Isnin, Oktober 02, 2017

Bidang Kerjaya Kawalan Trafik Udara (ATC)



Apakah Kawalan Trafik Udara (ATC)?
ATC merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk menggalakkan aliran trafik udara yang selamat, teratur serta cepat dan efisien. Keselamatan terutamanya bermakna menghalang pesawat daripada berlanggar dengan pesawat lain dan halangan, dan terhempas; membantu pesawat mengelakkan cuaca buruk; memastikan pesawat tidak terbang dalam ruang udara di mana penerbangan dilarang; serta membantu pesawat dalam kecemasan. Aliran trafik udara yang teratur serta cepat dan efisien memastikan kecekapan operasi pesawat di sepanjang laluan yang dipilih oleh operator. Ia dilaksanakan menerusi peruntukan sumber sistem yang saksama kepada setiap penerbangan.

Siapakah ‘Pengawal Trafik Udara’?
Pengawal trafik udara merupakan kakitangan terpilih dan terlatih yang memastikan trafik udara selamat dan efisien. Mereka membantu juruterbang berlepas dan mendarat dengan selamat, serta memastikan pesawat berada dalam jarak yang selamat antara satu sama lain.

Pengawal trafik udara bertanggungjawab terhadap bahagian ruang udara tertentu yang termasuk berhubung secara kerap melalui radio dengan juruterbang yang melalui bahagian itu. Tanggungjawab tersebut melibatkan pemberian arahan, nasihat dan maklumat kepada juruterbang. Tugas pengawal trafik udara berbeza mengikut tempat mereka ditugaskan.

Di manakah ‘Pengawal Trafik Udara ’ bertugas?
Pengawal trafik udara ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang atau pusat kawalan yang terletak di Subang, Kuching dan Kota Kinabalu.

Apakah skop tugas pengawal trafik udara?
berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual.
Terdapat berapa jenis ‘Pengawal Trafik Udara’?
Terdapat tiga jenis Pengawal Trafik Udara:

Pengawal kawasan – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka memandu arah pesawat semasa penerbangan dan memberikan laluan yang paling efisien ke destinasi. Dengan menggunakan radar dan teknologi komputer, mereka boleh mengesan kedudukan sebenar setiap pesawat. Mereka juga menggunakan radar untuk memisahkan trafik di udara.
Pengawal sua – mereka ditugaskan di pusat kawalan. Mereka mengambil alih tugas komunikasi daripada pengawal kawasan sebaik sahaja pesawat menghampiri lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab menentukan bila dan di mana setiap pesawat harus mendarat, dan memandu pesawat dengan cara yang paling efisien.
Pengawal aerodrom – mereka ditugaskan di menara kawalan di lapangan terbang. Mereka bertanggungjawab terhadap pendaratan dan pelepasan pesawat, serta mengurus pergerakan pesawat di darat.
Bagaimanakah waktu bekerja dan persekitaran kerjanya?
Kawalan trafik udara merupakan operasi 24 jam, yang termasuk hujung minggu dan juga cuti am. Pengawal trafik udara bekerja mengikut syif. Satu syif terdiri daripada dua hari bekerja, satu hari rehat dan cuti satu hari. Hari bekerja dibahagikan kepada syif tengah hari pada hari pertama, diikuti dengan syif pagi dan syif malam pada hari kedua. Tugas Pengawal Trafik Udara adalah mengendalikan stesen kerja, mengumpul dan mentafsirkan data menggunakan komputer dan paparan radar, serta berkomunikasi dengan juruterbang menggunakan peralatan radio.

Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?
Memiliki kemahiran komunikasi yang cemerlang
Boleh bekerja di bawah tekanan
Boleh membuat keputusan muktamad dengan cepat dan mestilah berfokuskan matlamat
Boleh mengendalikan haluan berasaskan teori dan kemudian mengaplikasikannya dalam situasi amali
Boleh membayangkan objek bergerak dalam tiga dimensi
Mestilah boleh bekerja sebagai satu pasukan
Dapat memenuhi syarat yang diberikan oleh Civil Aviation Authority berhubung pemeriksaan perubatan kelas tiga
Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi Pengawal Trafik Udara?
Ijazah – Pengawai Kawalan Trafik Udara
Diploma – Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
SPM – Penolong Pengawal Trafik Udara
Apakah proses yang terlibat untuk menjadi pengawal trafik udara?
Mereka yang berminat memohon pekerjaan ini boleh berbuat demikian seperti yang berikut:

Memohon menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan menggunakan borang dalam talian.
Calon SPA yang berjaya akan menduduki ujian berikut sebelum disenarai pendek untuk ditemu duga:
Ujian IQ
Ujian Suara
Ujian Bahasa Inggeris
Ujian Psikologi
Selepas ditemu duga, calon yang berjaya dilantik akan melalui proses berikut:
Menjalani kursus latihan selama maksimum 66 minggu di Akademi Penerbangan Awam Malaysia.
Mengikuti Latihan Semasa Kerja (OJT) bagi mendapatkan lesen live rating.
Apakah yang akan saya pelajari sepanjang kursus 66 minggu itu?
Modul induksi meliputi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat bantu navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan terbitan tentang penerbangan. Modul tersebut meliputi asas amali kawalan trafik udara di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan. Pelatih diajar cara memisahkan pesawat tanpa menggunakan radar.

Apakah “Latihan Semasa Kerja”?
Keseronokan sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi Penerbangan Awam. Latihan semasa kerja dijalankan di menara kawalan trafik udara wilayah atau pusat radar di bawah penyeliaan pengawal trafik udara berpengalaman. Pada peringkat ini, anda akan berubah daripada ‘pelajar’ menjadi ‘pelatih’ dan akan berlatih dalam persekitaran operasi, menangani trafik sebenar.

Pada mulanya, Pengajar akan bersama anda setiap masa. Selepas itu, pengajar akan berundur secara beransur-ansur, membenarkan anda membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik seolah-olah anda bersendirian.

Apabila anda telah memperoleh pengalaman secukupnya dan menunjukkan bahawa anda boleh menangani semua situasi trafik dan kesukaran secara konsisten, anda akan disyorkan untuk menjalani penilaian kemahiran akhir. Jika anda berjaya menyempurnakannya, anda akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Rating anda.

Apakah “Live Rating”?
“Live Rating” ialah lesen antarabangsa yang memberikan anda pengiktirafan untuk menjalankan tugas kawalan trafik udara. Lesen Pengawal Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan diiktiraf oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan yang boleh digunakan di banyak negara.

Gaji bulanan yang dijangka?
Pegawai Kawalan Trafik Udara
Gaji Asas : RM 1815.52 – RM 5301.27
Elaun : RM 810.00
Insentif : RM 600.00
Elaun Rating (Rujuk Jadual di Bawah)
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
Gaji Asas : RM 1490.41 – RM 3435.45
Elaun : RM 640.00
Insentif : RM 250.00
Elaun Rating (Rujuk Jadual di Bawah)


Penolong Pengawal Trafik Udara

– Gaji Asas : RM 829.45 – RM 2178.66
– Elaun : RM 595.00

Jadual Elaun Rating

TEMPAT BAYARAN
KAWALAN SUA (RADAR) RM 750.00
KAWALAN KAWASAN (RADAR), PERGERAKAN PERMUKAAN (RADAR) RM 600.00
KAWALAN KAWASAN RM 450.00
SUA (PROSEDUR) RM 350.00
SMC, KAWALAN AERODROM, PENYELARAS AERODROM, PEMBERIAN KELULUSAN, KAWASAN MENARA/DATA PENERBANGAN SUA RM 200.00


Adakah terdapat laman web yang menawarkan sampel audio komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara?
Terdapat beberapa laman web/blog yang membolehkan anda mendengar komunikasi antara juruterbang dengan pengawal trafik udara. Jika anda berminat, anda boleh membuat carian web dengan “live ATC” sebagai kriteria.

Untuk maklumat lanjut tentang kerjaya sebagai Pengawal Trafik Udara, sila hubungi:
Sektor Pengurusan Trafik Udara
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
Aras 4, Blok Podium B
No. 27, Persiaran Perdana
Presint 4, 62618
Putrajaya

Tel. : 03-88714000

Sumber : http://www.dca.gov.my

Permohonan Kemasukan Maktab Tentera DiRaja MTD 2018


Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2018 sudah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017. Pengambilan Putera MTD hanya untuk pengajian ke Tingkatan 4 tidak ada lagi pengambilan dari Tingkatan 1.
Syarat Am

Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2017.
Berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2018.
Warganegara Malaysia.
Syarat Fizikal

Jantina – Lelaki.
Tinggi minimum – 152 sm.
Berat minimum – 40.5 kg.
Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

Memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan PT3 2017 nanti.
Pelajar yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
Kelayakan Memohon

Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan percubaan PT3 2017 layak untuk membuat permohonan pengambilan Putera MTD Tingkatan 4 2018.
Pemohon yang mempunyai merit yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik dan ko-kurikulum akan diberi keutamaan untuk menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal Putera MTD.
Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal Putera MTD

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadari Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal MTD.
Senarai calon yang dipanggil boleh disemak di laman Facebook MTD dan laman web MTD 7 hari selepas tarikh tutup permohonan.
Tambang dan kos perjalanan untuk menghadiri Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal ini adalah tanggungan calon-calon.
Pihak MTD akan menyediakan keperluan penginapan dan sajian sepanjang tempoh ujian dan temuduga tersebut.
Permohonan

Permohonan kemasukan ke MTD 2018 adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian di Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 Putera MTD 2018.
Tarikh Tutup

Permohonan pengambilan Putera MTD Tingkatan 4 2018 ditutup pada 20 September 2017.
Permohonan yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Tawaran Kemasukan Putera MTD

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 Putera MTD 2018 hanya akan diberi kepada calon yang memenuhi syarat berikut:
Lulus Ujian Pemilihan dan Temuduga Awal, dan
Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam peperiksaan sebenar PT3 2017, dan
Lulus Ujian Kepimpinan dan Temuduga Akhir oleh Lembaga Panel Pengambilan MTD.
Surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada calon yang berjaya dan semakan boleh juga dibuat di laman Facebook MTD dan laman web MTD pada penghujung bulan Disember 2017.
Pembiayaan Pengajian dan Elaun Putera

Kos pengajian MTD yang meliputi penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alatulis akan diberi secara percuma atas pembiayaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Putera MTD hanya perlu membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan.
Elaun Putera sebanyak RM100 sebulan akan dibayar kepada Putera MTD sepanjang tempoh pengajian.
Maklumat

Sila rujuk laman Facebook MTD, laman web Maktab Tentera DiRaja dan iklan kemasukan MTD 2018 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MTD 2011, 2012, 2013, 2014, 2015 sebagai panduan.
Jika terdapat sebarang pertanyaaan sila hubungi Sel Promosi dan Pemilihan MTD di talian telefon 03 8946 5555/ 03 8946 5565/ 03 8965 5562.



Selasa, September 19, 2017

Jumaat, September 15, 2017

Panduan Exam Online Pegawai Eksekutif Gred 41


Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 pada 20 SEPTEMBER ini?

USAH RISAU! Anda berada di tempat yang betul! Anda bakal mengenepikan RIBUAN CALON yang lain!


JUALAN AKAN DIBUKA 16 SEPTEMBER 2017 jam 1.00 pagi

Terhad untuk yang nak BERJAYA SAHAJA
Contoh soalan yang biasa ditanya dalam exam online 2014 - 2017
Nota-nota ringkas yang bakal jimatkan 15 jam masa anda
Daftar dalam senarai WAITING LIST DI BAWAH untuk tak terlepas SEKARANG!

Tragedi Tahfiz: Kebakaran Bukan Kerana Litar Pintas - Bomba


Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, Khamis.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada  5.15 pagi tadi.

- Bernama

Khamis, September 14, 2017

Tunku Sallehuddin Dimasyhur Sultan Kedah Ke-29



Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29  menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit pada Selasa setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang semalam di istana tersebut.
Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah adalah ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan.

Setelah dimasyhurkan, Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudiannya menghadap Tunku Sallehuddin untuk mengiringi baginda ke singgahsana yang terletak di Dewan Penghadapan.

Syed Unan kemudiannya melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali  yang disambut oleh  hadirin dan serentak itu paluan nobat dan tiupan nafiri dikumandangkan.

Istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadil Awang.
Tunku Sallehuddin kemudiannya menyentuh peterana Almarhum Sultan Abdul Halim, menandakan istiadat pemakaman akan dimulakan.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Tunku Sallehuddin diisytiharkan sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Dis tahun lalu.

Pada 15 Disember lepas baginda dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah setelah Sultan Abdul Halim kembali memayungi negeri Kedah selepas lima tahun bersemayam di Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong

- Bernama

Rabu, September 13, 2017

Halimah Yacob Diisytihar Presiden Singapura Ke-8


Singapura bakal mempunyai presiden wanita pertama setelah Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu.

Halimah, 63, dijadualkan mengangkat sumpah pada 14 September (Khamis) di Istana.

Pegawai Pilihan Raya Ng Wai Choong membuat pengisytiharan itu selepas pencalonan ditutup pada 12.00 tengah hari di pusat penamaan calon di Ibu Pejabat Persatuan Rakyat, Jalan Besar di Singapura di hadapan ratusan penyokong Halimah yang berpakaian berwarna oren.

Bekas Speaker Parlimen itu yang tiba awal di pusat itu kira-kira 11.15 pagi tadi bersama suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee, merupakan satu-satunya calon yang layak diberi sijil kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden. Halimah diisytihar sebagai presiden selepas berjaya melalui prosiding pencalonan.

“Saya merupakan presiden untuk semua orang. Walaupun pilihan raya ini khusus, saya bukan presiden yang khusus,” katanya kepada penyokong selepas Ng yang juga Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga mengisytiharkan beliau sebagai presiden.

Pilihan Raya Presiden 2017 dikhususkan untuk masyarakat Melayu dalam usaha memastikan perwakilan yang berbilang kaum.

Dua lagi calon yang ingin bertanding, kedua-duanya ahli perniagaan Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan Kaim Khan tidak berjaya memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan untuk sektor swasta.

Bagi sektor awam, Halimah memenuhi kriteria memegang jawatan dalam sektor itu sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai Speaker Parlimen.

Memandangkan Halimah satu-satunya calon yang berjaya, ini bermakna 2,516,608 pengundi Singapura tidak perlu mengundi pada Hari Pengundian yang dijadualkan pada 23 September 2017.

Bidang Tugas Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN



Bidang Tugas Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri - LHDN

A1 – Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41

- Menjalankan operasi pematuhan cukai, audit meja, audit luar dan audit PCB (Potongan Cukai Berjadual).

- Memberi khidmat nasihat secara langsung atau tidak langsung di samping memberi ceramah pendidikan dan pembelajaran percukaian.

- Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan, pembayaran balik, pemindahan fail, mematikan fail, pengagihan kes dan surat.

- Menyediakan laporan perangkaan hasil kerja bulanan untuk individu/kumpulan.

- Menyediakan statistik pendidikan cukai setiap bulan melalui Sistem Pendidikan Cukai.

- Menyemak dan meluluskan penyesuaian akaun, pindahan kredit dan pindahan fail yang diterima dari masa ke semasa.

- Menyelia dan menyelaras Operasi Banci Bisnes. Membuat tinjauan ke kawasan zon ekonomi dan mengemakini maklumat zon yang diselia.

- Melaksanakan persediaan dan pengemukaan untuk tindakan pembatalan kompaun Borang E dan tahun kebelakangan, menyediakan laporan kemajuan kerja dan laporan audit.

- Merancang program pendidikan cukai termasuk penyediaan bahan pendidikan cukai, dan mengendalikan ceramah/seminar/ taklimat kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.

- Memastikan aduan, cadangan atau masalah pembayar cukai dirujuk kepada unit berkenaan untuk diselesaikan.

- Membuat taksiran duti setem, kes pengecualian, kes-kes denda dan membuat pengesahan dokumen dokumen replika yang telah dibayar duti setem.

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.


A2 – Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41

- Mengendalikan/membantu mengendalikan kes-kes pungutan cukai di peringkat pra-penghakiman termasuk kes-kes interlokutori sivil dan bicara penuh di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;

- Membantu dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan LHDNM di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;

- Membantu pegawai atasan dalam mengendalikan semua kes rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;

- Memberikan pendapat undang-undang berkaitan pelaksanaan penghakiman;

- Mengendalikan kes penggulungan syarikat, kebankrapan, saman penghutang penghakiman, writ penyitaan dan penjualan dan perintah larangan yang melibatkan pelaksanaan penghakiman di
peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;

- Membuat laporan kes-kes sivil yang dikendalikan di Mahkamah;

- Memfailkan jawapan petisyen rayuan ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan menyerahkan kepada Peguam/ Pembayar Cukai;

- Memfailkan Isu, Fakta dan Ikatan Dokumen Yang Dipersetujui ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP);

- Menyediakan Hujahan Balas Bertulis setelah semakan dan kajian dibuat ke atas peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan;

- Menyediakan laporan penuh keputusan kes dan menyatakan hujahan pihak-pihak dan alasan ringkas yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan; dan

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.


A3 – Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41

- Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan LHDNM yang merupakan output utama Jabatan Kewangan.

- Menyediakan belanjawan tahunan LHDNM (pengurusan belanjawan, pemantauan serta kawalan peruntukan dan perbelanjaan) di peringkat Ibu Pejabat, Pejabat Pengarah Negeriatau Cawangan.

- Mengurus dan memantau projek-projek pembangunan LHDNM serta penilaian tender dan sebut harga (perolehan), pengurusan strategik kewangan, pengurusan dana dan pelaburan serta pengurusan aliran tunai LHDNM.

- Menguruskan bayaran emolumen, perolehan dan pembekalan di peringkat Ibu pejabat, Pejabat Pengarah Negeri dan Cawangan.

- Merangka dasar-dasar kewangan dari segi pengurusan perbelanjaan, pembayaran perolehan, kompetensi pengurusan kewangan dan kawalan pematuhan.

- Menilai, merangka, menyediakan dan memantau keperluan dan operasi sistem perakaunan dan kewangan yang baik untuk pengoperasian Jabatan Kewangan.

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.



A4 – Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41

- Mengurus dan melaksanakan semua perkara berkaitan pengurusan insan termasuklah hal-hal perkhidmatan seperti prestasi, latihan, disiplin, kemudahan, penempatan dan pertukaran pegawai.

- Menguruskan hal-hal berkaitan peraturan, dasar dan pekeliling yang berkuatkuasa di LHDNM.

- Melaksanakan urusan perolehan dan bayaran bekalan, perkhidmatan dan kerja, serta urusan pentadbiran kontrak/ perjanjian.

- Menguruskan kerja-kerja berkaitan pengurusan aset dan stor.

- Mengurus dan menyelaras hal-hal logistik, penjagaan fasiliti dan keselamatan.

- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan am seperti fail dan urusan mel.

- Menguruskan pelaksanaan program dan majlis rasmi LHDNM termasuk urusan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, korporat, komuniti setempat serta agensi kerajaan lain.

- Menjadi setiausaha bagi mesyuarat yang berkaitan dengan pentadbiran.

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan

Selasa, September 12, 2017

Belasungkawa Sultan Kedah


Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat semalam pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, pertuturan lembut dan merendah diri yang menjadikan baginda kesayangan rakyat Kedah. 

Almarhum baginda yang kembali menaungi negeri setelah bersemayam di takhta pemerintahan negara selama lima tahun pada 12 Dis 2016, melakar sejarah tersendiri apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara Malaysia, sebanyak dua kali.     

Pelantikan pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun hingga 20 Sept 1975. Tiga puluh enam tahun kemudian, Almarhum baginda dilantik pula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.

Pemilihan Almarhum Sultan Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dianggap istimewa kerana kitaran masa bagi seseorang Raja naik takhta sebagai Ketua Negara melalui sistem penggiliran Majlis Raja-Raja yang unik di dunia, mengambil masa panjang. 

Diputerakan pada 28 Nov 1927, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Almarhum baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titian Gajah sebelum menyambung pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Almarhum baginda melanjutkan pengajian di Wadham College, Oxford, London pada 1952 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam sebelum kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajian pada 1955.

Almarhum Sultan Abdul Halim  dilantik sebagai Raja Muda Kedah sewaktu di United Kingdom pada 6 Ogos 1949 dan menaiki takhta pada 14 Julai 1958 berikutan kemangkatan ayahanda Almarhum baginda, Almarhum Sultan Badlishah dan ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah pada 20 Feb 1959.

Almarhum baginda berkahwin dengan Almarhum Tuanku Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan kemudian menikahi Sultanah Haminah Hamidun.

Perkahwinan Almarhum baginda dengan Tuanku Bahiyah dikurniakan tiga puteri, Tengku Soraya (1961) Almarhum Tengku Sarina (diputerikan pada 1961 dan mangkat pada 1991) dan Tengku Intan Safinaz (1967).

Berikutan kemangkatan Tuanku Bahiyah pada 27 Ogos 2003, Sultanah Haminah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 9 Jan 2004.

Almarhum Sultan Abdul Halim yang merupakan pencinta alam semula jadi, mempunyai sebuah zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis burung dan binatang, termasuk kuda, kijang, landak, anak buaya tembaga, monyet dan arnab.

Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan pemerintahan, Almarhum baginda masih ada masa untuk aktif dalam sukan kegemarannya — golf, selain turut meminati sukan bola sepak dan memberi perhatian serius terhadap perkembangan pasukan negeri Kedah dan pasukan negara.

Kemangkatan Sultan Abdul Halim pastinya amat dirasai dan jasa Almarhum baginda selama memayungi negeri Kedah tetap dikenang dan disanjung tinggi oleh seluruh lapisan rakyat jelata.

Alfatihah.

— Bernama

Jumaat, September 01, 2017

Permohonan Jawatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)



1. Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam LHDNM?

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan LHDNM hendaklah dibuat secara on line seperti
kaedah berikut:
a) Calon Pegawai Tetap LHDNM – Portal Hasil ruangan eKerjaya.
b) Calon Awam (Calon Luar) – Portal Kementerian Sumber Manusia
www.jobsmalaysia.gov.my.

2. Bagaimanakah untuk mengetahui maklumat iklan kekosongan jawatan di LHDNM?

Semakan dari semasa ke semasa mengenai iklan kekosongan jawatan di LHDNM boleh
dibuat melalui laman web rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my.

3. Apakah jawatan-jawatan yang boleh saya pohon di LHDNM?
Jawatan – jawatan yang boleh di pohon adalah seperti berikut:

1 PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 41
2 PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 41
3 PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41
4 PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 41
5 PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 41
6 PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 41
7 PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 41
8 PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41
9 PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 41
10 PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 41
11 PEGAWAI EKSEKUTIF (UKUR BANGUNAN) GRED 41
12 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 31
13 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 31
14 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31
15 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31
16 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 31
17 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 31
18 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 31
19 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 31
20 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 31
21 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 31
22 PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 31
23 PEMBANTU TADBIR (AHLI FOTOGRAFI) GRED 21
24 PEMBANTU TADBIR (JURUTEKNIK KOMPUTER) GRED 21
25 PEMBANTU TADBIR (KEJURUTERAAN) GRED 21
26 PEMBANTU TADBIR (KESELAMATAN) GRED 21
27 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED 21
28 PEMBANTU TADBIR (KHIDMAT PELANGGAN) GRED 21
29 PEMBANTU TADBIR (OPERATOR KOMPUTER) GRED 21
30 PEMBANTU TADBIR (PENAKSIRAN) GRED 21
31 PEMBANTU TADBIR (PENGAUDITAN) GRED 21
32 PEMBANTU TADBIR (PERAKAUNAN) GRED 21
33 PEMBANTU TADBIR (PEREKA) GRED 21
34 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN) GRED 21
35 PEMBANTU TADBIR (PERPUSTAKAAN) GRED 21
36 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED 11
37 PEMBANTU AM (PEMANDU KENDERAAN) GRED 1
38 PEMBANTU AM (PENGHANTAR NOTIS) GRED 1
39 PEMBANTU AM (PERKHIDMATAN AM) GRED 1
40 PEMBANTU AM (PENGAWAL KESELAMATAN) GRED 1

4. Bilakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Permohonan hanya boleh dilakukan sekiranya ada iklan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan
Sumber Manusia, LHDNM.

5. Bolehkah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon
jawatan secara manual?

Permohonan secara manual tidak digalakkan. Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi borang secara online apabila ada makluman iklan jawatan kosong.

6. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf kelayakannya untuk dilantik ke
LHDNM ?

Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada di dalam atau di luar negara diiktiraf
oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan LHDNM perlu memastikan IPT
dan kelayakan yang pemohon perolehi diiktiraf oleh Kerajaan. Senarai IPTS dan bidang
pengajian yang diiktiraf ada dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Semakan boleh dibuat dengan Jabatan berkenaan atau melalui laman web
http://www.interactive.jpa.gov.my/frmmainiktiraf.asp.

7. Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih
rendah?

Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi
dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai
kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma, anda boleh
memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang
memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon
jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma dengan syarat pemohon
mempunyai kelayakan di peringkat Diploma. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat
matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma.

8. Bolehkah pekerja sambilan dan pegawai kontrak dilantik atau diserap terus ke
Perkhidmatan LHDNM?

Pemilihan adalah tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang
dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak akan diserap secara
automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan.

9. Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?

Tidak. Namun demikian pengalaman tersebut dapat membantu calon agar lebih berkeyakinan
semasa sesi temu duga.

10. Apakah kelebihan menyertai LHDNM?

Di antara kelebihan dan kemudahan yang diperolehi setelah menyertai LHDNM adalah seperti
kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan, cuti tahunan
mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

11. Apakah persediaan yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga?

Antara persediaan yang perlu dilakukan:
(1) Pastikan semua dokumen asal yang diminta di dalam surat panggilan temu duga
dibawa bersama. Hanya sijil asal yang akan diterima semasa temu duga. Calon yang
gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu duga.
(2) Pastikan kod etika pakaian penjawat awam dipatuhi.
(3) Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas.

12. Bagaimana untuk mengetahui keputusan temu duga?

Keputusan temu duga boleh disemak melalui laman web LHDNM di alamat
http://www.hasil.gov.my.

13. Siapakah yang boleh dihubungi berhubung dengan isu-isu pengambilan di LHDNM?

Pemohon boleh menghubungi pegawai LHDNM di Unit Pengambilan, Bahagian Sumber
Manusia di talian 03-62091108,03-62091128, 03-62091143,03-62094155.

Recent Posts