Rabu, September 13, 2017

Bidang Tugas Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN



Bidang Tugas Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri - LHDN

A1 – Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41

- Menjalankan operasi pematuhan cukai, audit meja, audit luar dan audit PCB (Potongan Cukai Berjadual).

- Memberi khidmat nasihat secara langsung atau tidak langsung di samping memberi ceramah pendidikan dan pembelajaran percukaian.

- Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan, pembayaran balik, pemindahan fail, mematikan fail, pengagihan kes dan surat.

- Menyediakan laporan perangkaan hasil kerja bulanan untuk individu/kumpulan.

- Menyediakan statistik pendidikan cukai setiap bulan melalui Sistem Pendidikan Cukai.

- Menyemak dan meluluskan penyesuaian akaun, pindahan kredit dan pindahan fail yang diterima dari masa ke semasa.

- Menyelia dan menyelaras Operasi Banci Bisnes. Membuat tinjauan ke kawasan zon ekonomi dan mengemakini maklumat zon yang diselia.

- Melaksanakan persediaan dan pengemukaan untuk tindakan pembatalan kompaun Borang E dan tahun kebelakangan, menyediakan laporan kemajuan kerja dan laporan audit.

- Merancang program pendidikan cukai termasuk penyediaan bahan pendidikan cukai, dan mengendalikan ceramah/seminar/ taklimat kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.

- Memastikan aduan, cadangan atau masalah pembayar cukai dirujuk kepada unit berkenaan untuk diselesaikan.

- Membuat taksiran duti setem, kes pengecualian, kes-kes denda dan membuat pengesahan dokumen dokumen replika yang telah dibayar duti setem.

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.


A2 – Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41

- Mengendalikan/membantu mengendalikan kes-kes pungutan cukai di peringkat pra-penghakiman termasuk kes-kes interlokutori sivil dan bicara penuh di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;

- Membantu dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan LHDNM di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;

- Membantu pegawai atasan dalam mengendalikan semua kes rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;

- Memberikan pendapat undang-undang berkaitan pelaksanaan penghakiman;

- Mengendalikan kes penggulungan syarikat, kebankrapan, saman penghutang penghakiman, writ penyitaan dan penjualan dan perintah larangan yang melibatkan pelaksanaan penghakiman di
peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;

- Membuat laporan kes-kes sivil yang dikendalikan di Mahkamah;

- Memfailkan jawapan petisyen rayuan ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan menyerahkan kepada Peguam/ Pembayar Cukai;

- Memfailkan Isu, Fakta dan Ikatan Dokumen Yang Dipersetujui ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP);

- Menyediakan Hujahan Balas Bertulis setelah semakan dan kajian dibuat ke atas peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan;

- Menyediakan laporan penuh keputusan kes dan menyatakan hujahan pihak-pihak dan alasan ringkas yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan; dan

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.


A3 – Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41

- Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan LHDNM yang merupakan output utama Jabatan Kewangan.

- Menyediakan belanjawan tahunan LHDNM (pengurusan belanjawan, pemantauan serta kawalan peruntukan dan perbelanjaan) di peringkat Ibu Pejabat, Pejabat Pengarah Negeriatau Cawangan.

- Mengurus dan memantau projek-projek pembangunan LHDNM serta penilaian tender dan sebut harga (perolehan), pengurusan strategik kewangan, pengurusan dana dan pelaburan serta pengurusan aliran tunai LHDNM.

- Menguruskan bayaran emolumen, perolehan dan pembekalan di peringkat Ibu pejabat, Pejabat Pengarah Negeri dan Cawangan.

- Merangka dasar-dasar kewangan dari segi pengurusan perbelanjaan, pembayaran perolehan, kompetensi pengurusan kewangan dan kawalan pematuhan.

- Menilai, merangka, menyediakan dan memantau keperluan dan operasi sistem perakaunan dan kewangan yang baik untuk pengoperasian Jabatan Kewangan.

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.



A4 – Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41

- Mengurus dan melaksanakan semua perkara berkaitan pengurusan insan termasuklah hal-hal perkhidmatan seperti prestasi, latihan, disiplin, kemudahan, penempatan dan pertukaran pegawai.

- Menguruskan hal-hal berkaitan peraturan, dasar dan pekeliling yang berkuatkuasa di LHDNM.

- Melaksanakan urusan perolehan dan bayaran bekalan, perkhidmatan dan kerja, serta urusan pentadbiran kontrak/ perjanjian.

- Menguruskan kerja-kerja berkaitan pengurusan aset dan stor.

- Mengurus dan menyelaras hal-hal logistik, penjagaan fasiliti dan keselamatan.

- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan am seperti fail dan urusan mel.

- Menguruskan pelaksanaan program dan majlis rasmi LHDNM termasuk urusan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, korporat, komuniti setempat serta agensi kerajaan lain.

- Menjadi setiausaha bagi mesyuarat yang berkaitan dengan pentadbiran.

- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts