Selasa, Ogos 09, 2016

Kereta Vellfire Che Ta Hilang Dicuri



Ketika pelakon Rozita Che Wan teruja bercerita mengenai pelantikannya sebagai duta produk dengan pendapatan jualan RM80,000 sehari, wanita itu menerima nasib malang selepas menyedari kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam miliknya telah hilang dipercayai dicuri.

Pengurusnya, Afiq Wahab memberitahu, Rozita menyedari kejadian berkenaan apabila dia hendak keluar dari rumahnya di USJ Subang dekat sini pada Selasa.

Kereta Vellfire berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ93 itu diparkir sejak malam tadi di kawasan kediaman mereka di USJ Subang dan pagi tadi ketika hendak keluar kereta berkenaan disedari hilang. Kereta berkenaan dianggarkan berharga lebih RM200,000.

Dia minta agar orang ramai dapat viralkan perkara ini dan bantu mencari kereta berkenaan. Che Ta berada di balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

- mSTAR

Isnin, Ogos 08, 2016

Semakan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam Sesi 2016/17 (Lepasan STPM / Marikulasi)



Status permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2016/2017 boleh disemak bermula Isnin.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Asma Ismail dalam kenyataan hari ini berkata pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di laman web, http://upu.mohe.gov.my atau di talian 03-8870 6767 atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (NOMBOR KAD PENGENALAN) dan hantar ke 15888.

"Sebanyak 58,011 permohonan telah diterima dan 54,618 (94.2 peratus) adalah calon yang layak dan melepasi syarat am universiti serta syarat khas program pengajian," katanya.

Asma berkata daripada jumlah calon yang layak, sebanyak 39,862 (73 peratus) telah ditawarkan tempat serta seramai 3,873 calon cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 berjaya mendapat tawaran di UA.

"Kementerian mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemohon yang telah berjaya menerima tawaran," katanya.

Jelasnya keputusan yang diumumkan hanya melibatkan 18 buah UA yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT, tidak termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) yang membuat pengambilan sendiri.

"Pihak UA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai esok (9 Ogos) dan calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju menerima tawaran oleh UA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Ogos,"katanya.

Asma berkata kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UA yang dipohon.

"Jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka.

"Begitu juga jika calon hanya memohon di UA yang popular, calon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan," katanya.

Menurutnya hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline e-Rayuan di http://upu.mohe.gov.my.

"UPUOnline e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari mulai 8 Ogos, 12 tengah hari sehingga 12 Ogos, 11.59 malam," katanya.

Katanya keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA dan menegaskan bahawa tawaran adalah muktamad.

"Jika tiada sebarang jawapan diterima daripada UA sehingga 13 September 2016, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal," katanya.

Asma berkata keputusan permohonan rayuan kemasukan ke UA bagi program ijazah pertama untuk lepasan STPM/Setaraf akan diumumkan sebanyak dua kali iaitu pada 25 Ogos dan 13 Sept.

Katanya tarikh pendaftaran untuk pelajar baharu pada 28 Ogos hingga 4 September mengikut UA masing-masing.

Ahad, Ogos 07, 2016

Rakyat Malaysia Dapat Serangan Jantung Pada Usia Muda



Rakyat Malaysia mendapat serangan jantung pada usia yang lebih muda berbanding penduduk di negara-negara lain, demikian menurut satu kajian.

Laporan Tahunan Pangkalan Data Kardiovaskular Negara menyatakan hampir satu perempat daripada pesakit jantung di sini adalah di bawah umur 50 tahun.

Menurut laporan itu, 17.6 peratus adalah berumur 40 hingga 49; 5.6 peratus berumur antara 30 dan 39; dan 1 peratus berusia 20-29.

Sebagai perbandingan, purata umur pesakit serangan jantung di Kanada adalah 71,66 di Amerika Syarikat, lebih 50 di Britain dan 61 di Singapura, demikian menurut laporan di Internet.

"Pesakit sindrom koronari akut (ACS) di Malaysia adalah lebih muda berbanding mereka yang direkodkan di Barat," kata ketua editor laporan itu, Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad.

Pesakit ACS mengalami beberapa gejala akibat serangan jantung, termasuk sakit dada semasa melakukan senaman yang minimum.

Kira-kira separuh daripada mereka juga menghadapi tiga atau lebih faktor risiko - menjadi obesiti yang paling biasa, diikuti oleh tekanan darah tinggi, kencing manis, merokok dan kolesterol tinggi.

Prof Wan Azman berkata kadar kematian di hospital akibat serangan jantung di negara ini masih sangat tinggi.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rawatan baharu untuk penyakit arteri koronari, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, orang Cina cenderung untuk mengalami ACS pada usia yang lebih tua, berbanding Melayu dan India.

Sementara itu kata golongan lelaki lebih terdedah kepada ACS berbanding wanita.

Beliau memetik statistik daripada Laporan Tahunan NCVD-ACS Registry 2011-2013.

- mSTAR

Khamis, Ogos 04, 2016

Kelebihan Menjadi Ejen Insuran



Cara Mudah Nak Jadi Jutawan Takaful Pru BSN

1.Buat Personal Sales (Traning Provided)
2. Recruit org utk jadi agent setahun 6 orang. Just bawa org/sahabat anda ke pejabat kami seluruh Malaysia. Mereka akan di train oleh Trainer Kita. Agent tersebut adalah agent anda.

Anda buat 1-4 tahun boleh dapat income puluh ribu. 5 tahun akan berpotensi dapat income lebih RM100,000 sebulan.

Cara Mudah Nak Dpt Pendapatan 5 Angka


Saya sekadar nak berkongsi pengalaman mereka yang sudah berjaya di agensi Al Isra ni bagaimana nak dapat income 5 angka dgn buat PRU BSN Takaful.
Agent Diperlukan segera di KL/Sgor,JB,KB,Melaka,Penang,Kuantan,Ipoh,K.Trg, Kuantan dan seremban.
AGENT PART TIME / FULL TIME DI PERLUKAN;
KEPADA AGENT FULL TIME ELAUN AKAN DIBERIKAN DARI RM1000-RM4000 SEBULAN.
(TERBUKA KPD YG VSS, GRADUAN, SPM ADA PENGALAMAN KERJA)

Banyak orang tahu, buat insurans/takaful boleh jadi kaya, tetapi tak tahu bagaimana cara nak buat dan start..

ADA 4 SUMBER INCOME JADI AGEN PRU BSN TAKAFUL

1. KOMISYEN anda akan di bayar selama 6 tahun (utk produk Investment Link 110% utk 6 tahun, endowment 140% selama 6 tahun)
Kadar komisyen semua syarikat adalah sama kerana Insuran/ Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 dan Akta Insurance 1996 BAWAH SELIAAN Bank Negara Malaysia.

2. BONUS akan dibayar max 13% setahun, selama tiga tahun berturut(Term and Condition apply)

3. Produk investment berbentuk Unit Trust, kadar komisyen 3%.Cth jika org melabur RM100,000 komisyen anda adalah RM3,000

4.General Takaful/insurance (10%-25%)


MACAM MANA NAK BUAT:

1.Fokus,Sehari anda bercerita fasal takaful/Insuran kpd 2 atau 3 orang. seminggu dlm 15 org.Dari 15 0rg andaikan 4 org akan ambil dgn nilai RM 150/seorang sebulan

Pengiraan Komisyen Seminggu: 4 org X RM 150/sebulan= RM600
Komisyen seminggu anda ialah: RM600 X 25% =RM150.00
komisyen sebulan (4 minggu) ialah RM150 X 4 minggu bekerja= RM600

INCOME ANDA NAIK SEBANYAK RM 600 SEBULAN DAN YG PENTING KONSISTEN!

JIKA ANDA BEKERJA 12 BULAN: RM600 X 12 BULAN SETAHUN =RM 7200

JADI INCOME ANDA PADA BLN KE12 ADALAH RM7,200/SEBULAN DAN KONSISTEN.

2) CARA KIRA BONUS DIKIRA BERDASARKAN JUMLAH SALES SETAHUN

CTH: Jika seorang ambil RM150 sebulan,nilai sales ialah RM1800 (akan terus dikira setahun)
jika Sebulan ada 16 (nilai RM150)org beli dgn anda maka sales 16 org X 1800= 28,880

Jumlah sales bulanan ialah: RM1800 X 12 bln : RM28,800

Jumlah sales setahun RM 28,800 sebulan X 12 bulan kerja iaitu: RM345,600

CARA KIRA BONUS: RM 345,600 X 13% iaitu: RM44,928 setahun selama tiga tahun beturutan

TOTAL INCOME TAHUN PERTAMA

1) Duit komisyen RM7,200.00 sebulan
2) Duit Bonus setahun RM 44,928.00 (purata sebulan RM3,744)

Purata income anda sebulan pd tahun pertama: RM 10,944.00/ month

jika anda ulang perkara yang sama pd tahun kedua jadi RM 21,888 sebulan..

cuba bayangkan kalau anda buat 5 tahun.

Org bukan Melayu dah kaya lama dah.Mari kita sama-sama buat


ini tak termasuk komisyen unit trust 3% (mengikut jumlah pelaburan)

Insya Allah, jika ramai kawan dlm group saya boleh dpt income 5 angka sebulan , mengapa anda tidak boleh.

Yg Ptg , utk berjaya, anda perlu belajar dan associate dgn group yang betul yg boleh support anda.

Di group Kami Tawarkan Success Pattern.(Top 1 Unit Manager Kategori Th 2006 & 2007 (Hj Othman Shahrum),2008 & 2009 ( Hj Mohd Sahrom salikin))dan 2010 (solehan salikin) <----yang ini bos saya..saya direct bawah dia...
Biggest Bumi Group 2010 (RM51 juta)
1. latihan komprehensif A hingga Z waktu malam dan hujung minggu (FREE)
2. On Job Tranning, coaching di field work
3. Ramai bekas profesional cth, Bank officer, lecturer,mgr bank, lawyer, cikgu, jurutera dll yg telah berjaya

Maklumat Lanjut :

Masri Mohamad
0133105245
http://prudential-no1.blogspot.my/

Perlukah Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais?



Oleh Rahman Baco, Pharmacist.

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?

Mesti ada kan?

Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan 'paracetamol'. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya?

Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml - 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 - 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka 

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hinga sampai tarikh luputnya.

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - 16 Ogos 2016



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganega Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jawatan Kosong MAIDAM (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu) seperti berikut :

1. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
3. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
4. Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ) Gred N19
5. Pembantu Tadbir ( Kewangan ) Gred W19
6. Pembantu Akauntan Gred W19

Iklan Jawatan: http://www.maidam.gov.my/index.php/files/iklan_jawatan_kosong.pdf

Borang Permohonan : http://aplikasi.maidam.gov.my/eJOBS/v2

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2016

Rabu, Ogos 03, 2016

JDT Bakal Miliki Kapal Terbang Sendiri



Pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim melakar sejarah baharu apabila menjadi kelab pertama memiliki kemudahan pengangkutan udara sendiri.

Berita gembira itu hadir apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada kelab tersebut pada Selasa.

Kapal terbang itu akan digunakan oleh pegawai kelab dan pemain JDT.

Menurut kenyataan dalam laman web rasmi Johor Southern Tigers itu, kapal terbang tersebut akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017.

"Dengan kurniaan tersebut, JDT turut melakar satu lagi sejarah baharu sebagai kelab pertama tanah air yang mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. Allah Peliharakan Sultan," demikian menurut kenyataan itu.

- mSTAR

Selasa, Ogos 02, 2016

Fara Fauzana Bakal Berkahwin 17 September 2016



Personaliti radio dan pengacara, Fara Fauzana mengesahkan bakal menamatkan zaman solonya dengan usahawan yang dikenali sebagai Hafiz pada 17 September depan.

Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, majlis pernikahan dan resepsi mereka akan diadakan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara di sini pada pukul 9 pagi.

"Alhamdulillah dengan doa dan restu daripada kedua ibu bapa serta doa rakan-rakan dan peminat, saya ingin mengumumkan saya bakal berkahwin dengan lelaki pilihan hati saya pada 17 September depan.

"Setakat ini biarlah saya kenalkan dia sebagai Hafiz sahaja dan dia seorang usahawan dan masih bujang," katanya pada sidang media khas berhubung perkahwinannya pada Isnin.

Terdahulu, keluarga Hafiz datang menghantar rombongan merisik Fara dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Februari lalu.

Dalam pada itu Fara berkata, dia berkenalan dengan Hafiz menerusi kenalannya kira-kira dua tahun lalu selepas dipertemukan dalam sebuah majlis.

Katanya lagi, dia terpaut hati dengan jejaka berusia 30-an itu kerana pegangan agama dan sifat penyabarnya selain dia seorang yang pendiam.

"Saya jika orang kenal memang suka bercakap dan personaliti kami yang berbeza membuatkan kami serasi.

"Bagaimanapun saya tertarik dengannya kerana sikap penyabar dan pegangan agama yang ada pada dirinya," jelasnya.

Bercakap mengenai majlis perkahwinannya, Fara berkata, dia dan Hafiz sepakat untuk mengadakan majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat sahaja.

Malah kata Fara, persiapan perkahwinannya sudah pun berjalan dan kini sudah 60 peratus siap.

"Majlis akad nikah dan resepsi hanya akan diadakan secara sederhana sahaja dan itu memang pilihan kami.

"Kami juga memilih untuk tidak bertunang dan terus bernikah," katanya.

Dalam perkembangan sama, ibu Fara iaitu Faridah Abdul Jalil, 58, yang turut hadir pada sidang media berkenaan berkata, beliau bersyukur anaknya itu akhirnya bakal menamatkan zaman solonya.

"Ibu mana yang tidak gembira dengan berita anak bakal berkahwin dan berharap semuanya akan berjalan lancar," katanya.

- mSTAR

Buku Rahsia Membina Senjata Jualan



Kandungan Buku: Rahsia Membina Senjata Jualan

Bahagian Satu - Pengenalan

Bab 1 Asas Penyampaian Mesej Jualan Melalui Surat
1.1 Bagaimana surat boleh membantu usaha jualan
1.2 Persoalannya sekarang, kenapa anda perlukan surat jualan?
1.3 Mesej jualan melalui surat
1.4 Jualan lwn emosi pembaca

Bahagian Dua - Bagaimana Merancang Sistem Pembinaan Senjata Jualan Anda


Bab 2 : 10 Langkah Bagi Merancang Sistem Pembinaan Senjata Jualan Anda

2.1 Kenal pasti pelanggan anda
2.2 Gunakan imiginasi dan fahami pelanggan anda
2.3 Kenali produk atau perkhidmatan anda
2.4 Tentukan tawaran anda
2.5 Tarik perhatian dengan menjanjikan sesuatu yang besar
2.6 Cipta keunikan bagi menarik pembeli
2.7 Senaraikan kelebihan serta faedah-faedah produk atau servis anda
2.8 Buktikan apa yang anda janjikan dan tawarkan adalah benar
2.9 Ramal dan hadapi bantahan pelanggan
2.10 Tutup mesej jualan anda dan tukarkannya kepada belian oleh bakal pembeli anda

Bahagian Tiga - Bagaimana Memulakan Pembinaan Senjata Jualan Anda


Bab 3 Mulalah Menulis Mesej Jualan Anda
Bab 4 14 Langkah Mudah Bagi Menulis Surat Jualan
Bab 5 Bagaimana Membina ‘Headline’ Atau Tajuk Utama Yang Berkesan
Bab 6 Bagaimana Memulakan Surat Jualan
Bab 7 Bagaimana Menulis P/S Atau Pesanan Terakhir Anda
Bab 8 Hukum 24 Jam

Bahagian Empat - Bagaimana Menyiapkan Pembinaan Senjata Jualan Anda


Bab 9 Baca Dan Periksa Semula Tulisan Anda
9.1 Periksa semula teknik dan taktik penulisan anda
9.2 Periksa gaya penulisan anda
9.3 Gunakan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang berkuasa tinggi
9.4 Gunakan bantuan gambar/grafik
9.5 Beri perhatian kepada 13 perkara kecil yang memberi pengaruh besar dalam surat jualan
9.6 Tulis semula
9.7 Lihat senarai periksa anda (checklist)

Bahagian Lima - Contoh-contoh surat jualan


Contoh-contoh surat jualan

Bahagian Enam - Penutup
Tahniah!

Bahagian Bonus #1
Analisa penulisan surat jualan oleh Zamri Nanyan

Bahagian Bonus #2
Analisa penulisan surat jualan oleh Amirul Faisyal

Jourdan Toh Manusia Kalkulator



Kira dengan pantas! Hanya menggunakan kuasa minda, tanpa bantuan kalkulator atau pen, apakah jawapan kepada 7098 x 879?

Jaguh Matematik, Jourdan Toh dapat memberikan jawapan yang tepat dengan pantas!

Pelajar berkaca mata berusia 17 tahun ini adalah juara Pertandingan Matematik, Abakus dan Mental Arithmetic, Piala World City tahun lepas, sebuah pertandingan yang didominasi olehnya sejak berusia lapan tahun.

Pada Ahad, beliau sekali lagi mengambil bahagian dalam pertandingan edisi tahun ini bersama 700 ahli matematik muda terbaik dari lapan negara.

Mereka diberi 100 soalan matematik yang perlu diselesaikan dengan penaakulan minda atau menggunakan sempoa dalam masa di bawah tiga minit.

Bagi pelajar Sekolah Tinggi Han Chiang ini, semua jawapan akan terus berada di kepalanya, sepantas matanya membaca soalan-soalan yang diberikan.

Katanya, satu-satunya perkara yang membuatkan beliau lambat adalah masa yang diambil oleh tangannya untuk menulis jawapan.

"Apabila saya melihat soalan, saya sudah tahu jawapannya. Saya hanya perlu menulis dengan cepat.

"Bagi saya, pertandingan ini lebih kepada pertandingan menulis. Kawan-kawan saya biasanya akan berlumba dengan saya menggunakan kalkulator mereka.

"Mereka memanggil saya 'manusia kalkulator'," kata Toh.

Pada tahun 2007, Toh mendapat skor penuh dalam pertandingan Mental Arithmetic kebangsaan dan kemudiannya memenangi kejohanan di bawah kategorinya di Tokyo, Jepun.

Beliau turut mewakili Malaysia di San Francisco pada tahun 2008, di Taiwan pada tahun 2011 dan 2014, di Jepun pada tahun yang sama dan di Los Angeles pada tahun lalu.

Minatnya dalam bidang matematik bermula seawal usia tiga tahun apabila beliau menghadiri kelas tuisyen di Pulau Pinang di mana beliau telah diajar tentang pengiraan abakus. Selepas itu, beliau mula 'ketagih' dalam bidang ini.

"Setiap hari, saya akan menjawab soalan-soalan untuk dua hingga tiga jam. Saya boleh menghabiskan dakwat dua batang pen setiap hari untuk mencari jawapan," katanya.

Sejak kebelakangan ini, Toh berkata beliau menjadikan matematik sebagai 'pembunuh tekanan'.

"Saya menyelesaikan soalan dalam 30 keping kertas dalam masa satu jam. Saya menonton YouTube semasa melakukannya. Dan kemudian semua tekanan hilang," katanya.

Toh memegang jawatan ketua pengawas sekolah dan bermain skuasy dan bola keranjang. Beliau berharap untuk meneruskan kerjaya dalam bidang statistik gunaan atau sains aktuari.

Pertandingan Piala World City pada Ahad telah diadakan di Wisma MCA dan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon.

- mSTAR

Isnin, Ogos 01, 2016

Pengasas Mydin Meninggal Dunia



Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada Isnin, 1 Ogos 2016 kerana sakit tua.

Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.

"Bapa saya dibawa ke hospital kerana muntah-muntah selepas pulang dari kedai (Mydin) di Masjid India selepas waktu Zohor tadi," katanya.

Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Mont Kiara selepas solat Zohor pada Rabu, setelah kepulangan anak bongsu Allahyarham yang menetap di Amerika Syarikat.

Lahir di Pulau Pinang pada 1928, Allahyarham meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.

Ameer Ali berkata syarikat Mydin diasaskan arwah bapanya di Kota Bharu, Kelantan pada 1957.

"Arwah merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan menepati waktu semasa berurusan dengan orang lain terutama dalam urusan perniagaan.

"Arwah juga sering mengingatkan anak-anaknya supaya makan duit yang halal dengan menjalankan perniagaan yang jujur," kata Ameer Ali yang merupakan anak ketiga Allahyarham. 

- BERNAMA