Sabtu, Julai 24, 2010

Laman sosial berguna promosi produk

Oleh SHAMSURIYADI MAMAT

Sebut saja mengenai laman sosial Facebook, pasti ramai yang mengenalinya. Malah laman ini semakin menyaingi Google bagi kategori laman web paling ramai pelawat di Amerika Syarikat, Malaysia dan kebanyakan negara lain.

Menurut rekod Alexa.com, Facebook kini ditangga kedua bagi laman web paling dilawati di seluruh dunia selepas Google.

Facebook sebenarnya bukan saja boleh digunakan untuk mencari rakan lama, malah ia terbukti dalam meningkatkan pengaruh dan rangkaian perniagaan tidak kira untuk perniagaan skala kecil mahupun besar.

Satu perkembangan terbaru dalam perniagaan ketika ini, Facebook digunakan dalam mempromosikan perniagaan secara percuma. Kemudahan ini boleh digunakan secara maksimum oleh sesetengah syarikat dalam rangka promosi perniagaan mereka.

Antaranya ialah PTS iaitu penerbit buku terbesar di Malaysia menjadikan Facebook sebagai satu cara untuk mengumumkan penerbitan buku baru terbitan mereka. Malah ketika Pesta Buku Antarabangsa 2010 baru-baru ini, pihak PTS turut menawarkan diskaun sehingga 25 peratus untuk pengikut Facebook mereka.

Bagi usahawan, ia agak merugikan jika tidak memanfaatkan kemudahan teknologi dan trend terbaru ini. Gunakan Facebook untuk memperkenalkan perniagaan anda dengan percuma. Kini kebanyakan iklan sudah memasukkan laman Facebook mereka untuk menarik prospek pelanggan dari rangkaian jaringan sosial ini.

Dengan dasar kerajaan dalam penekanan untuk meningkatkan kadar penembusan rangkaian jalur lebar menerusi Dasar Jalur Lebar Negara pasti akan meningkatkan lagi penggunaan dan pengguna Facebook.

Penggunaan rangkaian sosial ini terbukti boleh memberikan impak yang besar. Malah ada pertubuhan bukan kerajaan yang menggunakan Facebook sepenuhnya dalam kempen mereka.

- BERITA HARIAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts