Ahad, Januari 25, 2009

Jenaka Budak Kedah dan Budak Terengganu

Kisah ni di Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN) Dusun Tua. Dua orang budak intake P67, Azlam Mohamad (Lam Paka) dengan Azril berkawan baik. Duduk sebilik dan berkongsi katil, Lam Paka katil tingkat atas, Azril tingkat bawah. Double decker la katakan...

Lam Paka dari Terengganu, Azril dari Kedah.

Azril dan Lam Paka meminati majalah UJANG. Masalahnya, hanya Azril yang rajin membeli majalah UJANG. Manakala Lam Paka pulak cuma rajin baca, malas beli, sampai Si Azril dah naik fed-up... .

Pada suatu hari, mereka keluar la ke Pekan Kuala Lumpur di hujung minggu... Azril tak lupa membeli majalah UJANG yang terbaru tetapi disoroknya kerana taknak bagi Lam PAka baca dulu. Dibungkusnya majalah tu elok-elok...

Sampai di dorm, Azril terus membasuhpakaiannya dan menjemurnya. Lepas jemur pakaian, da melepak kat bilik sambil membaca majalah UJANG. Tak lama dia membaca, Si Lam Paka menjerit dari atas,

"AZRIL, NOK UJANG!".

Azril menjawab, "NANTISAT, AKU BARU BACA".

Lam Paka sound lagi, "AZRIL, CEPAT LA, NOK UJANG!"

Hoh! Azril pun benggang, "BISIN LAHANG NI. SABAQ LA, AKU BACA DULU!"lalu ditendangnya lantai katil Lam Paka.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.

"AWAT HANG TAK HABAQ ARI NAK UJAN?" sound Azril pulak.

"TOK MUNG! TADI AKU KABO BANYOK MUNG WAK DOK RETI, BAKPE?!!"

"LA... HABAQ LA ARI NAK UJAN, AKU INGAT HANG NAK BACA MAJALAH UJANG NI. HAMPEH!"

1 ulasan:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts