Selasa, Mei 26, 2015

Kubur dan kem ditemui di sempadan Malaysia



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan 139 kubur dan 28 kem berkaitan isu pemerdagangan manusia yang ditinggalkan, ditemukan dalam kawasan Malaysia di Wang Kelian di sempadan Malaysia - Thailand.

Beliau berkata, penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan dan mayat yang reput yang hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu.


Bercakap kepada pemberita Malaysia dan asing di Wan Kelian, beliau berkata penemuan itu hasil 'Op Wawasan Khas JKDNKA 2015' oleh 300 anggota polis komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari 11 Mei hingga Sabtu lepas. "Pendedahan ini membuktikan kerajaan Malaysia bersikap telus dan tidak menyembunyikan sebarang maklumat membabitkan isu pemerdagangan manusia," kata Khalid.

Menurutnya reka bentuk kem berkenaan yang dipagar dan sentri menggambarkan ia dikawal dan orang-orang yang hendak diseludup tidak bebas bergerak. Secara fakta kem-kem ini ditemui, ada yang dipercayai diduduki sejak 2013 dan terbaru dua kem ditinggalkan antara dua hingga tiga minggu lepas.    

"Polis masih belum dapat memastikan sama ada semua kubur ini mengandungi mayat manusia atau tidak sehingga semuanya digali," katanya.
   
Khalid berkata operasi itu dilancarkan susulan penemuan beberapa kubur besar mengandungi mayat manusia dipercayai pendatang asing membabitkan sindiket pemerdagangan manusia ditemukan pihak berkuasa Thailand di sekitar Padang Besar dan Songkhla, baru-baru ini.
   
Menurutnya kumpulan mayat pertama dijangka dapat dikeluarkan petang ini oleh pasukan forensik terdiri 31 orang yang memasuki kawasan kem tersebut pagi ini. Katanya kawasan pencarian dalam operasi itu di bahagikan kepada sektor A, B dan C sepanjang 59.5 kilometer dari Kampung Wai dekat sini hingga tembok terakhir atau Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar.

Keadaan di sektor A (Tangga 100 ke Wang Kelian) sepanjang 11 kilometer di sebelah Malaysia adalah berbukit dan tebing sangat curam. Dalam sektor inilah semua 28 kem haram ini ditemui tetapi tiada lorong atau kesan dilalui orang.
   
Sektor B (Wang Kelian-Kurong Batang) sepanjang 24 kilometer terlalu sukar untuk dimasuki. Sektor C (Kurong Batang-Kampung Wai) pula sepanjang 14.5 kilometer adalah kampung dan sawah. Sebab itu aktiviti hanya berlaku di sektor A," katanya.
       
Katanya kedudukan kem haram tersebut kira-kira 100 meter dalam kawasan Malaysia dari sempadan Malaysia/Thailand manakala yang ditemukan pihak berkuasa Thailand dalam kawasan negara itu antara 300 hingga 500 meter dari sempadan.
   
Menurutnya, setiap kem itu dibina untuk menempatkan sehingga 200 orang, 10 hingga 20 orang dan ada yang menempatkan dua orang sahaja. Maklumat-maklumat yang diperolehi menunjukkan sindiket membawa masuk tahanan mereka ke Malaysia melalui jalan yang sah atau lorong-lorong tikus di Padang Besar atau Wang Kelian selepas mendapat bayaran daripada orang-orang tertentu.
   
Ketua Polis Negara berkata mayat yang dikeluarkan nanti akan dibedah siasat untuk menentukan punca kematian dan akan 'disempurnakan' dan diberi penghormatan sebaik-baiknya.
   
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata 90 peratus dari 37 orang yang ditangkap tahun ini kerana terbabit dengan pemerdagangan manusia adalah penduduk Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan. Katanya jumlah tangkapan pendatang asing tanpa izin di sempadan Perlis tahun lepas sebanyak 1,914 orang manakala dari Januari hingga April lepas berjumlah 1,305 orang.
   
Tangkapan di sempadan Kedah pula berjumlah 2,094 tahun lepas, Kelantan (3,462 orang) dan Perak (966 orang) manakala dari Januari hingga April tahun ini sebanyak 853 orang (Kedah), 498 orang (Perak) dan 88 orang (Kelantan).


60,000 akauntan diperlukan menjelang 2020


Malaysia perlu menggandakan jumlah akauntannya kepada 60,000 dalam usaha untuk membantu transformasi kepada negara maju menjelang 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
   
Menurutnya, perakaunan adalah satu daripada bidang utama yang negara ini masih kekurangan dan sektor awam serta swasta perlu memastikan permintaan yang dipacu pertumbuhan stabil dan kukuh Malaysia dapat dipenuhi.
   
"Kini terdapat kira-kira 30,000 profesional perakaunan di Malaysia, 28 peratus daripadanya adalah akauntan bertauliah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman (MoU) di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.
   
MoU terbabit adalah di antara Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), UiTM dan dua badan perakaunan profesional, iaitu Akauntan Awam Bertauliah (CPA) Australia dan Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA).
   
MoU pertama di antara TalentCorp, UiTM dan CPA Australia akan membolehkan 300 penuntut perakaunan di UiTM memulakan perjalanan kelayakan profesional mereka dengan menduduki satu peperiksaan profesional di bawah program CPA ketika mengikuti program ijazah mereka

Ketika menggesa lebih ramai graduan perakaunan mendapatkan kelayakan perakaunan profesional, Abdul Wahid berkata: "Usaha kerajaan melahirkan graduan yang sesuai dengan industri adalah untuk memastikan bakat muda Malaysia mampu menembusi pelbagai peluang pekerjaan pendapatan tinggi berikutan daripada transformasi ekonomi negara."
   
Sebelum itu, Abdul Wahid melancarkan Zon Pembabitan Industri (Ind-E-Zone) di kampus UiTM Puncak Alam, yang bertujuan menangani ketidakpadanan kemahiran di antara graduan baharu dan permintaan industri di samping memperkasa pelajar agar lebih bersedia untuk alam pekerjaan.
   
Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican berkata, program meningkatkan perakaunan profesional itu serta pusat Ind-E-Zone adalah sebahagian usaha TalentCorp untuk meningkatkan kebolehpekerjaan graduan melalui kerjasama ahli akademik industri.
  
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, Ind-E-Zone akan membantu merapatkan jurang di antara ahli akademik dan industri berkenaan serta meningkatkan kebolehpekerjaan pelajar.
   
"Ditambah dengan MoU dengan TalentCorp dan CPA Australia, ia akan meningkatkan jumlah akauntan bertauliah berdaftar di kalangan Bumiputera yang kini hanya lapan peratus," katanya.
    
Dalam ucapan alu-aluannya, Sahol berkata, UiTM selain daripada CPA dan CIMA, telah bekerjasama dengan badan perakaunan profesional seperti Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).

 

Isnin, Mei 25, 2015

Pengambilan Jawatan Kerajaan Dibekukan?



Betul ke dah tak boleh masuk kerja kerajaan
untuk tahun 2015 ini?

Pihak JPA ada umumkan yang kerajaan
akan laksanakan 'rasionalisasi'
untuk tingkatkan prestasi
pegawai sedia ada.

Tapi ini bukanlah menutup
peluang graduan kerana masih ada
peluang lain untuk graduan
masuk kerja kerajaan

Kami akan bantu anda
merungkai isu ini

Klik di sini: http://jvsecurepay.com/access/272ly/28?camp_id=3986



Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015

Peserta Raysha Rizrose, 18, diumumkan pemenang Dewi Remaja edisi 2014/2015 pada malam Ahad, 24 Mei 2015. Pemenang diumumkan oleh pengacaranya aktor Kamal Adli dan She Nabilla.

Mahkota kemenangan  disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa. Raysha Rizrose turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Selain itu, dia turut memenangi kategori Dewi Berseri (Fair And Lovely). Dia juga adik kepada pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Sementara itu, peserta Syamim Farid, 23, pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dengan memenangi kategori Dewi Menawan (Sunsilk). Manakala peserta Balqish Maarif, 25, diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Peserta Mawar Rashid, 19, memenangi kategori Dewi Kegemaran dan Fify Azmi, 25, pula menang sebagai Dewi Persahabatan. Selain Raysha Rizrose, Syamim Farid, Balqish Maarif, Mawar Rashid dan Fify, peserta Deeba Halil, 24, turut bersaing pada peringkat akhir program tersebut.

Untuk cabaran pusingan akhir, kesemua finalis diuji dengan sesi soal jawab bersama panel juri yang terdiri daripada Erra Fazira dan Edry Abdul Halim selaku juri tetap. Turut bersama dua juri berkenaan ialah Scha Alyahya, Farah Hussamuddin (Pengarah Kreatif Kumpulan Karangkraf), Ridduan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ridduan TTFGA (Jurugambar Bebas) selaku juri jemputan.

Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 disiarkan secara tertunda pada pukul 10 malam Ahad secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135). Ia mula disiarkan pada setiap Sabtu bermula 4 April lalu secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) bermula 4 April 2015.


Kereta terbakar di LPT 2 dekat Ajil


Umar Rayyan Suhaimi, enam tahun, pada mulanya enggan berpisah dengan ibu untuk ke Muadzam Shah, tetapi akur bila dipujuk, dan keengganan itu bagaikan alamat yang dia akan pergi selamanya apabila menjadi mangsa kemalangan yang rentung di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Bukit Besi pada Ahad, 24 Mei 2015. Kata-kata terakhir kepada ibunya ialah "Goodbye, I love You Ibu" sebelum melangkah pergi mengikut bapa saudaranya menghadiri konvokesyen sepupu rapatnya Nur Syalia Rosli, 23.

Menurut ibunya Zainab Wangai, 34, anak tunggalnya itu memeluk dan mencium seluruh mukanya seperti tidak mahu berpisah dan pada awal paginya telah memberitahu beliau, yang dia mahu tinggal di rumah, menemani ibu kerana tidak mahu tinggalkan ibu seorang diri.

Zainab berkata Umra Rayyan sangat rapat dengan Nur Syalia yang menuntut di Politeknik Muadzam Shah, Pahang dan berkali-kali sepupunya itu berpesan supaya  Umar turut serta menghadiri majlis konvokesyennya.

"Saya agak pelik pagi itu arwah seperi berat hati untuk ke sana dan sebelum itu Umar turut meminta saya belikan hadiah sempena konvokesyen sepupunya itu namun saya tidak sempat dan hanya memberikan wang kepadanya,," katanya.

Zainab yang bekerja di sebuah pusat servis Perodua di Kelantan berkata beliau telah memohon cuti bagi menyertai majlis anak saudaranya itu namun permohonan cutinya ditolak.

Menurutnya pada kira-kira pukul 2 petang kejadian itu, kakaknya Sharifah Wangai, 49, ada menghubunginya memaklumkan kereta yang mereka naiki mengalami kerosakan di LPT2. Namun kira-kira pukul 4.50 petang kakaknya sekali lagi menelefon dan memaklumkan semua meninggal dunia akibat kereta terbakar.

Empat orang termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki enam sekeluarga itu terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo yang menuju ke Johor.  


Sabtu, Mei 23, 2015

Jawatan Kosong Yayasan Selangor – 25 Mei 2015

Jawatan Kosong Yayasan Selangor – 25 Mei 2015

Yayasan Selangor telah melanjutkan pelawaan kepada pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :
– Eksekutif (lelaki) N41
– Penyelia N27
– Penyelia (lelaki) N27
– Pemandu (lelaki) R3

Iklan Jawatan:
http://www.yayasanselangor.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=268:4-jawatan-kosong-kini-dibuka&catid=35:notisterkini&Itemid=79

Borang Permohonan::
http://www.yayasanselangor.org.my/images/borang/jawatan2.pdf

Cara Memohon

Pemohon juga hendaklah menghantar ‘resume’ beserta borang permohonan perjawatan di Bahagian Sumber Manusia & Latihan. Pemohon yang masih berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Bahagian dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN)

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 4 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Rabu, Mei 20, 2015

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM) – 27 Mei 2015


Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia seperti berikut :

– Pegawai Kewangan Gred W54
– Penerbit Rancangan Gred B41/b43/b47
– Pereka Gred B41
– Pegawai Kebudayaan Gred B41/b43/b47
– Pegawai Keselamatan Gred Kp41
– Pegawai Farmasi Gred U41
– Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
– Penolong Jurutera Gred Ja29
– Jururawat Gred U29
– Juruteknologi Makmal Perubatan Gred Gred U29
– Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
– Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
– Operator Loji Gred H11

Iklan Jawatan dan Permohonan Online:
http://www.perjawatan.uum.edu.my/

Selasa, Mei 19, 2015

Piala FA - Keputusan Pengadil 100% Tepat


Keputusan pengadil membatalkan jaringan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Sabtu lepas adalah seratus peratus tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Goh Ah Chai menjelaskan bahawa berdasarkan Laporan Penilaian Pengadil dan analisa video, jelas menunjukkan pemain Terengganu itu berada pada kedudukan ofsaid dan hanya seorang pemain pertahanan Lions XII, Nazrul Nazari berada di belakangnya.

"Undang-undang bola sepak tidak menyebut bahawa penjaga gol mestilah menjadi pemain pertahanan terakhir dan ini bermaksud, mana-mana pemain pasukan lawan boleh menjadi pemain terakhir dan pemain kedua terakhir.

"Selain itu, pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaacob juga telah membatalkan gol tersebut selepas mendapat bantuan daripada penolong pengadil, Azman Ismail," katanya kepada pemberita di Wisma FAM pada Isnin.

Sementara itu, Instruktur Pengadil FIFA C. Ravichandran berkata situasi yang sama pernah berlaku pada pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan Mexico ketika menentang pasukan tuan rumah.

Keputusan pengadil membatalkan jaringan keempat skuad 'Penyu' menyebabkan pasukan itu tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA apabila Lions XII mara ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan, selepas keputusan agregat terikat 4-4.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim mencatat kemenangan 3-2, selepas tewas 1-2 kepada pasukan dari seberang tambak pada aksi separuh akhir pertama.

Keputusan itu menyebabkan hampir 15,000 penyokong bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans serta merosakkan beberapa kemudahan di dalam dan luar perkarangan stadium, mengakibatkan anggaran kerugian kira-kira RM150,000.

Goh berkata keputusan pengadil pada perlawanan itu harus diberi pujian kerana situasi tersebut jarang berlaku dalam perlawanan bola sepak dan hanya terjadi dalam satu dari 1,000 perlawanan.

 

Isnin, Mei 18, 2015

Jawatan Kosong Yayasan Islam Terengganu (YIT) - 25 Mei 2015


Jawatan Kosong Yayasan Islam Terengganu (YIT) - 25 Mei 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Islam Terengganu (YIT) seperti berikut:-

1. Akauntan - W41
2. Pegawai Tadbir - N41
3. Pegawai Hal Ehwal Islam - S41
4. Pembantu Khas / Pembantu Setiausaha Pejabat - N17
5. Pegawal Keselamatan - KP11

Iklan Jawatan:
http://yit.gov.my/images/document/JawatanKosongTerbuka2015.pdf

Borang Permohonan:
http://yit.gov.my/images/document/BorangJawatanKosong.pdf

Tarikh Tutup : 25 Mei 2015


Jumaat, Mei 15, 2015

Polis jadi bidan sambut bayi


Seorang anggota polis wanita menjadi 'bidan terjun' untuk menyambut kelahiran seorang bayi perempuan di perkarangan Balai Polis Kampung Tawas di Ipoh, Perak.

Konstabel Hasliza Abdul Jalil, 25, membantu kelahiran bayi berkenaan di dalam kereta kira-kira 1.15 tengah hari.
  
Difahamkan sebelum itu bapa bayi berkenaan yang berusia 38 tahun membawa isterinya yang hendak bersalin dari rumah mereka di Klebang Putra menuju Hospital Raja Permaisuri Bainun.
  
Namun mereka dikatakan tidak sempat untuk sampai ke hospital dan terpaksa singgah di balai polis tersebut untuk meminta bantuan bagi membantu menyambut kelahiran bayi mereka.
  
Ibu dan bayi perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut dan kedua-dua mereka dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan tahniah kepada anggota polis berkenaan yang bersedia membantu orang awam pada bila-bila masa. Berita dan gambar insiden itu turut dimuat naik dalam akaun Facebook Polis Perak.
 

Recent Posts