Rabu, Ogos 01, 2012

Pelantikan Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri dibatal

Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta-merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota UMNO.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

- KOSMO!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts