Rabu, Ogos 01, 2012

Calon Gagal Kemuka Jumlah Perbelanjaan Tidak Layak Bertanding - SPR

Parti-parti politik diingatkan bahawa calon pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas akan lucut kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya Parlimen akan datang di negeri ini jika mereka gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan pilihan raya mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada Rabu berkata adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik untuk memeriksa perkara itu dengan SPR untuk mengelak mencalonkan atau memilih sesoerang yang tidak layak sepertimana ketetapan dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.

"Sekarang ini, kita (SPR) mahu maklumkan kepada orang ramai terlebih dahulu bahawa jika seseorang itu gagal mengemukakan jumlah perbelanjaan itu, dengan itu mereka tahu akan akibatnya," katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat kepada pemimpin parti-parti politik dan wakil media mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13, yang boleh diadakan bila-bila masa antara sekarang sehingga Jun tahun depan.

Turut hadir Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan beberapa anggota SPR.

Mengenai pelantikan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau bagi memastikan kelancaran pilihan raya umum akan datang, katanya sembilan NGO di Sarawak empat daripadanya di Miri, tiga di Kuching dan dua di Sibu telah dikenal pasti kerana mereka memenuhi syarat SPR iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti dalam menjalankan kerja mereka.

Beliau berkata SPR memberi keutamaan kepada NGO setempat kerana mereka lebih arif dengan sensitiviti dan adat resam setempat tetapi pemerhati asing juga akan dijemput, terutamanya daripada negara anggota Asean.

Bagaimanapun, SPR telah memutuskan untuk tidak memberi akreditasi kepada Mafrel (Malaysians for Free and Fair Elections) berikutan banyak aduan diterima daripada parti-parti politik yang mendakwa badan itu tidak bersikap berkecuali, katanya.

Katanya Mafrel juga gagal mematuhi sepenuhnya syarat SPR termasuk tidak menyerahkan laporannya selepas dilantik pada pilihan raya umum 2008.

Walaupun Sarawak mempunyai 1,051,190 pengundi berdaftar, menjadikannya yang keempat terbanyak daripada segi jumlah pengundi selepas Selangor, Johor dan Perak, dianggarkan kira-kira 300,000 pengundi yang layak masih belum berdaftar untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi, katanya.

- BERNAMA

JPJ Kedah Buka Tender Nombor Pendaftaran 'KDH'

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah membuka tender nombor pendaftaran siri KDH bermula Rabu.

JPJ Kedah dalam kenyataan di sini berkata, tender nombor pendaftaran KDH itu dibuka sehingga 15 Ogos.

Borang tender boleh didapati di semua pejabat JPJ dan melalui laman web www.jpj.gov.my.

Keputusan tender akan diketahui 3 September depan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat JPJKedah di talian 04-7404888 atau datang ke pejabat JPJ Kedah di Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

- BERNAMA

Pesalah Trafik Dicadang Bayar Saman Serta-Merta

Semua pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan, di mana ia merupakan satu cadangan kepada Kerajaan.

Suruhanjaya khas untuk mengkaji perkhidmatan awam berkata, saman yang tidak dibayar berjumlah jutaan ringgit.

“Menurut beberapa pihak berkuasa pengangkutan jalan, terdapat beratus-ratus ribu saman yang belum dibayar,” kata pengerusi suruhanjaya itu yang merupakan bekas ketua hakim, Tun Zakim Azmi.

“Ramai pemandu yang melakukan kesalahan gagal untuk membayar saman mereka telah terselamat daripada waran tangkap. Kami mahu memperkukuhkan penguatkuasaan (undang-undang),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Beliau menjadi contoh memandu laju dan melanggar lampu merah sebagai antara kesalahan trafik yang biasa dilakukan, dan juga mencadangkan supaya mengenakan tindakan terhadap “meletakkan kenderaan secara tidak bertimbang rasa”.

Pemandu yang meletakkan kereta sesuka hati sepatutnya kenderaannya dikapit atau ditunda, katanya, sambil menambah bahawa idea itu dicetuskan oleh Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dan mendapat sokongan sebulat suara dalam mesyurata itu.

Antara wakil organisasi ialah Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kerja Raya, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Omar menggesa supaya 1.4 juta penjawat awam dan lebih daripada 500,000 pesara untuk menetapkan satu contoh sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.

Zaki berkata, suruhanjaya itu berharap bahawa cadangan itu akan dilaksanakan secepat mungkin berikutan Hari Raya semakin hampir.

- MSTAR

Elak bincang kes aibkan individu

Peguam Syarie Menulis: Elak bincang kes aibkan individu

Oleh Musa Awang
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
sekretariatpgsm@yahoo.com

Ramadan adalah madrasah kerohanian kerana pada bulan ini umat Islam bukan saja dilatih mengawal diri daripada makan dan minum, juga mengawal keinginan nafsu syahwat, menahan daripada melakukan perbuatan mungkar, memperbanyakkan membaca Al-Quran serta berzikir kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” (Riwayat al-Hakim)

Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

Prosiding kes di Mahkamah Syariah masih diteruskan walaupun pada Ramadan bagi mengelak berlaku penangguhan atau kelewatan menyelesaikan masalah masyarakat Islam. Namun pihak-pihak atau peguam syarie yang menguruskan kes perlu mengelak membicarakan aib pihak lawan.

Kes seperti pengesahan lafaz cerai, faraid, pembahagian harta sepencarian, permohonan wali hakim dan seumpamanya mungkin boleh diteruskan kerana tidak ada aib yang perlu didedahkan.

Tetapi perbicaraan bagi kes fasakh, perceraian, hadanah, nusyuz dan seumpamanya wajar ditangguhkan sehingga tamat Ramadan kerana dalam kes ini aib pihak lawan yang tidak sedap didengar perlu didedahkan untuk mendapatkan keadilan.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan, jika mahu aib kita dilindungi Allah daripada dibuka dan dipaparkan di padang Mahsyar, maka jangan sekali-kali membuka aib orang semasa di dunia.
Sabda Baginda SAW: “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Semasa Ramadan, dugaan semakin kuat. Manusia akan menjadi cepat marah, sama ada orang yang berurusan di mahkamah, peguam syarie hatta hakim syarie.

Untuk mengekang perasaan marah semasa berselisih atau berbantah, Rasulullah SAW menyuruh umatnya mengawal lidah dengan cara diam seperti sabda Baginda: “Apabila seseorang kamu sedang marah, maka hendaklah dia diam.” (Riwayat Ahmad)

Berbicara dalam keadaan marah akan mudah dikuasai oleh emosi dan nafsu yang membawa kepada penyesalan berpanjangan. Menurut syarak, seseorang hakim dilarang mendengar sesuatu kes apabila dia tidak tenang, berkeadaan marah, lapar, haus, mengantuk, letih dan tidak sihat.

Maka perbicaraan yang panjang, membuka aib mana-mana pihak atau boleh menimbulkan kemarahan di bulan mulia ini sewajarnya dielakkan.

Pada Ramadan ini, peguam syarie disarankan lebih berperanan mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa dengan cara sulh atau persetujuan bersama.

Allah SWT berfirman: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah a-Hujurat, ayat 10)

Kesempatan Ramadan seharusnya dimanfaatkan pihak-pihak dengan menundukkan ego masing-masing dan memaafkan satu sama lain. Perselisihan atau perseteruan mungkin timbul lantaran ada pihak melakukan perbuatan aniaya dan pihak lain merasa teraniaya.

Jika pihak yang bersalah tidak mahu meminta maaf dan pihak merasa teraniaya juga enggan memaafkannya, maka perselisihan itu akan berpanjangan. Tetapi dengan adanya kemaafan, dapat menyelesaikan perselisihan dan perseteruan.

Firman Allah SWT: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (Surah al-A’raf, ayat 199)

Kemaafan juga dapat menghilangkan rasa benci, dengki, dendam, menyambung silaturahim yang putus, memperkukuhkan ukhuwah Islamiah, melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sombong dan angkuh, menjadikan hati tenang serta dapat menghapus dosa untuk memudahkan jalan ke syurga.

Sabda Rasulullah SAW: “Terbuka pintu syurga pada tiap hari Isnin dan Khamis, maka Allah berkenan pada hari itu untuk mengampunkan setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali kepada orang yang masih bersengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah kepada malaikat, tangguhkan kedua orang itu sehingga mereka berdamai.” (Riwayat at-Tirmidzi)

- BERITA HARIAN

Awasi pihak salah guna surat akuan Bank Negara

Bank Negara Malaysia memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dengan syarikat atau individu yang menyalahgunakan surat perakuannya untuk mendapatkan pelaburan dalam skim kewangan membabitkan emas dan logam berharga lain.

Amaran itu dikeluarkan selepas bank pusat itu menerima banyak pertanyaan berhubung syarikat yang mendakwa sebagai institusi berjadual dengan Bank Negara yang membolehkan mereka menerima pelaburan orang ramai.
“Bank Negara ingin menegaskan bahawa di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, sesebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, kewangan pembangunan atau kredit, hanya menerima perakuan bertulis daripada kami.

“Surat perakuan itu yang dikeluarkan oleh kami bukan lesen perniagaan atau kelulusan Bank Negara terhadap perniagaan berjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan terbabit, atau apa juga perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan,” katanya.

Bank Negara menegaskan, senarai institusi berjadual yang mendapat perakuan daripada Bank Negara disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.

Maklumat lanjut

“Jika sesebuah institusi berjadual sudah tidak lagi menjalankan perniagaan berjadualnya, Bank Negara akan menarik balik Surat Perakuan berkenaan,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada Peringatan Semua Pengguna Kewangan yang terdapat di laman web Bank Negara di www.bnm.gov.my.

Senarai peringatan itu dikumpulkan berdasarkan pertanyaan orang ramai ke atas Bank Negara terhadap modus operandi dan kegiatan sesebuah individu atau entiti perniagaan.

Ia juga mengandungi maklumat kesan berurusan dengan individu tidak bertauliah, jenis kegiatan dan modus operandi biasa yang digunakan oleh pengendali aktiviti haram termasuk menawarkan produk atau perkhidmatan melalui laman sesawang.

Senarai itu mempunyai pautan ke laman sesawang pengawal selia lain seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Peringatan Semua Pengguna Kewangan boleh menghubungi Bank Negara di BNMTELELINK: 1-300-88-5465.

Buat pinjaman bank, syarikat kewangan, ah long untuk beraya?


Oleh Fauziah Arof

MEMANDU di jalan raya yang sesak sambil melayan radio dalam perjalanan ke pejabat dalam bulan Ramadan ini, saya mendengar bermacam-macam iklan promosi menyambut Hari Raya Aidilfitri, daripada kain, langsir, produk minuman, makanan, jubin lantai dan entah apa lagi semuanya dikaitkan dengan perayaan itu.

Dan yang paling menarik perhatian adalah iklan daripada sebuah institusi kewangan yang menawarkan pinjaman wang sempena Hari Raya. Wah, semua pihak mahu mengambil kesempatan sempena Hari Raya untuk melariskan produk-produk termasuk perkhidmatan.

Semuanya mahu menggalakkan orang kita berbelanja besar dan sakan untuk menyambut Syawal ini.

Dan jika anda lihat di laman sosial terutamanya Facebook dan iklan-iklan di Internet, ramai juga yang menjadi agen kepada mana-mana syarikat kewangan berlesen mengajak rakan-rakan mengambil pinjaman yang ditawarkan sempena hari raya, ada yang mencapai sehingga RM50,000!

Memang hebat penangan iklan-iklan tersebut, jika tidak fikir panjang, ramai yang pasti terjerat untuk meminjam walaupun sebenarnya tidak ada keperluan langsung atau terdesak pun.

Perlukah kita sampai ke tahap meminjam wang pada bank atau syarikat kewangan berlesen untuk menyambut Hari Raya? Itu belum lagi masuk khidmat ceti-ceti haram atau ah long.

Dengan kakitangan awam mendapat bonus setengah bulan, pesara pun dapat bonus, peneroka Felda juga, tentu ini dapat melegakan sedikit sebanyak persediaan golongan ini untuk menyambut hari lebaran itu.

Kepada kakitangan swasta, tidak mendapat bonus tidak semestinya perlu meminjam sana sini. Memanglah perit kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyediakan segala persiapan Hari Raya terutamanya dalam memenuhi keperluan dan permintaan anak-anak dengan pendapatan yang tidak banyak.

Tetapi sekiranya anda memilih untuk membuat pinjaman bank atau syarikat kewangan, ia pasti akan menambah beban tanggungan anda selepas ini. Nanti, raya sudah habis sebulan, hutang sehingga raya tahun depan pun belum tentu habis.

Kita mesti ingat beberapa bulan lagi, pejam celik, pejam celik, musim persekolahan sesi tahun depan pula akan bermula. Perbelanjaan ini lebih penting dan besar kepada yang mempunyai ramai anak. Pada masa itu, masihkah kita mahu meminjam lagi?

Sebaik-baiknya, perbelanjaan diatur mengikut kemampuan diri sendiri dan keluarga. Perlukah kita berhabis-habisan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sedangkan agama kita turut menuntut kita bersederhana dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri dan keluarga kelak.

Sekiranya kita berbelanja secara berhemah, tidak mengikut rasa, ukur baju di tubuh sendiri dan berbelanja atas perkara-perkara yang perlu, sudah pasti isu-isu melibatkan kewangan setiap tiba Hari Raya dapat diatasi.

Dan kita juga dapat menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan ini dengan hati dan fikiran yang tenang, fokus, tanpa diserabutkan dengan masalah-masalah kewangan.

Kita perlu mensyukuri dengan kemakmuran yang diberikan Tuhan di negara ini, di bulan Ramadan, kita dapat berpuasa, membuat amal ibadah dengan aman, serba serbi ada, sedangkan umat Islam di negara lain seperti Somalia dan umat Islam Rohingya di Myanmar bukan sahaja tiada makanan untuk bersahur, berbuka pun begitu juga. Inikan pula hendak membuat persiapan seperti kita untuk menyambut raya.

Dan ada juga suami isteri yang tidak bertegur sapa, bertengkar di bulan yang mulia ini kerana hal-hal perbelanjaan untuk berhari raya!

Yang peliknya, pada Hari Rayalah semua benda hendak ditukar baru. Seolah-olah kalau tidak ditukar, tidak boleh beraya. Dan berlaku juga amalan pembaziran, sehingga ada kuih raya yang dibeli masih ada apabila menyambut Hari Raya Aidiladha nanti. Ada yang membeli baju berpasang-pasang, sudahnya berlapuk disimpan di dalam almari dan dipakai setahun sekali sahaja.

Dalam pada itu, kita juga meminta pihak yang berkaitan agar membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap peniaga-peniaga yang mungkin mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan sesuka hati.

Dengan pemberian bonus kepada kakitangan awam, pesara, peneroka Felda dan kecenderungan orang kita berbelanja sakan untuk menyambut Aidilfitri ini, kita bimbang ramai peniaga yang ‘gatal’ menaikkan harga barangan. Selain isu harga, kualiti barangan juga perlu ditengok sama.

Dalam berbelanja kitalah sebenarnya menentukan apa yang perlu, apa yang tidak, bukannya promosi atau iklan-iklan produk. Jika mampu berbelanja lebih, tidak mengapa, jika tidak, kesannya mungkin menganggu kesejahteraan dan kualiti hidup kita dan keluarga dalam tempoh yang agak panjang.

- UTUSAN

Sebab Utama Gagal Exam SPA

3 sebab utama kenapa calon gagal ujian bertulis SPA

=============================
Masalah 1 - Tak tahu format
=============================

Ini memang masalah utama calon, tak tahu bentuk soalan yang nak ditanya! Masuk exam, terkedu..

Alangkah baiknya jika calon tahu bentuk soalan, lebih yakin untuk menjawab kan?


=========================================
Masalah 2 - Tak cukup masa untuk study!
=========================================

Untuk yang dah bekerja memang ini masalah buat mereka. Anda bagaimana?

Jika anda membaca akhbar setiap hari (bukan cerita artis!), dan selalu menulis esei dan buat ujian matematik di masa lapang mesti tak ada masalah buat anda!

Tahniah untuk anda!

Tapi jika anda tak melakukan semua itu... hampir 'konfem' anda 'bakal' terkedu 4 OGOS ini!


====================================
Masalah 3 - Tak tahu apa nak study!
====================================

Banyak sangat benda nak baca, masa suntuk!

Ianya macam anda menembak ke langit dengan harapan 'terkena' burung. Berapa % untuk kena agak2?

Sama kes seperti ini juga, anda dengar tip ada yang menyuruh anda baca buku 'Malaysia Kita' yang sangat tebal
itu.

Buku itu sangat bagus, tapi anda nak baca semua? Kenapa tak fokus kepada beberapa bab sahaja yang berkemungkinan besar keluar?

Soalan peperiksaan SPA yang lepas ada mengenai 'Teknologi Hijau' dan '1 Malaysia', ada isu itu dalam buku 'Malaysia Kita'?

Tiada..


===============
SOLUSI
===============

Ambil sahaja pengalaman Infokerjaya yang dulu dikenali dengan Team Tipsptd yang telah membantu calon menduduki peperiksaan bertulis sejak tahun 2009

Jika anda merupakan calon untuk peperiksaan bertulis pada 4 OGOS nanti bagi jawatan AKAUNTAN W41, rujukan ini bakal membantu anda

http://www.peperiksaanakauntan.com/hop.php?ref=my

Pelantikan Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri dibatal

Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta-merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota UMNO.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

- KOSMO!

Kajian Laluan Rel Pantai Timur Siap

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian kebolehlaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRR), yang merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan kini siap dilaksanakan.

Perdana Menteri berkata ECRR itu akan dilaksanakan mengikut fasa, mulai Fasa 1, yang merangkumi landasan rel sejauh 109 km dari Kertih ke Kuantan.

Cadangan laluan sepanjang 600 km itu, dirancang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat di Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

"Projek ECRR ini akan mempunyai kesan yang signifikan dari segi meningkatkan kesalinghubungan antara ECER dan pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi kawasan di Wilayah ini," katanya dalam satu kenyataan.

Najib, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), sebelum itu mempengerusikan mesyuarat majlis kedua ECERDC bagi tahun ini di sini Selasa.

Perdana Menteri berkata Fasa 1 ECRR akan membantu memperbaiki rangkaian hubungan antara pelbagai kawasan perindustrian di Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ), seperti Taman Halal Gambang, Taman Pembaikan Bot dan Pangkalan Bekalan Kemaman, Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng, Taman Automotif Pekan, Kelompok Industri Minyak Sawit, dengan Pelabuhan Kuantan, sekaligus membantu meningkatkan daya saing pelabuhan tersebut.

"Sistem rel yang dicadangkan untuk wilayah Pantai Timur ini juga berupaya merangsang pelaburan di ECER kerana pelabur dapat mengurangkan kos perniagaan melalui penggunaan mod pengangkutan yang lebih efektif dari segi kos dan kecekapan, yang juga bersifat mesra alam sekitar," kata Perdana Menteri.

Beliau juga Menteri Kewangan.

Menurut laporan berita, kajian kebolehlaksanaan ECRR itu bermula pada 2009.

- BERNAMA

Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.

"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Bandar Sunway.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan.

"Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.

- BERNAMA

Setengah Juta MyKad Tidak Dituntut

Sebanyak 501,941 MyKad belum dituntut di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said.

Kesemua MyKad itu merupakan kad pengenalan yang belum dituntut untuk kategori kurang daripada tempoh 18 bulan kad dikeluarkan, katanya kepada Bernama.

Daripada jumlah 501,941 itu, Selangor mencatat jumlah kad pengenalan palingbanyak tidak dituntut iaitu 81,010 kad, diikuti Johor (60,678), Sabah (51,462),Sarawak (50,334), Perak (44,855), Kuala Lumpur (36,602), Kedah (31,102),Kelantan (29,654), Pulau Pinang (26,337), Pahang (23,838), Terengganu (19,639),Negeri Sembilan (18,410), Melaka (15,018), Putrajaya (7,091), Perlis (3,751) danLabuan (2,160), katanya.

Jariah berkata, berdasarkan Peraturan 26 Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2010) Mengenai Pelupusan Kad Pengenalan Yang Tak Dituntut, kad pengenalan siap akan dipegang simpan selama 18 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

"Semua kad akan disimpan oleh mana-mana Pejabat Pendaftaran selama 18 bulan sebelum ia dilupuskan," katanya.

Sementara itu Jariah berkata sehingga 2 Julai lepas sebanyak 1,287 MyKad belum dituntut untuk kategori kad pengenalan tidak dituntut melebihi tempoh 18 bulan dari tarikh kad dikeluarkan.

Katanya, Sarawak mencatat angka tertinggi untuk kategori itu dengan 262, diikuti Pulau Pinang (153), Kelantan (146), Johor (131), Kedah (98), Selangor (97), Kuala Lumpur (86), Sabah (71), Pahang (41), Perak (40), Perlis (22), Negeri Sembilan (20), Labuan dan Putrajaya (sembilan) manakala masing-masing satu di Melaka dan Terengganu.

Menurut Jariah, terdapat pelbagai sebab kad pengenalan lewat atau tidak dituntut antaranya kesibukan pemohon untuk datang ke JPN mengambil MyKad mereka, berpindah ke lokasi lain serta dokumen sedia ada masih elok dan boleh digunakan.

Katanya, untuk kes pemohon berpindah ke tempat lain, mereka dinasihat supaya memaklumkan kepada JPN supaya pihak jabatan dapat menghantar MyKad mereka ke JPNberdekatan.

Jariah berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh JPN untuk mengatasi masalah kad pengenalan tidak dituntut termasuk menghantar makluman kutipan kad pengenalan siap atau 'Calling Card' kepada pemohon berdasarkan alamat pada kad dokumen pengenalan diri itu.

"Hebahan menerusi media massa juga dibuat secara berterusan di samping paparan senarai MyKad yang tidak dituntut dalam portal JPN," katanya.

Selain itu, mulai tahun 2010 JPN telah berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk menghantar MyKad yang tidak dituntut ke rumah pemohon.

- BERNAMA

Recent Posts