Memaparkan catatan dengan label PRK Manek Urai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Manek Urai. Papar semua catatan

Selasa, Julai 07, 2009

Misi BN tawan Manek Urai tuntut pengorbanan


Oleh Ismail Mat

Semalam bermulalah sekali lagi 'perang' pilihan raya kecil di negara kita dan kali ini membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, di Kelantan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Kebetulan pilihan raya kecil itu diadakan ketika isu kerajaan perpaduan ditimbulkan, penarikan DAP daripada kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pakatan Rakyat dan pelbagai isu lain. Tetapi semua isu itu lebih berbentuk nasional dan ia mungkin tidak perlu 'menjengok' Manek Urai.

BN diwakili Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas meletakkan Bendahari kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai taruhan untuk mempertahankan kerusi terbabit.

Latar belakang pendidikan kedua-duanya jauh berbeza. Tuan Aziz menjadi lambang kejayaan dunia pendidikan negara membasmi kemiskinan penduduk selepas merdeka apabila berjaya melanjutkan pelajaran sehingga merangkul Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum kembali ke Kuala Krai untuk menabur jasa.

Mohd Fauzi pula membuktikan, walaupun hanya berbekalkan pendidikan yang tidak seberapa, beliau mampu mengubah status kehidupannya daripada seorang penjaja ikan kepada pemborong yang berjaya, kini bercita-cita menyambung legasi Allahyarham Ismail Yaakub.

Ada pihak memberi gambaran yang Mohd Fauzi sebenarnya bukan 'orang pilihan' Ismail ketika hayatnya, jadi bukanlah sesuatu mengejutkan sebaik diumumkan sebagai calon Pas, antara keluarga penduduk terawal diziarahi Mohd Fauzi adalah balu Ismail yang menetap di Manek Urai Lama.

Hakikatnya, kedua-dua calon mempunyai matlamat sama, iaitu mahu membawa perubahan dalam hidup masyarakat Manek Urai mengikut acuan parti yang diwakili mereka.

Walaupun kempen pilihan raya kecil Manek Urai bermula semalam, sebenarnya saingan antara BN dan Pas untuk memenangi kawasan terbabit sudah bermula sejak 22 Mei lalu, sebaik kematian Ismail ekoran komplikasi jantung.

Sejak itu, pelbagai gerak kerja dan usaha mendekati pengundi dijalankan kedua-dua pihak. Namakan apa juga program, agihan bantuan dan sumbangan, sukan atau dikir barat anjuran Umno atau Pas, ia tetap mempunyai matlamat sama, iaitu menarik pengundi.

Pelbagai bahan kempen seperti kain rentang, poster dan bendera sudah dinaikkan, kecuali poster calon yang mula dinaikkan semalam.

Kawasan Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi dengan BN dan Pas dikatakan mempunyai keahlian yang seimbang, masing-masing sekitar 4,000 ahli, justeru, menjadikan kira-kira baki pengundi atas pagar bakal menjadi penentu masa depan Manek Urai.

Pada masa sama, dianggarkan lebih 1,000 pengundi terdiri daripada anak tempatan Manek Urai yang kini sedang berada dan mencari rezeki di luar Kelantan.

Melihat kepada sambutan penyokong ketika mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai 1 semalam, calon Pas mungkin berasa selesa kerana jumlah mereka yang mengiringinya dilihat lebih ramai daripada penyokong BN.

Namun, ramainya penyokong yang hadir ketika perarakan dan ceramah yang diadakan sebenarnya bukan jaminan kepada kemenangan kerana mendengar ceramah yang menampilkan tokoh kontroversi dan yang suka memaki-hamun sambil melemparkan dakwaan dengan bukti separuh masak, ibarat suatu hiburan di Kelantan.

Pas mempunyai pengalaman itu ketika mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Pasir yang juga kubu kuatnya dalam Parlimen Pasir Mas pada Disember 2005.

Justeru, di sebaliknya laungan keyakinan yang sering dihamburkan kepada wakil media, di kalangan pemimpin Pas kini berasa bimbang terhadap kemungkinan tragedi kekalahan mereka di Pengkalan Pasir berulang di Manek Urai.

Walaupun hayat BN di Pengkalan Pasir sekadar bertahan sehingga Mac tahun lalu, sebelum dirampas kembali oleh Pas, kekalahan Pas di DUN terbabit bukti betapa parti itu juga belum tentu selamat di gelanggang sendiri, jika tidak kena dengan cara kempen.

Dalam mengharapkan kemenangan Pengkalan Pasir berulang di Manek Urai, BN perlu menyedari hakikat, mereka sedang berperang di kubu lawan. Justeru, kekuatan kempen dan gerak kerja perlu ditingkatkan ke tahap tertinggi, di samping menunjukkan perpaduan dan kesepakatan sesama sendiri.

Mampukah semua pemimpin Umno dalam bahagian Kuala Krai memastikan tiada lagi amalan cantas mencantas atau 'cah keting' terhadap Tuan Aziz selaku calon BN yang sanggup berkorban dan mengambil risiko apabila melepaskan kerjaya bergaji lumayan demi menguatkan cabaran BN pada pilihan raya kali ini.

Lantaran itu, ingatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu semua pemimpin BN dan Umno mengutamakan perjuangan parti melebihi kepentingan peribadi sewajarnya menjadi peringatan bahawa perpaduan sesama sendiri adalah kunci kejayaan pada pilihan raya kali ini.

"Faktor calon yang baik tidak memadai jika tidak dibantu kerja keras jentera parti pada semua peringkat untuk memenangi hati pengundi. Harapan (untuk menang) itu ada, tetapi secara ikhlas kita perlu kerja keras. Jurang antara BN dan lawan semakin rapat. Perlu komitmen dan kesungguhan kerja kuat jentera parti," katanya.

Di kalangan ahli dan pemimpin Umno akar umbi, kehadiran jentera kempen dari luar bagi membantu gerakan merayu undi dari rumah ke rumah wajar diterima dengan lapang dada.

Sikap cepat kecil hati atau rasa hati hanya kerana isu kecil tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak melakukan gerak kerja sehingga calon harapan parti kehilangan undi biar pun satu undi, kerana Pas pernah memenangi kerusi DUN Kemuning pada Pilihan Raya Umum 2004 dengan majoriti dua undi saja.

- BERITA HARIAN

Krisis PR Kedah tidak jejas sokongan - Azmin

Krisis politik yang melanda dua negeri Pakatan Rakyat (PR) di Kedah dan Pulau Pinang tidak akan menjejaskan sokongan kepada calon Pas dalam pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau menjangkakan isu tersebut akan digunakan UMNO sebagai bahan kempen menerusi bantuan media yang tidak menyebelahi PR.

“Saya percaya, krisis yang melanda dua negeri tersebut hanya melibatkan soal pentadbiran yang boleh diselesaikan melalui pemuafakatan, saya yakin kepimpinan DAP, Pas, PKR akan menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pada penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, semalam.

Dalam pada itu Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, PKR telah diberikan kepercayaan untuk menjaga tiga kawasan di bawah DUN Manek Urai yang mana Pas hanya menang dengan jumlah undi tipis sebelum ini.

Selain itu, PKR juga akan membantu jentera Pas membawa pulang sejumlah 1,000 pengundi di luar kawasan khususnya di Kuala Lumpur.

“Kita akan sedarkan rakyat Manek Urai bahawa suara mereka cukup kuat memberikan isyarat kepada UMNO dan BN bahawa mereka perlu mengotakan apa yang mereka ikrarkan termasuk konsep 1Malaysia yang dilaungkan.

“PR juga akan membangkitkan isu royalti minyak di mana komitmen Perdana Menteri dituntut, rakyat Kelantan tidak pernah dibayar walaupun mempunyai hak. Jika mendapat royalti ini saya percaya Kelantan dapat dibangunkan dengan lebih pesat lagi,” katanya.

Azmin juga percaya kerusi ini akan kekal menjadi milik PR setelah melihat sokongan padu yang luar biasa daripada penduduk Manek Urai.

- SINAR HARIAN

Isnin, Julai 06, 2009

PAS dan UMNO berentap satu lawan satu di Manek Urai


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,

Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.

Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.

Mohd Fauzi yang ditemui selepas wawancara dengan RTM dan ditanya mengenai peluangnya, berkata:

"Setakat ini, peluang kita cerah kerana kita rapat dengan rakyat kampng dan akar umbi lebih awal. Rakyat sudah lama mengenali saya."


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.

Sehingga jam 10.35 pagi tadi, katanya, polis belum menerima apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ini.

Beliau berharap penyokong kedua belah akan mematuhi undang-undang.

Abdul Rahim berkata 3,000 anggota polis ditugaskan di Manek Urai sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.

- MALAYSIAKINI

Pas rayu pengundi di luar Kelantan pulang

Pas Kelantan kini mengharapkan pengundi Manek Urai yang berada di luar negeri ini, kembali menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian 14 Julai ini, demi memastikan parti itu mampu mempertahankan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata untuk tujuan itu, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 1,000 pengundi Manek Urai yang berada di ibu negara malam kelmarin, bagi meminta mereka pulang pada hari pengundian.

"Saya ke Kuala Lumpur minta anak-anak Manek Urai di sana, balik mengundi kerana jangan anggap ini kerja politik, tapi kerja agama kerana Islam ini antara unsurnya ialah politik, barulah Islam boleh berkembang seluruh dunia.

"Kena balik (mengundi), tak boleh naik bas, naik motosikal. Tak boleh naik motosikal, jalan kaki," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sekembalinya dari Kuala Lumpur kerana menghadiri pertemuan itu, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob, dari Pas kerana komplikasi jantung pada 22 Mei lalu. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu diadakan hari ini.

Sementara itu, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, mendakwa kehadiran pengundi luar penting bagi membolehkan parti itu menang dengan majoriti lebih besar di Manek Urai, berbanding keputusan pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mendakwa, jika jumlah pengundi luar yang pulang agak sedikit, Pas tetap berpeluang mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas Umno, tetapi dengan majoriti kemenangan yang kecil.

"Kalau 80 peratus daripada kira-kira 2,000 pengundi Manek Urai di luar Kelantan balik mengundi, Pas jangka mampu menang dengan majoriti cukup besar, tetapi jika bilangannya sedikit, kita jangka tetap akan menang dengan majoriti kecil," katanya.

Wan Abdul Rahim berkata, dalam perjumpaan Nik Abdul Aziz dan calon Pas bagi pilihan raya kecil itu, Mohd Fauzi Abdullah, malam kelmarin, pengundi luar menyatakan kesediaan untuk pulang menunaikan tanggungjawab me-reka.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 supaya majikan memberi cuti kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka kerana tarikh pengundian ditetapkan pada hari bekerja.

- BERITA HARIAN

Manek Urai sempena nama penduduk awal

Kawasan Manek Urai yang menjadi tumpuan kerana dijadualkan berdepan pilihan raya kecil pada 14 Julai ini, dipercayai mendapat nama sempena seorang penduduk awal yang membuka kampung itu, hampir 80 tahun lalu.

Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, penduduk awal yang dikenali sebagai Mak Nik Urai, dikatakan berasal daripada utara Kelantan, datang memugar dan membuka kampung itu selepas menyusuri sungai dengan perahu.

Memandangkan kampung itu masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai, yang kemudian bertukar kepada panggilan Manek Urai, yang ada sekarang.

Waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya, Tijah Awang Long, 63, yang ditemui di kampung itu semalam, mendakwa Kampung Manek Urai asalnya terletak lokasi Kampung Pasir sekarang.

"Bagaimanapun, nama kampung itu dipindahkan untuk menggantikan nama Kampung Kederang yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini, pada sekitar 1940-an," katanya.

Suami Tijah, Mat Akib Ab Rahman, 83, berkata selain nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mendakwa nama kampung itu diberikan berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung berkenaan.

Ketika zaman komunis, Kampung Manek Urai Lama dijadikan penempatan semula penduduk dari kampung terpencil sekitarnya, manakala pada 1955, kawasan seluas 16.76 hektar persegi diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan Manek Urai yang kini dimasuk ke dalam Majlis Daerah Dabong.

Pada 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah, yang sebahagian besarnya bekerja sebagai penoreh getah, petani dan pengusaha dusun serta bekerja dengan kegiatan pembalakan.

Kedudukan muka buminya yang rendah iaitu terletak di Lembah Sungai Lebir menyebabkan penduduk terbabit tidak terlepas daripada ancaman banjir yang melanda kawasan itu hampir setiap tahun.

Banjir paling buruk melanda perkampungan itu pada 1979, iaitu hampir keseluruhan kawasan Manek Urai ditenggelami air yang menyebabkan 2,254 penduduknya ketika itu terpaksa dipindahkan.

Bagi mengatasi masalah itu, Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohamad Yaacob (kini Tan Sri) dan Ahli Parlimen Ulu Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengambil inisiatif menyediakan kawasan seluas 156.4 hektar Ladang Tanjung Batu di sini, yang dibangunkan sebagai lot perumahan dikenali sebagai Manek Urai Baru, untuk penempatan semua penduduk Manek Urai Lama yang terjejas banjir.

Penduduk Manek Urai Lama dan Baru menikmati banyak kemudahan asas terutama yang membabitkan projek kesejahteraan rakyat termasuklah pembinaan jambatan merentangi Sungai Lebir menghubungkan dua kampung terbabit, jalan kampung berturap, sekolah kebangsaan dan menengah, masjid, madrasah, tadika, klinik kesihatan dan perpustakaan desa.

Penubuhan beberapa buah agensi bukan saja turut membangunkan kawasan kampung itu malah memberi kemudahan kepada penduduk untuk berurusan, antaranya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (Risda) dan balai polis.

Seorang bekas pesalah yang menjalani hukuman buang daerah di kampung itu, Ali Othman, 85, berkata memandangkan pelbagai kemudahan yang dinikmati itu, beliau membuat untuk terus menetap di kampung berkenaan selepas hukuman terhadapnya berakhir.

- BERITA HARIAN

Serang UMNO bukan strategi pancing undi - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataannya menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat bukan strategi untuk memancing undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Beliau menyifatkan setiap kenyataannya sebagai 'kempen' kepada manusia dan akan dibuat sepanjang masa semata-mata kerana mahu menegakkan agama Islam.

Katanya, sekiranya tidak ada pilihan raya sekalipun, beliau akan tetap mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berceramah atau menyampaikan kuliah.

"Waktu saya buat kenyataan itu, saya buat kenyataan kerana Allah. Kempen saya kepada manusia supaya sedar.

''Selagi tidak turut kepada agama, manusia akan meraba dalam hidup dia dan bagaimana kita nak pastikan laluan ke syurga kalau kita tinggal agama.

"Kaitan itu (berkempen) munasabah pilihan raya, kalau tidak ada pilihan raya pun saya tetap berkempen Islam, sama saja.

''UMNO dengan Pas baru 50 tahun (penubuhan), Islam sudah 1,500 tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelmarin Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu percaya tindakan UMNO 'menyentuh' Nik Abdul Aziz dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai akan lebih menguntungkan parti itu.

Justeru, pihaknya membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menyerang peribadi pemimpin itu yang kebelakangan ini membuat pelbagai kenyataan keras mengecam UMNO.

Ketika mengulas dakwaan Pas memfitnah UMNO dengan menyebarkan bahawa parti itu menolak Islam, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perkara itu adalah kenyataan dan menyifatkan UMNO bermuka-muka dalam perjuangannya.

"Tolak Islam ini sama ada secara total atau tolak secara buat-buat. Zaman Nabi ada Abdullah bin Ubai. Dia buat masjid, tapi masjid itu ditolak. (UMNO) buat Islam tetapi dalam perutnya tolak. Orang panggil munafik, tolak juga," katanya.

Beliau meminta anak-anak Kelantan yang menjadi pengundi di Manek Urai supaya kembali mengundi dengan menyifatkan tanggungjawab itu sebagai 'kerja agama' dan bukannya politik.

- UTUSAN

UMNO perlu lakukan kejutan di Manek Urai

Oleh NADZIR AWANG AHMAD
Universiti Teknologi Mara, Perlis

Pilihanraya Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Manek Urai pada 14 Julai ini merupakan siri pilihan raya kecil ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).

Kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob yang mewakili Pas pada 22 Mei lalu menyebabkan PRK tersebut terpaksa diadakan.

Penamaan calon diadakan hari ini dan ia bermakna, parti-parti yang bertanding hanya mempunyai lapan hari untuk berkempen sebelum tarikh pengundian.

Persaingan sengit dijangka berlaku antara dua parti yang secara tradisinya bersaing untuk mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu iaitu UMNO dan Pas.

Bagaimanapun mungkin ada calon-calon bebas yang cuba menawarkan diri bertanding seperti di Bukit Gantang pada 7 April lalu yang menyaksikan persaingan tiga penjuru antara UMNO, Pas dan bebas.

Bagaimanapun bagi Manek Urai, sekiranya ada calon bebas yang menawarkan diri, ia bukan sahaja dilihat sebagai tidak relevan, malah tidak mampu untuk memberi saingan pada UMNO dan Pas. Hampir pasti calon bebas itu akan hilang wang pertaruhan!

Persaingan UMNO dan Pas pada pilihan raya kecil di Manek Urai ini dijangka menarik perhatian ramai khususnya penganalisis politik, kumpulan pemikir dan jentera kempen kedua-dua parti untuk melakukan "bedah siasat" selepas keputusannya diketahui nanti sebagai persediaan menghadapi PRU 13.

Manek Urai merupakan kubu kuat Pas sejak sekian lama. Mengikut rekod, Pas tidak pernah kalah kecuali pada PRU 11 iaitu pada 2004. Ketika itu Ismail atau lebih dikenali sebagai Paksu Will, wakil Pas di kerusi DUN itu sejak 1986, tidak terpilih sebagai calon dan digantikan oleh Mohd Zamzuri Mat Lazim yang tewas di tangan wakil UMNO, Zulkepli Omar dengan majoriti 53 undi.

Pada PRU 2008, Pas menang bergaya dengan pertambahan majoriti 1,352 undi apabila Paksu Will bertanding semula.

Keputusan Manek Urai pada 14 Julai nanti mampu beberapa petunjuk penting antaranya:-

1. Sokongan majoriti pengundi Melayu.

Jumlah pengundi keseluruhannya ialah 12,292 dengan pecahan pengundi mengikut kaum iaitu Melayu terdiri daripada 99.3 peratus; Cina (0.4 peratus), India (0.2 peratus) dan kaum lain sebanyak 0.1 peratus.

Keputusan PRK ini mampu memberi satu gambaran jelas antara dua parti dominan utama orang Melayu iaitu UMNO dan Pas, parti manakah yang mampu menarik sokongan majoriti orang Melayu.

Walaupun berdasarkan rekod, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat Pas tetapi tidak mustahil UMNO mampu membuat kejutan seperti mana yang berlaku sewaktu PRK 2005 di DUN Pengkalan Pasir.

Harus diingat PRK tidak sama dengan PRU apabila ia akan menjadi tumpuan seluruh pelosok negara terutamanya kerja keras di dalam memenangi hati pengundi daripada kedua-dua jentera parti yang bertanding.

2. Kerajaan perpaduan dan konsep Satu Malaysia.

Isu kerajaan perpaduan itu dicanangkan oleh Presiden Pas dan mendapat maklum balas positif dengan sikap keterbukaan UMNO khasnya Presidennya yang juga Perdana Menteri.

Namun akhirnya ia mengecewakan ramai orang Melayu apabila kenyataan media pada 22 Jun lalu oleh ketua pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara jelas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, isu ini harus dimainkan dengan cara yang sewajarnya oleh UMNO.

Parti itu perlu meyakinkan majoriti pengundi tentang kepentingan kerajaan perpaduan dan memberi penjelasan tentang konsep Satu Malaysia: "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan sejelas-jelasnya. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil UMNO mampu membuat kejutan dengan memenangi kerusi DUN Manek Urai.

Sekiranya keputusan PRK ini memihak kepada UMNO, maka kesimpulan daripada terjemahan undi di kawasan itu menunjukkan majoriti orang Melayu menyokong idea kerajaan perpaduan. Mereka juga mendokong konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri tersebut.

3. Pengundi baru

PRK Dun Manek Urai menyaksikan kira- kira 20 peratus daripada jumlah yang layak mengundi iaitu hampir 3,000 orang adalah pengundi baru.Sokongan majoriti pengundi baru ini adalah faktor penting penentu kemenangan parti yang bertanding.

Jika dilihat daripada rekod PRU Manek Urai pada 2004 dan 2008, kemenangan calon masing masing dengan majoriti 53 undi dan 1,352 undi sahaja.

Pihak yang mampu mempengaruhi pola pengundi baru akan mampu beroleh kemenangan .

Keputusan di Manek Urai diharap dapat membantu UMNO dan Pas mencorak dan membuat pengubahsuaian terhadap strategi masing-masing untuk gerak kerja dan gerak gempur parti bagi menghadapi PRU13.

Meskipun tempoh dianggap masih panjang tetapi pertambahan pengundi di saluran 3 iaitu pengundi muda atau pengundi yang pertama kali layak mengundi akan secara jelas mempengaruhi pola pengundian dan menjadi faktor penentu kejayaan.

Oleh itu jentera parti perlu mempergiatkan lagi usaha menawan hati pengundi tanpa perlu menunggu tarikh pembubaran Dewan Rakyat. Mulakan sewaktu persediaan di Manek Urai ini.

Sabtu, Julai 04, 2009

20 set borang dibeli wakil calon BN, Pas

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sebanyak 20 set borang pencalonan dibeli wakil calon Barisan Nasional (BN) dan Pas yang dijangka bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Pengarah SPR Kelantan, Abdul Rahim Md Salleh, bagaimanapun berkata sehingga kini, tiada wakil calon Bebas atau parti lain membeli borang pencalonan yang dijual RM20 setiap set.

"Sehingga hari ini (semalam), wakil BN dan Pas masing-masing sudah membeli 10 set borang. Menjadi kebiasaan calon membeli lebih daripada satu borang kerana dikhuatiri berlaku kesilapan ketika mengisinya.

“Setakat ini, calon BN sudah membayar deposit RM5,000 untuk pencalonan peringkat DUN dan RM3,000 sebagai deposit pemasangan poster, manakala calon Pas dijangka berbuat demikian dalam tempoh terdekat," katanya semalam.

BN akan menamakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon, manakala Bendahari Pas Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, diletakkan sebagai calon parti itu.

Selain itu, Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat dan timbalannya, Zakaria Salleh masing-masing mengumumkan hasrat bertanding.

Penamaan calon akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai, pada Isnin ini. Seramai 12,923 pengundi berdaftar akan mengundi di sembilan pusat mengundi menerusi 27 saluran. Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui seawal jam 7 malam.

- BERITA HARIAN

Jumaat, Julai 03, 2009

BN ada harapan tawan semula DUN Manek Urai

Oleh ISMAIL MAT

Gendang perang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, kian kuat berdentum, apabila semua parti yang berhasrat bertanding sudah mengumumkan calon masing-masing menjelang hari penamaan yang dijadualkan 6 Julai ini.

Pada masa sama, perjalanan ke Manek Urai yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kota Bharu, kini mula menyaksikan peningkatan mendadak aliran kenderaan milik petugas jentera pilihan raya menuju ke situ, yang selama ini hanya terkenal sebagai lokasi jualan lemang diusahakan penduduknya.

Kerusi DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakub, dari Pas kerana serangan jantung pada 22 Mei lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai ini sebagai hari mengundi.

Bermula dengan Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang juga jurujual kereta, Zakaria Salleh, 54, secara bersendirian tampil mengumumkan hasrat bertanding di kerusi terbabit pada 22 Jun lalu, Pas pula memilih peraih ikan di Pasar Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, 50, yang juga Bendahari Pas Kuala Krai, sebagai calonnya.

Kehangatan demam pilihan raya kecil Manek Urai yang semakin sinonim dengan singkatan 'MU' di kalangan wakil media yang membuat liputan itu terus meningkat apabila Barisan Nasional (BN) mengumumkan pemilihan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, sebagai calon dalam usaha memberi saingan sengit merebut kerusi terbabit.

Tuan Aziz adalah Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Projek di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Hulu Kelantan, merangkumi kawasan jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham Ismail yang juga Adun Manek Urai selama empat penggal, merampas kembali kerusi terbabit yang terlepas kepada Zulkifli Omar dari BN, pada 2004, dengan majoriti 1,352 undi. Pada Pilihan Raya Umum 2004 itu, Zulkifli memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon Pas, Zamzuri Mat Lazim, dengan majoriti 53 undi.

Kali ini, sekali lagi 12,272 pengundi DUN Manek Urai yang sebahagian besarnya terdiri penduduk kampung yang terbabit dengan aktiviti pertanian, terpaksa membuat pilihan.

Namun, sesuatu yang pasti kini, kemenangan atau kekalahan mana-mana calon pada pilihan raya ini tidak akan menjejaskan kekuatan kerajaan Kelantan yang dikuasai dengan selesa oleh Pas pada Pilihan Raya Umum Mac, tahun lalu.

Justeru, di kalangan pengundi Manek Urai kini mula kedengaran pandangan supaya suara pembangkang dalam DUN Kelantan kini perlu diperkuatkan sedikit sebagai amaran kepada kerajaan Pas Kelantan supaya tidak mengambil mudah dan kesempatan terhadap majoriti dua pertiga yang sedang dikuasai.

Antara yang jelas disedari rakyat Kelantan kini terutama golongan warga emas miskin yang mendapati mereka bagaikan dipermainkan, apabila kerajaan negeri bertindak mengurangkan pampasan Skim Takaful Kifalah daripada RM2,500 ketika dilancarkan menjelang Pilihan Raya Umum 2008 kepada RM1,500 mulai awal tahun ini.

Malah, majlis penyerahan pampasan skim itu yang begitu kerap diadakan menjelang Pilihan Raya Umum 2008 oleh pemimpin Pas, kini menyaksikan kira-kira 2,000 waris belum menerima pampasan seperti dijanjikan.

Namun, pampasan itu pastinya dilupakan lantaran ada pengundi kini dibuai impian royalti minyak seperti dicanangkan pemimpin Pas, kerana isu sama menarik perhatian menjelang pengundian pada Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu.

Dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Kuala Krai kini, jelas terpampang kain rentang tertera amaran tindakan merampas tanah penduduk yang mempunyai tunggakan cukai akan diambil, langkah konfrontasi yang dielakkan kerajaan negeri ketika berpaut pada satu kerusi dengan perbezaan dua undi sepanjang 2004 hingga 2008.

Lantaran pelbagai isu dikaitkan dengan Pas sebelum dan selepas muktamar parti itu baru-baru ini termasuk pengaruh kumpulan erdogan, menyebabkan menjelang pilihan raya kecil Manek Urai, jentera pilihan raya Pas Kelantan cenderung memfokuskan kempen setempat konon sebagai lawan kepada pendekatan Umno.

Malah, beberapa pemimpin tertinggi Pas mulanya dilaporkan ditolak daripada bertandang membantu kempen parti itu di Manek Urai. Lidah rasmi Pas, Harakahdaily, melaporkan penasihat jentera Pas bagi DUN terbabit, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah sebagai berkata, hanya poster Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempunyai nilai komersial tinggi dan menarik pengundi.

Laporan penolakan kehadiran beberapa pemimpinnya membawa kepada munculnya ungkapan kempen Pas di Manek Urai akan bersih daripada unsur H1N1 yang merujuk kepada Hadi dan timbalannya, Nasaruddin Mat Isa, yang sebelum ini lantang disuruh meletakkan jawatan oleh Nik Aziz.

Namun, pergeseran yang didakwa berlaku itu pantas dinafi dan dipatahkan apabila Hadi muncul bersama Nik Aziz pada malam pengumuman calon Pas di Manek Urai Lama sambil ditemani rakan dalam pakatan pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Biar apa pun isu, Pas tetap yakin mempertahankan kerusi DUN Manek Urai pada pilihan raya kecil ini. Pada masa sama, BN juga melaungkan kemenangan bukan suatu yang mustahil sambil mengakui seluruh jenteranya perlu bekerja keras ekoran tentangan sengit Pas yang pastinya mahu terus mempertahankan kerusi terbabit.

Khamis, Julai 02, 2009

Maaf, saya tidak setuju pemborong ikan jadi calon ADUN Manek Urai

Oleh ZUKRI AKSAH



MAAF, saya tidak boleh bersetuju kali ini.

Saya tidak boleh bersetuju bila seorang pemborong ikan diangkat menjadi calon ADUN Manek Urai. Bukan kerana saya menghina kerjapemborong ikan, tidak terniat sama sekali. Ini bukan soal mudahditerima atau sudah dikenali, ini soal kepimpinan, suatu amanah besaryang harus dipikul.

Saya juga tidak boleh bersetuju dengan hujah Pengarah Pilihanraya PASKelantan, Abdul Fattah Harun bahawa tugas ADUN hanya terhad di kawasannya sahaja, maka dia tidak semestinya berpendidikan tinggi, lainlah kalau dia dicalonkan untuk kerusi Parlimen.

Secara preskripsinya, jawatan ADUN dan Ahli Parlimen adalah sama, mereka dalam Bahasa Inggeris disebut “law makers.” Bezanya ADUNterlibat dalam penggubalan undang-undang negeri, sementara Ahli Parlimen terlibat dalam penggubalan undang-undang persekutuan. Di Dewan Undangan Negerilah, undang-undang peringkat negeri dibentang, dibahas dan diluluskan. Tanpa prejudis, apakah seorang pemborong ikanberkeupayaan dan mampu untuk terlibat sama dalam sesi-sesi sebegini?

Di Dewan Undangan Negeri juga, Belanjawan Tahunan Negeri dibentang, dibahas dan diluluskan. Sekali lagi tanpa prejudis, andainya saya adalah pengundi di Manek Urai, bagaimana saya boleh berharap seorangpemborong ikan boleh berkontribusi dan menyumbang dalam perbincangantentang kewangan negeri?

Bayangkan jika seorang wartawan menemuramah calon PAS ini setelah bergelar YB, “Jika kerajaan persekutuan bersetuju memindahkan operasi pendaratan minyak Kelantan ke Kelantan sendiri, apakah prospek ekonomidan sosial yang YB nampak?”

Mampukah seorang pemborong ikan menguasaiisu-isu sebegini? Menganggar secara akademik berapa ribu peluang pekerjaan baru akan muncul, berapa peratus peningkatan hasil kerajaan negeri dari cukai, apa sektor-sektor hiliran yang akan muncul, perubahan taraf kehidupan dan sebagainya.

Menjadi ADUN bukan sekadar berkhidmat sebagai wakil rakyat, wakil untuk mendengar komplen rakyat, komplen tentang longkang tersumbat, komplen tentang sampah tidak diangkat, komplen tentang hidup susah danmelarat, komplen tentang banjir dan musibat serta lain-lain lagi.

Wakil rakyat, sama ada di peringkat DUN atau Parlimen adalah pemimpin, mereka memimpin rakyat.

Pemimpin seharusnya seorang yang walau sedikit mesti idealis, dia mesti mampu menggagaskan sesuatu untuk masyarakat yang dipimpinnya, ringkasnya dia yang membawa rakyat, bukan rakyat yang membawanya, kemana?

Sudah tentu soal gagasan menjadi lebih penting untuk pemimpin yang bertaraf wakil rakyat, sebab gagasan kerajaan negeri juga akan dibincang dan diperdebatkan di Dewan Undangan Negeri. Saya tetap tidakmahu prejudis tetapi kepala saya tidak dapat lari dari tertanya-tanya tentang kemampuan seorang pemborong ikan dalam hal ini.

Suatu ketika dahulu, ketika di era pemerintahan Mahathir, Ibrahim Alipernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal undang-undang. Ketika itu dia sering dikritik pembangkang kerana jawatan itu langsung tidak sesuai dengannya. Hujahpopular ketika itu ialah perlantikan Ibrahim Ali adalah sesuatu yang zalim mengikut maksud Islam, kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Kepala bukan tempat meletak kasut, bahagian undang-undang bukan tempat Ibrahim Ali, apakah kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri adalah tempat yang wajar untuk seorang pemborong ikan? Apakah PAS tidak memikirkan soal sekufu di antara Abe Uji Ikan dengan jawatan wakil rakyat? Apakah Abe Uji Ikan adalah “sesuatu” yang diletakkan bukan pada tempatnya iaitu jawatan wakil rakyat tersebut? Jika ya tidakkah ianya satu tindakan yang zalim?

Kepimpinan adalah amanah, amanah ini menjadi lebih berat bila kita bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri. Amanah yang dipegang bukan sekadar untuk mewakili rakyat di kawasannya secara adil dan saksama,lebih penting adalah deretan amanah yang sudah digariskan sebelum seseorang itu memenangi sebuah pilihanraya, iaitu seorang ADUN mestilah menghadiri sidang DUN, bukan hanya hadir tanpa ponteng tetapi turut memberi sumbangan bermakna dalam perbincangan yang berlaku di dalamnya, sama ada yang melibatkan undang-undang, kewangan, pentadbiran, polisi, agama dan sebagainya.

Jika seseorang yang terpilih di kedudukan ini menjadi popular di kalangan rakyat kerana sentiasa ada di mana-mana acara di kawasannya, tetapi hadir dengankebisuan setiap kali DUN bersidang, kekok untuk berbahas bersama-sama ahli Dewan yang lain akibat kekurangan pengetahuan, bagi saya dia bukan gagal, tetapi tidak mampu untuk memikul beban amanah berat sebagai ahli Dewan yang mulia.

Malangnya, dalam ketidakmampuan menjalankan amanah di Dewan yang menuntut profesionalisma dan intelektualiti, orang sebegini tetap menerima bayaran yang sama seperti ADUN lain, bayaran yang bersumberkan wang hasil titik-peluh rakyat. Apakah ketidakmampuan ini bukan satu pengkhianatan kepada amanah rakyat?

Atau PAS hari ini sudah mengubah strategi peperangannya? Yang penting mesti menang terus, momentum kemenangan perlu dikekalkan, jadi jalan paling selamat adalah memilih orang popular dan dikenali ramai di Manek Urai untuk bertanding, seperti kata Abdul Fattah Harun bahawa pengundi Manek Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan, wakil rakyat yang berurusan dengan kerajaan tidak semestinya berpendidikan tinggi.

Bolehkan PAS memakai prinsip asal boleh terima? Sedangkan pada waktu yang sama kualiti kepimpinan sedang dikorbankan.

Saya kira PAS Kelantan tidak kekurangan tokoh tempatan untuk diketengahkan sebagai calon yang bukan sekadar popular, tetapi berwibawa, apalagi ia hanya melibatkan satu kerusi DUN sahaja. Saya tidak nampak PAS begitu terdesak sehingga terpaksa berkompromi tentang mutu latar belakang calon yang diturunkannya.

Mungkin benar dakwaan Abdul Fattah yang penduduk Manek Urai tidak kisah pun jika calon yang bertanding tidak tinggi pendidikannya, tetapi percayalah Kelantan memerlukan kemasukan pemimpin baru yangmemang terpelajar bagi memperkuatkan lagi kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz ini.

- MSTAR

Selasa, Jun 30, 2009

Perjuangan Umno kekal utuh walau 50 tahun berlalu - Mustapa Mohamed

Setelah lebih 50 tahun berlalu, perjuangan Umno tetap utuh bagi menjaga Islam dan mengekalkan pembangunan negara untuk dinikmati seluruh rakyat berbanding PAS, yang lebih selesa dengan janji retorik, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya Kecil BN Manik Urai berkata sejak negara merdeka 1957, Umno tetap memperjuangkan apa yang dijanjikan kepada orang Melayu dan menegakkan agama Islam sehingga kini.

"Berbeza dengan PAS, isu mewujudkan negara Islam dan isu mewujudkan hukum hudud kini menjadi kian sepi dan mengendur di kalangan pemimpin PAS sejak mereka mewujudkan kerjasama dengan pakatan pembangkang antara Keadilan dan DAP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dengan wujudnya pakatan pembangkang itu, PAS kini telah tidak lagi kedengaran pemimpin parti itu melaungkan perjuangan partinya untuk melaksanakan hudud dan mewujudkan negara Islam.

Katanya, bukti dapat dilihat dengan jelas terhadap perubahan dasar perjuangan PAS itu apabila negeri Kedah, negeri yang baru dimenanginya pada pilihan raya umum 2008, masih belum terlaksana dasarnya itu.

Mustapa berkata tiada lagi kedengaran suarasuara pemimpin di Kedah untuk menegakkan negara Islam serta melaksanakan hudud di negeri tersebut walaupun mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian sebagai kerajaan negeri.

"Ini jelas menunjukkan mereka mudah berubah daripada perjuangan mereka mengikut keperluan dan kehendak semasa demi menjaga kepentingan kelangsungan hidup parti," katanya.

Beliau berkata tindakan itu menunjukkan PAS tidak berdiri teguh kepada perjuangan parti dan apa yang dilaungkan oleh parti sebelum ini hanyalah gimik politik untuk menarik rakyat tanpa ada pelan pelaksanaan yang praktikal terhadap apa yang mereka perjuangkan.

Katanya, Umno lebih cekal dan teguh terhadap perjuangannya berbanding PAS yang lebih gemar bersikap retorik dan berubahubah pendiriannya.

- BERNAMA

Isnin, Jun 29, 2009

Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.

Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.

Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.

Anwar merayu terhadap keputusan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan.

- MALAYSIAKINI

Hidupkan suasana politik baru di Manek Urai

Calon Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan sudah diumumkan.

Jika kertas pencalonan diterima, BN akan diwakili oleh bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala calon Pas diwakili oleh Mohd. Fauzi Abdullah.

Mungkin calon parti kecil lain atau Bebas akan turut bertanding bagi merancakkan pilihan raya itu.

Oleh kerana pilihan raya itu melibatkan calon daripada UMNO, Pas atau calon lain daripada bangsa Melayu maka pendekatan berkempen sepatut diubah.

Rakyat sudah jemu dengan pendekatan kempen yang 'panas' dan keterlaluan. Hentikanlah taktik provokasi, menakut-nakut orang ramai menjelang penamaan calon pada 6 Julai dan pada hari pengundian pada 14 Julai ini.

UMNO dan Pas, kedua-duanya berteraskan Melayu dan Islam harus memulakan satu budaya politik baru. Maksud budaya politik baru ialah amalan berceramah atau berkempen tidak perlu dipenuhi dengan kata-kata maki hamun, memburukkan imej individu, membuat tohmahan tanpa bukti kukuh dan bermacam-macam lagi.

Kita mahu Manek Urai menjadi gelanggang permulaan pendekatan politik baru dengan gaya kempen secara profesional dan matang.

Sudah 12 kali pilihan raya umum dan beratus pilihan raya kecil dilalui oleh ahli politik Melayu/Islam.

Bolehkah Manek Urai menjadi titik permulaan terhadap budaya politik baru ini? Perkenal dan bentangkan strategi dan hala tuju yang ingin dibawa oleh parti-parti politik demi kebahagiaan pengundi dan penduduk kawasan Manek Urai.

Jangan pecah-pecahkan kelompok Melayu yang kedudukannya semakin goyah. Jangan menyalahkan pihak lain kerana kegagalan cadangan kerajaan perpaduan.

Ceramah pemimpin Pas usah lagi mengandungi unsur-unsur politik samseng hingga sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Manek Urai.

Seluruh orang Melayu dan umat Islam negara ini menaruh harapan agar unsur-unsur provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram, malah boleh menakutkan para pengundi elok dielakkan.

Atas sebab itu, semua pihak yang mendokong parti masing-masing patut mengelak daripada perbuatan mengapi-apikan emosi penyokong.

Suasana aman di Manek Urai dijangka panas ekoran sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kembali menyerang UMNO.

Begitu juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus mempertahankan kecamannya terhadap UMNO.

Sebenarnya suasana aman di Manek Urai perlu dipertahankan dengan Pas dan UMNO perlu memastikan penyokong masing-masing bertindak rasional dalam melaksanakan demokrasi dan usah menganggapnya sebagai medan peperangan.

Biar pengalaman pilihan raya lepas yang mencetuskan persengketaan, dendam dan keraguan dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Melayu/Islam kini membimbangkan.

Sebab itu semua pihak perlu menghormati undang-undang dan peraturan pilihan raya secara ikhlas, tanpa tipu helah untuk melanggarnya.

Berkempenlah secara beretika dan akhirnya, biar pengundi Manek Urai membuat pilihan mereka dengan bijaksana.

Ahad, Jun 28, 2009

Pengurus Kesedar, Tuan Aziz Tuan Mat calon BN Manek Urai


Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, pada satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manek Urai, di sini.

Muhyiddin ketika membuat pengumuman itu berkata pemilihan Tuan Aziz direstui dan mendapat sokongan padu pimpinan parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik anggota akar umbi.

"Mengikut perlembagaan parti, jika ada kerusi yang kosong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan adanya pilihan raya, kita perlu runding untuk pilih calon, runding dengan (Umno) Negeri, bahagian.

"Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ramai yang memandang sinis jika BN menang di Manek Urai kerana wakil rakyat BN hanyalah pembangkang dalam DUN Kelantan malahan ia langsung tidak akan menjejaskan struktur kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Namun, tegas beliau, wakil rakyat BN di Kelantan disokong oleh kerajaan Pusat."Dia calon BN. Saya sendiri akan bantu jadikan Manek Urai simbol kebangkitan semula Umno dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan," katanya.

Katanya sejak dari awal penubuhannya, BN yang ditunjangi Umno terbukti mampu membela nasib rakyat seluruh negara dan tradisi itu akan tetap diteruskan.

"Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama.

"Niat kita jelas, pembelaan rakyat diteruskan di bawah payung Umno dan BN. Jadi kita mahu Manek Urai dikuasi sekali lagi oleh Umno dan BN," katanya.

PAS mengumumkan calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Bahagian Kuala Krai pada malam Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung. Hari penamaan calon pilihan raya kecil itu diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

- BERNAMA

Sabtu, Jun 27, 2009

Mohd Fauzi, seorang peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai


Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.

Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.

Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi.

- HARAKAHDAILY

Khamis, Jun 25, 2009

Poster Haji Hadi dinaik di Manek Urai

Poster presiden PAS akan dinaikkan dalam kempen pilihanraya DUN Manek Urai apabila penamaan calon bermula 6 Julai ini, kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan.

"Setakat ini belum dinaikkan. Kita akan naik selepas penamaan calon termasuk poster calon," kata Abdul Fatah Harun kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung isu poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih tidak dinaikkan sempena kempen pilihanraya kerusi tersebut sehingga membuka pelbagai tanda tanya.

Setakat ini, PAS Kelantan hanya menaikkan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar, dalam strategi "melokalisasi" kempen tersebut berbanding Umno yang didakwa menggunakan taktik "menasionalkan" kempen mereka.

Ditanya sama ada terdapat arahan terbaru supaya poster tersebut dinaikkan secepat mungkin, Abdul Fatah berkata:

"Tak perlu tunggu arahan... poster tak sampai lagi."

Tambahnya, poster-poster tersebut kini sedang dicetak di Kuala Lumpur.

Abdul Fatah juga menolak dakwaan bahawa poster Abdul Hadi tidak dinaikkan kerana tokoh tersebut dikaitkan dengan kerajaan perpaduan – bertentangan dengan sikap Nik Aziz yang berkeras menolaknya.

Katanya, perkara itu "tidak berbangkit" seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

PAS akan mengumumkan calonnya esok dalam satu majlis yang akan disempurnakan oleh Nik Abdul Aziz di kawasan pilihanraya tersebut.

Ditanya sama ada Abdul Hadi akan turut serta dalam majlis berkenaan, Abdul Fatah berkata lazimnya pemimpin-pemimpin utama akan hadir.

"Biasanya semua (pimpinan PAS Pusat) hadir kerana ia melibatkan perkara besar. Kita tak masuk campur urusan jadual (kempen)," katanya.

Diminta mengulas laporan akhbar bahawa nama Abdul Hadi tidak tersenarai dalam jadual kempen, Abdul Fatah berkata ia ditentukan oleh PAS pusat dengan kerjasama Jabatan Penerangan PAS Kelantan.

Sementara itu, PAS Kelantan juga mengambil tindakan drastik dengan membataskan jurucakap rasminya kepada tiga orang.

Selain Abdul Fatah, penasihat jentera pilihanraya PAS di Manek Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang juga ahli Parlimen Kota Bharu dan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah dibenarkan berhubung dengan media.

- MALAYSIAKINI

Rabu, Jun 24, 2009

Persetujuan DAP, PKR gagal diperolehi - Dewan Ulama PAS

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

“Seperti mana kita ketahui cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah membabitkan semua parti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Pas menutup polemik mengenai kerajaan perpaduan apabila Abdul Hadi yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menolak cadangan itu.

Harun berkata, Dewan Ulama Pas, menghormati keputusan dibuat Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin nombor satu Pas itu.

Beliau berkata, Dewan Ulama Pas menganggap polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah selesai dan tumpuan kini diberikan bagi berdepan dengan Umno pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai.

Mengenai tindakan jentera pilihan raya Pas Kelantan yang tidak memasang poster Abdul Hadi menjelang pilihan raya kecil itu, beliau yakin poster pemimpin nombor satu Pas terbabit akan dipasang dalam masa terdekat.

“Persiapan bagi menghadapi Umno pada pilihan kecil DUN Manek Urai berjalan lancar, mengenai poster Abdul Hadi saya yakin tidak lama lagi ia akan dinaikkan lah,” katanya.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Nasir Daud, menerusi kenyataannya semalam berkata, poster Abdul Hadi tetap tidak dipasang di kawasan DUN Manek Urai, walaupun isu kerajaan perpaduan sudah selesai.

- BERITA HARIAN

Ahad, Jun 21, 2009

Manek Urai jadi ukuran

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

MANEK URAI, nama yang tentunya membawa makna manik-manik yang mengurai. Mungkin titis embun awal pagi dengan kabus yang menyelubungi kawasan perbukitan itu memberi bayangan sedemikian.

Manek Urai berada dalam lingkungan 100 kilometer dari Kota Bharu – penduduk lebih akrab dengan kereta api penghubung dunia luar sejak silam sebelum jalan raya terentang menghubungkan Kuala Krai dengan Gua Musang.

Ia menjadi tumpuan umum kini, bukan kerana memiliki daya tarikan dari segi alam tetapi ekoran pilihan raya berulang, dalam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilatari dengan tanaman getah dan kelapa sawit.

Pilihan raya kecil di kawasan yang dikatakan kubu kuat Pas itu akan berlangsung pada 14 Julai ini ekoran kematian Ismail Yaacob yang lebih dikenali sebagai Pak Su Wil yang telah lima penggal menjadi wakil rakyat.

Ia bagaikan mengulangi pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir 2005 dalam keadaan yang hampir sama, berlaku setahun selepas pilihan raya umum ekoran kematian wakil rakyat Pas dan di kubu kuat mereka.

Apakah UMNO dan BN merapatkan lagi persamaan dengan mengulangi kemenangan? Tentunya ia bukan suatu yang mustahil apatah lagi melihat tahap kerisauan Pas.

Pak Su Wil tonggak yang memastikan Manek Urai tidak terlepas kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan ini terbukti tanpanya Pas tewas pada tahun 2004 iaitu kali kedua selepas 1978. Allahyarham bukanlah di kalangan yang diberi gelaran ustaz dalam Pas, lebih kerap berbaju Melayu daripada menyarung jubah dan usaha Pas menggantikannya untuk diselarikan dengan kepimpinan ulama membawa padah.

Allahyarham adalah sampel wakil rakyat yang disesuaikan dengan corak pemikiran, suasana politik dan nilai budaya setempat yang tidak banyak menuntut apa-apa selain ‘dekat’ dengan mereka.

Sabtu, Jun 20, 2009

Manek Urai - UMNO berpecah dua

Peluang Umno menang di Manek Urai bukan hanya ditentukan oleh calon yang sesuai tetapi juga sama ada dua kumpulan Umno dalam bahagian tersebut, boleh bersatu.

Umno bahagian kini terbahagi kepada dua kumpulan - yang menyokong ketua bahagian sekarang, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan yang menyokong bekas ketua bahagian Datuk Wan Zaid Abdullah.

Menurut sumber, kedua-dua mereka mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika satu kumpulan tidak menyokong, Umno sukar menang di Manek Urai.

Jika tidak ditangani segera, kata sumber itu, jentera kempen BN Manek Urai boleh berpecah kepada dua kumpulan.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kurai Krai merupakan cawangan yang menyokong Wan Zaid sejak sekian lama.

"Hubungan mereka berdua renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005," kata sumber kepada Malaysiakini.

Isu jawatan ketua bahagian

Sumber itu mendakwa Ramzi telah menyingkirkan semua orang Zaid - sama ada di peringkat bahagian mahupun di cawangan-cawangan.

Menurutnya lagi, dalam mesyuarat Umno bahagian pertengahan tahun lalu, 28 cawangan mahu mencalonkan Wan Zaid bertanding jawatan ketua bahagian Kuala Krai.

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal kerana mesyuarat mereka dikatakan tidak sah dan sekaligus gagal mencalonkan Wan Zaid untuk mencabar Ramzi.

Berikutan itu, Ramzi mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian tanpa bertanding.

"Tetapi pengaruh Datuk Wan Zaid di sini masih banyak lagi kerana disokong oleh 28 cawangan.

"Sebab itu masih ada orang Umno yang berharap beliau dicalonkan untuk bertanding di DUN Manek Urai," katanya.

'Peruntukan tak cukup'

Menurutnya lagi, jika isu antara Ramzi dan Wan Zaid tidak ditangani, maka jentera pilihanraya BN Manek Urai tidak bersatu padu.

Tambahnya, sehingga hari ini ramai petugas Umno di Manek Urai belum membina bilik gerakan di peti undi dan cawangan masing-masing.

"Ramai merungut kerana peruntukan RM2,000 untuk satu peti undi terlalu kecil. Peruntukan sebanyak itu sesuai untuk memasang poster dan kain pemidang tetapi sukar untuk membina bilik gerakan kecil.

"Sebab itu, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebenarnya mereka mahu peruntukan yang lebih besar sebelum menjalankan kerja-kerja kempen pilihnaraya," kata sumber itu.

DUN Manek Urai mempunyai sembilan peti undi.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penanamaan calon dan 14 Julai hari mengundi.

- MALAYSIAKINI

Recent Posts