Jumaat, Oktober 23, 2015

Intipati Bajet 2016

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

- Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.

- Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps

- Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

- RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara

- Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

- Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

- Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP

- Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah. Ia akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

- Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.

- Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

- Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.

- Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

- Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

- Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

- Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred

- Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan

- Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan

- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan

- BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

- BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.

- BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000

- BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800

- BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400

- BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

- Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung

- Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah

- Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

- Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Khamis, Oktober 22, 2015

TAWARAN KOLEKSI 1,000 E-BOOK HANYA RM20.00



Tawaran Istimewa Pakej 1,000 E-book dengan harga promosi!

Koleksi merangkumi:
- 290 e-book Bisnes
- 950 e-book Tutorial

Pelbagai ilmu berguna boleh diperolehi dari koleksi e-book ini. Tuan / puan tidak akan rugi.
Sebahagian tajuk E-book boleh lihat di sini ->
1. Preview 1
2. Preview 2

Untuk download pakej ini sila buat pembayaran sebanyak RM20.00 ke salah satu akaun di bawah :
CIMB : 8601729987
MAYBANK : 563064100190
PUBLIC BANK : 4896690704
RHB BANK : 26404900000715

atas nama MOHD ADHA BIN MOHD ZAIN
E-mail: mdadha@gmail.com

[ PENTING ]
Selepas pembayaran dibuat, sila hantar WhatsApp ke nombor 0139790000 MAKLUMAT PEMBAYARAN dan E-MAIL anda untuk saya hantarkan LINK DOWNLOAD

Terima kasih :)




Selasa, Oktober 20, 2015

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan



Semakan Sesi Temuduga Jawatan-Jawatan Separa Perubatan adalah seperti berikut:

Sabah (19hb Okt - 6hb Nov 2015)
[+] Semak di sini

Sarawak (26hb Okt - 6hb Nov 2015)
[+] Semak di sini

Semenanjung (25hb-30hb Oktober 2015)
[+] Semak di sini


Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Berikut Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang mungkin ditanya:
1. Sila perkenalkan diri anda calon separa perubatan.
2. Apakah bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?
4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?
5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?
6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?
7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.
10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?

Kriteria pemilihan calon:


  1. Kelulusan akademik dan intelek - Dinilai berdasarkan kepada bidang Latihan Separa Perubatan yang anda pilih. Jika anda memilih Latihan Jururawat, maka anda akan ditanyakan soalan yang berkaitan dengan jawatan Jururawat.
  2. Pengetahuan dan minat - Pengetahuan dan minat biasanya tentang Latihan Separa Perubatan terutamanya bidang latihan yang dipilih dan pengetahuan tentang kerjaya dalam bidang latihan yang dipilih. Jika anda memilih Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, maka soalan yang bakal ditanya berkait rapat dengan jawatan tersebut.
  3. Pengetahuan Am - Pengetahuan berkaitan isu-isu semasa umum dalam dan luar negara, pengetahuan berkaitan isu semasa berkaitan kesihatan dan perubatan. 
  4. Sikap dan perwatakan - Cara berpakaian, disiplin, tingkah laku, keyakinan, kematangan diri, ketabahan dan kemesraan akan turut dinilai.
  5. Kecerdasan dan kefasihan - Menjawab soalan dengan lancar dan yakin.

Untuk panduan dan tips temuduga Separa Perubatan yang lebih terperinci, anda boleh klik Panduan Temuduga Separa Perubatan.

Ahad, Oktober 18, 2015

Contoh Soalan Pengetahuan Am Exam Online SPA



Seksyen A (Soalan Pengetahuan Am)

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan

Soalan pada bahagian ini lebih menjurus kepada soalan berkaitan pengetahuan am di mana calon diuji berdasarkan soalan yang lebih global daripada fakta sebenar. Meliputi perkembangan semasa, sejarah Malaysia dan dunia.

Contoh Soalan:

Negara apakah yang memenangi Sukan Olimpik 2012?
A – Jepun
B – China
C – Amerika Syarikat
D – Soviet


Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan latih tubi Peperiksaan Online SPA, anda boleh mendapatkan Pakej Panduan ini -> Pakej Info Kerjaya


Jumaat, Oktober 16, 2015

Sultan Johor miliki trak termahal di dunia


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencapai impiannya memiliki trak 'Mack' termahal di dunia, pada majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane, Australia. Trak mewah yang mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.

Menurut laporan ABC News, trak itu memiliki beberapa keistimewaan termasuk enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas.


Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas."Ini impian beta," titah baginda mengenai trak mewah itu. Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 kerana ditempah khas.


Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu. "Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lepas.


"Beta tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk," titah baginda. Sultan juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal hujung bulan ini. 



Sumber

Khamis, Oktober 15, 2015

Saifuddin Abdullah sertai PKR


Datuk Saifuddin Abdullah pada 15 Oktober 2015 disahkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya, Selangor.


Menurut Wan Azizah, penyertaan Saifuddin akan mengukuhkan lagi rumpun parti tersebut, selain menguatkan perjuangan rakyat di negara ini.


"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda negara hari ini mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian untuk menyertai gerakan yang menerajui perubahan.


"Kecelaruan kepimpinan telah menyebabkan ramai pemimpin Umno dan parti komponen BN hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan," katanya ketika sidang media berlangsung pada hari ini.


Menurut Wan Azizah lagi, kehadiran Saifuddin akan memberi kelebihan kepada parti kerana beliau mempunyai jaringan yang kuat dengan NGO.

"Kami berasa gembira mengalukan penyertaan Saifuddin ke dalam keluarga besar kami. Penyertaan beliau sudah tentu akan memperkukuhkan usaha kami untuk menggembleng perpaduan dan kekuatan rakyat demi perubahan dan pembaharuan.


"Saya juga yakin beliau akan dapat memainkan peranan strategik dalam Pakatan Harapan untuk memastikan gabungan baharu ini menumpukan kepada gagasan idea baharu untuk ditawarkan kepada rakyat," katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana merasakan tidak sesuai bersama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).


Saifuddin berkata beliau tertarik dengan model berbilang kaum PKR, tidak seperti BN yang didakwa mengamalkan politik perkauman.
"Saya menganggap ini satu keputusan besar bagi orang kecil seperti saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.
Beliau juga berkata akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebaik sahaja pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail kembali dari luar negara.
Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri, baru-baru ini menerima surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh yang jatuh ke tangan PAS.
Beliau juga hilang jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno selepas tewas pada pemilihan parti itu pada tahun yang sama.
Sumber

Selasa, Oktober 13, 2015

Contoh Soalan Exam Online Penolong Akauntan Gred W27


Contoh Soalan Exam Online Penolong Akauntan Gred W27

Peperiksaan bertulis ini dibahagikan kepada dua seksyen iaitu seksyen A dan Seksyen B.

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  1. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  1. Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen A – Pengetahuan AM
Masa : 40 Minit
Bilangan soalan : 50
Seksyen A ini lebih menjurus kepada pengetahuan am calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan isu-isu semasa. Calon perlu mengetahui secara umum berkenaan ekonomi, kewangan, perdagangan dan pentadbiran kerajaan. Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27 yang boleh dijadikan rujukan sebagaimana di bawah ini.
Manakah dokumen yang berikut menjadi sumber buku tunai?
A. Invois
B. Nota Debit
C. Pesanan Belian
D. Baucar Bayaran
Jawapan : D
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan : 40
Seksyen B ini akan menguji calon-calon dengan soalan yang berkisarkan pengiraan secara logikal, matematik dan bagaimana menginterpratikan data. Setiap soalan yang diberikan memerlukan calon berfikir dan berkemahiran dalam pengiraan memberikan kelebihan. Contoh soalan yang memerlukan kemahiran menginterpretasikan data sebagaimana di bawah.
Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke Taman Tema Legoland pada hari kemerdekaan pada tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih tersebut adalah kanak-kanak.

contoh soalan peperiksaan

Seksyen C – Ujian Psikometrik
contoh-soalan-penolong-akauntan-ujian-psikometric
* Bidang Tugas Penolong Akauntan W27

* Format dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27

Isnin, Oktober 12, 2015

Kadar Tol Baharu Mulai 15 Oktober 2015



Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) yang akan dikuatkuasakan mulai 15 Oktober 2015. 

Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di AKLEH kini menjadi RM2.50, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM7.00, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50. 

Sementara bagi GCE, kadar seragam di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong menjadi RM1.90 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas, RM3.80 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) dan RM5.70 bagi kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50. 

Di LKSA pula kadar tol baharu bagi Plaza Tol Seri Muda untuk kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas menjadi RM1.70, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM3.40, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM5.10. 

Bagi Plaza Tol Alam Impian pula, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas naik kepada RM0.90, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM1.80, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM2.70.

Sufi Juara Akademi Fantasia 2015


Peserta berasal dari Singapura iaitu Sufi diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam 11 Okt 2015.

Kemenangan itu membolehkan Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 24, membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Edry Abdul Halim.

Sufi menyanyikan lagu berjudul Andai Ku Bercinta Lagi dan sebuah lagu baharu ciptaannya Kisah Dua Muka. Tempat kedua diungguli peserta dari Kuala Lumpur iaitu Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, percutian ke Dubai, dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Bila atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Dubai serta trofi.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Shahrul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, percutian ke Dubai serta trofi.

Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail. Selain pengkritik tetap, Datuk Ramli MS, pengkritik jemputan Datuk Aznil Haji Nawawi, Datuk AC Mizal dan Fauziah Datuk Ahmad Daud. Manakala, juri juara ialah Joe Flizzow dan Stacy.

Sabtu, Oktober 10, 2015

Hilang MyKad boleh didenda RM1,000



Kadar fi bagi penggantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan bermula 15 Oktober  2015 ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.
 
Beliau berkata fi bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua dinaikkan dari RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000.
 
Bagaimanapun, katanya pengecualian kadar fi diberikan kepada orang kurang upaya (OKU), fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.
 
Katanya kenaikan fi itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur penggantian MyKad berikutan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kadar kehilangan MyKad akibat kecuaian dari 2010 hingga September 2015 adalah 1,356,135 kes.
 
Kaedah pelaksanaan penambahbaikan prosedur ini tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan kadar fi baharu hanya akan bermula pada tarikh kuat kuasa prosedur ini.

Bagi permohonan gantian hilang kad pengenalan kali pertama, pemohon boleh terus ke kaunter JPN, manakala bagi permohonan kali kedua dan seterusnya, pemohon hendaklah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut sebelum memohon di kaunter JPN.
 
Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan. Semua permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan.
 
Selaras dengan Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, setiap orang yang dikeluarkan kad pengenalan adalah bertanggungjawab menjaga kad pengenalan tersebut dan hendaklah memastikan ia berada dalam keadaan baik.

Sumber

Khamis, Oktober 08, 2015

Awasi Denggi Selepas Jerebu


Setelah mengalami kesan jerebu, kini orang ramai perlu berhati-hati dengan wabak demam denggi menjelang beberapa bulan akan datang.

Kenaikan kes seperti ini dijangka berlaku berikutan "Fenomena El Nino paling teruk di kepulauan Pasifik dalam tempoh hampir 20 tahun".

Cuaca panas dan kering yang tidak teratur sudah menyumbang kepada jerebu hingga menjejaskan negara-negara dan lain di rantau ini ekoran kebakaran hutan luar kawalan di Indonesia.

Pasukan penyelidikan antarabangsa mendapati bahawa suhu tinggi El Nino boleh mewujudkan keadaan yang sesuai untuk wabak denggi berskala besar tersebar ke seluruh kawasan yang luas.

Kajian ini meliputi Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Taiwan, Singapura dan Filipina. Dikhuatiri wabak ini boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan di negara-negara terjejas jika ia berlaku tanpa diduga, demikian menurut kajian tersebut.

Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit iaitu seorang perunding penyelidikan di Universiti Malaya berkata, kesan penuh El Nino akan dirasai pada tahun akan datang dan dengan itu, kenaikan kes denggi juga dijangka berlaku. Buat masa ini, bilangan kes-kes di beberapa negeri telah meningkat dua kali ganda.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata usaha untuk memerangi denggi telah ditingkatkan sebelum El Nino.

Katanya kes denggi cenderung untuk naik mendadak pada awal dan akhir setiap tahun. Namun beliau akui berlaku peningkatan kes denggi di pertengahan tahun pada tahun lalu.

Sumber


Sukan Alternatif di Malaysia



Dunia sukan baru telah berkembang di serata dunia dan jika popularitinya mendapat sambutan, ia akan tersebar meluas ke negara lain. Banyak sukan yang kita jarang dengar semakin popular di Malaysia, antaranya:

Laccrosse - sukan yang melibatkan sentuhan dan berasal dari Amerika. Dalam sukan ini, 10 pemain diperlukan dalam satu pasukan dengan menggunakan pemukul lacrosse yang panjang dan dipasang dengan jaring untuk lontaran bola getah ke dalam gol lawan. 'Checking' dibenarkan dalam sukan lacrosse lelaki, menjadikan sukan ini turut dikenali sebagai sukan yang ganas. Topi keledar sukan dan kelengkapan keselamatan perlu untuk pemain lelaki tetapi tidak pula bagi pemain wanita, lacrosse wanita hanya dibenarkan 'stick checking' dan bukan 'body checking'. Sukan ini diperkenal kepada Malaysia pada tahun ini oleh Persatuan Lacrosse Malaysia.

Ragbi Sentuh - sukan yang mengehadkan sentuhan dan boleh dimainkan secara bercampuran jantina iaitu enam pemain setiap pasukan. Apabila disentuh oleh pihak lawan, pemain mesti menjatuhkan bola untuk rakan sepasukan mengambil bola itu. Tiada pertukaran atau gol dalam ragbi sentuh. Malaysia akan jadi tuan rumah pada Kejohanan Piala Dunia Sukan Touch 2019.

Floorball - mungkin ramai tidak pernah dengar mengenai sukan floorball di Malaysia. Sukan ini memerlukan enam orang pemain termasuk penjaga gol. Berasal dari Sweden, floorball sangat popular di Eropah dan sudah berkembang dan meraih pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 2008. Pasukan lelaki bola lelaki Malaysia bawa pulang pingat gangsa dalam Sukan SEA di Singapura.

Dodgeball - ramai yang jarang dengar mengenainya ang sukan dodgeball. Sukan ini telah berkembang dan sangat popular dikalangan pelajar. Malaysia telah meraih kejayaan di tempat kedua dan ketiga bagi pasukan lelaki dan wanita, masing-masing dari lapan negara yang terlibat di Kejohanan Dodgeball Dunia di Las Vegas bulan lepas.

Woodball - sukan ini bukanlah asing di Malaysia kerana ia diperkenalkan dalam negara oleh Persatuan Woodball Malaysia, 20 tahun lepas. Sukan ini sama seperti sukan croquet memerlukan pemain menggunakan kayu pemukul untuk memukul bola kayu melepasi pagar. Kursus sukan woodball ada di serata Malaysia tetapi sukan ini lebih terkenal di Pahang.

Hoki kasut roda - ia sama seperti hoki ais. Hoki ais sangat popular di Malaysia meskipun kekurangan gelanggang untuk sukan ini. Pemain menggunakan kayu hoki dan kelengkapan keselamatan yang sama cuma cakera getah dalam hoki kasut roda ini lebih ringan, diperbuat dari plastik dan direka untuk geseran yang sesuai dengan permukaan gelanggang.

Quidditch - bagi peminat filem dan buku Harry Potter pasti sudah biasa dengan sukan ini. Quidditch ini bermula kira-kira 10 tahun lepas di Amerika Syarikat. Sukan ini menggabungkan unsur bola baling dan dodgeball, dan turut menggunakan bola tampar dan tiga dodgeballs. Pemain hanya perlu letakkan kayu atau batang penyapu di antara kaki mereka. Sukan quidditch ini sangat unik kerana peraturannya memerlukan campuran jantina dalam pasukan.

Speed badminton - ia berbeza dengan badminton. Berasal dari Jerman pada 2001, sukan ini boleh dimain di mana-mana sahaja. Raket speed badminton sama seperti raket squash tetapi lebih ringan dan 'speeders' yang digunakan lagi berat daripada bulu tangkis. Sukan ini tidak memerlukan jaring seperti badminton. Speed badminton semakin berkembang dan dikenali di Pulau Pinang.

Jombola - sukan terbaru yang dicipta rakyat Malaysia sendiri. Sukan ini gabungan badminton, tenis dan ping pong dengan menggunakan raket kayu dan bola getah. Sukan ini masih baru dan mula mendapat sambutan dari universiti tempatan dan luar negara.

Ultimate Frisbee - sukan yang dikenali dan telah berkembang di seluruh dunia. Sukan tanpa sentuh ini memerlukan tujuh pemain bagi setiap pasukan dengan cara membaling dan menangkap cakera. Sukan ini telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 2013.

Sumber


Tips Murah Rezeki



1. Sentiasa Berdoa & Sentiasa ingat Allah SWT

2. Banyakkan beristighfar dan bertaubat

3. Sentiasa Berselawat Ke atas Nabi SAW

4. Amalkan Ayat Seribu Dinar

5. Banyakkan Bersedekah

6. Berbakti dan berbuat baik kepada Ibu Bapa

7. Tinggalkan Maksiat

8. Menjaga Solat

9. Menyambung Silaturrahim

10. Sentiasa membaca Al-Quran

Formula Tarik Rezeki - Bagaimana Ingin Murah Rezeki?

Recent Posts