Novel Keliru (Bhg 9)

“Hey partner, kenapa kau jalan laju sangat?” tanya Syafiq di belakangnya tapi Syazwan langsung tidak mengendahkan kembarnya itu. Langkahnya semakin laju berjalan di hadapan. Kalau boleh dia hendak saja lari dari kembarnya itu. “Hey,” panggil Syafiq. “Apa salah aku?”

“Jangan cakap dengan aku!” ujur Syazwan masih lagi berjalan. Dia sempat menjeling kiri dan kanannya, orang ramai yang lalu lalang di sebelah mereka, semuanya memandang semacam. Bukannya sebab mereka semua tidak pernah melihat pasangan kembar tapi… Syazwan menjeling ke arah Syafiq.

“Boleh tak kau tanggalkan topeng ultraman tu?” tanya Syazwan sedikit meradang. Orang lain serius, dia boleh lagi main-main.

“Oh, benda ni ke yang buat kau marah?” tanya Syafiq menunjukkan topeng yang masih lagi dipakainya. “Aku terpegun melihat topeng yang cantik ni, macam mana? Handsome tak kalau aku pakai topeng ni?” tanya Syafiq lagi.

Syazwan hanya mengeluh lemah. Dia kembali menyambung perjalanannya dengan mengelilingi shopping complex KLCC yang terkenal dengan gahnya oleh rakyat Malaysia. Syafiq yang masih lagi memakai topeng ultraman itu mengikori kembarnya itu dari belakang.

Dan tiba-tiba Syazwan berhenti.

“Boleh tak kau tanggalkannya?!” ujurnya lagi.

“Kenapa? Kau malu ke? Tak pe, aku tolong cover line.”

“Bukan sebab malu tapi orang lain fikir yang kau ni macam perompak, nak rompak bank,” ujur Syazwan.

“Oh, cool.”

“Ah, lantaklah kau. Kalau kau kena, tanggung sendiri.”

“Okey, okey,” akhirnya dia mengalah dengan Syazwan. “Kau ni takkan tak faham-faham lagi maksud aku pakai topeng ni, kalau ada kenalan-kenalan kita nampak kita berdua, macam mana nak jalankan Mission Impossible kita,” keluh Syafiq sambil berlalu berjalan seiringan dengan kembarnya itu.

“ Ada kembar pun hidup macam pelarian,” keluh Syazwan tapi baru saja dia hendak melangkah, Syafiq menarik tangannya. “Kenapa?!”

“Kau ni, macam perempuanlah, sekejap sejuk, sekejap panas,” keluh Syafiq. “Ni, kau nampak tak sekumpulan budak perempuan yang duduk kat KFC tu?” tanya Syafiq sambil menunjuk ke arah sekumpulan anak-anak gadis sedang berbual rancak.

“Kenapa? Kau nak mengorat ke? Kalau kau nak mengorat kau pergi la, aku nak pergi makan pizza,” dia mula mengorak langkah dan sekali lagi Syafiq menarik koler bajunya.

“Kenapa?!”

“Bukan aku yang akan mengorat mereka tapi kau.”

“Aku?! Kau dah gila ke?!”

“Sebagai praktis je, pergilah.”

“Aku tak mahu.”

“Kalau kau tak mahu, kau kena berkorban balik nanti.”

“Kenapa pula?”

“Takkan kau tak tahu mulut adik kita sorang tu? Dia mesti beritahu semua orang pasal pakatan sulit kita ni, jadi, untuk mengelakkan kita berdua dari disoal siasat, salah seorang mesti berkorban dan kalau kau ikut cakap aku, aku sanggup berkorban demi kau, wahai partner ku,” ujur Syafiq lembut seperti sedang memikat kembarnya itu.

Syazwan sekali lagi mengeluh lemah.

“Diam tu tanda setuju. Okey, pakai earphone kau, sekarang.”

“Nak buat apa?”

“Ikut je la cakap aku, aku tak boleh nak ikut kau dan ajar kau sekali gus. Dengan benda ni, aku akan ajar kau dari jauh,” ujur Syafiq lagi.

“Ah, kenapalah aku mesti ikut cakap kau?”

“Pakai jelah, jangan banyak cakap lagi.”

Syazwan memandang di sekelilingnya. Kebanyakkan dari penonton-penonton wayang filem Hindustan yang sedang dipertontonkan di dalam panggung itu, semuanya menangis teresak-esak. Entahlah. Babak apa yang membuatkan semua penonton menangis teresak-esak dia juga tidak pasti. Apa yang pasti dia langsung tidak berminat menonton wayang itu sejak mula ditayangkan lagi.

Dia kemudiannya menjeling ke arah kembarnya, Syafiq di sebelah. Lain pula keadaan Syafiq. Orang lain penuh dengan air mata dia mula penuh dengan gelak tawa yang cuba di tahan- tahannya itu.

Ni tak de kerja lain la selain gelakkan kejadian dia belajar memikat perempuan. Hampeh! Teruk di kenakan dengan Syafiq.

“Sekali kau gelak, aku bunuh kau kat sini jugak,” ujur Syazwan lagi.

“Janganlah marah, aku cuma tak tahan dengan babak dalam cerita tu,” ujur Syafiq cuba menahan-nahan gelak.

“Yelah, aku tahu, aku ni tak pandai pikat perempuan macam kau tapi itu tak bermakna aku ni takut dengan perempuan.”

“Siapa kata kau takut dengan perempuan? Dan cara kau pikat budak-budak tu, not bad apa. Dapat no telefon sekali.”

“Habis tu, kenapa kau gelak?”

“Aku cuma tak tahan dengan salah seorang budak yang cun tu… aku tak tahan bila dengar dia terkentut. Kuat pulak tu, boleh dengar satu KLCC ni,” Syafiq sekali lagi tergelak. Syazwan yang duduk di sebelahnya juga tidak dapat menahan gelak mengingati peristiwa tadi.

“Sudahlah,” ujur Syazwan sambil menyiku perut Syafiq apabila terdapat mata memandang mereka kerana buat bising. Yelah, orang sibuk layan perasaan tapi mereka berdua sedang bergelak ketawa pula.

“Wei, kau nak tahu tak?” tanya Syafiq setelah dia dapat menahan gelak.

“Apa dia?” tanya Syazwan perlahan.

“Kita ni macam pergi dating saja,” ujur Syafiq. Dan sekali lagi mereka berdua tergelak besar.

“Ah, selesanya dapat keluar dari bilik beku tu,” ujur Syazwan sambil mengeliat malas. “Kenapa kau tak beritahu yang panggung wayang tu sejuk macam kat kutub utara?” tanyanya lagi apabila melihat Syafiq dengan selambanya keluar dengan memakai jeket tebal.

“Tulah kau, ini pengetahuan am. Itu pun tak tahu!”

“Manalah aku tahu sebab aku jarang nak tengok wayang. Tengok pun cerita Hindustan . Tak de cerita lain ke?”

“Sorry partner, hanya itu saja tiket yang ada. Nak buat macam mana lagi. Dan lagi, kau ni bukan setakat jarang tengok wayang tapi jejak panggung wayang pun tak pernah. Mengecewakan. Sebenarnya aku ajak kau tengok wayang sebab nak ajar kau cam ne nak bawa awek tengok wayang.”

“Macamlah aku perlukan semua tu,” ujur Syazwan sambil bersin beberapa kali. “Ah, lain kali aku takkan jejak ke panggung wayang lagi!” ujurnya dengan tegas. “So, kita nak pergi mana ni?”

“Pergi mana lagi. Hari dah petang, baliklah. Tapi, cakap pasal bab balik ni… ni yang malas ni,” keluh Syafiq.

“Kau ada idea ke macam mana nak lari dari disoal siasat?” tanya Syazwan.

“Hello partner, kepala otak aku ni sentiasa ada idea kalau nak selamatkan diri tau. Ah, hari tu kita dah berlakon kena cirit birit, jatuh tanga pun dah buat emm… dalam keadaan kritikal ni… hanya itu saja jalannya.”

“Buat apa?”

Syafiq mengeluarkan beberapa pil dari poket seluarnya.

“Pil apa tu?”

“Ecstasy,” ujurnya selamba.

“Gila!”

Kemudian dia tersenyum. “Wei, kau ingat kembar kau ni ketagihan dadah ke? Ni pil tidur akulah. Aku sempat capai masa nak keluar tadi.”

“Kau nak buat apa dengan pil tu?”

“Apa lagi kalau tak selamatkan diri. Berpura-pura pengsan, bagaimana? Hebat tak idea aku?”

“Gila kau. Kalau mama dapat tahu….”

“Mama takkan tahu. Malah semua orang dalam rumah tu akan jadi panic kalau salah seorang tiba-tiba jatuh pengsan.”

“Yelah, tapi bagaimana kalau mama call doktor? Doktor mesti dapat kesan punya.”

“Itulah kerja kau. Tolong cover line, okey?”

“Cover line? Macam mana?”

Syafiq mengeluh lemah. Apa kebengap sangat kembar aku ni? Cover line pun tak reti ke? Macam ni nak berlakon jadi ‘dia’? Hisy! Kena ajar sikit ni, kalau tak, habis mission impossible nanti.

“Kau sogoklah doktor tu dengan money, macam yang kita selalu buat tu.”

Seperti yang dijangka, selepas saja melangkah masuk ke dalam rumah, semua orang sudah berkumpul di ruang tamu sedang menanti mereka berdua. Keduanya masih berlagak seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Kamu berdua pergi ke mana?” tanya ibu tiri mereka dengan lembut. Puan Maria kalau bertanya memang lembut tapi orangnya memang tegas dalam bab mendidik anak.

“Err… just jalan-jalan,” jawab Syazwan selamba.

“Jalan-jalan?” sambung mama mereka pula dengan nada memerli. Syazliana yang duduk di sebelah mamanya hanya tersenyum-senyum mengejek mereka. “Bila masa korang berdua ni pergi dating bersama?”

“ Ala mama, sebab tak pernah pergi dating bersamalah kitorang keluar. Dulu mama juga yang risau bila lihat kami buat hal masing-masing,” Syafiq pula menjawab. “Kitorang bukannya buat apa pun.”

“Okeylah, mama cuma nak tahu, apa pakatan rahsia korang berdua sekarang ni?” tanya mamanya tanpa berkias-kias lagi.

“Pakatan?” tanya Syafiq kehairanan. Hisy, kena pandai berlakon sikit, nanti pecah tembelang… tapi, bilalah ubat tidur ni nak bertindak?’ detis hatinya. Syazwan sudah jeling-menjeling dengannya. “Mana ada pakatan.”

“Tipu! Sejak dari malam tadi Liana dengar diorang berbincang sesuatu dalam bilik. Abang Wan dengan Abang Fiq tu kalau dah duduk berbincang bersama mesti ada apa-apa yang dirancangnya,” celah Syazliana.

“Syafiq… Syazwan…,” kata mamanya dengan jelingan maut bila dengar pengakuan anak perempuannya itu.

“Tak de apalah mama. Kitorang berbual kosong saja, mana ada buat pakatan rahsia. Lagipun apa faedah kami kalau buat pakatan rahsia,” balas Syazwan.

“Betul tu, apa faedah kamu dapat kalau buat pakatan rahsia,” celah papanya pula sambil mengenyit mata pada dua anak kembarnya itu. Syazwan dan Syafiq hanya tersengih-sengih.

“Anak dengan bapak sama saja! Ni abanglah ajar diorang buat perkara yang bukan-bukan!”

“Mana ada. Lagipun kalau diorang ada pakatan rahsia pun… dah nama pakatan rahsia… mestilah rahsia,” balas ayahnya. Sekali lagi dua kembar itu tersengih-sengih. Ni yang best ni kalau papa memihak pada mereka.

Sementara mendengar mama dan papanya bertekak lidah, Syazwan dan Syafiq memandang sesama sendiri sambil berinteraksi melalui mata.

‘Sabarlah, ubat tidur tu tak bertindak lagi,’ detisnya.

‘Pura-puralah pengsan cepat. Aku dah tak tahan ni. Kepala aku pening ni,’ detis Syazwan pula. ‘Pagi tadi aku terlupa makan ubat.’
‘Sapa suruh kau tak makan ubat lagi?’

‘Manalah aku ingat.’

“Syafiq! Syazwan! Baik kamu beritahu mama tentang rancangan kamu ni,” ujur mamanya lagi.

“Ah, tiba-tiba kepala saya rasa peninglah,” ujur Syafiq sambil berlakon.

“Jangan nak berlakon, mama tahu sangat dengan perangai kamu berdua ni. Bila kena soal siasat ada saja yang tak kena, kali ni, mama takkan percaya dengan gurauan kamu lagi.”

Selepas saja mamanya cakap, Syazwan yang berdiri di sebelahnya, tiba-tiba saja tumbang tidak sedarkan diri. Pada mulanya ingatkan Syazwan hanya berlakon tapi setelah namanya dipanggil banyak kali, akhirnya keadaan jadi panik.

‘Eh, siapa yang sepatutnya pengsan sekarang ni?’ detis Syafiq kehairanan. Ditambah lagi ubat tidur yang ditelannya tadi mula bertindak. Entah bila dia tidak sedarkan diri dia juga kurang pasti… Novel Keliru (Bhg 9)

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.