Rabu, April 08, 2009

Sambutan iPhone Maxis menggalakkan

MAXIS Communications Berhad (Maxis) dan Apple melancarkan iPhone 3G yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Pemasaran Maxis, Matthew Willsher, berkata, sebanyak 17 juta unit iPhone dijual di seluruh dunia pada suku keempat 2008.


“Maxis memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi masa kini seperti keperluan terhadap data, suara dan muzik, sedangkan harganya amat berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran iPhone oleh Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang.

Tawaran pakej tertakluk kepada kontrak enam bulan dengan empat pakej Value Plus 80 hingga Value Plus 500 dengan penawaran data sebanyak 500MB. iPhone 8GB dijual dengan harga RM2,540 manakala iPhone 16GB berharga RM2,960.

Kontrak 12 bulan membabitkan empat pakej iValue dari RM100 hingga RM375 (500MB - 3GB) secara bulanan. Penggunaan telefon serta data berdasarkan pakej tawaran dan bayaran tambahan dikenakan jika terlebih guna. Pelanggan perlu membayar pendahuluan mengikut pakej dan iPhone (8GB/16GB).

Plan 24 bulan turut menawarkan empat pakej iaitu iValue 1 (500MB), iValue 2 (1GB), iValue 3 (2GB) dan iValue 4 (3GB) dengan kadar caj masing-masing RM100, RM155, RM250 dan RM375 sebulan.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts