Novel Keliru (Bhg 5)

"So," sapa Melissa sambil duduk bertentangan dengan Syafiq tanpa di jemput langsung. Ah, perempuan ni memang tak tahu adat melayu langsung. Syafiq yang baru hendak menyuap kepingan pizza, terus terbantut hendak menjamahnya. Langsung tiada selera bila terpandang wajah Melissa.


"Boleh tak kau hormat masa makan aku?" tanya Syafiq kepada Melissa sambil mengeluh lemah.


"Kau tahukan aku tak pernah hormat dengan sesiapa pun," balas Melissa tersenyum nakal.


"Okey, kau nak apa?"


"Aku dengar kau kena simbah dengan seorang perempuan tempoh hari dan perempuan itu adalah bekas teman wanita kau," beritahu Melissa tanpa memutar belitkan cerita. Straight to the point. Inilah Melissa. Kalau ada berita sensasi tak pernah hendak berkias-kias dahulu, terus saja straight to the point. Sebab itulah orang ramai menggelarkan dia minah lazer. Mulut tak pernah berhenti bercakap. Kalau cakap benda-benda yang elok tu tak pelah. Ini� huh� malas nak cakaplah.


Syafiq masih berlagak selamba lagi. Bukannya dia tidak tahu tentang berita itu. Pada malam itu, mereka berbual menerusi telefon dan Syazwan ada cerita tentang kisahnya kena mandi dengan air Pepsi oleh Elyana. Bukan main seronok dia ketawakan Syazwan sehingga dia sendiri tidak boleh tahan dari ketawa.


"Dari mana kau dengar tentang berita ni sensasi ni?" tanya Syafiq masih lagi cuba menahan ketawanya. Kalaulah Melissa tahu tentang kewujudan kembarnya itu, boleh dia berkongsi gelak tapi tak baik gelakkan kembar sendiri! Gelakkan kembar sendiri umpama gelakkan diri sendiri! Ingat tu!


"Aku juga berada di sana," ujur Melissa. Syafiq mengangguk faham. "Dan anehnya, kau seolah-olah tidak kenal aku walaupun jarak aku dengan jarak tempat kau hanya beberapa meter saja," ujur Melissa sedikit pelik. "Kau seolah-olah orang lain."


"Anggaplah kau dah tersalah orang. Ya. Aku juga ada terdengar tentang ada seseorang yang seiras dengan aku sejak akhir-akhir ini, mungkin kau dah berjumpa dengan kembar aku yang satu lagi," ujur Syafiq pula.


"Ia langsung tak lucu, Syafiq."


"Terpulanglah," keluh Syafiq tidak berdaya hendak berbual �mesra� dengan Melissa lagi.


Melissa menjeling tajam.


"Dan lagi, aku dengar mangsa kau yang seterusnya Atiqah."


"Melissa, kau memang musuh yang hebat. So, bagaimana kau tahu?"


"Bukannya susah nak tahu tentang musuh sendiri," balas Melissa tersenyum sinis. "Anyway, aku bukannya apa tapi aku tak mahu musuh aku ni musnah di tangan orang lain, so, aku fikir lebih baik aku beritahu kau tentang Atiqah."


"Kalau kau nak kata Atiqah tu ada rancangan jahatnya sendiri� aku dah lama tahu," ujur Syafiq selamba.


"Kalau kau dah tahu kenapa kau masih nak terkejar-kejar budak tu? Dia tu saja je nak balas dendam sebab kau pernah tinggalkan kawan-kawannya dengan begitu saja."


"Kalau dia nak bermain, aku pun boleh bermain."


"Hisyh! Tak fahamlah aku dengan kau ni� suka sangat menghancurkan hati perempuan. Cubalah kau terima seorang perempuan jadi teman wanita kau dengan sebenar-benarnya, janganlah asyik menghancurkan hati mereka!"


"Kalau begitu jadilah teman wanita aku yang sebenar-benarnya."


"Tolonglah," keluh Melissa penat. "Melainkan kau pernah ditolak seseorang," teka Melissa lagi.


Serta merta Syafiq tergelak kuat sehingga boleh menggegarkan dewan kantin itu. Nasib baiklah tiada sesiapa yang tercedera dengan gelakkannya yang kalahkan gergasi tua gelak. Melissa kemudiannya menjeling tajam.


"Lissa, tak guna kau jeling aku tajam-tajam macam tu, nanti terpanah kat mata aku ni. Kalau dah terpanah kat mata aku, alamatnya butalah mata aku ni nak tengok perempuan lain," ujur Syafiq lagi sambil menyindir.


"Ah, kenapalah aku mempunyai musuh yang tak normal macam kau ni?!" degus Melissa mula mengangkat buntut berlalu pergi. Kalau dia layan si Syafiq itu, bukan saja sampai ke tua pun tak habis tapi dia takut silap-silap hari bulan dia boleh �terjatuh cinta� dengan musuhnya sendiri.


"Dan kenapa pula aku boleh layan si Melissa tu hari ni, hah?" tanya Syafiq kepada dirinya sendiri. Dia kemudiannya menggaru kepalanya yang tak gatal. "Emm� mesti dah kena panahan asmara dia ni. Hisyh! Tak boleh jadi, mesti minta mama bawak aku jumpa bomoh dan hilangkan segala kekotoran yang terlekat di badan aku ni," ujurnya seorang diri.


Dia kemudiannya berlalu bangun memandangkan dia tidak berminat hendak menyentuh pizza yang dibelinya itu dan diberikannya kepada pelajar perempuan di sebelahnya. Seperti biasa, dia akan mengelilingi satu sekolahnya yang seluas 5 hektar tanpa hala tuju. Memang itulah kerjanya setelah habis makan.


Tiba di belakang bangunan yang selalu dia lepak seorang diri, dia merasai handsetnya bergegar sedikit. Segera dia mencapai handsetnya dan membuka mesej yang diterimanya. Gambar seorang budak lelaki dalam lingkungan 2 tahun terpampang di skrin telefonnya. Dia kemudiannya tersenyum kelucuan.


Tidak lama kemudian handsetnya bergetar lagi dan Syafiq segera menjawab panggilan tersebut.


"Bagaimana? Comel tak anak aku?" tanya satu suara yang lembut dihujung talian.


"Ah, nampaknya ayahnya ini kena surrender jadi Romeo terhandsome di dunia ni," keluh Syafiq bergurau. Suara itu tertawa keriangan. "Jadi, bagaimana hidup kau di sana?"


"Emm� okey, dan aku dah dapat kerja, jadi, tak payahlah kau kirim aku duit lagi," ujurnya.


"Kerja apa?"


"Jangan risau, kerja aku ni bukannya kerja yang haram."


"Yelah tapi kerja apa?"


"Kerani di sebuah syarikat kecil je. Boss tu ambil aku bekerja sebab aku boleh bertutur bahasa mandarin."


"Kau kerja bagaimana dengan Boy?"


"Jangan risau, aku hantar Boy ke Taska dekat dengan rumah sewa aku. Syafiq, janganlah risau, aku tahu tanggungjawab aku dan aku tak mahu bergantung pada kau saja. Cukuplah apa yang kau dah tolong aku, aku dah tak sanggup lagi terhutang budi dengan kau."


"Walauapapun aku tetap tak puas hati selagi tak tengok kehidupan kau macam mana."


"Aku tahu, dan aku janji, aku akan balik jumpa kau dalam masa terdekat ini. Aku janji," ujurnya lagi.


"Baiklah tapi dengan satu syarat."


"Ada syarat ke?"


"Kau mesti hantar gambar Boy pada aku setiap hari."


Kemudian suara itu tertawa kelucuan. Begitu juga dengan Syafiq.


"Dan lagi, jangan lupa ajar dia cakap �PAPA�," ujur Syafiq lagi.


"Baiklah tapi kau jangan bagi gambar Boy pada perempuan lain, aku tak mahu diorang rampas pakwe aku ni dari tangan aku," balasnya dengan tawa keriangan. Novel Keliru (Bhg 5)

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.