Rabu, Ogos 07, 2013

Tips untuk pemandu wanita sebelum dan semasa perjalanan



Pemandu wanita diminta memberi perhatian terhadap aspek keselamatan sebelum dan semasa perjalanan pulang ke destinasi masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.

Sehubungan itu, mereka dinasihatkan mematuhi beberapa panduan sebelum melakukan perjalanan jauh pulang ke kampung, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Muhammad Heeza Hassan.

Beliau berkata antara panduan itu ialah memastikan ada teman bersama ketika memandu terutamanya pada waktu malam.

"Mereka juga perlu servis kenderaan iaitu  memberi tumpuan kepada tayar dan brek. Periksa tekanan angin tayar.

"Tayar merupakan komponen paling mustahak. Untuk mendapat bacaan tepat, tekanan angin tayar perlu diperiksa semasa tayar dalam keadaan sejuk iaitu pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan," katanya kepada Bernama hari ini.   

Pemandu wanita juga dinasihatkan supaya mengelak membawa muatan lebih sewaktu membuat perjalanan jauh supaya tidak memberi tekanan terhadap tayar.

Mereka juga diminta mematuhi jadual perjalanan yang ditetapkan Plus untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas serta menyimpan nombor telefon individu penting untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

Ditanya mengenai saranan kepada pemandu wanita berhadapan keadaan cemas seperti kereta rosak atau tayar pancit ketika memandu seorang diri, Muhammad Heeza berkata mereka disaran menghubungi pihak Automobile Association of Malaysia (AAM) untuk meminta bantuan dan nasihat.

Beliau berkata jika  berlaku kecemasan di lebuh raya, mereka boleh menghubungi pihak Plus atau AAM.

Dalam pada itu, Muhammad Heeza menasihati pengguna jalan raya supaya bersabar dan mempertingkatkan disiplin ketika di jalan raya serta mematuhi undang-undang.

"Saya nasihatkan orang ramai pakai tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan dan belakang, patuhi had laju, sekiranya hujan perlahankan kenderaan, elakkan memotong di garisan berkembar, elak menggunakan lorong kecemasan dan patuhi lampu isyarat," katanya.

- BERNAMA


Selasa, Ogos 06, 2013

Danone Dumex Tarik Balik Keluaran Terhad Produk

Danone Dumex Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menarik balik keluaran khusus produk di Malaysia berikutan maklumat terkini yang diperoleh daripada Fonterra, pengeksport produk tenusu terbesar dunia dan syarikat multinasional terkemuka New Zealand yang menyatakan beberapa ramuan yang dibekalkan kemungkinan telah dicemari.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata tiada satupun produk yang diuji dan dijual di Malaysia setakat ini menunjukkan sebarang pencemaran.

"Keselamatan pengguna adalah keutamaan kami," katanya sambil menambah sistem pengurusan keselamatan dan kualiti makanan Danone Dumex termasuklah prosedur pengujian produk siapnya.

Syarikat yang telah meminta maaf atas sebarang kesulitan ataupun tekanan disebabkan isu itu berkata, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat selanjutnya daripada talian pengguna di 1-800-381038.

Sementara itu, pemeriksaan rawak oleh Bernama mendapati hampir kesemua produk termasuk Dumex Dupro Step 2, Mamex Cherish Step 1, Mamex Explore Step 2 dan Bebelac Step 2 sudahpun dikosongkan dari rak-rak pasar raya.

- BERNAMA



10 Individu Dakwa Pewaris Agong Ditahan Berkumpul Di Istana Negara

Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.

Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'.

- BERNAMA



Ahad cuti peristiwa di Kelantan

Kerajaan Kelantan mengumumkan Ahad ini, 11 Ogos 2013 sebagai cuti peristiwa bagi negeri ini sempena Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata 11 Ogos dipersetujui sebagai hari pelepasan am bagi Kelantan untuk membolehkan rakyat negeri ini menyambut lebaran dengan selesa dan selamat bersama keluarga.

“Kerajaan negeri berharap rakyat negeri ini menyambut hari yang mulia ini dalam suasana gembira. Sentiasa berhati-hati di jalan raya, semoga dapat kembali bekerja pada Isnin (selepas cuti) seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Kota Bharu, Kelantan.

Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Aidilfitri, Khamis ini bersamaan 8 Ogos dengan sektor awam di Kelantan terus bercuti empat hari berikutan Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu di negeri ini.

- BERITA HARIAN


Caruman KWSP penuh sehingga 60 tahun



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ahli yang berumur sehingga 60 tahun dan masih bekerja akan terus menerima caruman penuh sebanyak 12 peratus daripada majikan dengan caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Bagaimana pun, mereka yang bergaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan menerima 13 peratus caruman daripada majikan. Peraturan berkenaan berkuat kuasa bulan Ogos ini.

Pekerja berumur antara 60 dan 75 perlu mencarum separuh daripada kadar berkenaan iaitu 5.5 peratus dan majikan pula menyumbang pada kadar enam peratus atau 6.5 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan kurang RM5,000.

Perubahan kadar caruman “Walaupun ada perubahan terhadap umur persaraan dan kadar caruman, Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Umur 50 Tahun kekal.

“Ahli diberi pilihan untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 pada umur 50 tahun dan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun,” kata KWSP dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Bagaimanapun, ahli dinasihatkan tidak mengeluarkan semua simpanan sekali gus pada umur 55 tahun tetapi melanjutkan simpanan untuk tempoh yang lebih lama dengan memilih Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun, di mana ahli boleh memilih mengeluarkan simpanan secara bulanan atau sebahagian.

Maklumat lanjut jadual sumbangan KWSP terbaharu boleh didapati di laman web myEPF www.kwsp.gov.my.



TGV Cinemas lancar aplikasi tempahan tiket

TGV Cinemas Sdn Bhd akan melancarkan aplikasi tempahan tiket yang baharu pada pertengahan Ogos, membolehkan pelanggan membuat tempahan tiket dalam talian menggunakan tablet atau telefon mudah alih.
  
Ketua Pegawai Eksekutifnya Gerald Dibbayawan berkata TGV Cinemas menerima cadangan daripada pelanggan supaya meningkatkan aplikasi penempahan tiketnya seiring dengan perkembangan teknologi.
  
"Pada pertengahan Ogos, kami akan melancarkan aplikasi tempahan tiket kami,jadi anda mempunyai pilihan.
  
"Saya berpendapat, pada masa hadapan, lebih ramai orang akan menggunakan (aplikasi) dalam talian dan mudah alih untuk mengakses pilihan tempahan tiket," katanya kepada Bernama.
  
Dibbayawan berkata syarikat-syarikat pawagam melihat trend di negara lain dan jelas sekali mereka berhubung dengan penonton mereka dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
  
Bercakap mengenai teknologi, Dibbayawan berkata TGV Cinemas tidak menganggap pawagam lain sebagai pesaing sebenar tetapi iPad, sistem teater rumah dan alat teknologi lain sebenarnya bersaing dengan industri pawagam.
 
"Kami bersaing dengan masa orang ramai termasuk platform yang mereka menonton filem," katanya dan menambah bahawa kebanyakan orang kini memiliki peranti canggih yang menawarkan kemudahan menonton filem dengan hanya satu klik.
  
Dibbayawan berkata TGV Cinemas juga akan melancarkan laman web baharu yang mempunyai reka bentuk responsif, dinaik taraf daripada sistem semasa di laman web yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dalam talian dengan lebih pantas.
  
Mengenai masa depan, TGV Cinemas juga akan memberi tumpuan kepada pengalaman dan perkhidmatan pelanggan dengan memberi lebih perhatian kepada apa yang disampaikan syarikat, bermula dari kaunter jualan tiket sehingga ke dewan pawagam.
  
"Kami sentiasa berusaha meningkatkan tawaran produk kami dari segi konsep bagi tempat duduk, pawagam, makanan dan minuman untuk faedah pelanggan," kata Dibbayawan.
  
Mengulas mengenai sistem bunyi yang digunakan di rangkaian pawagam syarikat, beliau berkata syarikat merancang untuk meningkatkan sistem bunyi daripada Dolby 5.1 kepada Dolby 7.1, yang menawarkan lapan saluran bunyi berbanding enam sebelum ini. 

- BERNAMA



Isnin, Ogos 05, 2013

Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Guna SMS

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.

Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.

Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.

Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."

Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.

Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.



Jumaat, Ogos 02, 2013

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - Tarikh Tutup : 16 Ogos 2013

JAWATAN:
1. AKAUNTAN
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
3. PENOLONG JURUTERA
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
5. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
8. JURUAUDIO VISUAL
9. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
10. PEMBANTU PERTANIAN
11. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
12. JURUTEKNIK
13. JURUTEKNIK KOMPUTER
14. AHLI FOTOGRAFI
15. PEMBANTU AM PEJABAT
16. PEMANDU KENDERAAN
17. PEKERJA AWAM

IKLAN JAWATAN:
http://www.risda.gov.my/documents/10124/1075837/17+SKIM+PERKHIDMATAN+iklan+.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://www.risda.gov.my/ejawatan

Tarikh Tutup : 16 Ogos 2013



Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Tarikh Tutup : 14 Ogos 2013

JAWATAN:
1. PEGAWAI SAINS
2. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN
3. PENOLONG PEGAWAI SAINS
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
5. PEMBANTU TADBIR (P/O)
6. PEMBANTU PERTANIAN
7. PEMBANTU PENYELIDIK
8. PENGAWAL KESELAMATAN
9. PENYELAMAT

IKLAN JAWATAN DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://job.umt.edu.my/job_online/

Tarikh Tutup : 14 Ogos 2013


Khamis, Ogos 01, 2013

Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - Tarikh Tutup : 12 Ogos 2013

JAWATAN:
1. Juruteknik Komputer Gred FT17
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
3. Pembantu Penerbitan Gred N17
4. Pembantu Am Pejabat Gred N1

IKLAN JAWATAN:
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=755&PHPSESSID=95ebb32d2a176acaf5c4a35f86b77d1f

Tarikh Tutup : 12 Ogos 2013


Recent Posts