Isnin, Ogos 23, 2010

Kit ilmu perjalanan pulang ke kampung


Tiada siapa yang mahu sambutan Syawal diratapi dengan pemergian insan tersayang. Namun graf kemalangan yang melibatkan nyawa menunjukkan peningkatan. Itu perihal realistik yang berlaku saban tahun walaupun pelbagai kempen keselamatan dijalankan.

Perasaan teruja tatkala melangkah keluar dari rumah untuk pulang ke kampung halaman sebenarnya perlu diiringi doa.

Menyedari hakikat itu, Asyik Ngaji Production bersama pengedarnya SN Resources tampil memperkenalkan sebuah set kit ilmu bagi mempermudahkan perjalanan ketika pulang ke kampung.

Pengurus SN Resources, Selly Navista Nasrun menjelaskan kit tersebut mengandungi bahan-bahan berunsurkan kata-kata nasihat, peringatan, bacaan doa, zikir tasbih, ayat-ayat al-Quran dan takbir raya.

"Kami memperkenalkan tiga kaedah mudah sebagai peringatan iaitu melalui buku, cakera padat (CD) dan magnet peti sejuk yang mempunyai cara penyampaian yang berbeza tetapi tujuan yang sama.

"Ia dirangkumkan bersama dalam setiap pembelian dan dijual pada harga RM15.90," katanya kepada Kosmo! di pejabatnya di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Menyokong usaha Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pengurusan lebuh raya dalam mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan, pihaknya juga tampil memperkenalkan kaedah baru secara Islamik sejajar dengan usaha melalui kaedah rohani.

"Langkah yang diambil oleh JPJ dan PLUS banyak membantu mengurangkan masalah itu, namun pihak kami juga mempunyai tanggungjawab untuk turut serta," kata Selly Navista.

Dengan sasaran jualan sebanyak 10,000 unit menjelang Syawal, produk yang menampilkan penyanyi daripada kumpulan Raihan, Amran Ibrahim akan mengalunkan takbir Aidilfitri itu telah pun terjual sebanyak 2,500 unit selepas sebulan berada di pasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang ditampilkan bersama sebuah buku bersaiz mini bertajuk, Tips Keselamatan Jalan Raya Secara Islamik, CD dan magnet peti sejuk itu, layari laman web www.jalanjalancaraislam.com. atau hubungi 019-293 6408.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts