Khamis, Februari 27, 2020

Pengambilan DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) DI UNISZA


Pengambilan DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) DI UniSZA - 2020

Tempoh Permohonan : 09 Februari 2020 - 06 April 2020
Panduan

    Program yang ditawarkan :
    D2715 - IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN (ISMPPI)
    D2714 - DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

Opsyen DPLI:
1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Arab
3. Matematik
4. Teknologi Maklumat

  • Untuk pengetahuan pemohon, Penawaran program DPLI akan dijalankan di (2) dua tempat iaitu:
I) UniSZA Kampus Gong Badak II) UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM
  • Penawaran program ISMPPI – dijalankan di UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM sahaja.
  • Penawaran Program Pendidikan DPLI dan ISMPPI ini adalah berbentuk Open Market (Pasaran Terbuka) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selepas menamatkan pengajian.

- Permohonan kali pertama sila masukkan nombor kad pengenalan/Mykad anda dan klik butang login bagi mengisi maklumat yang diperlukan.
- Masukkan nombor kad pengenalan/Mykad anda tanpa sebarang simbol atau jarak.
- Tekan butang login untuk mengisi maklumat permohonan.

Aplikasi Permohonan Online:
https://aplikasi.unisza.edu.my/pendidikan/

Tarikh Tutup Permohonan: 06 April 2020

Arab Saudi beku sementara kemasukan jemaah umrah elak Covid-19



Arab Saudi pada Khamis menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut laporan Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.
Dilaporkan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Setakat ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

Sumber; Awani

Rabu, Februari 26, 2020

Ucapan penuh Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad



Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan-tuan dan puan-puan.

Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO, maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.

Sekian, terima kasih.

Sumber : B.Harian

Selasa, Februari 25, 2020

Buku 500 Vocabulary


*BUKU PERTAMA dan SATU-SATUNYA di MALAYSIA* untuk pelajar berumur dari 4 hingga 12 tahun.

Tak tahu cara terbaik dan terpantas untuk bantu anak lemah B. INGGERIS mahupun BAHASA MALAYSIA ?

Buku ini mampu membantu pelajar dan ibubapa untuk BENAR-BENAR TAHU tentang 5 perkara penting berikut ⤵️

1️⃣ Menyenaraikan sekurang-kurangnya 500 perkataan yang sepatutnya pelajar *TAHU* dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun. (Malaysian context)
2️⃣ Senarai perkataan *dwibahasa (BM & English)*. Mampu membantu meningkatkan penguasaan 2 bahasa di dalam satu masa.
3️⃣ Boleh membantu pelajar untuk mengetahui sebanyak mana perkataan yang belum difahami dan perlu *dihafal dan difahami dengan kadar segera*.
4️⃣ Tentang *basic grammar* untuk sekolah rendah dengan *penjelasan dan contoh yang amat mudah*.
5️⃣ Mengandungi *4 Bonus topics* yang sangat menarik.

Isi kandungan :
*(Vocabulary)*
▶️ 170 common nouns
▶️ The 140 most frequent verbs
▶️ 80 opposite words
*(Grammar)*
▶️ Present tense
▶️ Past tense
▶️ Articles
▶️ Demonstrative adjectives
▶️ Personal pronuons
▶️ WH-questions
*3 Extra / Bonus Interesting Topics*
▶️ Occupation
▶️ Emotions
▶️ Proverbs
▶️ Other words to say for phrases you use every day

*Buku "500 Vocabulary"*
123 mukasurat
*PERCUMA* 48 muka surat ' Children's Visual Dictionary'
100% muka surat berwarna warni & ilustrasi sangat ceria

Harga : RM35.00
Kos pos : RM8.00

Wassap 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/500vocab

Rabu, Februari 19, 2020

Hotel TH cuma pindah milik, kakitangan kekal



Lembaga Tabung Haji (TH) tidak menutup empat hotel miliknya dan tidak melaksanakan pemberhentian pekerja, sebaliknya rangkaian hotel itu akan beroperasi di bawah pengurusan Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJ), iaitu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

TH dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, operasi di hotel yang sudah dipindah milik daripada TH kepada UJ iaitu TH Hotel Kota Kinabalu; TH Hotel Bayan Lepas; TH Hotel & Convention Centre Alor Setar; dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu akan diteruskan di bawah anak syarikat milikan penuh UJ, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).

“UJPM akan mengambil alih operasi keempat-empat hotel berkenaan yang sebelum ini di bawah seliaan TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR) bermula 1 April 2020.

“Semua hotel ini adalah sebahagian daripada pemindahan aset yang terdiri daripada 29 aset hartanah, satu (1) syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti yang mempunyai nilai semasa sebanyak RM9.63 bilion pada hari pemindahan. UJ sudah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 bilion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini,” demikian mengikut kenyataan yang disiarkan menerusi laman web rasmi TH.

Penubuhan UJPM, katanya, adalah salah satu langkah untuk memastikan kesinambungan pekerjaan serta operasi hotel memandangkan aset-aset hotel di bawah milikan TH sudah berpindah milik kepada UJ pada Disember 2018 tanpa berlakunya perpindahan pengurusan dan kakitangan hotel.

“Operasi hotel di bawah pengurusan baharu ini akan beroperasi seperti sedia kala dan kekal sebagai hotel patuh syariah dengan nama baharu iaitu Raia Hotel mulai 1 April 2020.

“UJ juga sudah menyediakan dana bagi menambahbaik kemudahan dan fasiliti hotel untuk memberi manfaat kepada pengunjung.

“UJ juga ingin meyakinkan orang ramai bahawa hotel-hotel ini boleh digunakan seperti mana yang telah dipraktikkan dulu semasa musim operasi haji,” katanya.

TH dan UJ menegaskan, tiada kakitangan THHR akan diberhentikan.

“Seramai 90 peratus daripada kakitangan THHR akan terus bekerja di rangkaian Raia Hotel, manakala 10 peratus kakitangan hotel akan diserap oleh THHR Kelana Jaya.

“Selain itu, 90 peratus kakitangan yang terbabit juga akan menerima sagu hati berdasarkan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di THHR. TH akan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan yang terbabit demi kelangsungan karier mereka di masa hadapan,” katanya.

TH dan UJ menjelaskan, pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel UJPM adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan TH.

Langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada THHR adalah langkah yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi mandat yang diberikan kerajaan bagi mengurangkan komitmennya.

“UJ memainkan peranan penting untuk memastikan objektif ini tercapai dan akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan nilai aset-aset di bawah portfolio UJ.

“TH dan UJ berharap rakyat Malaysia akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pihak pengurusan baharu yang akan menjadi operator di empat hotel berkenaan,” katanya.

Ini kerana, dari segi asasnya, pihak UJ, akan meningkatkan imej hotel berkenaan dari segi penjenamaan semula, menaik-taraf fasiliti dan mengoptimumkan tahap kecekapan, kata kenyataan itu.

UJPM akan diterajui Muhammad Solleh Ramli, yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan perhotelan.

Beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Proasset Management Sdn Bhd yang menjadi syarikat pengurusan Hotel MS Garden Kuantan, Pahang dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia.

TH dan UJ berkata, Muhammad Solleh sudah memainkan peranan penting yang mana beliau berjaya meningkatkan prestasi kewangan dan imej syarikat berkenaan.

- B.Harian

M40 boleh mohon mySalam sebelum 31 Mac 2020



Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula hari ini hingga 31 Mac depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.

Selepas tarikh itu semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing.

"Perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel coronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Perluasan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam di Kementerian Kewangan, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan timbalannya Dr Lee Boon Chee dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 bermula 1 Januari 2020, kerajaan memutuskan bagi memperluas skim mySalam menerusi peningkatan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka.

Penerima BSH individu bujang dan individu orang kurang upaya (OKU) juga layak menerima perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal termasuk polio daripada 36 sebelumnya.

Guan Eng berkata, tuntutan penyakit kritikal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara sekali beri manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000 (sekali beri).

Skim mySalam akan memberi manfaat kepada lapan juta orang pada tahun ini.

Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam diperkenalkan sebagai inisiatif kerajaan bantu golongan B40 dengan memberi perlindungan perubatan dalam bentuk bantuan kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata di bawah skim itu, penerima layak mendapat perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal merangkumi kanser, serangan jantung dan alzheimer.

"Penerima skim mySalam akan mendapat bayaran 'one-off' (sekali gus) sebanyak RM8,000 jika dikenal pasti menghidap penyakit kritikal.

"Skim mySalam juga memberi bayaran harian RM50 sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau bersamaan dengan RM700 setahun.

"Saiz dana permulaan skim mySalam sebanyak RM2 bilion dijangka dapat menawarkan perlindungan perubatan sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun bagi golongan sasar."


- B.Harian

Selasa, Februari 18, 2020

Pengasas kicap Jalen meninggal dunia



Usahawan dan Pengasas kicap terkenal jenama Jalen, Datuk Ab Jalil Long meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Puteri di Johor Bahru.

Berita pemergiannya dikongsi pihak pengurusan Syarikat Jalen Sdn Bhd kepada umum menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasmi mereka, Kicap Jaleni.

Hantaran itu menyatakan Ab Jalil menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.55 petang, namun tidak menyatakan sebab kematian Allahyarham.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Perkuburan Taman Kebun Teh di sini selepas waktu solat Isyak.

Menerusi maklumat dalam laman sesawang syarikat itu, Jalen Sdn Bhd memulakan operasi perniagaannya pada November 1981 sebagai Jalil Enterprise.

Aktiviti utama syarikat berkenaan ketika itu ialah untuk membekalkan secara kontrak kicap yang diberi jenama Habhal.

Bagaimanapun perjanjian telah ditamatkan pada November 1986 mengakibatkan syarikat terpaksa bergerak sendiri sebelum akhirnya berjaya memulakan era baharu pada Ogos 1988 iaitu membekalkan kicap dengan nama baharu, kicap Jalen di pasaran.

Ibu pejabat dan kilang Jalen beroperasi di Jalan Kempas Lama, Kampung Sinaran Baru, Skudai, di sini dan kini produk syarikat itu tidak hanya terikat kepada kicap semata-mata malah turut mencakupi sos tomato, sos cili, sos tiram, cuka, dan kordial berbagai perisa seperti oren, sirap ros, barli, laici dan lain-lain.

- Bernama

Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung



Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Portal berita KOMPAS.com melaporkan, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

"Serangan jantung," kata Doddy, melalui pesan ringkas awal pagi 18 Februari 2020.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf Sinclair kemudian meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).

Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.

- Agensi

Isnin, Februari 17, 2020

Pertukaran Guru Tahun 2020 Kini Dibuka


Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Bagi Tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020 melalui Modul EG-Tukar dibuka Mulai 17 FEB Hingga 17 MAC 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Permohonan Pertukaran Guru Atas Talian. https://epgo.moe.gov.my/

Sabtu, Februari 15, 2020

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29


CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29

Calon Exam Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 yang sedang mencari panduan, rujukan dan contoh soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S299 boleh mendapatkan Pakej Rujukan Contoh Soalan Exam Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 di sini : https://go.semakan.info/penolong-masyarakat-s29/28?campaign=248

Wassap www.wasap.my/60139790000/s29 untuk bantuan.

Khamis, Februari 13, 2020

Permohonan Jawatan Guru MRSM Mara (Maktab Rendah Sains Mara)



Permohonan Jawatan Guru MRSM Mara (Maktab Rendah Sains Mara)

Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

1. GURU SAMBILAN DG41

Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di pautan di bawah.

Iklan Jawatan Guru MARA
https://edubestari.com/guru-sambilan-mrsm/

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Februari 2020