Khamis, Mei 07, 2009

Pak Lah penasihat pembangunan koridor

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penasihat pembangunan koridor negara.

Najib mengumumkan demikian dalam ucapan beliau sempena majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Abdullah sebagai Perdana Menteri kelima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat menghadiri majlis itu.

Turut diraikan, isteri Abdullah, Tun Jeanne Abdullah.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdullah dalam ucapannya menyatakan komitmen memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Najib di samping sedia berbakti kepada negara sehingga akhir hayatnya.

"Kerja saya selama ini kepada negara selama 45 tahun, sebagai pegawai kerajaan dan pemimpin adalah ibadah.

"Mana mungkin kerja ibadah perlu dihentikan, sebaliknya ia perlu diteruskan sehingga akhir hayat, walaupun dah tidak pegang jawatan dalam kerajaan," katanya.

Abdullah pada akhir ucapannya juga meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya semasa memimpin negara beliau telah melakukan kesilapan.

"Saya minta maaf sekiranya saya telah melakukan kesalahan, saya akui ia adalah kesilapan saya.

"Tetapi percayalah saya langsung tiada niat lain, saya jujur dan ikhlas berkhidmat demi kebaikan agama, negara, bangsa dan rakyat," katanya.

- UTUSAN

1 ulasan:

  1. pak lah ni tak henti2 minta maaf..kesian plak.ade stgh pihak pula cakap pak lah cume bermuka2..haih, tak tau la..tapi bile difikir2kan..perkataan maaf itu walaupun senang dan mudah tapi mmg sukar dilontarkan..tu tandanya pak lah betul2 ikhlas..just my 2cent

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.