Ahad, Disember 14, 2008

Koleksi Rock Balada

rock balada boleh dikatakan antara yang paling diminati dan evergreen kerana setiap generasi mudah menerima genre begini walau jarak usia lagu rock tersebut melangkaui usia mereka.

Bergantung kepada kekuatan melodi dengan bait bait-bait lirik yang puitis terutama berbaur cinta menjadi perencah utama untuk menarik minat ramai.

Ini antara resipi kejayaan lagu-lagu rock balada terdahulu yang masih kekal dan mampu menarik sokongan dari golongan muda hari ini.

Justeru Nova Music tidak ketinggalan untuk terus menghasilkan koleksi album yang mengandungi lagu-lagu balada rock 'tangkap leleh' buat penggemarnya.

Rock Jiwang mengumpulkan 14 buah lagu-lagu hits slow rock daripada kumpulan seperti AXL'S, Damasutra, Slash, UK'S, Spring, Sejati, Zabarjad, Putra, Gravity, Rio, Leon, Tropika, Pearl dan Iklim.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album koleksi ini adalah Bila Diri Disayangi nyanyian UK'S, Sejiwa (Spring), Bila Bunga Di Petik Orang (Sejati), Karam (Zabarjad), Kain Cinta Putih (Putera), Sinambungan Cinta (Gravity), Layu Di Hujung Mekar (Rio), Saling Merindu (Leon), Cinta Pantai Merdeka (Tropika), Aku Tak Bersalah (Pearl), Bunga Emas (Iklim), Taman Astakona (Slash), Sufi (Damasutra) dan Akulah Kekasihmu (AXL'S). Rock Jiwang juga dihasilkan dalam bentuk MTV Karaoke.

Album:rock jiwang - pelbagai artis

Edaran:warner music (m) sdn. bhd.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.