Isnin, Ogos 04, 2014

Operator Khidmat Pelanggan TNB bercakap dengan cermin setiap hari

Bercakap depan cermin. Mungkin suatu perbuatan pelik malah seseorang individu yang melakukannya akan dianggap kurang siuman namun bagi sesetengah individu, perbuatan itu menjadi aktiviti lumrah mereka.

Hakikatnya tidak ramai yang tahu bahawa perbuatan tersebut dipraktikkan kesemua operator di Tenaga Nasional Berhad (TNB) CareLine semasa berkomunikasi dengan pelanggan di talian yang rata-rata mempunyai seribu satu kerenah.

Setiap operator di TNB CareLine diberikan satu cermin bulat yang diletakkan di atas meja masing-masing untuk melihat diri sendiri semasa berinteraksi dengan pelanggan.

Baru-baru ini, Bernama berpeluang melawat pusat pengurusan panggilan 15454 di Ibu Pejabat TNB di sini untuk melihat dan berkongsi pengalaman beberapa operator di pusat berkenaan.

Berpengalaman selama 12 tahun di dalam kerjaya tersebut, wanita berasal dari utara tanah air, Nur Azian Aziz berkongsi saat manis sepanjang mengendalikan pelbagai aduan serta permasalahan pelanggan TNB.

Wanita berusia 35 tahun itu berkata, beliau dan rakan sejawatan sering berhadapan dengan pelanggan yang panas baran sekiranya operator lambat menjawab panggilan atau kerosakan yang dilaporkan masih belum diselesaikan.

Berkongsi rahsia bercakap depan cermin, Nur Azian berkata apabila sedang berkomunikasi dengan pelanggan di talian telefon, beliau dapat melihat mimik muka malah dapat membantu mengawal emosi.

Katanya, adanya cermin tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan apabila berdepan dengan pelanggan yang panas baran.

"Kalau saya marah mereka, saya rasa seolah-olah saya marah diri saya sendiri kerana di dalam cermin tersebut nampak muka saya.

"Jika ada pelanggan yang secara tiba-tiba melenting, saya akan pandang cermin lihat diri saya. Itu bagai satu terapi bagi saya," katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini seorang pelanggan TNB telah menghantar e-mel kepada pengurusnya menyatakan ucapan terima kasih kepada beliau yang pantas memberi respons kepada aduan.

"Ingatan daripada pelanggan membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya ini," katanya yang berhari raya bersama rakan sejawatan lain di pusat pengurusan panggilan 15454 itu.

Bagi Zakinah Mohamed, 30, pengalaman selama lapan tahun sebagai operator memberikan pelbagai pengalaman dalam berkomunikasi dengan pelanggan malah bertekad tidak akan meninggalkan kerjaya tersebut.

Katanya, cermin yang berada di hadapan beliau dapat membantu meningkatkan keyakinan diri semasa berurusan dengan pelanggan walaupun menerusi panggilan telefon.

"Apa sahaja yang pelanggan cakap, kami di sini diajar agar menenangkan diri sendiri dan pelanggan. Pertama sekali kami akan meminta maaf dengan pelanggan jika kerosakan gagal dibaiki dalam masa dijanjikan," kata wanita berasal dari Perak itu.

Bapa kepada tiga anak, Nor Kamal Ariffin Jidin pula mengakui kaum lelaki sememangnya jarang melihat cermin, namun kerjaya itu membuatkan beliau sentiasa berdepan dengan cermin.

"Saya lebih suka senyum pada diri sendiri semasa bercakap dengan pelanggan seolah-olah pelanggan ada di hadapan saya," katanya yang kini memasuki tahun ke-11 sebagai operator TNB CareLine.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan bahagian Perkhidmatan Pengguna, Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata setiap operator akan diberikan latihan dan kursus secara berkala bagi meningkatkan kemahiran mengendalikan pelanggan.

"Cermin itu merupakan satu daripada cara yang dipraktikkan di sini. Operator akan melihat mimik muka sendiri di dalam cermin, dan mereka diajar bagaimana mengawal intonasi suara dan perlunya bersikap positif," katanya.

Kamaliah berkata pusat itu beroperasi 24 jam setiap hari berfungsi sebagai saluran utama pelanggan TNB mendapatkan khidmat nasihat mengenai produk dan perkhidmatan, melaporkan gangguan bekalan elektrik, kerosakan lampu jalan serta rujukan status akaun pelanggan.

Katanya, secara purata, pusat tersebut menerima 270,000 panggilan sebulan atau 3.24 juta panggilan setahun.

Selain berhubung melalui talian 15454, pelanggan TNB boleh melaporkan sebarang aduan atau mendapatkan khidmat melalui talian 1-300-88-5454, e-mel ke tnbcareline

Sumber : mSTAR


Jumaat, Ogos 01, 2014

Soalan Exam Penolong Penguasa Kastam, W27




Bagaimana ingin lulus peperiksaan SPA?

Sejak tahun 2009, Team Infokerjaya telah membantu ramai calon-calon yang memohon jawatan SPA dengan menyediakan panduan lengkap dan contoh-contoh soalan latih tubi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPA.

Walaupun panduan yang diberikan bukanlah soalan sebenar atau soalan bocor namun ia telah banyak mambantu calon-calon untuk berjaya ke peringkat seterusnya.

Untuk Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 5 Ogos 2014, calon boleh mendapatkan Panduan Lengkap untuk peperiksaan online jawatan ini di : http://jvsecurepay.com/access/69bh/28?camp_id=1401





Penafian


Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources (Tim Infokerjaya). Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil daripada maklumat dalam Pakej ini. Infokerjaya Resources sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah diluar jangkauan kami. Semua maklumat dalam "
Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27" adalah untuk tujuan informasi. Rujukan ini BUKAN SOALAN BOCOR daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Infokerjaya Resources bukan agensi/badan/berkaitan dengan SPA. Ianya disusun untuk tujuan pendidikan dan memberikan gambaran kepada calon bentuk soalan yang mungkin ditanya



Jumaat, Julai 18, 2014

Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu. Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk. “Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu. Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.” Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.

Sumber: Sinar Harian
 

Ahad, Julai 13, 2014

LPT2 : Laluan Jabor - Cheneh dibuka 21 Julai 2014



Pakej kedua projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh di Kemaman akan dibuka kepada semua lalu lintas pada 21 Julai ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata laluan sepanjang 26 kilometer itu akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sempena Aidilfitri.

"Baki 54 kilometer keseluruhan LPT 2 yang belum siap dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO negeri di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga sedang meneliti kemungkinan untuk membuka laluan Cheneh ke Chukai jika sempat sebelum Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum mendapat kelulusan dan belum diwartakan untuk membuka laluan terus Jabor-Cheneh-Chukai sepanjang 40 kilometer itu.

"Jika laluan ke Chukai itu sempat dibuka sebelum Aidilfitri, bermakna kita hanya perlu menyiapkan baki 40 kilometer sahaja lagi," katanya.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek LPT 2 itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual berikutan masalah kenaikan harga barang pembinaan di pasaran.

- BERNAMA

Isnin, Julai 07, 2014

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - Julai 2014




Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai:

1. Pembantu Setiausaha Pejabat N17 - 110 Kekosongan
(Jabatan Perkhidmatan Awam)

2. Penguasa Kastam W41 - 245 kekosongan
(Jabatan Kastam Diraja Malaysia)

3. Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 - 22 kekosongan
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

4. Latihan Separa Perubatan - 2,221 kekosongan
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN 1:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/iklanAkhbar_PembantuSetiausahaPejabatPortal.png

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN 2 - 4:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/iklanAkhbar_Julai2014_3JawatanPortal.png

Syarat kelayakan Jawatan 1

Syarat kelayakan Jawatan 2

Syarat kelayakan Jawatan 3

Syarat kelayakan Jawatan 4 

CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.spa.gov.my

Tarikh Tutup : 11 Julai 2014 (Jawatan 1) & 18 Julai 2014 (Jawatan 2 - 4)



Isnin, Jun 16, 2014

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - 27 Jun 2014


Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - 27 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai:

1. Juruanalisa Sistem Gred 28
2. Juruanalisa Sistem Gred 27
3. Juruanalisa Sistem Gred 26
4. Juruanalisa Sistem Gred 25
5. Juruanalisa Sistem Gred 24
6. Pengurus Kes Gred 23
7. Penolong Pengurus Kes Gred 19
8. Pegawai Eksekutif Gred 19

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan Online:
http://hr.perkeso.gov.my/daftar/registers

 


Jumaat, Jun 13, 2014

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 16 Jun 2014


Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 16 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di sektor kerajaan di PPUKM sebagai:

1. Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
2. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
3. Pegawai Tadbir N41
4. Pembantu Awam H11
5. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
6. Pembantu Tadbir (P/O) N17
7. Pengawal Keselamatan KP11
8. Penolong Akauntan W27
9. Penolong Jurutera JA29
10. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm

 


Rabu, Jun 11, 2014

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 21 Jun 2014


Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 21 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai:

1. Pembantu Makmal CA17
2. Juruteknik Komputer FT17
3. Pengawal Keselamatan KP11
4. Pembantu Operasi N11
5. Penyelia Asrama NA17
6. Pembantu Hal Ehwal Islam SA17
7. Jururawat Masyarakat U19

Iklan Jawatan:
https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displaySenaraiIklan

Borang Permohonan:
https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displayIklanonlineForm
 


Ahad, Jun 08, 2014

Pahang Juara Piala FA 2014


Pahang Juara Piala FA 2014

SHAH ALAM: Pasukan Pahang bejaya merangkul Piala FA buat kali kedua selepas tahun 2006 dengan menewaskan pasukan Felda United 2-1 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Impian Felda United untuk mencipta sejarah meraih trofi ini buat julung kalinya musnah apabila kemenangan saat akhir skuad Tok Gajah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan.

Felda United yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim mempamerkan aksi kemas cuba melakukan serangan  di kubu lawan dan  Edward Junior Wilson berjaya  membuka jaringan pertama pada minit ke-22.

Bersambung pada babak kedua, pemain-pemain Tok Gajah mula mempamerkan aksi lebih kemas di bahagian tengah bagi mengawal kemaraan serangan Felda United.

Mohd Faizol Hussien pada minit ke-80 berjaya memecah kebuntuan gol Pahang apabila melakukan tendangan kencang menggunakan kaki kirinya sekaligus mengecewakan penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Haron.

Pemain-pemain Pahang seperti sudah selesa dengan rentak permainan terus mencuba untuk mencari cari gol kemenangan dan akhirnya pemain import Dickson Nwakaeme memastikan trofi Piala FA tahun ini menjadi miliknya dengan melakukan jaringan minit ke-88.

Biarpun skuad Felda United cuba mengejar, namun sedikit kelalaian di benteng pertahanan pada minit-minit terakhir itu memberi padah kepada mereka.

Barisan Pemain:

PAHANG: Md Khairul Azhan Khalid, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart, Mohd Razman Roslan (kapten), Mohd Shahrizan Mohd Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan, Azidan Sarudin (Mohd Faisol Hussein), Matias Ruben Conti
(Zeshan Rehman), Azamuddin Mohd Akil (Mohd Fauzi Rozlan), Dickson Nwakaeme

FELDA UNITED FC: Mohd Farizal Harun, Yarozlav Krushelnitskiy, Hasni Zaidi Jamian, Muhammad Shukor Adan (kapten), Mohd Aizulridzwan Razali, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nashriq Baharom), Zah Rahan Krangar, Ahmad Syamim Yahya (Mohd HarisSafwan Mohd Kamal), Mohd Raimi Mohd Noor (Shahrulnizam Mustapa), Indra Putra Mahayuddin, Edward Junior Wilson.

- mSTAR
 

Khasiat tidur telentang


Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Cuma bakat yang ada pada Karsinah Rostam, 48, ibu kepada pelakon dan pengacara popular Hanis Zalikha Zainal Rashid, 24, tidak dapat dikembangkan atas permintaan suami.

Melihat kecantikan wajah dimiliki Karsinah pasti ramai bersetuju dengan kenyataan bahawa Hanis mewarisi kejelitaan ibunya.

Bukan itu saja dua beranak ini turut berkongsi minat sama. Selain menjadi model dan berlakon, kedua-dua mereka turut popular sebagai penulis blog.

Sekiranya Hanis popular sebagai penulis blog berkaitan dunia fesyen sehingga membawanya ke dunia seni, Karsinah pula dikenali menerusi perkongsian resipi tradisi dalam blognya.

Ditemui di kediamannya di Bukit Jelutong, Shah Alam, Karsinah menjelaskan dia mula berjinak-jinak sebagai model sejak usia remaja dan pernah menjayakan beberapa iklan antaranya Pelancongan Malaysia.

- Harian Metro