Novel Keliru (Bhg 3)

"Kenapa mesti ada orang pengsan bila jumpa kita berdua?" tanya Syafiq kepada kembarnya itu, Syazwan.

Syazwan hanya menjeling tajam. Inilah padahnya bila bertemu dengan kembarnya sendiri. Pasti ada saja yang tidak kena. Patutlah mama dengan papanya tidak mahu mereka berdua duduk satu bumbung, mesti ada saja yang tidak kena bila mereka berdua bertemu. Lihatlah apa sudah terjadi pada Aya. Tak pasal-pasal jatuh pengsan dan tak pasal-pasal dia kena bawa Aya ke hospital yang berdekatan.

"Boleh tak kau jangan kacau kawan-kawan aku lagi?" ujur Syazwan kepada kembarnya itu. "Lihatlah apa dah jadi dengan Aya," tambahnya lagi sambil menjeling memandang Aya yang masih lagi tidak sedarkan diri di wad. Nasib baiklah doktor hanya beritahu Aya hanya pengsan saja, kalau tidak, entah apa yang dia hendak beritahu ahli keluarga Aya.

"Err! itu bukan salah aku, dia yang tiba-tiba tegur aku, jadi aku tegurlah dia balik. Aku bukannya ada niat jahat dan dia pengsan bukan sebab aku tapi sebab kau yang sapa dia dengan tiba-tiba," ujur Syafiq tidak mahu mengaku bersalah. "Err! ni ke girlfriend kau?" tanyanya sambil tersengih-sengih.

Syazwan sekali lagi menjeling tajam.

"Err! mungkin bukan," jawab Syafiq sendiri. "Yelah, kembar aku ni langsung tiada perasaan dengan perempuan. Malah, perempuan cantik yang pakai bigini pun dia tak berselera langsung," Syafiq sudah mula dengan perangai cakap banyaknya.

"Sekali lagi kau cakap macam tu aku humban kau ke bawah," ujur Syazwan sedikit melenting.

"Okey, okey. Aku minta maaf lelaki yang suci," ujur Syafiq lagi. Syazwan merenungnya dengan tajam. "Err! aku pergi dulu. Kalau girlfriend kau ni terjaga dan lihat kita berdua sekali lagi, mungkin dia akan koma buat selama-lamanya. So, aku chow dulu tapi sebelum tu, mama pesan kalau jumpa kau, dia minta tanya soalan ini! ?Adakah Syazwan dah ada girlfriend?" ujur Syafiq lagi.

"Kau!," belum sempat Syazwan hendak menghabiskan ayatnya, Syafiq sudah pun berlalu dari situ. Syazwan hanya menggeleng. Memang dia selalunya akan kalah bila berhadapan dengan kembarnya sendiri tapi itu tidak bermakna dia mencemburi kembarnya itu. Hubungan mereka boleh dikatakan akrab walaupun jarang berjumpa. Selalunya mereka akan berjumpa setiap dua minggu sekali untuk jamuan keluarga. Hanya hari itu sajalah dia dapat berjumpa dengan mama dan adiknya yang tinggal berasingan dengan keluarganya.

Bercakap tentang keluarga. Keluarganya memang rumit. Memang cukup merumitkan. Kalau dia bercerita tentang kisah keluarganya mungkin ramai orang yang tidak akan percaya. Malah mereka sendiri tidak dapat menerimanya. Tapi setakat ini, kira alhamdulillahlah, walaupun papa berkahwin lagi tapi hubungan mama dengan isteri kedua papa agak rapat. Malah, jangan tak percaya mereka boleh pergi bercuti bersama!

Tidak lama kemudian Aya mula menunjukkan tanda-tanda sedar. Sebaik sahaja dia membuka matanya, wajah Syazwan yang pertama dilihatnya.

"Hey," sapa Syazwan lembut.

"Bagaimana aku boleh berada di sini?" tanya Aya kehairanan apabila menyedari dia sedang terbaring di katil hospital. Dia mengerah tenaganya bangun dari baringnya. Kepalanya masih lagi terasa sakit.

"Kau pengsan tadi."

"Pengsan?" tanya Aya kehairanan.

"Kau tak ingat apa-apa?"

"Emm! apa yang aku ingat, masa kita tengah makan kat KFC, Elyana datang dan simpah kau dengan air Pepsi dan kau minta diri tuk salin baju dan minta aku tunggu di depan lif. Dan! aku rasa macam terserempak dengan seseorang yang sama macam kau," ujur Aya sambil berfikir semula. Rasanya macam benar-benar berlaku dan bukannya mimpi. "Hah! Memang betul! Ada dua orang Syazwan!"

Syazwan cuba berlagak biasa. Bukannya dia tidak mahu mengaku tentang kewujudan kembarnya yang seorang lagi itu tapi adakah orang akan percaya? Memanglah tak pelik kalau ada seorang kembar tapi memang pelik kalau ada seorang kembar tapi merahsiakan kewujudan kembarnya itu sehinggalah besar.

"Err! Aya, aku nak beritahu kau sesuatu! aku sebenarnya!."

"Kak Aya!" jerit suara beberapa kanak-kanak kecil menyerbu ke katil Aya. Keadaan riuh dengan suara-suara comel kanak-kanak kecil berumur antara 6 tahun hingga 4 tahun itu.

"Hisy! Diamlah, ini hospital bukannya hospital bahagia," celah satu suara yang agak kasar memarahi kanak-kanak itu. Seorang wanita yang berusia dalam 40-an menghampiri mereka semua. Mungkin ibu Aya.

"Apa khabar mak cik," sapa Syazwan sambil bersalaman mesra. "Saya yang buat panggilan tadi."

"Ah, terima kasihlah nak. Kalau anak tak de, kami sekeluarga tak tahu berita ni."

"Tak. Sepatutnya saya minta maaf sebab saya Aya pengsan."

"Bukan sebab kamu. Aya ni memang sering lemah badan sejak lahir lagi. Sebulan tak masuk hospital memang tak sah. Ini semua sebab dia dilahirkan tak cukup vitamin malah tak cukup bulan sebab itulah dia senang saja pengsan. Orang sergah sikit pun dah pengsan."

"Oh," Syazwan mengangguk faham. Tak hairanlah Aya pengsan tadi, mungkin sebab terkejut melihat dua orang ?Syazwan?. Ah, dia pun tidak menyangka dia akan bertemu dengan kembarnya itu di sana. Memang kecil betul dunia ini. Novel Keliru (Bhg 3)

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.