Khamis, Oktober 08, 2015

Makanan Untuk Kuruskan Badan



1. Cili
- Cili boleh membantu mempercepatkan metabolisme anda. Cili juga penuh dengan antioksidan dan meningkatkan vitamin C bersama beta-karotena.

2. Halia
- Ia adalah makanan yang menggalakkan aliran darah yang baik, mengurangkan keradangan dalam badan dan menyokong fungsi imun yang sihat.

3. Kayu Manis
- Ia boleh membantu menurunan berat badan, membantu meningkatkan metabolisme anda dan memelihara kadar gula dalam darah seimbang. Ia juga memperbaiki peredaran darah dan merupakan sumber antioksida.

4. Teh hijau
- Minum beberapa cawan teh hijau sehari telah didapati berkesan untuk membantu menurunkan berat badan. Teh hijau kaya dengan antioksidan dan membantu meningkatkan tahap tenaga.

5. Serat
- Makanan yang kaya dengan serat membantu anda mengurangkan berat badan. Serat memberikan anda rasa kenyang selepas makan. Contoh, oat.

6. Protein
- Ia bermanfaat untuk penurunan berat badan yang sihat.Protein juga membantu memelihara kadar gula dalam darah supaya lebih seimbang.

Tips Pantas Kuruskan Badan Dengan Cepat

Sumber

Suami Isteri Maut Motosikal Meletup di Gua Musang


Pasangan suami isteri warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki mereka meletup di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai di Gua Musang, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi itu, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Cha Mok Liong dan isterinya, Fong Ah Fong, masing-masing berusia 72 tahun dari Kampung Batu Papan Dua.


Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian itu berlaku ketika pasangan itu yang menaiki motosikal jenis Demak dalam perjalanan ke Kampung Pulai untuk menikmati sarapan pagi selepas selesai menoreh getah.


Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak menyedari motosikal yang dinaiki mereka telah dipasang dengan bahan letupan yang dipercayai buatan sendiri. Berikutan kejadian itu, kita turut menahan seorang pemuda berusia 20-an yang mempunyai kaitan dengan mangsa untuk membantu siasatan dan motif kejadian masih dalam siasatan.


Dia yang telah lama memeluk Islam berkata kedua-dua bapa dan ibu saudaranya itu berasal dari keluarga yang baik dan memelihara seorang anak angkat. Saya sempat melihat mayat kedua-dua mangsa hancur berada di atas jalan.Mereka sering ke Kampung Pulai untuk menikmati sarapan selepas menoreh getah, katanya.



Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka.
Sementara itu, seorang anak saudara mangsa, Ab Rahman Abdullah, 53, berkata  beliau mengetahui kejadian itu pada pukul 9.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

Sumber

Rabu, Oktober 07, 2015

Siti Nurhaliza tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh



Datuk Siti Nurhaliza memanjat kesyukuran apabila mengetahui menjadi artis wanita pertama dipilih antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia untuk tahun 2016. 

Selain Siti, Hafiz Hamidun turut disenaraikan dalam buku 'The World's 500 Most Influential Muslim edisi 2016", yang menyenaraikan 500 orang paling berpengaruh dalam dunia Islam. 

Mereka yang disenaraikan dikelaskan dalam pelbagai sektor, termasuk ilmiah, politik, pentadbiran hal ehwal agama, pendakwah dan panduan rohani, kebajikan dan pembangunan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, qari dan qariah, media, selebriti serta bintang sukan. 

Kata Siti, beliau hanya mengetahui perkara itu apabila berita itu dimuat naik dalam laman Instagram oleh peminatnya. 

"Kalau nak dibandingkan Siti dengan mereka yang tersenarai itu, memang diri ini amat kecil. Tetapi Alhamdulillah, apa yang Siti perjuangkan dan buat selama ini orang nampak walaupun ia tidaklah sebesar mana. "Ia suntikan semangat untuk saya terus berjuang dan paling penting ialah istiqamah dalam apa sahaja yang dilakukan. 

"Terkejut juga apabila dapat tahu perkara ini. Ia juga menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup. Tak silap saya, nama ini dipilih kerana kerja kebajikan dan pengaruh saya untuk memberikan teladan yang baik kepada orang lain khususnya buat masyarakat Islam," katanya.

Sumber



Makan ikan boleh atasi tekanan



Penyelidik dari Kolej Perubatan Universiti Qingdao di Shandong, China mendapati, individu yang gemar memakan ikan kurang berasa tertekan berbanding mereka yang tidak gemar makanan laut itu.

Penyelidikan tersebut mendapati, kandungan asid lemak omega-3 pada ikan mampu merangsang mikrostruktur sel-sel otak dan meredakan tekanan pada individu yang mengamalkan pemakanan tersebut.
Melalui kajian dibuat, golongan lelaki yang mengamalkan diet dengan memakan ikan menunjukkan penurunan tekanan sebanyak 20 peratus berbanding wanita iaitu sebanyak 16 peratus.
Kandungan asid lemak omega-3 pada ikan membantu mempengaruhi aktiviti neurotransmitter, dopamin dan serotonin yang mempunyai hubung kait dengan masalah tekanan.
Kebaikan protein, vitamin dan mineral yang terdapat pada ikan juga membantu mencegah kemurungan, malah diet ikan juga bagus untuk badan lebih sihat.
Sumber

Mustapa Mohamed diberi mandat runding terma Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menerusi laman Twitternya @NajibRazak, perdana menteri berkata beliau dan kabinet telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa untuk berunding terma-terma perjanjian TPPA.‎


Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kepentingan ekonomi jangka panjang negara dipelihara dan pada masa yang sama, kepentingan domestik tidak dikompromi.


Sementara itu, Mustapa di dalam satu kenyataan semalam berkata, perjanjian TPPA yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia termasuk pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.


Mustapa berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.


Belia turut memberi jaminan bahawa keputusan sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada perjanjian TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.


Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas. Kita juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan orang awam.


Sumber

Kereta terbakar kerana isi minyak tidak matikan enjin


Satu rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan terbakar akibat pemandunya tidak mematikan enjin semasa mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang.

Dalam rakaman tersebut, dua orang kanak-kanak melarikan diri dari kereta tersebut selepas pemandunya, seorang lelaki menyedari kereta tersebut terbakar.


Sedikit elektrik statik mencukupi untuk mulakan pembakaran di bahagian pam minyak. Mujur staff stesen ni terlatih, cekap dan pantas bertindak memadamkan kebakaran.


Namun, ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa cetusan api itu terjadi kerana gelombang dari telefon bimbit.

Tujuh sekolah laksana pengasingan tingkatan 6


Tujuh sekolah telah mempunyai Pusat Tingkatan Enam (PTE) Mod 1 iaitu hanya menempatkan pelajar tingkatan enam, yang merupakan sebahagian daripada penjenamaan semula sistem pendidikan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Mahsuri di Kulim, Kedah; SMK Petaling Jaya, Selangor; SMK Bandaraya II, Kota Kinabalu; SMK Seri Bandar Pontian, Johor; SMK Seri Ipoh, Perak; dan SMK Saratok II, Sarawak.

Selain pelaksanaan PTE, penjenamaan semula tingkatan enam turut melibatkan pertukaran kepada sistem semester dan kelonggaran memakai pakaian kasual ke sekolah.


Menurutnya, ia bagi memastikan pembelajaran untuk 100,000 pelajar tingkatan enam mencapai standard institusi pengajian tinggi. Kita mahu mereka rasai seperti rakan-rakan mereka yang mungkin berada di Matrikulasi atau sedang mengikuti Diploma, katanya.


Pelaksanaan PTE diumumkan pada Jun lepas bagi mengurangkan PTE Mod 2 (berkongsi sekolah tetapi blok berasingan) dan Mod 1 (berkongsi blok dengan sekolah biasa) secara berperingkat dengan setiap pejabat pendidikan daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu PTE Mod 1. 


Proses pengasingan ini kita buat secara berperingkat memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi, jadi mana sekolah yang sudah bersedia dan ada bangunan yang sesuai kita mulakan dahulu.

Sumber

Spesies Tikus Baru Ditemui Di Sulawesi


Pasukan saintis di Indonesia menemui spesies tikus baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Spesies yang diberi nama Hyorhinomys stuempkei atau dikenali sebagai tikus hidung babi itu memiliki bentuk wajah unik dan berbeza daripada tikus biasa.

Tikus tersebut ditemui di kawasan pergunungan terpencil di Sulawesi pada Januari 2015 oleh saintis dari Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Saintis dari Muzium Victoria, Australia, Kevin Rowe berkata saiz spesies tersebut adalah sama tikus normal.

Spesies tersebut mempunyai hidung mirip babi berwarna merah jambu dan telinga yang lebih besar sedikit berbanding tikus normal. Ia turut mempunyai bentuk mulut lebih kecil dan gigi depannya panjang sedikit.

Isnin, Oktober 05, 2015

Cara Tukar Hakmilik Kenderaan


Mulai 1 April 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasa peraturan baru untuk urusan tukar hakmilik kenderaan. Semua pemilik kenderaan (penjual kenderaan) dan pemilik baru (pembeli kenderaan) wajib hadir sendiri ke pejabat JPJ untuk membuat pengesahan biometrik (cap jari). Tidak boleh menghantar wakil. Ini adalah kerana:
  • untuk mengurangkan kes-kes penipuan dalam urusan penukaran hakmilik yang telah meningkat
  • JPJ sudah menambahbaik sistem mereka dengan aplikasi biometrik
  • untuk mengurangkan urusan tidak perlu seperti mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah.
Penggunaan borang pengesahan kad pengenalan (TM-AB) dan juga surat akuan berkanun pesuruhjaya sumpah sudah tidak perlu.

Proses Tukar Hakmilik Kenderaan


Sila baca dan ikuti panduan ini dengan teliti kerana proses tukar hakmilik kenderaan sudah tidak boleh menggunakan ejen atau wakil.

  • Pastikan kenderaan adalah mengikuti standard asal seperti dalam geran kenderaan. Kesemua modifikasi sudah dibuang atau telahpun mendapat kelulusan JPJ. Warna kenderaan juga mesti ikut seperti yang dinyatakan dalam geran kenderaan.
  • Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  • Pastikan anda tidak menggunakan bahagian “kereta potong” atau potong sambung bahagian kenderaan.
  • Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  • Bawa salinan mykad untuk urusan dengan JPJ untuk penjual dan pembeli.
  • Bawa geran kereta / perakuan pendaftaran kenderaan (JPJK2)
  • Mula-mula sekali, pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan (Caj RM30).
  • Anda akan diberi satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk tempoh 1 bulan sahaja.
  • Pergi ke syarikat insuran untuk membeli atau menukar insuran kereta baru atas nama pembeli baru berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
  • Pergi ke JPJ untuk urusan tukar hakmilik kenderaan secara sukarela. Kedua-dua penjual dan pembeli kena hadir.
  • Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  • Apabila ke Pejabat JPJ, ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3). Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  • Proses menampal salinan mykad di atas borang TM-AB sudah tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik. 
  • Ambil nombor giliran dan tunggu, sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  • Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.

Sumber



Ahad, Oktober 04, 2015

Sekolah Di Semenanjung Kecuali Kelantan Ditutup Pada 5 dan 6 Oktober 2015 Akibat Jerebu Teruk

Semua sekolah di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan diarah ditutup dua hari mulai Isnin 5 Oktober 2015 kerana keadaan jerebu yang semakin teruk.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan keputusan itu berkuatkuasa 5 dan 6 Oktober 2015.

"Untuk Kelantan, Sabah dan Sarawak, Kementerian Pendidikan akan pantau situasi jerebu setiap jam sebelum memutuskan untuk menutup sekolah di sana.

"Jika keadaan jerebu semakin teruk, kami akan ambil langkah sama," katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di Jalan Kuala Kedah, Ahad.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Datin Azuyah Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Mahdzir menerusi laman Facebook beliau memaklumkan, sekolah di Labuan kekal dibuka tetapi pada sesi petang bagi sekolah di Kedah, Terengganu dan Johor ditutup pada Ahad.

"Pelajar dan guru tidak perlu hadir ke sekolah," katanya sambil menambah tiada penggantian untuk arahan penutupan sekolah itu.

Bagaimanapun, katanya, peperiksaan PT3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) tahun ini akan berlangsung mengikut jadual.

Sumber : mstar


Khamis, Oktober 01, 2015

Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam




  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2015. Kursus ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam.

Jadual Bulan Oktober 2015Lihat ]
 
  • Atur Cara Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam (Terkini/Baru) [ Muat Turun ]
  •  
  • Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
  •  
i) Tiada sebarang bayaran dikenakan;ii) Berpakaian kemas; daniii) Nota-nota kursus disediakan seperti berikut :Modul 1 - Proses Permohonan Pekerjaan dan Peperiksaan Dalam TalianModul 2 - Tips dan Panduan Menghadiri Pusat Penilaian Kompetensi/Pemeriksaan Fizikal dan Temuduga
Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:

Encik Zainal Bin Ein : 03-8885 6055
Encik Hasrolnizam bin Jahya : 03-8885 6062
Cik Siti Amirah binti Amran : 03-8885 6459
 
  •