Jumaat, Julai 18, 2014

Pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu. Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk. “Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu. Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.” Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.

Sumber: Sinar Harian
 

Ahad, Julai 13, 2014

LPT2 : Laluan Jabor - Cheneh dibuka 21 Julai 2014



Pakej kedua projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh di Kemaman akan dibuka kepada semua lalu lintas pada 21 Julai ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata laluan sepanjang 26 kilometer itu akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sempena Aidilfitri.

"Baki 54 kilometer keseluruhan LPT 2 yang belum siap dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO negeri di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga sedang meneliti kemungkinan untuk membuka laluan Cheneh ke Chukai jika sempat sebelum Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum mendapat kelulusan dan belum diwartakan untuk membuka laluan terus Jabor-Cheneh-Chukai sepanjang 40 kilometer itu.

"Jika laluan ke Chukai itu sempat dibuka sebelum Aidilfitri, bermakna kita hanya perlu menyiapkan baki 40 kilometer sahaja lagi," katanya.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek LPT 2 itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual berikutan masalah kenaikan harga barang pembinaan di pasaran.

- BERNAMA

Isnin, Julai 07, 2014

Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) - Julai 2014




Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai:

1. Pembantu Setiausaha Pejabat N17 - 110 Kekosongan
(Jabatan Perkhidmatan Awam)

2. Penguasa Kastam W41 - 245 kekosongan
(Jabatan Kastam Diraja Malaysia)

3. Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 - 22 kekosongan
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

4. Latihan Separa Perubatan - 2,221 kekosongan
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN 1:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/iklanAkhbar_PembantuSetiausahaPejabatPortal.png

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN 2 - 4:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/iklanAkhbar_Julai2014_3JawatanPortal.png

Syarat kelayakan Jawatan 1

Syarat kelayakan Jawatan 2

Syarat kelayakan Jawatan 3

Syarat kelayakan Jawatan 4 

CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.spa.gov.my

Tarikh Tutup : 11 Julai 2014 (Jawatan 1) & 18 Julai 2014 (Jawatan 2 - 4)



Isnin, Jun 16, 2014

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - 27 Jun 2014


Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - 27 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai:

1. Juruanalisa Sistem Gred 28
2. Juruanalisa Sistem Gred 27
3. Juruanalisa Sistem Gred 26
4. Juruanalisa Sistem Gred 25
5. Juruanalisa Sistem Gred 24
6. Pengurus Kes Gred 23
7. Penolong Pengurus Kes Gred 19
8. Pegawai Eksekutif Gred 19

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan Online:
http://hr.perkeso.gov.my/daftar/registers

 


Jumaat, Jun 13, 2014

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 16 Jun 2014


Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 16 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di sektor kerajaan di PPUKM sebagai:

1. Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
2. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
3. Pegawai Tadbir N41
4. Pembantu Awam H11
5. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
6. Pembantu Tadbir (P/O) N17
7. Pengawal Keselamatan KP11
8. Penolong Akauntan W27
9. Penolong Jurutera JA29
10. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm

 


Rabu, Jun 11, 2014

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 21 Jun 2014


Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 21 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai:

1. Pembantu Makmal CA17
2. Juruteknik Komputer FT17
3. Pengawal Keselamatan KP11
4. Pembantu Operasi N11
5. Penyelia Asrama NA17
6. Pembantu Hal Ehwal Islam SA17
7. Jururawat Masyarakat U19

Iklan Jawatan:
https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displaySenaraiIklan

Borang Permohonan:
https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displayIklanonlineForm
 


Ahad, Jun 08, 2014

Pahang Juara Piala FA 2014


Pahang Juara Piala FA 2014

SHAH ALAM: Pasukan Pahang bejaya merangkul Piala FA buat kali kedua selepas tahun 2006 dengan menewaskan pasukan Felda United 2-1 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Impian Felda United untuk mencipta sejarah meraih trofi ini buat julung kalinya musnah apabila kemenangan saat akhir skuad Tok Gajah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan.

Felda United yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim mempamerkan aksi kemas cuba melakukan serangan  di kubu lawan dan  Edward Junior Wilson berjaya  membuka jaringan pertama pada minit ke-22.

Bersambung pada babak kedua, pemain-pemain Tok Gajah mula mempamerkan aksi lebih kemas di bahagian tengah bagi mengawal kemaraan serangan Felda United.

Mohd Faizol Hussien pada minit ke-80 berjaya memecah kebuntuan gol Pahang apabila melakukan tendangan kencang menggunakan kaki kirinya sekaligus mengecewakan penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Haron.

Pemain-pemain Pahang seperti sudah selesa dengan rentak permainan terus mencuba untuk mencari cari gol kemenangan dan akhirnya pemain import Dickson Nwakaeme memastikan trofi Piala FA tahun ini menjadi miliknya dengan melakukan jaringan minit ke-88.

Biarpun skuad Felda United cuba mengejar, namun sedikit kelalaian di benteng pertahanan pada minit-minit terakhir itu memberi padah kepada mereka.

Barisan Pemain:

PAHANG: Md Khairul Azhan Khalid, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart, Mohd Razman Roslan (kapten), Mohd Shahrizan Mohd Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan, Azidan Sarudin (Mohd Faisol Hussein), Matias Ruben Conti
(Zeshan Rehman), Azamuddin Mohd Akil (Mohd Fauzi Rozlan), Dickson Nwakaeme

FELDA UNITED FC: Mohd Farizal Harun, Yarozlav Krushelnitskiy, Hasni Zaidi Jamian, Muhammad Shukor Adan (kapten), Mohd Aizulridzwan Razali, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nashriq Baharom), Zah Rahan Krangar, Ahmad Syamim Yahya (Mohd HarisSafwan Mohd Kamal), Mohd Raimi Mohd Noor (Shahrulnizam Mustapa), Indra Putra Mahayuddin, Edward Junior Wilson.

- mSTAR
 

Khasiat tidur telentang


Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Cuma bakat yang ada pada Karsinah Rostam, 48, ibu kepada pelakon dan pengacara popular Hanis Zalikha Zainal Rashid, 24, tidak dapat dikembangkan atas permintaan suami.

Melihat kecantikan wajah dimiliki Karsinah pasti ramai bersetuju dengan kenyataan bahawa Hanis mewarisi kejelitaan ibunya.

Bukan itu saja dua beranak ini turut berkongsi minat sama. Selain menjadi model dan berlakon, kedua-dua mereka turut popular sebagai penulis blog.

Sekiranya Hanis popular sebagai penulis blog berkaitan dunia fesyen sehingga membawanya ke dunia seni, Karsinah pula dikenali menerusi perkongsian resipi tradisi dalam blognya.

Ditemui di kediamannya di Bukit Jelutong, Shah Alam, Karsinah menjelaskan dia mula berjinak-jinak sebagai model sejak usia remaja dan pernah menjayakan beberapa iklan antaranya Pelancongan Malaysia.

- Harian Metro

 

Sabtu, Jun 07, 2014

Petua Bahagia Izzue Islam & Isteri



Pelakon Izzue Islam memberitahu dia menghangatkan rumah tangga selepas berkahwin dengan Nurinafilah Waharudin (Awin), 32, dengan cara memberi kejutan kepada isterinya itu pada setiap hari.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, berkata, kejutan yang diberikan itu bukanlah berbentuk pemberian barangan tetapi lebih kepada perbuatan agar masing-masing akan berasa dihargai.

"Saya percaya setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk menghangatkan rumah tangga mereka. Saya pula lebih suka memberi kejutan seperti mencium dahi isteri ketika bangun pagi.

"Walaupun kecil perbuatan itu, isteri semestinya akan berasa dihargai. Begitu juga dengan Awin, ada saja kejutan yang dia lakukan untuk saya. Keadaan itu membuatkan kami berasa seronok dan lebih memerlukan antara satu sama lain," katanya.

Tambah anggota kumpulan Forteen ini, walaupun sudah lima tahun berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga, sehingga kini  mereka yang meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada 2 Jun lalu masih lagi berasa seperti sepasang kekasih yang baharu menjalinkan hubungan cinta.

Kata Izzue, dia telah menghadiahkan Awin sebuah jam tangan semepna ulang tahun itu dan tidak sangka pula isterinya itu turut memberikan hadiah serupa kepadanya.

"Memandangkan sekarang ini saya sibuk dengan persiapan pementasan teater Projek Kahwin, jadi saya tidak ada masa nak cari hadiah untuk diberikan kepada isteri.

"Kebetulan pula saya mempunyai sedikit masa waktu rehat, jadi saya terus beli jam tangan untuknya kerana dia pernah meluahkan hasrat mahu beli jam tangan baru.

"Tak sangka pula dia pun menghadiahkan barangan sama kepada saya. Apa-apapun saya bersyukur kerana sudah setahun kami melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri. Doakan kami sehingga akhir hayat Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, lakonan Izzue boleh disaksikan menerusi pementasan teater muzikal Projek Kahwin yang dipentaskan pada 6 hingga 14 Jun ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

- mSTAR

Jawatan Kosong Kastam Di Raja Malaysia - 19 Jun 2014


Jawatan Kosong Kastam Di Raja Malaysia - 19 Jun 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai:

1. Pembantu Penguasa Kastam W17 - 187 kekosongan
2. Pembantu Penguatkuasa N17 - 16 kekosongan

Syarat Kelayakan 1:
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4611

Syarat Kelayakan 2:
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/3369
 
Permohonan Online SPA:




Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - 15 Jun 2014



Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - 15 Jun 2014

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong untuk memohon jawatan berikut :

1. Pegawai JUSA C (Terbuka)
2. Pegawai Gred 54 (Terbuka)
3. Pegawai Gred 52 (Terbuka)
4. Pegawai Gred 48 (Terbuka)
5. Pegawai Gred 44 (Terbuka)

Iklan Jawatan Kosong:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/IklanSPRMJun2014Final.pdf

Permohonan Online SPA:
http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Recent Posts