Selasa, Julai 14, 2009

Warga emas tak terlepas hukum sebat

Seseorang yang berumur 50 tahun ke atas yang sabit kesalahan dan dikenakan hukuman sebat kini tidak terlepas daripada hukuman itu mengikut pindaan Kanun Acara Jenayah, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa, berkata ini kerana berkuat kuasa 7 September 2007, pindaan Seksyen 289(c) kanun itu memperuntukkan pesalah lelaki berusia 50 tahun ke atas tidak terlepas hukuman rotan.

Beliau berkata, pindaan bagi Seksyen 376(3) bagi kesalahan sumbang mahram, Seksyen 376 kesalahan merogol dan Seksyen 377C, 377CA dan 377E, bagi kesalahan seks luar tabii, memperuntukkan hukuman sebat minimum 10 kali dan ia adalah keperluan bagi kesalahan itu.

“Demi kepentingan awam, kesalahan sumbang mahram tidak wajar diberi diskaun kepada perayu," katanya dalam hujah membantah rayuan datuk berusia 58 tahun terhadap hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan kerana merogol cucunya yang ketika itu 13 tahun.

- Bernama

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.