jarang nak tengok wayang. Tengok pun cerita Hindustan . Tak de cerita lain ke?”

“Sorry partner, hanya itu saja tiket yang ada. Nak buat macam mana lagi. Dan lagi, kau ni bukan setakat jarang tengok wayang tapi jejak panggung wayang pun tak pernah. Mengecewakan. Sebenarnya aku ajak kau tengok wayang sebab nak ajar kau cam ne nak bawa awek tengok wayang.”

“Macamlah aku perlukan semua tu,” ujur Syazwan sambil bersin beberapa kali. “Ah, lain kali aku takkan jejak ke panggung wayang lagi!” ujurnya dengan tegas. “So, kita nak pergi mana ni?”

“Pergi mana lagi. Hari dah petang, baliklah. Tapi, cakap pasal bab balik ni… ni yang malas ni,” keluh Syafiq.

“Kau ada idea ke macam mana nak lari dari disoal siasat?” tanya Syazwan.

“Hello partner, kepala otak aku ni sentiasa ada idea kalau nak selamatkan diri tau. Ah, hari tu kita dah berlakon kena cirit birit, jatuh tanga pun dah buat emm… dalam keadaan kritikal ni… hanya itu saja jalannya.”

“Buat apa?”

Syafiq mengeluarkan beberapa pil dari poket seluarnya.

“Pil apa tu?”

“Ecstasy,” ujurnya selamba.

“Gila!”

Kemudian dia tersenyum. “Wei, kau ingat kembar kau ni ketagihan dadah ke? Ni pil tidur akulah. Aku sempat capai masa nak keluar tadi.”

“Kau nak buat apa dengan pil tu?”

“Apa lagi kalau tak selamatkan diri. Berpura-pura pengsan, bagaimana? Hebat tak idea aku?”

“Gila kau. Kalau mama dapat tahu….”

“Mama takkan tahu. Malah semua orang dalam rumah tu akan jadi panic kalau salah seorang tiba-tiba jatuh pengsan.”

“Yelah, tapi bagaimana kalau mama call doktor? Doktor mesti dapat kesan punya.”

“Itulah kerja kau. Tolong cover line, okey?”

“Cover line? Macam mana?”

Syafiq mengeluh lemah. Apa kebengap sangat kembar aku ni? Cover line pun tak reti ke? Macam ni nak berlakon jadi ‘dia’? Hisy! Kena ajar sikit ni, kalau tak, habis mission impossible nanti.

“Kau sogoklah doktor tu dengan money, macam yang kita selalu buat tu.”

Seperti yang dijangka, selepas saja melangkah masuk ke dalam rumah, semua orang sudah berkumpul di ruang tamu sedang menanti mereka berdua. Keduanya masih berlagak seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Kamu berdua pergi ke mana?” tanya ibu tiri mereka dengan lembut. Puan Maria kalau bertanya memang lembut tapi orangnya memang tegas dalam bab mendidik anak.

“Err… just jalan-jalan,” jawab Syazwan selamba.

“Jalan-jalan?” sambung mama mereka pula dengan nada memerli. Syazliana yang duduk di sebelah mamanya hanya tersenyum-senyum mengejek mereka. “Bila masa korang berdua ni pergi dating bersama?”

“ Ala mama, sebab tak pernah pergi dating bersamalah kitorang keluar. Dulu mama juga yang risau bila lihat kami buat hal masing-masing,” Syafiq pula menjawab. “Kitorang bukannya buat apa pun.”

“Okeylah, mama cuma nak tahu, apa pakatan rahsia korang berdua sekarang ni?” tanya mamanya tanpa berkias-kias lagi.

“Pakatan?” tanya Syafiq kehairanan. Hisy, kena pandai berlakon sikit, nanti pecah tembelang… tapi, bilalah ubat tidur ni nak bertindak?’ detis hatinya. Syazwan sudah jeling-menjeling dengannya. “Mana ada pakatan.”

“Tipu! Sejak dari malam tadi Liana dengar diorang berbincang sesuatu dalam bilik. Abang Wan dengan Abang Fiq tu kalau dah duduk berbincang bersama mesti ada apa-apa yang dirancangnya,” celah Syazliana.

“Syafiq… Syazwan…,” kata mamanya dengan jelingan maut bila dengar pengakuan anak perempuannya itu.

“Tak de apalah mama. Kitorang berbual kosong saja, mana ada buat pakatan rahsia. Lagipun apa faedah kami kalau buat pakatan rahsia,” balas Syazwan.

“Betul tu, apa faedah kamu dapat kalau buat pakatan rahsia,” celah papanya pula sambil mengenyit mata pada dua anak kembarnya itu. Syazwan dan Syafiq hanya tersengih-sengih.

“Anak dengan bapak sama saja! Ni abanglah ajar diorang buat perkara yang bukan-bukan!”

“Mana ada. Lagipun kalau diorang ada pakatan rahsia pun… dah nama pakatan rahsia… mestilah rahsia,” balas ayahnya. Sekali lagi dua kembar itu tersengih-sengih. Ni yang best ni kalau papa memihak pada mereka.

Sementara mendengar mama dan papanya bertekak lidah, Syazwan dan Syafiq memandang sesama sendiri sambil berinteraksi melalui mata.

‘Sabarlah, ubat tidur tu tak bertindak lagi,’ detisnya.

‘Pura-puralah pengsan cepat. Aku dah tak tahan ni. Kepala aku pening ni,’ detis Syazwan pula. ‘Pagi tadi aku terlupa makan ubat.’
‘Sapa suruh kau tak makan ubat lagi?’

‘Manalah aku ingat.’

“Syafiq! Syazwan! Baik kamu beritahu mama tentang rancangan kamu ni,” ujur mamanya lagi.

“Ah, tiba-tiba kepala saya rasa peninglah,” ujur Syafiq sambil berlakon.

“Jangan nak berlakon, mama tahu sangat dengan perangai kamu berdua ni. Bila kena soal siasat ada saja yang tak kena, kali ni, mama takkan percaya dengan gurauan kamu lagi.”

Selepas saja mamanya cakap, Syazwan yang berdiri di sebelahnya, tiba-tiba saja tumbang tidak sedarkan diri. Pada mulanya ingatkan Syazwan hanya berlakon tapi setelah namanya dipanggil banyak kali, akhirnya keadaan jadi panik.

‘Eh, siapa yang sepatutnya pengsan sekarang ni?’ detis Syafiq kehairanan. Ditambah lagi ubat tidur yang ditelannya tadi mula bertindak. Entah bila dia tidak sedarkan diri dia juga kurang pasti…

Novel Keliru (Bhg 8)

"Tolonglah aku partner," ujur Syafiq yang tidak henti-henti menagih sempatinya. Ah, Memang sah! Memang sangkaannya betul. Syafiq pasti akan meminta pertolongannya.

"Gila kau. Kalau papa dapat tahu tak pelah jugak tapi kalau mama dengan ibu dapat tahu, habis kita dikerjakan," balas Syazwan yang tidak setuju sama sekali dengan idea gila Syafiq.

"Ala, janganlah beritahu."

"Kau ingat senang nak bohong diorang?"

"Ala, partner, takkan kau tak kasihkan aku."

"Ah, siapa suruh kau menggatal sangat nak main-main cinta dengan Atiqah. Hah, tanggung sendiri!" kata Syazwan lagi. Dia sudah nekad dengan keputusannya bahawa tidak akan bersetongkol dengan kembarnya itu lagi dalam bab-bab gila talak ini.

"Syazwan, tolonglah. Hanya kau seorang saja yang dapat tolong kembar kau ni. Kau tahu tak yang kita ni dicipta sebagai kembar untuk saling tolong-menolong bila kita susah nanti. Bila time-time macam ni."

"Hah! Ingat pun tapi siapa yang selalu susahkan siapa?" ujur Syazwan lagi dan kembali ke katilnya. Patutlah dari petang tadi, Syafiq beria-ia suruh dia bermalam di rumah mama, rupanya ada batu di sebalik udang! Huh, kalau tahu awal-awal lagi, dia dah cabut lari dulu.

Syafiq menggaru kepalanya. Nampaknya kali ini susah juga dia nak cairkan kembarnya ini. Huh, formula apa yang digunakan ni? Langsung tak berkesan pun. Tak pe, kali ini biar aku keluarkan formula yang hebat sekali. Dia kemudiannya tersenyum sinis yang penuh kejahatan.

"Tolonglah Syazwan, sekali ni saja. Aku janji lepas kali ni, aku takkan kacau semua perempuan dalam sekolah kau dan tidak akan sesekali menyusahkan kau! please!" pujuk Syafiq lagi.

"Syafiq, kalau kau kata kau perlukan pertolongan aku untuk berbaik semula dengan Atiqah, aku boleh terima lagi tapi masalahnya sekarang kau nak minta tolong tukar tempat dengan kau! Ini idea gila tahu tak!"

"Memanglah idea gila, tapi kalau kalau kau percayakan aku idea ni la yang paling best sekali."

"Gila."

"Bolehlah Syazwan. Kita tukar tempat sekejap saja. Orang lain bukannya perasan pun. Aku jadi kau dan kau jadi aku, bagaimana?"

Syazwan mengeluh lemah.

"Tolonglah Syazwan," pujuk Syafiq lagi menayangkan matanya bersinar-sinar bagaikan bintang-bintang besar seperti cerita kartun dengan muka yang kasihan.

"Ah, kenapalah aku dikurniakan kembar macam ni?" keluh Syazwan mengurut kepalanya yang pening dengan kembarnya itu. Bab inilah yang dia langsung tak tahan. "Yelah, yelah!" akhirnya dia terpaksa bersetuju.

Serentak dengan itu, Syafiq menjerit kegembiraan.

"Tapi dengan satu syarat, kalau kau musnahkan watak aku, aku akan musnahkan watak kau juga!" ujur Syazwan nekad.

"Don't worry partner. Dalam bab tipu-menipu ni akulah nombor satu," ujurnya lagi sambil ketawa besar. "Atiqah, Atiqah, tunggulah kemunculan aku ye dan mulai hari tu kau akan tahu betapa tingginya menara KLCC! hehehe."

Syazwan hanya menggeleng melihat kembarnya itu. Tapi entah kenapa dia juga berasa gembira apabila dia melihat kembarnya itu gembira seperti sedia kala semula.

"So, sekarang mulakan rancangan kita. Tak baik tangguh-tangguh nanti melepas."

"Kenapa kau tahu Atiqah tu saja-saja nak mainkan kau?"

"Hey, aku playboy yang bertauliah tau, aku tahulah semua tu," balasnya sambil mencapai lattopnya.

Syazwan mengangguk faham walaupun dia tidak faham.

"Gambar anak siapa tu?" tanyanya sebaik sahaja melihat gambar di desktop lattop Syafiq.

"Tulah kau, terlampau sibuk sangat jadi anak yang baik sampai lupa khabar kembar sendiri. Buat pengetahuan aku, nilah gambar anak aku. Comel tak?"

"Eh, dia dah besar?" tanya Syazwan lagi sambil berlalu bangun dari baringnya dan duduk dibawah bersebelahan dengan Syafiq. "Bagaimana keadaan Erma sekarang?" tanyanya lagi.

"Biasa saja. Tapi hari ni dia call, dia beritahu yang dia dah dapat kerja dan minta aku berhenti kirim duit lagi," terang Syafiq. "Tapi! selagi aku tak lihat keadaan dia, selagi tu aku tak percaya keadaan dia."

Syazwan mengangguk faham. Dari raut wajah Syafiq, dia tahu sangat yang Syafiq begitu ambil berat tentang Erma dan anaknya.

"Thanks," ujur Syafiq tiba-tiba.

"Untuk apa?"

"Sebab percayakan aku."

"Hey, apa gunanya kembar kalau tak saling tolong-menolong," ujur Syazwan.

Serta-merta mereka berdua ketawa riang.

> >

Syafiq menguap lemah. Syazwan yang dihadapannya sudah menarik muka. Hisy! Ingatkan ada awek je yang kena pujuk! ni kembar sendiri pun kena pujuk.

"Boleh tak kau serius sikit?" tanya Syazwan sambil menghantak meja belajar dengan sebuah buku.

"Relax ar, partner," balas Syafiq selamba sambil mengorek telinganya dengan menggunakan kapas.

"Relax?! Kau boleh kata relax? Kalau kau nak rancangan kau ni berjaya, kau mesti berjaya jadi "aku'! Aku tak mahu kau rosakkan hidup aku."

"Tolonglah, aku bukannya nak rogol kau."

Sekali lagi Syazwan menjeling tajam.

"Yelah, yelah," akhirnya dia terpaksa mengalah. Ini pakatan rahsia dan pakatan yang paling penting sekali. Dan yang pentingnya, mestilah kena dapatkan persefahaman dengan kembar sendiri. Kalau kembar sendiri merajuk! alamatnya, musnahkan harapannya untuk membalas dendam.

"Ye, aku ingat, kau ada tiga orang sahabat setia, Hanif, Aizat dan Fariz. Diorang ni memang dah kenal lama dengan kau, so, susah sikit nak tipu diorang tapi aku rasa bukan satu masalah dengan aku nak tipu diorang."

"Kau cakap senanglah, diorang tu pak nujum berjaya. Bila ada sesuatu tak kena saja, mesti diorang tahu. Jadi, untuk menjayakan rancangan gila kau ni! kau kena tipu diorang tu, faham?!"

"Okey, okey. No hal. So, apa yang aku perlu tahu tentang mereka bertiga?"

Syazwan yang masam tadi mula tersenyum lebar.

"Ah, tanduk dia dah keluar dah,' keluh Syafiq. Takut pula dia melihat senyuman kembarnya itu.

> >

"Hey," sapa Syazwan sambil menongkat dagu. "Boleh aku tanya sikit?"

"Tanyalah, sementara aku ada di sisi kau," balas Syafiq acuh tak acuh.

"Kau sedang dera aku ke?"

"Tak la. Aku perlukan bantuan kau saja, bukan dera kau."

Syazwan mengangguk faham.

"Kalau kau tak dera aku, kenapa kau suruh aku hafal semua pelajar dalam sekolah kau?!" ujur Syazwan sedikit meninggikan suara.

"Ah, inilah hidup orang yang popular di sekolah," balas Syafiq selamba.

"Boleh tak kau bagi nama kawan-kawan kau saja?"

"Dioranglah kawan-kawan aku," jawabnya.

"Maksud aku, kawan karib kau!"

"Kawan karib! emm! TIADA!"

"Tiada?" Syazwan mengedut dahi. Lawak apa pula la yang dia buat sekarang ni?

"Takkan sorang pun tak de?"

"Aku tak percayakan kawan karib," ujur Syafiq perlahan.

Serta merta Syazwan terdiam. Sebentar kemudian kedengaran pula keluhan berat dari kembarnya itu. Nampaknya Syafiq masih lagi tidak dapat menerima peristiwa yang telah berlalu. Peristiwa yang perit bagi mempercayai kawan karibnya sendiri.

"Hey, tapi aku ada kawan karib! kau," ujur Syafiq kembali tersenyum.

"Tolong jangan puji aku," ujur Syazwan pula dan kembali mengadap lattop semula menghafal muka-muka baru yang akan dia bersemuka kelak.

"Tapi!," Syafiq mengurut dagunya sungguhpun dia tidak berjambang, memikirkan sesuatu.

"Tapi apa?" tanya Syazwan.

"Ada something missing la! kalau kau kena jadi aku, kau perlu tahu perkara asas ni," ujur Syafiq.

"Ah, no! No! No!" tegas Syazwan yang dapat membaca apa yang Syafiq sedang fikirkan.

"Kalau kau nak rancangan ni tak dihidu oleh sesiapa pun, kau kena belajar buat benda ni, jom ikut aku. Kita praktis kat luar," ujurnya lagi sambil menarik tangan kembarnya yang berkeras tidak mahu mengikutnya.

"Jangan harap!"

"Jom la!"

"Aku rela mati dari buat benda tu!"

"Ah, bukannya buat benda haram, aku suruh kau belajar pikat perempuan je."

"Samalah tu!"

"Jom la," dia dengan sekuat-kuatnya menarik tangan Syazwan tapi Syazwan sempat berpaut pada tiang katilnya.

"Korang buat apa?!" sergah Syazliana sambil membuka pintu dengan mengejut membuatkan Syafiq melepaskan tangan Syazwan serta-merta dan Syazwan terjatuh ke atas katil. Syafiq pula melompat di atas katil dan menarik selimut menutup seluruh tubuhnya.

Syazliana yang bercekik pinggang di tengah-tengah pintu memandang satu persatu abang-abangnya itu. Dia mula terbau sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Yelah, kalau kedua abangnya duduk dan berbincang bersama dalam bilik yang bertutup, tingkap bertutup, langsir bertutup, mesti ada rancangan jahat yang dirancang mereka.

"Tak payahlah nak pura-pura tidur dan baca buku!" ujur Syazliana dengan lantangnya.

"Hai adik, apa khabar? Bila adik masuk?" tanya Syafiq sambil menggeliat malas.

"Abang ingat Lia ni budak-budak lagi ke?! Sudah, jangan nak berpura-pura lagi," ujurnya sambil merampas buku yang dipura-pura baca oleh Syazwan. "Cakap! Apa muslihat abang berdua?!"

"Mana ada," balas Syafiq selamba. "Kitorang just berbual kosong la."

"Berbual kosong?! Korang duduk dalam bilik ni dari malam tadi sampai la ketengah hari ni, tak keluar, tak makan, tak minum, ! korang kata tak de apa-apa?!"

"Err! yelah, kita belum makan lagi la partner, so, cam ne kita makan dulu?" ujur Syafiq sambil memaut bahu Syazwan.

"So, kau nak makan apa?" Syazwan mula melayan sambil masing-masing berlalu bangun dengan Syazliana sedikit menjeling tajam.

"Apa kata kalau kita makan kat luar."

"Emm! okey, kita nak makan apa?" tanya Syazwan sambil setapak demi setapak diorang mara.

"Makan pizza, nak?"

"Okey, siapa lambat dia belanja!" ujur Syazwan yang sudah berlari dulu dan diikuti dengan Syafiq berlari keluar meninggalkan adik mereka seorang diri terpinga-pinga dengan tindakan pantas kedua abang-abangnya itu.

"Hey! Lia report dengan mama nanti!"

Novel Keliru (Bhg 7)

"Assalamualikum, kami dah balik!" jerit Liana sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya bersama dengan Syazwan.

"Hey partner," sapa Syafiq yang menuruni anak tangga sudah. Sudah siap berpakaian kemas, nak ke mana lagi kalau bukan pergi dating. "Hey sweetheart, so, dapat nombor berapa?" tanyanya.

"Ah, malangnya! tiada sesiapa pun yang dapat menewaskan adikmu ini," keluh Liana dengan lagaknya. Dia kemudiannya tersenyum gembira. "Dapat nombor 1!" jeritnya dengan riangnya sambil memeluk Syafiq.

"That's my girl!"

Syazwan hanya menggeleng melihat kemesraan mereka berdua.

"Syazwan, my sweetheart!" sapa Pn. Suria yang baru keluar dari dapur itu berlari melulu memeluk anak lelakinya yang seorang lagi.

"Err! mama! saya perlukan oksigen," ujur Syazwan yang kekurangan oksigen setelah dipeluk erat oleh mamanya itu.

"Ah, maaf."

"Mama! mana aci macam ni, mama tak pernah pun peluk saya, ini yang cemburu ni," ujur Syafiq.

"Sebab kamu, mama dah tengok hari-hari dah muak dah."

"Ah, sampai hati mama cakap begitu dengan anak kandung sendiri. Tak pelah, saya nak bawa diri dengan hati yang lara ni," ujur Syafiq melangkah untuk pergi tapi di tarik oleh Pn. Suria. "Mama!."

"Sebelum kamu pergi dating, makan dulu."

"Ala mama, nanti saya pergi dating, saya makan lagi."

"Hah, tak payahlah makan."

"Kalau saya tak makan, mata air saya lapar pulak nanti."

"Ala, kau bagi je dia makan gula-gula ke keropok ke. Sekali-sekala jadi miskin."

"Ala! mama! bukankah saya nak bawak hati yang lara ni."

"Ah, jangan nak mengada-gada. Makan dulu baru boleh keluar, lagipun bila lagi mama nak makan dengan anak-anak mama," ujur Pn. Suria sambil menarik kolar baju anak lelakinya itu.

"Abang Fiq ni lebih pentingkan girlfriend daripada ahli keluarga sendiri," kata Liana dengan suara menyindir berlalu duduk di sebelah Syazwan yang sudah bersedia di meja makan.

"Ini bukan pentingkan girlfriend tapi ini untuk kebaikan keluarga kita juga."

"Ah, semua girlfriend Abang Fiq tu tak boleh pakai!" balas Liana tidak mahu mengaku kalah.

"Memanglah tak boleh pakai! kalau boleh pakai, habis dirembat dengan mama nanti," Syafiq menjeling tajam memandang mamanya.

"Kenapa pula mama yang kena?" tanya Pn. Suria yang langsung tidak faham dengan maksud Syafiq.

"Ah, never mind. So partner, macam mana dengan awek kau hari tu?" tanya Syafiq kepada Syazwan sambil menepuk bahu kembarnya itu. Serentak dengan itu, Pn. Suria dan Syazliana memandangnya. Dan Syazwan pula memandang tajam Syafiq.

"Err! aku dah tersilap cakap," ujur Syafiq sambil berlalu duduk di tempatnya dan tunggu babak yang seterusnya.

"Wan ada girlfriend?" pantas mamanya bertanya.

"Mana ada! Syafiq yang buat cerita."

"Ah, adakah akak yang nampak merajuk dengan Abang Wan tadi?" Liana pula menyampuk.

"Siapa? Siapa?" tanya mamanya kepada Syazliana. Syazwan pula hanya memandang tajam Syafiq yang duduk di sebelahnya.

"Mana ada!" nafinya lagi bila mendengar adik perempuannya itu menceritakan pelajar perempuan yang diperkenalkan oleh abangnya tadi kepada mamanya. "Dia tu setiausaha kelab Muzik saja."

"Tapi, dia nampak macam bengang dengan abang, mungkin sebab abang pernah sakitkan hatinya. Dan kalau hatinya sakit, ini bermakna dia memang ada perasaan pada Abang Wan," ujur Liana lagi.

"Betul, betul tu Lia. Abang Fiq sokong seratus-peratus!" Syafiq bersuara.

"Siapa suruh kau bersuara?" ujur Syazwan sedikit marah.

"Hai, kitakan partner sehidup semati, pasal tu janganlah nak rahsiakan dari aku lagi. Aku cadangkan, apa kata kalau kau hapuskan semua prinsip-prinsip kau yang suci tu dan pikat budak tu?"

"Gila!"

"Ala, kalau tak sesuai kau tinggalkanlah dia, macam aku ni!."

"Hah, yelah tu dan yang jadi mangsanya aku."

Syafiq hanya tertawa kelucuan.

"Dan! apa kau dah buat dengan Atiqah?" tanya Syazwan lagi.

"Kenapa dengan Atiqah? Dia tegur kau ke?"

"Ini bukan setakat tegur tapi pagi tadi dia datang ke kelas aku dan tiba-tiba nak break up dengan aku! Tak ke pelik namanya tu?"

Sekali lagi Syafiq tergelak kelucuan.

"Atiqah nak break up dengan kau? Huarghahaha!!"

Tiba-tiba dia berhenti ketawa. Cuba di ulangi balik soalan tadi.

"Atiqah minta break up?!!" tanyanya dengan nada terkejut.

Dengan perlahan Syazwan mengangguk. Entah kenapa pulak dengan kembarnya itu, tadi ketawa bukan main lagi, tiba-tiba pula menjerit terkejut macam kena kejutan eletrik lak.

"Habis tu kau jawab apa?"

"Dah dia minta break up, aku on saja la. Buat apa nak pening-pening lagi."

"What?! Siapa suruh kau on?!!"

"Habis tu kau suruh aku buat apa? Off?"

"Apa-apa saja asalkan jangan on ataupun off!! Hisy! Habis-habis!"

Syazwan menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila Syafiq berlalu menaiki anak tangga ke atas. Dia kemudiannya memandang adik perempuannya, Liana hanya mengangkat bahu. Tidak tahu menahu.

"Emm! perangai tak berubah seperti ayah kamu," ujur mamanya dan menyuap nasi ke mulut. Dia memandang ke dua anak kandungnya yang tidak mengerti apa-apa. "Maksud mama, ayah kamu dulu macam tulah. Playboy. Suka sangat tukar-tukar perempuan tapi kalau perempuan tu ucapkan selamat tinggal terlebih dahulu, dia dah jadi tidak keruan."

"Kenapa?" tanya Liana.

"Sebab, prinsip playboy! tinggalkan perempuan dulu sebelum perempuan tu tinggalkan dia. Tapi kali ini, perempuan tu yang minta break up dengan dia, so, mesti dia fikir kejantanannya telah tercabar," terang mamanya lagi.

Syazwan dan Liana mengangguk faham. Rupanya nak jadi playboy ada prinsip juga.

"Tapi! kenapa saya rasa tak sedap hati pula?" tanya Syazwan kehairanan. Rasanya macam ada sesuatu yang akan berlaku sebentar nanti.

Novel Keliru (Bhg 6)

"Hey," sapa Syazwan kepada Aya di bilik muzik.



"Hey," sahutnya dengan dingin tanpa berpaling.



"Bukankah kau dapat MC beberapa hari? Kenapa pergi ke sekolah juga?" tanya Syazwan lagi.



"Aku rasa sama ada aku hendak pergi ke sekolah ataupun tidak, itu adalah hak aku bukan?" ujur Aya lagi.



"Ya tapi!."



"Dan apabila hak aku, ia tiada kena-mengena dengan kau bukan?" pantas Aya memotong.



"Ya. Sorry! aku cuma risaukan kau saja."



"Terima kasih sebab risaukan aku tapi aku tak apa-apa," katanya dengan suara sombongnya.



"Abang Wan," panggil Liana dihadapan pintu bilik muzik. "Ah, susah betul nak cari bilik muzik ni," keluhnya sambil melangkah masuk ke dalam menghampiri abangnya. "Kawan abang?"



"Oh, Aya kenalkan ini adik aku, Liana," Syazwan memperkenalkan Liana.



"Hai," sapa Liana bersalaman dengan Aya.



"Hai, dan setahu aku, ada orang tu cakap dia tiada adik beradik," kata Aya sambil menjeling Syazwan dengan tajam. Syazwan masih berlagak seperti biasa dan langsung tidak perasan bahawa Aya sedang mengatanya. "Mungkin aku patut beredar dulu," ujur Aya setelah bengang dengan sikap tidak tahu menahu Syazwan.



"Kenapa dengan Kak Aya? Dia macam marahkan abang saja," kata Liana yang perasan dengan hubungan dingin Aya dengan abangnya itu.



"Yekah? Kenapa abang tak perasan langsung," balas Syazwan tidak tahu menahu.



Liana mengeluh lemah.



"Memang betullah kata Abang Fiq, Abang Wan ni langsung tiada perasaan terhadap perempuan."



"Apa?" tanya Syazwan semula yang terdengar sesuatu dari mulut adiknya itu tetapi tidak jelas.



"Tiada," Syazliana tersenyum paksa. "Abang Wan," dia menghampiri abangnya. "Tentang Hanif! tolong jangan beritahu Abang Fiq yek?" pujuknya.



"Kenapa pula nak sorok dari dia?"



"Ala, tolonglah. Abang Wan tahulah perangai Abang Fiq tu macam mana? Dulu masa ada lelaki sukakan Lia, habis dia belasah lelaki tu. Lia tak mahu perkara yang sama berulang lagi dengan Hanif."



"Actually kami berdua yang belasah lelaki tu sebab kami dapat tahu yang dia hanyalah nak mempermainkan adik kesayangan kami ini," terang Syazwan sambil menjeling tajam.



Syazliana tersenyum manja. Sebenarnya dia cukup bangga sebab mempunyai dua orang abang yang selalu mengambil berat tentang dirinya. Walaupun kedua-duanya adalah kembar tapi mereka mempunyai perangai yang berbeza. Abang Syafiq, jenis yang suka menyakat hidupnya dengan lawak-lawak jenaka manakala Abang Syazwan, jenis yang suka memanjakannya. Namun, keduanya mempunyai satu persamaan iaitu akan tetap melindunginya walauapa pun yang berlaku.



"Tahulah tapi tolongnya jangan beritahu Abang Fiq, kalau Abang Fiq dapat tahu habis kecoh rumah tu."



"Habis, kalau abang tahu, tak kecoh ke?"



"Tak," dia menggeleng manja. "Abang jenis yang tak suka sebarkan berita. Tolonglah!."



Syazwan mengeluh lemah.



"Okey," akhirnya dia bersetuju. "Tapi dengan satu syarat."



"Haa! ada syarat ke?"



"Mestilah, bukan senang abang nak tipu kembar sendiri."



"Yelah, apa syarat tu?" nak tak nak dia terpaksa menerima syarat abangnya itu.



"Jangan beritahu Hanif tentang Abang Syafiq! dengan kata lain, jangan beritahu dia yang abang ada seorang kembar," ujur Syazwan.



"Laa! ingatkan apa tadi?! Okey, Liana takkan beritahu tapi kenapa abang tak mahu diorang tahu tentang Abang Fiq?"



"Sebab abang tak dapat bayangkan kalau mereka dapat tahu tentang kembar abang yang sorang ni!," keluh Syazwan cuba membayangkan apakah reaksi mereka bila mendapat tahu tentang kewujudan kembarnya.



"Peliklah, Abang Fiq pun pernah beri amaran pada Lia supaya merahsiakan kewujudan abang."



"Actually, kami dah berpakat nak buat begitu."



"Kenapa pula?"



"Nanti kamu akan faham."



"Ha! balik-balik asyik jawapan yang sama. Huh! Nasib baiklah Lia tak de kembar, kalau tak mesti pening dibuatnya," ujurnya. Dia sendiri tahu, akibatnya bila kedua-dua abangnya itu bergabung! huh, kalahkan Goten dan Trunks tu bergabung. Habis dunia. Kucar-kacir jadinya.



Sebab itulah mama dan papanya ambil keputusan untuk pisahkan mereka berdua. Baginya Abang Wan tidaklah senakal Abang Fiq tapi Abang Wan ni jenis yang tak tahan godaan Abang Fiq yang penuh dengan idea gila. Bila dipujuk je oleh Abang Fiq untuk buat sesuatu mesti cair. Macam perempuan cair dipujuk pulak.



Dan yang paling penting sekali, bila Abang Wan sudah terpengaruh, dia punya tanduk yang tumpul itu lebih tajam daripada Abang Fiq. Contohnya kejadian ex-boyfriend dia yang bermain kayu tiga dahulu, habis dibalasah mereka. Nasib baiklah budak tu tak masuk hospital, kalau tidak ini dah jadi kes jenayah berat lak.



Mama dan papa pula dah tak boleh hendak cakap apa dah bila diorang berdua ni bergabung. Ada saja alasannya. Alih-alih mama dan papa juga turut tergoda. Hisy! Entah ilmu apa yang abang-abangnya pakai.

Novel Keliru (Bhg 5)

"So," sapa Melissa sambil duduk bertentangan dengan Syafiq tanpa di jemput langsung. Ah, perempuan ni memang tak tahu adat melayu langsung. Syafiq yang baru hendak menyuap kepingan pizza, terus terbantut hendak menjamahnya. Langsung tiada selera bila terpandang wajah Melissa.


"Boleh tak kau hormat masa makan aku?" tanya Syafiq kepada Melissa sambil mengeluh lemah.


"Kau tahukan aku tak pernah hormat dengan sesiapa pun," balas Melissa tersenyum nakal.


"Okey, kau nak apa?"


"Aku dengar kau kena simbah dengan seorang perempuan tempoh hari dan perempuan itu adalah bekas teman wanita kau," beritahu Melissa tanpa memutar belitkan cerita. Straight to the point. Inilah Melissa. Kalau ada berita sensasi tak pernah hendak berkias-kias dahulu, terus saja straight to the point. Sebab itulah orang ramai menggelarkan dia minah lazer. Mulut tak pernah berhenti bercakap. Kalau cakap benda-benda yang elok tu tak pelah. Ini� huh� malas nak cakaplah.


Syafiq masih berlagak selamba lagi. Bukannya dia tidak tahu tentang berita itu. Pada malam itu, mereka berbual menerusi telefon dan Syazwan ada cerita tentang kisahnya kena mandi dengan air Pepsi oleh Elyana. Bukan main seronok dia ketawakan Syazwan sehingga dia sendiri tidak boleh tahan dari ketawa.


"Dari mana kau dengar tentang berita ni sensasi ni?" tanya Syafiq masih lagi cuba menahan ketawanya. Kalaulah Melissa tahu tentang kewujudan kembarnya itu, boleh dia berkongsi gelak tapi tak baik gelakkan kembar sendiri! Gelakkan kembar sendiri umpama gelakkan diri sendiri! Ingat tu!


"Aku juga berada di sana," ujur Melissa. Syafiq mengangguk faham. "Dan anehnya, kau seolah-olah tidak kenal aku walaupun jarak aku dengan jarak tempat kau hanya beberapa meter saja," ujur Melissa sedikit pelik. "Kau seolah-olah orang lain."


"Anggaplah kau dah tersalah orang. Ya. Aku juga ada terdengar tentang ada seseorang yang seiras dengan aku sejak akhir-akhir ini, mungkin kau dah berjumpa dengan kembar aku yang satu lagi," ujur Syafiq pula.


"Ia langsung tak lucu, Syafiq."


"Terpulanglah," keluh Syafiq tidak berdaya hendak berbual �mesra� dengan Melissa lagi.


Melissa menjeling tajam.


"Dan lagi, aku dengar mangsa kau yang seterusnya Atiqah."


"Melissa, kau memang musuh yang hebat. So, bagaimana kau tahu?"


"Bukannya susah nak tahu tentang musuh sendiri," balas Melissa tersenyum sinis. "Anyway, aku bukannya apa tapi aku tak mahu musuh aku ni musnah di tangan orang lain, so, aku fikir lebih baik aku beritahu kau tentang Atiqah."


"Kalau kau nak kata Atiqah tu ada rancangan jahatnya sendiri� aku dah lama tahu," ujur Syafiq selamba.


"Kalau kau dah tahu kenapa kau masih nak terkejar-kejar budak tu? Dia tu saja je nak balas dendam sebab kau pernah tinggalkan kawan-kawannya dengan begitu saja."


"Kalau dia nak bermain, aku pun boleh bermain."


"Hisyh! Tak fahamlah aku dengan kau ni� suka sangat menghancurkan hati perempuan. Cubalah kau terima seorang perempuan jadi teman wanita kau dengan sebenar-benarnya, janganlah asyik menghancurkan hati mereka!"


"Kalau begitu jadilah teman wanita aku yang sebenar-benarnya."


"Tolonglah," keluh Melissa penat. "Melainkan kau pernah ditolak seseorang," teka Melissa lagi.


Serta merta Syafiq tergelak kuat sehingga boleh menggegarkan dewan kantin itu. Nasib baiklah tiada sesiapa yang tercedera dengan gelakkannya yang kalahkan gergasi tua gelak. Melissa kemudiannya menjeling tajam.


"Lissa, tak guna kau jeling aku tajam-tajam macam tu, nanti terpanah kat mata aku ni. Kalau dah terpanah kat mata aku, alamatnya butalah mata aku ni nak tengok perempuan lain," ujur Syafiq lagi sambil menyindir.


"Ah, kenapalah aku mempunyai musuh yang tak normal macam kau ni?!" degus Melissa mula mengangkat buntut berlalu pergi. Kalau dia layan si Syafiq itu, bukan saja sampai ke tua pun tak habis tapi dia takut silap-silap hari bulan dia boleh �terjatuh cinta� dengan musuhnya sendiri.


"Dan kenapa pula aku boleh layan si Melissa tu hari ni, hah?" tanya Syafiq kepada dirinya sendiri. Dia kemudiannya menggaru kepalanya yang tak gatal. "Emm� mesti dah kena panahan asmara dia ni. Hisyh! Tak boleh jadi, mesti minta mama bawak aku jumpa bomoh dan hilangkan segala kekotoran yang terlekat di badan aku ni," ujurnya seorang diri.


Dia kemudiannya berlalu bangun memandangkan dia tidak berminat hendak menyentuh pizza yang dibelinya itu dan diberikannya kepada pelajar perempuan di sebelahnya. Seperti biasa, dia akan mengelilingi satu sekolahnya yang seluas 5 hektar tanpa hala tuju. Memang itulah kerjanya setelah habis makan.


Tiba di belakang bangunan yang selalu dia lepak seorang diri, dia merasai handsetnya bergegar sedikit. Segera dia mencapai handsetnya dan membuka mesej yang diterimanya. Gambar seorang budak lelaki dalam lingkungan 2 tahun terpampang di skrin telefonnya. Dia kemudiannya tersenyum kelucuan.


Tidak lama kemudian handsetnya bergetar lagi dan Syafiq segera menjawab panggilan tersebut.


"Bagaimana? Comel tak anak aku?" tanya satu suara yang lembut dihujung talian.


"Ah, nampaknya ayahnya ini kena surrender jadi Romeo terhandsome di dunia ni," keluh Syafiq bergurau. Suara itu tertawa keriangan. "Jadi, bagaimana hidup kau di sana?"


"Emm� okey, dan aku dah dapat kerja, jadi, tak payahlah kau kirim aku duit lagi," ujurnya.


"Kerja apa?"


"Jangan risau, kerja aku ni bukannya kerja yang haram."


"Yelah tapi kerja apa?"


"Kerani di sebuah syarikat kecil je. Boss tu ambil aku bekerja sebab aku boleh bertutur bahasa mandarin."


"Kau kerja bagaimana dengan Boy?"


"Jangan risau, aku hantar Boy ke Taska dekat dengan rumah sewa aku. Syafiq, janganlah risau, aku tahu tanggungjawab aku dan aku tak mahu bergantung pada kau saja. Cukuplah apa yang kau dah tolong aku, aku dah tak sanggup lagi terhutang budi dengan kau."


"Walauapapun aku tetap tak puas hati selagi tak tengok kehidupan kau macam mana."


"Aku tahu, dan aku janji, aku akan balik jumpa kau dalam masa terdekat ini. Aku janji," ujurnya lagi.


"Baiklah tapi dengan satu syarat."


"Ada syarat ke?"


"Kau mesti hantar gambar Boy pada aku setiap hari."


Kemudian suara itu tertawa kelucuan. Begitu juga dengan Syafiq.


"Dan lagi, jangan lupa ajar dia cakap �PAPA�," ujur Syafiq lagi.


"Baiklah tapi kau jangan bagi gambar Boy pada perempuan lain, aku tak mahu diorang rampas pakwe aku ni dari tangan aku," balasnya dengan tawa keriangan.

Novel Keliru (Bhg 4)

"Aku nak breakup dengan kau," ujur Atiqah kepada Syazwan yang baru saja melangkah masuk ke dalam kelasnya. Serentak dengan itu semua pelajar kelasnya memandangnya dengan penuh terkejut termasuk Syazwan sekali yang langsung tidak tahu menahu tentang hal ini.

"Excuse me?" tanya Syazwan kehairanan.

"Kau tak dengar ke? Aku nak breakup dengan kau," ujur Atiqah lagi dengan suara lantangnya. Dia memang sengaja meninggikan suaranya supaya semua orang dengar. Biar puas hatinya mengenakan Syazwan. Kali ini, gelaran jerung darat Syazwan sudah tidak boleh pakai lagi sebab dia sendiri yang putuskan hubungan.

Syazwan masih lagi terpinga-pinga di situ. Dia langsung tidak tahu menahu sejak bila dia couple dengan Atiqah atau dengan sapa-sapa pun dan tiba-tiba Atiqah minta break up dengannya. Bukankah pelik?

Tapi, semua ini tak mustahil lagi kalau!

"Syafiq," keluhnya perlahan. Mesti Syafiq punya kerja ni. Kalau tak siapa lagi yang memiliki wajah sepertinya kalau bukan kembarnya sendiri.

"Syazwan, aku nak minta break up dengan kau," kata Atiqah lagi yang tidak berpuas hati dengan reaksi yang Syazwan berikan kepadanya.

Syazwan mengangguk faham.

"Okey," ujur Syazwan langsung tak beri reaksi dan berlalu ke tempatnya.

"Hey, aku nak break up dengan kau," Atiqah mula bengang.

"Kalau kau nak break up, apa kena mengena dengan aku?" tanya Syazwan kepada Atiqah membuatkan Atiqah kelu hendak berkata. Dia seolah-olah tidak mengenali siapa Syazwan di hadapannya sekarang. Berlainan. Memang berlainan. Hendak kata Syazwan berpura-pura berlakon, tak juga. Wajahnya serius. Langsung tak senyum seperti selalu. Yang ada hanyalah reaksi selamba dan tiada perasaannya itu.

Kerana bengang dengan reaksi Syazwan yang langsung tiada perasaan dan rancangan hendak memalukan Syazwan tidak menjadi, Atiqah segera berlalu dari situ dengan hati yang luka dan membara. Cadang hendak memalukan Syazwan tapi akhirnya dia sendiri yang dimalukan. Nampaknya dia sudah memandang rendah pada Syazwan.

"Wow, Syazwan, hebatlah kau. Atiqah dah jadi mangsa kau yang seterusnya ke?" tanya Aizat setelah Atiqah berlalu pergi.

"Sepatutnya aku yang dah jadi mangsa sekarang ni," keluh Syazwan lemah. Entah apa nak jadi dengan kembarnya itu. Selalu sangat mengelirukan hati perempuan sampai dia sendiri yang menjadi mangsa.

"Wei, apa yang dah berlaku? Bila kau couple dengan Atiqah?"

"Soalan tu lebih baik kau tanya kembar aku yang satu lagi tu," ujur Syazwan tidak berminat hendak bercakap. "Ah, sudahlah. Aku malas nak cakap tentang tu," katanya lagi apabila melihat Aizat dan Fariz sudah menggaru-garu kepala tidak faham. Dia kemudiannya melihat Hanif yang duduk di sebelahnya yang sedang tersenyum seorang diri sambil memandang kipas dan lampu-lampu di atas.

Pelik. Apa kena pulak la dengan kawannya yang seorang lagi ni? Hilang akal ke? Atau hilang waras? Lain macam saja hari ini. Pasal Atiqah minta break up tadi pun dia tak tanya, jangan kata tak tanya, agaknya dia sendiri tak tahu Atiqah ada minta break up tadi. Selalunya dialah orang pertama yang mulut becok tanya dan tanya soalan dengan bertubi-tubi. Hari ini pula! terlebih makan ubi kot.

"Apa kena dengan dia?"

"Tengah angau."

"Angau?"

"Baik kau jangan kacau," ujur Aizat.

"Hey, kalau korang nak mengumpat aku pun, janganlah mengumpat depan-depan. Merosakkan hari aku yang indah saja," kata Hanif yang mula ?tersedar?. "Syazwan, aku tahu hari ini kau sedang bersedih dengan Atiqah yang minta putus," ujur Hanif tiba-tiba. Syazwan mengangguk-angguk walaupun dia langsung tidak faham dengan keadaan Hanif itu. Dah teruk agaknya ni. Cis, memalukan kaum lelaki saja. "!tapi aku akan gembirakan kau dengan satu berita."

"Err!."

"Beritanya adalah girlfriend aku nak datang sekolah ni!" jerit Hanif sambil ketawa besar.

Masing-masing memandang sesama sendiri. Berfikir apakah reaksi yang sepatutnya mereka beri untuk berita itu. Terkejut? Gembira? Sedih? Atau gusar? Emm! nampaknya keempat-empat tu tak boleh pakai.

"Hoi, berilah reaksi yang baik sikit," ujur Hanif yang kecewa dengan kawan-kawannya itu.

"Yelah, tengah fikirlah ni nak beri reaksi yang macam mana," kata Fariz sambil meraba-raba dagunya dengan jari-jemarinya yang lain hanya mengangguk.

"Ah, kutuklah kalau korang nak kutuk. Yang penting, awek aku nak datang sini."

"Buat apa dia datang sekolah ni?"

"Dia ada gamelah. Kan ada pertandingan Teak Wan do kat sekolah ni, dan dia ambil bahagian. Nanti aku kenalkan dia dengan korang. Jangan jealous tau," ujur Hanif dengan gembiranya.

"Wow, dasyhat juga awek kau tu. Teak Wan do lak tu."

"Biasalah. Aku kalau nak cari awek mestilah yang dashyat-dashyat. Biarlah tak seksi dan biarlah tak cantik asalkan dia tu jenis yang dasyhat."

Syazwan tersenyum kelucuan. Bercakap tentang Teak Wan Do, dia teringat adik perempuannya yang turut meminati sukan itu. Nama saja perempuan tapi lasaknya kalahkan lelaki, mungkin ini disebabkan Liana membesar dengan mereka berdua. Apatah lagi tinggal bersama-sama dengan Syafiq yang lasak itu.

> >

Dia duduk menyilang kaki sambil matanya meliar memandang sekeliling. Dan sekali-sekala dia meneguk air tin tanpa memperdulikan beberapa pasang mata memandangnya dan ada juga yang menyapanya dengan bunyi-bunyian macam tikus kelaparan tapi langsung dia tidak perduli.

"Hai cik adik," sapa seorang lelaki menghampirinya.

"Berambus!" ujurnya kasar dengan kecewanya lelaki itu berlalu pergi. Masuk kali ini sudah banyak lelaki yang menegurnya tapi semuanya takut dengan suara kasarnya. Macam ini nak jadi teman lelaki? Itu baru berhadapan dengan dia, kalau berhadapan dengan abang-abangnya macam mana pula?

Keadaan kantin yang lenggang tadi mulai bingit apabila para pelajar keluar rehat membeli makanan di kantin. Dari situ dia dapat melihat sekumpulan lelaki yang baru saja turun ke kantin dan salah seorang dari mereka memang tidak asing lagi baginya.

"Hey, kau kata nak kenalkan awek kau," tanya Syazwan kepada Hanif yang dari tadi asyik mendiamkan diri. Entah masalah apa yang dihadapi kawannya itu sejak menerima mesej dari aweknya itu.

"Memanglah tapi ada masalah sikit."

"Kenapa?"

"Dia pulak nak kenalkan aku dengan abangnya."

"Abang dia sekolah sini ke?"

"Entah. Aku pun tak tahu. Aku baru tahu tadi. Macam mana ni? Dia kata abang dia tu garang, lagi dasyhat dari dia. Macam mana ni?" tanya Hanif sudah tidak keruan.

Syazwan tersenyum kelucuan. Inilah Hanif, kalau dah mengelabah, hilang handsomenya.

" Ala , berlagak biasalah. Kau tak de buat salah apa-apa buat apa nak takut," ujurnya cuba menenangkan Hanif.

"Kau cakap senanglah," dia mengelap peluh di mukanya. Syazwan hanya menggeleng manakala dua lagi kawannya sudah ketawa terkekek-kekek di belakang. "Hah! Tu, dia dah datang!" ujur Hanif sambil menyiku Syazwan di sebelahnya.

Masing-masing menumpukan perhatian ke arah seorang perempuan yang memakai sweater nipis berwarna merah dan berseluar teak wan do berwarna putih yang dari jauh tersenyum manis. Langkahnya semakin secepat dan akhirnya dia berlari semakin hampir dengan mereka.

Hanif dari jauh sudah tersenyum-senyum. Macam dalam filem Hindustan pula, heroin datang dari jauh dan berlari dan memeluknya. Ah, akhirnya dapat juga dia jadi hero sekejap. Marilah, peluklah, detis hatinya apabila melihat aweknya itu semakin dekat.

Tapi, lain pula yang berlaku. Bukan dia yang dipeluknya tapi Syazwan! Hisy! Takkanlah heroin dah lupa muka hero kot ataupun heroin dapat arahan salah dari pengarah. Atau pengarah hendak sabotaj dia. Hisy!

"Hey," Hanif bertindak pantas meleraikan pelukan mereka. Yelah, lelaki mana yang tak marah kalau aweknya berpeluk dengan lelaki lain. Bukan saja depan matanya malah depan mata berpuluhan pelajar sekolah yang turut menyaksikan drama melayu itu.

"Hai Hanif," sapa Liana. Entah bila Hanif berada di situ, dia pun tidak tahu namun, dia berlagak selamba. "Kau pun ada di sini. Baguslah."

"Tahu pun, yang kau pergi peluk laki lain ni apa cerita? Dah tak kenal teman lelaki sendiri?"

"Oh!," Syazwan mengangguk faham. "Jadi, Liana ni teman wanita kaulah?" tanya Syazwan mendapatkan kepastian.

"Yelah. Liana ni teman wanita aku. Dia sepatutnya peluk aku dan bukannya kau dan perkara tadi tu semuanya salah faham. So, jangan jatuh cinta dengan dia," ujur Hanif kepada Syazwan. Liana yang berdiri di antara kedua mereka menggaru kepala. Tidak faham apakah yang telah berlaku.

"Hey, macam mana kau tahu nama awek aku Liana?" tanya Hanif semula.

"Actually," Liana mula bercakap sambil memeluk lengan abangnya itu. "Dia adalah orang yang aku hendak kenalkan pada kau, Syazwan, abang aku," perkenal Liana kepada Hanif.

"Oh, jadi, dialah abang kau," Hanif mengangguk-angguk. "Apa?! Syazwan abang kau?!" tanyanya yang terkejut dengan berita itu. Keduanya hanya mengangguk.

Hanif kaget sebentar. Sama ada hendak percaya atau tidak dia pun tidak pasti tapi takkkanlah mereka berdua hendak mempermainkan dia? Dan lagi, selama dia berkawan dengan Syazwan, Syazwan langsung tidak pernah bercerita bahawa dia ada seorang adik perempuan mahupun lelaki. Apa yang dia tahu, Syazwan adalah anak tunggal. Mana datangnya adik perempuan?

Liana pula tu.

"So, inilah orangnya?" tanya Syazwan sambil memandang Liana dengan tajam. Liana hanya tersenyum malu. Jarang adik perempuannya itu berkelakuan seperti perempuan. "Patutlah abang asyik dengar dari Fiq tentang secret boyfriend Lia, rupanya memang betul. Dan tak sangka pula orang itu adalah orang yang abang kenal, Hanif."

"Abang kenal Hanif?" tanya Liana tidak tahu menahu.

"Ya. Ya. Kali saling berkenalan malah, abang kau ni adalah kawan baik dan terbaik yang pernah aku jumpa, betulkan Syazwan?" ujur Hanif sambil menepuk-nepuk bahu Syazwan dan memeluk-meluk tubuh Syazwan sehingga rimas Syazwan dibuatnya. "Ah, Syazwan, kenapa kau tak beritahu awal-awal yang Liana ni adik perempuan kau?" tanya Hanif sambil mengeluh lega. Hilang satu beban.

"Jadi, kau nak aku beritahu yang Liana ni adik lelaki aku?" tanya Syazwan pula. "Lagipun aku tak tahu yang Lia nak datang ke sini, kalau tidak aku dah kenalkan kau awal-awal."

"Surprise," ujur Liana tersenyum nakal. "Saja nak buat Abang Wan terkejut lagipun dah lama tak jumpa, rindu pula rasanya."

"Bukankah baru jumpa minggu lepas masa jamuan makan tu?" tanya Syazwan. Liana sekali lagi tersenyum nakal. "Ataupun, nak jumpa orang lain?" tanya Syazwan sambil menjeling memandang Hanif yang menabik dada. Berbanggalah tu. Tadi, takut-takut bila dapat tahu Liana ada seorang abang tapi sekarang terus bersemangat bila dapat tahu dia adalah abang Syazliana.

Ah, lantaklah kau, Hanif. Asalkan kau tak sia-siakan adik aku sudah.

Novel Keliru (Bhg 3)

"Kenapa mesti ada orang pengsan bila jumpa kita berdua?" tanya Syafiq kepada kembarnya itu, Syazwan.

Syazwan hanya menjeling tajam. Inilah padahnya bila bertemu dengan kembarnya sendiri. Pasti ada saja yang tidak kena. Patutlah mama dengan papanya tidak mahu mereka berdua duduk satu bumbung, mesti ada saja yang tidak kena bila mereka berdua bertemu. Lihatlah apa sudah terjadi pada Aya. Tak pasal-pasal jatuh pengsan dan tak pasal-pasal dia kena bawa Aya ke hospital yang berdekatan.

"Boleh tak kau jangan kacau kawan-kawan aku lagi?" ujur Syazwan kepada kembarnya itu. "Lihatlah apa dah jadi dengan Aya," tambahnya lagi sambil menjeling memandang Aya yang masih lagi tidak sedarkan diri di wad. Nasib baiklah doktor hanya beritahu Aya hanya pengsan saja, kalau tidak, entah apa yang dia hendak beritahu ahli keluarga Aya.

"Err! itu bukan salah aku, dia yang tiba-tiba tegur aku, jadi aku tegurlah dia balik. Aku bukannya ada niat jahat dan dia pengsan bukan sebab aku tapi sebab kau yang sapa dia dengan tiba-tiba," ujur Syafiq tidak mahu mengaku bersalah. "Err! ni ke girlfriend kau?" tanyanya sambil tersengih-sengih.

Syazwan sekali lagi menjeling tajam.

"Err! mungkin bukan," jawab Syafiq sendiri. "Yelah, kembar aku ni langsung tiada perasaan dengan perempuan. Malah, perempuan cantik yang pakai bigini pun dia tak berselera langsung," Syafiq sudah mula dengan perangai cakap banyaknya.

"Sekali lagi kau cakap macam tu aku humban kau ke bawah," ujur Syazwan sedikit melenting.

"Okey, okey. Aku minta maaf lelaki yang suci," ujur Syafiq lagi. Syazwan merenungnya dengan tajam. "Err! aku pergi dulu. Kalau girlfriend kau ni terjaga dan lihat kita berdua sekali lagi, mungkin dia akan koma buat selama-lamanya. So, aku chow dulu tapi sebelum tu, mama pesan kalau jumpa kau, dia minta tanya soalan ini! ?Adakah Syazwan dah ada girlfriend?" ujur Syafiq lagi.

"Kau!," belum sempat Syazwan hendak menghabiskan ayatnya, Syafiq sudah pun berlalu dari situ. Syazwan hanya menggeleng. Memang dia selalunya akan kalah bila berhadapan dengan kembarnya sendiri tapi itu tidak bermakna dia mencemburi kembarnya itu. Hubungan mereka boleh dikatakan akrab walaupun jarang berjumpa. Selalunya mereka akan berjumpa setiap dua minggu sekali untuk jamuan keluarga. Hanya hari itu sajalah dia dapat berjumpa dengan mama dan adiknya yang tinggal berasingan dengan keluarganya.

Bercakap tentang keluarga. Keluarganya memang rumit. Memang cukup merumitkan. Kalau dia bercerita tentang kisah keluarganya mungkin ramai orang yang tidak akan percaya. Malah mereka sendiri tidak dapat menerimanya. Tapi setakat ini, kira alhamdulillahlah, walaupun papa berkahwin lagi tapi hubungan mama dengan isteri kedua papa agak rapat. Malah, jangan tak percaya mereka boleh pergi bercuti bersama!

Tidak lama kemudian Aya mula menunjukkan tanda-tanda sedar. Sebaik sahaja dia membuka matanya, wajah Syazwan yang pertama dilihatnya.

"Hey," sapa Syazwan lembut.

"Bagaimana aku boleh berada di sini?" tanya Aya kehairanan apabila menyedari dia sedang terbaring di katil hospital. Dia mengerah tenaganya bangun dari baringnya. Kepalanya masih lagi terasa sakit.

"Kau pengsan tadi."

"Pengsan?" tanya Aya kehairanan.

"Kau tak ingat apa-apa?"

"Emm! apa yang aku ingat, masa kita tengah makan kat KFC, Elyana datang dan simpah kau dengan air Pepsi dan kau minta diri tuk salin baju dan minta aku tunggu di depan lif. Dan! aku rasa macam terserempak dengan seseorang yang sama macam kau," ujur Aya sambil berfikir semula. Rasanya macam benar-benar berlaku dan bukannya mimpi. "Hah! Memang betul! Ada dua orang Syazwan!"

Syazwan cuba berlagak biasa. Bukannya dia tidak mahu mengaku tentang kewujudan kembarnya yang seorang lagi itu tapi adakah orang akan percaya? Memanglah tak pelik kalau ada seorang kembar tapi memang pelik kalau ada seorang kembar tapi merahsiakan kewujudan kembarnya itu sehinggalah besar.

"Err! Aya, aku nak beritahu kau sesuatu! aku sebenarnya!."

"Kak Aya!" jerit suara beberapa kanak-kanak kecil menyerbu ke katil Aya. Keadaan riuh dengan suara-suara comel kanak-kanak kecil berumur antara 6 tahun hingga 4 tahun itu.

"Hisy! Diamlah, ini hospital bukannya hospital bahagia," celah satu suara yang agak kasar memarahi kanak-kanak itu. Seorang wanita yang berusia dalam 40-an menghampiri mereka semua. Mungkin ibu Aya.

"Apa khabar mak cik," sapa Syazwan sambil bersalaman mesra. "Saya yang buat panggilan tadi."

"Ah, terima kasihlah nak. Kalau anak tak de, kami sekeluarga tak tahu berita ni."

"Tak. Sepatutnya saya minta maaf sebab saya Aya pengsan."

"Bukan sebab kamu. Aya ni memang sering lemah badan sejak lahir lagi. Sebulan tak masuk hospital memang tak sah. Ini semua sebab dia dilahirkan tak cukup vitamin malah tak cukup bulan sebab itulah dia senang saja pengsan. Orang sergah sikit pun dah pengsan."

"Oh," Syazwan mengangguk faham. Tak hairanlah Aya pengsan tadi, mungkin sebab terkejut melihat dua orang ?Syazwan?. Ah, dia pun tidak menyangka dia akan bertemu dengan kembarnya itu di sana. Memang kecil betul dunia ini.

Recent Posts